Aplikasikan Biah Solehah

0 comments
Assalamualaikum dan salam ukhuwwah buat semua mahasiswa dan mahasiswi di perlembahan Nil khususnya, dan umat Islam di seluruh dunia umumnya, moga kalian sentiasa dalam rahmat Allah S.W.T.

Pada tahun ini, PMRAM mencipta sejarah kerana berlakunya pilihanraya selepas hampir 18 tahun ia tidak berlaku. Sesungguhnya ia adalah satu anjakan dan momentum yang baik di kalangan mahasiswa dan mahasiswi di perlembahan Nil in khususnya untuk sama-sama merasai arus kebangkitan Idealisme Mahasiswa dan mahasiswi di Malaysia. Maka, perkara yang positif ini perlu sama-sama digembleng dengan sebaiknya agar PMRAM pada masa hadapan akan mempunyai kepimpinan yang betul-betul mampu mencorak agenda perjuangan Mahasiswa itu sendiri.

Pihak Biah Solehah mengucapkan selamat mengundi buat seluruh mahasiswa dan mahasiswi di perlembahan Nil ini tidak kira di mana
Read More..

DORONGAN HAWA NAFSU

0 comments
قال الله تعالى : ( يأيهاالذين ءامنوا اتقوا الله حق تقاته ولا تموتن إلا وأنتم مسلمون )

Dorongan Hawa Nafsu

Yang dimaksudkan dengan mengikut dorongan hawa nafsu ialah hawa nafsu yang keji dari segi syarak dan akal, iaitu apabila manusia berjalan berdasarkan kemahuan yang menyeleweng, dorongan nafsu yang keji dan tidak dikawal oleh undang-undang syara’ dan agama. Apa sahaja yang diingini, dicenderungi dan bersesuaian dengan kemahuannya akan dilakukan. Dia tidak takut kepada Allah dan balasanNya serta tidak memikirkan akibatnya.Tidak ragu lagi bahawa hasutan syaitan dan nafsu ammarah memainkan peranan penting di dalam memberi galakan kepada hawa nafsu yang terdapat di dalam diri manusia supaya melakukan kejahatan dan kefasadan serta mendorongnya ke arah penyelewengan dan jenayah.Sekiranya kita teliti ayat-ayat al-Quran, hadis-hadis Nabi dan kata-kata para salaf, kita akan dapati kesemuanya mengeji hawa nafsu dengan begitu hebat dan juga menerangkan kesannya yang buruk di dalam
Read More..

UBS TERUS BERGIAT DALAM MENCAPAI OBJEKTIF DAN MATLAMAT

0 comments
Baru-baru ini,Unit Biah Solehah telah mengadakan pertemuan dengan beberapa DPM dan rumah negeri bagi memastikan objektif dan matlamat dapat dilaksanakan dengan jayanya. Tugas kami bukanlah satu perkara yang mudah tanpa usaha yang kuat serta diiringi sokongan daripada semua sahabat. Pantauan diteruskan di Mansurah, Iskandariah dan Selangor. Perjumpaan secara tidak formal ini telah dihadiri oleh pengarah, timbalan pengarah dan beberapa ajk lain. Beberapa respon positif yang kami terima. Selain itu,kami juga mengedarkan beberapa risalah dan handbill kepada wakil setiap muhafazah bertujuan untuk memperjelaskan lagi gerak kerja unit biah solehah. Sambutan daripada semua pihak amat memuaskan. Pelbagai cadangan yang kami terima daripada mereka dalam mempertingakat lagi Unit Biah Solehah di masa akan datang.
Sepertimana kita lihat pada hari ini, kita dapat menyaksikan akhlak pelajar-pelajar zaman ini amat membimbangkan, pelbagai masalah yang timbul dari hari ke hari. Jadi,selaku kita pelajar yang mendukung dan memahami method dakwah islam, adakah kita hanya membiarkan masalah ini ditangani oleh sesetengah individu sahaja tanpa kita cuba
Read More..

UBS DI PROGRAM GEMPAK MUJAHIDAH

0 comments
Pada 15 mac 2010, telah berlangsung program Gempak Mujahidah di rumah Terengganu Hayyu Asyir yang bertemakan “Thaqafah Dibina,Cinta Berbunga”.Unit Biah Solehah tidak melepaskan peluang dalam menjayakan program tersebut. UBS telah diwakili oleh Ustazah Maisarah dan Ustazah Hanisah.Ustazah Maisarah menerangkan tentang 5 objektif yang dibawa oleh UBS pada tahun ini.Penerangan setiap objekti dibuat dengan teliti. Ini kerana pada hari ini kita dapat melihat mutu akhlak azhari dan azhariah adalah semakin membimbangkan.Semoga ianya dapat memberi manfaat yang besar kepada para peserta yang hadir dalam memperbaiki mutu akhlak azhari dan azahari pada hari ini. Semoga ianya menjadi tanggungjawab kita bersama bukanlah terpundak di bawah UBS semata-mata. Kesedaran dalam diri adalah sangat penting.Sambutan yang sangat baik diterima dari ahli Terengganu.Pelbagai soalan
Read More..

PELANCARAN KEMPEN BIAH SOLEHAH DI SYIBEN EL-KOM

0 comments

B
aru-baru ini, Unit Biah Solehah dijemput ke Syiben El-Kom untuk merasmikan satu program iaitu pelancaran kempen biah solehah bagi muhafazah Monufia, Syiben El-Kom. Program pelancaran tersebut diadakan di markaz dpms di dewan syeikh al-irsyad. Program bermula selepas maghrib dengan ucapan pengerusi dewan perwakilan syiben el-kom iaitu ustaz Muhammad Faizal Abdullah, seterusnya ucapan pengarah Unit Biah Solehah PMRAM “09/10”, Syeikh Mujahid Sikh Nawawi dan merasmikan pelancaran kempen tersebut.
Sambutan yang amat baik dari dpms kepada wakil unit biah solehah dalam memastikan program tersebut berjalan dengan lancar. Dalam ucapan Syeikh Mujahid, beliau mengempen
Read More..

AMALKAN 4 PERKARA SEBELUM TIDUR

1 comments

Rasulullah s.a.w pernah berpesan kepada Saidatina Aisyah r.a : "Ya Aisyah, jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :
  • Sebelum khatam Al Qur'an
  • Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhirat
  • Sebelum para muslim meredhai kamu
  • Sebelum kau laksanakan haji dan umrah
" Bertanya Saidatina Aisyah r.a :
Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? " Rasulullah s.a.w tersenyum dan bersabda : "Jika engkau hendak tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan engkau mengkhatamkan Al Qur'an. Selepas itu Bacalah selawat untukku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari qiamat. Beristighfarlah untuk para muslimin, mereka akan meredhai kamu, dan perbanyakanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, dan bertakbir, seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah".


Rujukan : Tafsir Haqqi
Read More..
 
Copyright 2011 @ Biah Solehah PMRAM!
Design by Wordpress Manual | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Blogger