nak 'ikhtilat'... boleh tak ???

0 comments

Ikhtilat merupakan suatu bentuk pergaulan secara bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi. Ia merupakan suatu bentuk pergaulan yang ditegah oleh Islam. Sesungguhnya mengambil mudah persoalan ikhtilat boleh membuka ruang maksiat yang berleluasa dalam masyarakat tanpa kita sedari.

Tambahan pula, kemajuan era teknologi sekarang, ikhtilat bukan sahaja melibatkan perjumpaan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi malah dengan kemudahan yang ada seperti Yahoo Messenger, SMS, e-mail, dan Friendster. Jarak yang jauh didekatkan, masa yang berbeza tidak menjadi masalah begitu juga dengan kos perhubungan. Budaya ini kian sebati serta menjadi darah daging masyarakat kita terutama remaja-remaja.
Kadang kala  perhubungan dimulakan atas dasar kerja tetapi akhirnya melarat kepada perkongsian peribadi bukan perkongsian kepakaran.Maka tenggelamlah konsep’Kerja adalah kerja,peribadi adalah peribadi’.Kononnya hendak
Read More..

liqo' UBS Pusat bersama wakil ubs cawangan

0 comments
Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana akhirnya dapat juga belansung nya pertemuan liqo' diantara UBS pusat bersma wakil UBS di setiap BKAN dan DPM.Pertemuan tersebut berlansung pada 18 julai 2010 bertempat ni RKB kelantan,hayyu sabik.Dan pertemuan ini juga merupakan salah satu aktiviti yang dirangkakan pada bulan julai.Alhamdulillah setelah berdepan dengan wakil-wakil disetiap cawangan, masing-masing memberikan respon yang cukup bernas.UBS pusat dapat mengetahui sedikit sebanyak masalah-masalah yang dihadapi dari setiap cawangan . Agenda utama yang di bincangkan dalam liqo' tersebut ialah pengenalan taaruf a.j.k pusat dan cawangan,membentangkan dan membincangkan isu di setiap cawangan serta di selitkan muhasabah dan hal - hal lain.Seperti mana yang telah makruf objektif yang di kupaskan dalam pembawakan UBS :

1- memperkasakan solat jemaah
2-mencegah penyalahgunaan elektronik
3-mencegah ikhtilat
4-tautan ukhwah
5-pembentukan syakhsiah

LAPORAN DARI UBS PUSAT DAN CAWANGAN

Dari UBS Pusat ialah pada bulan julai ini UBS pusat telah
Read More..

HAYATI BERSAMA...

0 comments


Buat sahabat-sahabat kita hayati bersama video yang dipamerkan ini supaya mendapat intipati yang dapat kita takwilkan.
HAYATI.... RENUNG...LIHAT....
Read More..

SEANDAINYA NABI MUHAMMAD BERSAMA KITA...

0 comments

Melihat satu realiti TV yang bertajuk لو كان بيننا الحبيب yang benar-benar menarik hati untuk terus mengulangi dan menghayati rancangan tersebut. Rancangan yang memaparkan realiti ummat Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam dizaman moden ini dan apakah yang akan berlaku sekiranya Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersama-sama dengan kita sekarang dan berada di depan mata kita.

2. Tangisan seorang wanita muda yang kasihkan Rasulnya benar-benar menyayat hati dan mengusik jiwa bagi sesiapa yang pertama kali melihatnya. Maha Suci Allah yang menjadikan kecintaan kepada Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam didalam hati-hati hambaNya sehingga sedemikian rupa. Sememangnya,
Read More..

Telefon bimbit dan kesannya terhadap kesihatan

3 comments


MEMBAKAR OTAK &  KULIT

BRITAIN: Telefon bimbit boleh membakar otak dan menjejask an fungsinya . Satu kajian British yang diketenga hkan dua tahun lalu menunjukk an tahap pendedaha n kepada telefon bimbit yang diletakka n dekat dengan kepala atau bahagian badan yang lain adalah lebih besar berbandin g pendedaha n keseluruh an badan kepada stesen pangkalan nya.

SWEDEN:
Satu kajian yang utama mendapati peningkat an sehingga 48 kali ganda aliran haba pada telinga, muka atau kepala penggunan nya.

RUSIA: Telefon bimbit boleh menaikkan suhu permukaan kulit sehingga 4.7C. Kerosakan akibat pemanasan ini boleh menyebabk an kanser kulit. (Di UK, seorang pengguna mati akibat ketumbuha n kulit berbarah di tempat ia meletakka n telefon bimbit.)

Beberapa orang saintis memberi amaran bahawa
Read More..

solat berjemaah

0 comments



Hazrat Abu Hurairah RA telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,

“Seorang yang bersolah secara berjemaah akan digandakan sebanyak dua puluh lima kali pahala lebih daripada orang yang bersolah bersendirian di rumah atau di kedai. Ini adalah kerana apabila seseorang itu mengambil wuduk dengan sempurna lalu berjalan menuju ke masjid semata-mata untuk bersolah maka setiap langkah yang dilangkahinya akan ditingkatkan satu darjat dan digugurkan satu dosa. Setelah bersolah, jika dia terus duduk di dalam masjid (dengan keadaan berwuduk) maka para malaikat akan memohon rahmat dan keampunan untuknya. Selama mana dia terus duduk menunggu untuk menunaikan solah yang seterusnya maka dia akan terus menerus mendapat pahala solah selama masa dia menunggu solah tersebut.”

(Hadith riwayat Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah)
Read More..

BULAN KAJIAN MEDAN

0 comments
Assalamualaikum wbt...
       Berakhirnya musim peperiksaan menandakan bermulanya musim program yang pelbagai. Tidak ketinggalan, Unit Biah Solehah (UBS) turut merencana beberapa perancangan. Sebagai pembuka tirai Unit Biah Solehah telah melancarkan Bulan Kajian Medan. Dalam mesyuarat UBS yang lalu, telah memutuskan bulan tujuh ini dijadikan sebagai bulan kajian.

Kajian Pembacaan Mahasiswa Malaysia di Mesir
       Sepertimana yang kita ketahui, Mesir menganjurkan Pameran Buku setiap tahun. Pada tahun 2006, Mesir pernah menjadi negara kedua terbesar yang menganjurkan pameran ini selepas Frankfurt, German. Bagaimanapun, ia bukanlah sebagai bukti masyarakat Mesir rajin membaca. Satu kajian perlu dibuat. Di Malaysia, kajian membaca telah dijalankan. Menurut satu sumber, kajian semula pembacaan rakyat Malaysia akan dijalankan.
 
Perpustakaan Negara Malaysia akan menjalankan kajian seawal April ini bagi mengukur tahap membaca di kalangan masyarakat negara ini yang dikatakan masih rendah, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim Jumaat - Bernama

      Melihat kepada situasi ini, UBS terpanggil untuk membuat satu kajian berkaitan prestasi pembacaan pelajar Malaysia di Mesir. Melalui kajian ini, kita akan dapat lihat bagaimanakah pencapaian sebenar mahasiswa kita di bumi Mesir ini.

Tuntutan membaca
       Islam sangat menuntut umatnya supaya membaca. Allah menyebutkan di dalam Al Quran yang bermaksud : Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan". Membaca merupakan salah satu cara menambah ilmu pengetahuan disamping
Read More..

PERKASA BIAH SOLEHAH

0 comments
           Segala puji dan syukur dipanjatkan buat Allah SWT, Tuhan yang memiliki sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga serta para sahabat baginda. Doa dihulurkan buat para pejuang Islam, serta seluruh ummat Islam, semoga berada di bawah rahmat dan inayahNya.

          Tugas menyeru ke arah Islam tidak pernah berhenti . Usaha dakwah perlu diperhebat dari masa ke semasa supaya ianya sentiasa segar dan berpijak di bumi yang nyata. Sesungguhnya amalan yang amat mulia adalah beramal soleh, saling berpesan-pesan kepada kebaikan dan kesabaran, itulah golongan yang beruntung sekaligus menyelamatkan dari golongan yang rugi seperti yang difirmankan Allah.

         Pembentukan syakhsiah ummah kini terlalu menyedihkan. Dewasa ini, kita sering dikhabarkan oleh media pelbagai gejala sosial yang meruntun jiwa seorang muslim. Masalah zina, pengguguran bayi, pembunuhan, kes buli, budaya samseng dan pelbagai lagi. Lebih menyedihkan, perlakuan tidak bermoral ini kebanyakannya `dijuarai` oleh golongan remaja Islam! Sampai bilakah masalah ini akan terus membiak dan membarah?

        Mahasiswa  yang menuntut Ilmu di bumi Mesir ini sepatutnya lebih peka akan tanggungjawab mereka yang sebenar.  Kita berperanan menghidupkan suasana baik yang dianjurkan Islam. Adalah sangat menghairankan apabila bumi yang menjadi pusat ilmuan ini dicemari dengan perlakuan sosial, bahkan lebih menghairankan lagi gejala sosial ini semakin berleluasa!  

       Biah solehah yang dianjurkan Islam, sewajarnya diamalkan sepenuhnya oleh
Read More..

Kemuliaan Rejab

0 comments
Secara selogismenya ramai yang sudah mengetahui kelebihan bulan ini.Tidak perlu di utarakan lagi di dalam entri kali ini.Artikel pada kali ini, bukan untuk memberi satu, dua atau tiga fakta .Sedangkan itu bukan tujuan sebenar entri ini dinukilkan kerana untuk mencari ilmu, ianya memerlukan kepada pengkajian dan pembacaan yang lebih menyeluruh.Artikel ini hanyalah untuk menjentik rasa yang sudah tawar serta bangun dari tidur yang lena untuk bergerak dan meneruskan pencarian.

Pelbagai istilah seringkali kita dengari di corong telinga bahawa Rejab itu adalah bulan Allah.Benar atau pun sebaliknya,saya bukan ahlinya untuk memberi kepastian.Cumanya,menurut saya perlukah sehingga suatu bulan itu dinamakan bulan Allah lantas kamu bersungguh-sungguh mencari Pencipta mu? Jika bukan pada bulan tersebut , adakah kamu tidak mahu bersungguh? Oh tidak, jangan disalah tafsirkan penulisan ini kerana bukannya mahu menidakkan kelebihan bulan Rejab.Secungkil rasa sedikit kefahaman yang berlegar-legar di dahi minda ini,ya! bulan Rejab bulan mulia.Dimuliakan Allah ke atas bulan Rejab dengan peristiwa Isra' Mikraj,diangkat darjatnya dengan pembebasan Al-Quds.

Tetapi kamu mengabdi pada-Nya kerana bulan Rejab atau kerana Allah?Adakah kamu beribadat kepada Allah kerana kelebihan yang dinyatakan ? Jawapan itu dapat di ungkapkan disegenap hati kalian.
Read More..
 
Copyright 2011 @ Biah Solehah PMRAM!
Design by Wordpress Manual | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Blogger