Assalamualaikum dan salam ukhuwwah buat semua mahasiswa dan mahasiswi di perlembahan Nil khususnya, dan umat Islam di seluruh dunia umumnya, moga kalian sentiasa dalam rahmat Allah S.W.T.
Pada tahun ini, PMRAM mencipta sejarah kerana berlakunya pilihanraya selepas hampir 18 tahun ia tidak berlaku. Sesungguhnya ia adalah satu anjakan dan momentum yang baik di kalangan mahasiswa dan mahasiswi di perlembahan Nil in khususnya untuk sama-sama merasai arus kebangkitan Idealisme Mahasiswa dan mahasiswi di Malaysia. Maka, perkara yang positif ini perlu sama-sama digembleng dengan sebaiknya agar PMRAM pada masa hadapan akan mempunyai kepimpinan yang betul-betul mampu mencorak agenda perjuangan Mahasiswa itu sendiri.
Pihak Biah Solehah mengucapkan selamat mengundi buat seluruh mahasiswa dan mahasiswi di perlembahan Nil ini tidak kira di mana