Islam Tamadun Hakiki

0 comments

Ketamadunan manusia yang hakiki ialah Ketamadunan Islam. Ketamadunan yang selain daripada Islam tidak menjamin keamanan dan kesejahteraan yang benar-benar bertepatan dengan fitrah kemanusiaan. Ia mungkin maju dalam bidang material tetapi mundur dalam jiwa dan rohani.

Ketamadunan Islam dinisbahkan kepada agama Islam kerana ia bertunjangkan kepada ajaran Al-Quran, As-Sunnah dan perjalanan hidup Rasulullah s.a.w yang merupakan cara hidup manusia yang sebenar.

 Ketamadunan atau kemajuan yang tidak berasaskan kepada unsur-unsur penting ini tidak diiktiraf sebagai Ketamadunan Islam bahkan hanya merupakan ketamadunan sesuatu bangsa atau kelompok manusia yang lebih bersifat kedaerahan.

Agama Islam adalah agama yang sempurna dan di iktiraf oleh Pencipta kepada seluruh. Allah s.w.t berfirman yang maksudnya:
“Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agama kamu (Islam) dan telah Aku cukupkan nikmat-Ku kepadamu” (Al-Maidah-3)

Islam juga merupakan fitrah bagi manusia. Firman Allah s.w.t yang bermaksud : “Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. Itulah agama yang lurus (Islam)” (Rum:30)

Ketamadunan Islam boleh juga difahami sebagai kemajuan yang berasaskan aqidah yang meliputi keimanan kepada rukun iman yang enam dan ia juga membawa maksud amalan-amalan yang bertepatan dengan aqidah tersebut.

Dari sudut perlaksanaan, ia terbahagi kepada dua. Pertama; aspek yang tetap dan tidak berubah iaitu bidang aqidah atau keimanan dan amal yang termasuk di dalamnya Islam, ihsan, adil, syura, amar maaruf, nahi mungkar, kemuliaan akhlak dan jihad pada jalan Allah. Manakala aspek yang kedua ialah perkara-perkara yang boleh berubah iaitu ijtihad, hukum yang berkait dengan qias, masolih mursalah dan sadduz zarai’e. Keempat-empat perkara ini boleh berubah mengikut kesesuaian masa dan tempat berpandukan kaedah yang telah ditetapkan kerana Islam meraikan kehendak manusia.

Perubahan-perubahan yang dibenarkan itu berasaskan kepada firman Allah s.w.t yang bermaksud “Allah tidak hendak menyulitkan kamu tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya ke atas kamu” (Al-Maidah-6) 

Rasulullah s.a.w bersabda daripada Abi Hurairah r.a : “Hikmah itu barang kehilangan orang mukmin apabila ia memperolehinya maka dialah yang lebih berhak terhadapnya” (Riwayat Tirmizi dan Ibn Majah)

Hadis ini membenarkan orang mukmin menggunakan kemudahan yang dicipta oleh manusia tanpa mengira kedudukan dan asal mereka.

Terdapat banyak kaedah Usul Feqh yang mengukuhkan perkara ini bahkan memberi peluang kepada manusia untuk melakukan perubahan dalam kehidupan mereka. Antaranya kaedah yang bermaksud, “Jalan yang membawa kepada haram adalah haram dan jalan yang membawa kepada halal adalah halal”

Kaedah yang lain menyatakan, “Sebab-sebab ditegah adalah sebab-sebab yang membawa kepada kerosakan bukan sebab-sebab kemaslahatan seperti juga sebab-sebab pensyariatan adalah sebab-sebab yang membawa kepada kemaslahatan bukan kerosakan”. Banyak lagi kaedah lain yang tidak disebutkan di sini.

Sebagai rumusan, asas kecemerlangan tamadun secara umumnya bertitik tolak daripada kepercayaan, agama, nilai, akhlak, moral, etika, tatasusila dan ilmu pengetahuan. Manusia sebagai pelakon utama dalam pembinaan tamadun harus menjalin hubungan yang rapat dengan Tuhan dan alam sekitar.
Read More..

Iklan : Ceramah Kejatuhan Khilafah Islamiyyah Anjuran DPMZ

0 comments
Assalamualaikum wbt...

Insyaallah, pihak Unit Biah Solehah DPMZ akan mengadakan suatu ceramah bersempena memperingati Kejatuhan Khilafah Islamiyyah (pada 3hb Mac 1924) yang bertepatan dengan pembawakan / objektif bulan Mac 2012 ini iaitu Cakna Isu Semasa

Tajuk Ceramah : Perundangan Islam; Realiti atau Fantasi ?
Penceramah : Ustaz Nik Azran Muhamed
Tarikh : 3hb Mac 2012 bersamaan 10 Rabi'ul Akhir 1433H
Hari : Sabtu
Masa : 7 malam (Selepas Solat Isyak)
Tempat : Masjid Salam, Salam Sadnawi
Read More..

Teknologi Dan Dakwah

0 comments
     Teknologi dan dakwah. Dua perkara yang sangat berbeza pada zahirnya. Tetapi mempunyai hubungan dan kaitan yang sangat rapat lebih-lebih lagi dalam arus dunia globalisasi ini. Realiti sekarang,kita terlalu bergantung pada teknologi dari sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara tanpa kita sedari. Sehinggakan ada yang menganggap sebahagian daripada alatan-alatan elektronik seperti telefon bimbit dan komputer riba adalah perkara yang perlu ada dalam hidupnya.

    Minda manusia pastinya berbeza. Ada yang mengganggap teknologi hanya sekadar teknologi yang akan memudahkan kerja sehariannya. Contohnya seperti internet, ada segelintir golongan yang mengganggap internet hanya mampu membantu dirinya bagi mencari maklumat-maklumat penting. Dan lebih malang lagi, ada juga yang menyalahgunakan internet sebagai tempat untuk mengumpul dosa. Namun bagi seorang pendai’e yang kreatif, pasti dia akan menggunakan segala ruang dan peluang yang ada untuk menyebarkan dakwah. Dai’e yang bijak tidak akan hanyut dibawa arus globalisasi yang semakin menjadi-jadi sebaliknya akan mengikut arus kemajuan tersebut untuk turut mengalirkan dakwahnya. Tidak dinafikan, bukan mudah untuk menyampaikan mesej dakwah, apatah lagi menjadikannya mendapat perhatian dan minat ramai.
Allah SWT menyebut dalam surah Al-Qasas, ayat 56 :
“Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk.”
Rasulullah SAW juga ada bersabda :
“Jika kamu menjadi asbab (pembawa) kepada seseorang itu mendapat kesedaran dan petunjuk (Islam), ia lebih baik bagimu daripada unta yang paling berharga (simbolik kepada nilai yang sangat tinggi).” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Maka, pendai’e seharusnya mampu sekali sekala bertukar teknik dan mencampuradukkan kaedah penyampaian mereka selagi ia tidak bercanggah dengan prinsip Islam contohnya dengan menghasilkan pelbagai video, fotografi, rekaan grafik, kartun mahupun permainan video yang dapat memberikan faedah dan manfaat kepada masyarakat. Ada juga yang dulu hanya bergantung kepada ceramah di masjid dan surau, kini dilebarkan menerusi blog, website dan atau laman sosial seperti Facebook. Maka, penguasaan ilmu dalam teknologi tersebut amat perlu supaya mesej dakwah yang ingin disampaikan mampu diterima dengan baik.

Tidak dinafikan ada beberapa caranya yang terdedah kepada kesan antara mudarat dan manfaat. Namun, sewajarnya kita menggunakan segala teknologi yang ada pada masa kini bagi menembusi pasaran ummah supaya lebih ramai yang dapat cuba disedarkan dan dapat dirapatkan kepada Islam


Nukilan oleh : Nur Amalina Abdul Malik
Timbalan Unit ICT
Lajnah Penerangan dan Penerbitan BKASM
Read More..

Bicara Ukhwah

1 comments
APAKAH UKHWAH SEBENARNYA?

Adakah Ukhwah hanya satu perkataan yang mudah dilafaz sebagai pemanis mulut atau penyedap hati dan telinga yang mendengar.? Sungguh amat  mudah untuk kita berbicara soal Ukhwah Islamiyah. Namun untuk menzahirkannya amatlah sukar, apatah lagi hendak mengukuhkannya di dalam hati. 

Konsep Ukhwah Islamiyyah ialah persaudaraan atau kasih sayang yang bermatlamatkan mardhatillah yang mana ianya merupakan kurniaan atau pemberian daripada Allah swt. Dia melontarkannya kepada hati-hati hambaNya yang ikhlas dan suci. 

Firman Allah swt yang bermaksud:
“Dan Dialah yang menyatukan di antara hati mereka (yang beriman). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan di antara hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara (hati) mereka. Seungguhnya Ia Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana” (Al Anfaal ayat 63)

Ukhwah atau persaudaraan di dalam Islam merupakan jalinan yang menghubungkan sebahagian dengan sebahagian Umat Islam yang lain. Ia merupakan ikatan rabbani, ikatan yang diikuti di atas dasar ketaatan kepada Allah  yang mengikat hati-hati mereka dan ia merupakan jalinan yang mendekatkan mereka kepada Allah s.w.t. 

Ukhwah merupakan ikatan keimanan yang paling kukuh sebagaimana yang dinyatakan oleh Nabi s.a.w:
“Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah”. (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Hassan Al Banna di dalam Risalah Ta’lim menganjurkan kepada Amal Islami yang serius. Menurut beliau, umat Islam apabila sibuk dengan amali, perdebatan akan berkurangan. Apabila umat Islam itu akan ditimpa kelemahan dan kemunduran serta kelunturan semangat ahli sekiranya mereka hanya sibuk berdebat yang akhirnya mewujudkan perpecahan.

Bagi mendalami ruh Ukhwah fillah, Islam telah memberi panduan.: 


- Apabila seseorang mengasihi saudaranya maka hendaklah dia memberitahu saudaranya itu    bahawa dia mengasihinya.
-Apabila hendak berpisah maka mintalah pada saudaranya agar berdoa untuknya pada masa berjauhan.
 -Hendaklah saling ziarah-menziarahi daripada masa ke semasa.
 -Mengucap tahniah kepada saudaranya pada waktu yang munasabah.
-Memberi hadiah pada sahabatnya mengikut keadaan-keadaan yg sesuai.
-Memberi keutamaan dalam menunaikan hajatnya.
 -Memberi hak ukhwah yang lengkap kepadanya

Dengan ukhwah yang  dibina dapat melahirkan lagi buah-buah mahmudah dalam diri.
Apabila Ukhwah di hayati dengan sebenar-benarnya hanya bermatlamatkan mardhotillah. Maka terpancar nur di wajahnya, di ampunkan dosa, sentiasa berada di bawah lindungan arasy Allah pada hari Qiamat, di lindungi dengan kasih Allah, serta merasai kemanisan iman.

           “Alangkah indahnya Ukhwah apabila segala-galanya kerana Allah”

Barangsiapa beramal untuk akhiratnya, maka Allah akan mencukupi urusan dunianya. Barangsiapa memperbaiki hati nuraninya maka Allah akan memperbaiki lahirnya. Barangsiapa yang mempebaiki apa yang ada diantara dia dengan Allah, maka Allah akan memperbaiki apa yang ada di antara dia dan manusia..
                        ربنا اغفر لنا ولإخواننا الذين سبقونا بالإيمان ولا تجعل في قلوبنا غلا للذين ءامنوا  
                                                                 ربنا إنك رءوف رحيم
Ya Tuhan kami ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.” (Al hasyr :10)

Memperolehi  Cinta Allah dan berkasih sayang sesama manusia.
Said Ramadhan pernah menyebut dalam bukunya “Dosa Batin” bahawa apa juga perbuatan yang tidak didasari keikhlasan hati, ia tidak akan menjadi perbuatan yang menghampirkan diri kepada Allah.

Pada hari ini kita sedang berada di suatu zaman yang dipenuhi dengan Jahiliyah yang bermacam ragam dan keadaan ini menjadi lebih tenat lagi kerana tidak adanya kefahaman Islam yang sebenar, melainkan hanya segelintir manusia sahaja. Semoga Allah pilih hati-hati kita untuk diletakkan hidayah dan kefahaman..
Agar dengan Ukhwah yang di bina atas keikhlasan hati dapat menarik hati-hati manusia, dan akan melahirkan kesatuan ummah yang mantap untuk membina kembali khilafah Islam.

Kekuatan Ukhwah dapat melahirkan kesatuan Ummah yang kukuh.
 “Kamu semua adalah harapan kepada kebangkitan Islam melalui pejuang yang mendokong kebenaran, pembawa obor hidayah yang akan menegakkan kembali Khalifah Rasyidah di muka bumi ini. Lihatlah kembali sirah perjuangan baginda Nabi Muhammad S.A.W yang mempersaudarakan kembali suku Aus & Khazraj, menautkan ikatan golongan Muhajirin dan Ansar atas prinsip ukhwah fillah. Itulah role model dan contoh tauladan yang diikuti oleh para sahabat Nabi, tabiin, dan mereka yang pernah mencipta kegemilangan Islam pada suatu ketika dahulu."

Maksud sepotong ayat Al Quran, " Di hari akhirat, terputus segala perhubungan kecuali orang-orang bertaqwa. "

Dengan wujudnya Semangat perpaduan dan dijadikan khidmat untuk sesuatu kerja besar, kerja itu terlaksana dengan baik dan gemilang.
Seperti berkembangnya Islam dengan gemilang pada zaman Rasulullah saw, para Sahabat dan pada zaman Umayyah. Kemudian disambung oleh kerajaan ‘Abbasiyyah dan seterusnya.
bila rasa kesetiaan dan perpaduan ini melemah oleh beberapa faktor, maka Islampun menjadi lemah dan peradaban pudar dan jatuh.
                                           


Mengimbas kembali Sejarah tejatuhan Islam:
Pada akhir zaman pemerintahan Saidina Ali berlaku perpecahan, termasuk perang jamal dan kemudian pemberontakan oleh Muawiyah Bin Abi Sufyan yang membawa tamatnya pemerintahan khalifah, dan bermulanya  pemerintahan feudal. Muawiyah telah menubuhkan dinasti umayyah kemudian tertubuhlah dinasti demi dinasti sehingga yang terakhir iaitu dinasti uthmaniyah Turkiy yang berkecai  pada 1924.
Akhirnya Eropah  bangkit dan  menguasai tanah-tanah org Islam, bermula dengan Sepanyol, utara Afrika dan juga kawasan pertubuhan baru org Islam seperti di Asia Tenggara.

Menurut ulasan professor Dr Hamka dalam bukunya “ SEJARAH UMAT ISLAM”
Antara sebab-sebab terbesar dan terpokok  yang membuatkan umat Islam berpecah dan berbalah ialah atas dorongan kebendaan, pembentukan parti dan fahaman politik yang bertentangan dengan Islam, fikrah atau aliran fikiran yang sesat, gerakan fanatik, kerosakan cerdik pandai dan ulama’, pemerintah/kerajaan yang tidak adil dan penjajahan barat.

Wahai Pemuda, bagunlah dari lenamu yang panjang…
Sungguh Nilai keimanan pemuda remaja sepertimu jauh lebih tinggi dari nilai keimanan orang yang sudah tua. Suatu tahap terkumpulnya tenaga yang banyak, semangat yang berkobar dan hajat yang tinggi yang merupakan kekuatan untuk mencapai keredhaan Allah..

Islam tidak dapat di tegak selagi manusia hidup berpecah belah sesama sendiri.
Ingatlah musuh Islam tidak pernah henti memikirkan cara untuk menjatuhkan Islam. Usah memikirkan diri sendiri, tetapi fikirlah akan  amanah yang telah allah letakkan keatas diri kta.

وَلَن تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱلۡيَہُودُ وَلَا ٱلنَّصَـٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَہُمۡ‌ۗ قُلۡ إِنَّ هُدَى ٱللَّهِ هُوَ ٱلۡهُدَىٰ‌ۗ وَلَٮِٕنِ ٱتَّبَعۡتَ أَهۡوَآءَهُم بَعۡدَ ٱلَّذِى جَآءَكَ مِنَ ٱلۡعِلۡمِ‌ۙ مَا لَكَ مِنَ ٱللَّهِ مِن وَلِىٍّ۬ وَلَ نَصِير
“Dan sama sekali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sampai engkau mengikuti agama mereka.Katakanlah sesungguhnya petunjuk Allah itu petunjuk yang sebenarnya. Dan seandainya engkau ikuti hawa nafsu mereka, sesudah datang kpdmu ilmu, maka tidak ada dari Allah untukmu perwalian dan pertolonganNya.” (Al Baqarah 120)                                                                                                               
                 
Ukhwah dan Tarbiah saling berkait, kerana tidak ada Tarbiah tanpa Ukhwah.
Read More..

Ragam Kita, Isu Syria

0 comments

Ragam Kita, Isu Syria

Tayangan-tayangan video YouTube dari rakyat Syria sendiri menjadi isu yang sangat hangat. Mereka dibunuh, disembelih, dibakar, dipijak dan dihina oleh rejim Bashar Asad.

Namun, ia tidak mendapat liputan yang sangat luas dari Al-Jazeera. Kita tidak tahu mengapa, namun kita mengharapkan semua umat Islam prihatin terhadap Isu ini.

Ragam Orang Malaysia

Suatu ketika dahulu, saat pergolakan Libya menjadi Isu dunia, umat Islam di Malaysia pula sibuk mempertahankan Muaamar Gadafi – Sedangkan dia adalah penjenayah umat Islam.

Gadafi membunuh rakyatnya dengan sewenang hati sehinggakan Dr. Yusof al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa supaya dia dibunuh.

Akhirnya, Gadafi terbunuh di alas tangan rakyatnya sendiri. Walaupun begitu, Facebook masih mempertahankan bahawa “GADAFI ADALAH TOKOH YANG TIDAK PATUT DIBUNUH”

Gerak Tangkas Al-Qaradhawi

Isu Libya sudah tamat, rakyatnya juga sedang bangkit membina semula negara baru.

Kini, Syria pula menjadi isu gempar.

Alhamdulillah, Dr.Yusof al-Qaradhawi telah bertindak cepat dengan menghantar setiausaha sulitnya untuk menjelajah Asia bagi menerangkan situasi Syria.

Dengan penerangan itu, rakyat Malaysia sedikit terbuka melihat isu kekejaman rejim Bashar Asad.

Lalu ramai yang mengutuk perbuatan tersebut. Tanda sokongan.

Ia sangat bagus dan baik, namun perlu tertegak atas kapasiti Wasatiah (Sederhana).

Jangan Ghulu (Berlebih-lebihan) dan Tafrit (Mengabai-abaikan).

Wajah Ghuluw

Seorang muslim yang baik, akan melihat suatu perkara dengan tenang dan adil.

Rakyat dibunuh, disembelih, atau diletupkan oleh Bashar Asad yang merupakan seorang pendokong Syiah Alawi, dan ibunya juga dikatakan menggunakan fatwa-fatwa al-Khoumini yang menghalalkan darah ahli Sunnah. Namun, tidak sepatutnya kita mengkeji seluruh pendokong Syiah Alawi dalam hal ini.

Dr. Yusof al-Qaradhawi telah menjelaskan hal ini dalam khutbah beliau di Doha pada 17Febuari 2012:

“Tentera-tentera (Penyokong Asad) itu adalah (Syiah) Alawi, tetapi tidak semua orang-orang Alawi yang sedemikian. Ada diantara pendokong Alawi yang menentang kerajaan kerana mereka juga dizalimi!”

Wajah Tafrit

Ada pula muncul satu golongan lagi yang mengabaikan isu ini.
Mereka menutup telinga,tidak mahu mendengar berita umat Islam Syria.
Mereka memejam mata, tidak mahu melihat kekejaman Bashar Asad.
Mereka membatukan hati, tidak mahu merasai kepedihan rakyat Syria.
Perbuatan ini sangat tidak bertanggungjawab, kerana umat Islam adalah seperti sebatang tubuh, sekiranya luka satu bahagian, maka bahagian-bahagian lain juga akan terasa sakitnya.

Firman Allah :

Dan demikianlah kami jadikan kamu (umat Muhammad) sebuah masyarakat yang wasatiah (besederhana) supaya kamu layak menjadi saksi kepada umat manusia, dan Rasul pula menjadi saksi kepada kamu.
[Al-Baqarah: 143]

Umatan Wasata

Tuntasnya, marilah kita menyeru diri kita kepada pembentukan masyarakat yang besederhana dan adil. Jangan bersikap Ghuluw dan Tafrit.

Ayuh juga kita berusaha berdoa buat sahabat seakidah kita di Syria, Palastin, Yaman dan sebagainya.
Ayuh yakin seperti Dr.Yusof al-Qaradhawi :

“Yakinlah kamu semua, sepertimana aku yakin!! Rakyat Syria akan Menang! Allah bersama rakyat Syria!!”

Read More..

Ubat Bagi Hati

0 comments
Ubat Bagi Hati

Abdullah Antaqi berkata, "Lima ubat bagi hati iaitu:-

1. Duduk bersama-sama dengan orang soleh.
2. Mambaca Al-Quran
3. Mengosongkan perut
4. Solat malam
5. Merendahkan diri ketika menjelang waktu subuh."
Read More..

Cabaran Orde Baru Dunia

1 comments

Orde Baru Dunia (New World Order) adalah satu pemerintahan yang bersistemkan kapitalis Amerika yang cuba untuk menguasai dunia hari ini. Pemerintahan Orde Baru Dunia adalah seruan globalisasi yang bermula di Amerika Syarikat.

Ia juga merupakan penjajahan baru yang lebih licik dan merbahaya oleh Amerika Syarikat untuk menguasai dunia dalam segenap aspek samada sosial, budaya, politik, ekonomi, media massa dan teknologi.

Ia juga sebuah pemerintahan berasaskan illusi dan kebendaan material semata-mata. Pemerintahan ini hakikatnya didalangi oleh pertubuhan-pertubuhan Yahudi bagi mencengkam dunia hari ini dari pelbagai aspek, matlamat akhirnya adalah untuk menjauhkan serta menyesatkan umat manusia daripada hidup beragama. 

Pertubuhan rahsia seperti pergerakan Freemason, Illuminati, serta Organisasi Zionis sentiasa dikaitkan dengan agenda Orde Baru Dunia. Seringkali juga dikaitkan, bahawa badan antarabangsa seperti Bank Dunia, IMF, WTO, WHO, NATO, Kesatuan Eropah (EU) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merupakan organisasi proksi dan agen New World Order (Orde Baru Dunia).

Konspirasi Orde Baru Dunia juga adalah untuk mewujudkan satu sistem kerajaan yang menjadikan seluruh manusia sebagai hamba kepada golongan elit terutamanya bangsa Yahudi sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Firaun kepada Bani Israel suatu ketika dahulu.

Perhambaan yang dilakukan dalam bentuk percukaian dan bebanan hutang termasuk melalui kecenderungan dan ketagihan kepada kemajuan teknologi, hiburan, dan permainan dirangsang menerusi manipulasi mata wang terutama penggunaan wang kertas.

Dasar ekonomi kapitalis ini diperkuatkan dengan prinsip Hak Asasi Kemanusiaan dan demokrasi yang memberi kelebihan serta keutamaan kepada golongan elit dari pemilik firma perbankan dan badan korporat termasuk pemimpin politik.

Konspirasi ini dikatakan bermula dengan penerbitan “Protocol Of The Elders Of Zion” di Rusia pada tahun 1903. Selepas itu, beberapa siri meja bulat, forum, persidangan, risalah-risalah, buku-buku diwujudkan bagi memperjuangkan gagasan pembentukan New World Order ataupun Orde Dunia Baru.
Sehinggalah kita melihat pada tangal 11 September 1990, Presiden George W Bush dalam ucapannya semasa persidangan bersama Kongres US, menekankan bahawa, “Objektif US terhadap pasca perang dingin dengan bekas Negara USSR adalah menjalinkan kerjasama dalam bentuk Orde Baru Dunia..”

Dr. Yusuf al-Qaradawi berpendapat:

"Adapun globalisasi, kami melihat - berdasarkan seruannya sehingga ke hari ini - ia adalah pemaksaan penguasaan politik, ekonomi, budaya dan sosial daripada Amerika Syarikat terhadap dunia, khususnya dunia timur dan dunia ketiga, bahkan secara lebih khusus, dunia Islam."

Cabaran ini lebih besar apabila kita melihat kuasa Imperialis ini cuba membina blok dalam dunia Islam lebih-lebih lagi apabila berlakunya peperangan Iraq-Kuwait, Iraq-Iran yang didalangi Amerika, begitu juga serangan 11 September, peperangan Amerika-Afghanistan seterusnya Amerika-Iraq. Selain itu, serangan Gaza pada tahun 2008 oleh Israel-Zionis yang disokong kuat oleh Amerika. Ini adalah salah satu pemaksaan penguasaan politik yang dilakukan oleh Amerika ke atas dunia Islam.

Selain politik yang dikawal oleh Imperialis Amerika, ada 2 faktor lagi yang menjadi kekuatan Orde Baru Dunia iaitu Media dan Teknologi. Maka, ketiga-tiga faktor inilah (Politik, Media dan Teknologi) yang menjadikan Amerika sebuah kuasa besar dunia yang mengawal serta memaksa masyarakat dunia menerima budaya mereka.

Media memainkan peranan penting dalam menjayakan propaganda Orde Baru Dunia. Saluran maklumat kepada masyarakat dunia dikawal dan disaring. Kawalan media ini disebarkan oleh syarikat-syarikat Akhbar dan Televisyen Antarabangsa yang di kawal penuh oleh golongan ini bagi masyarakat antarabangsa untuk menerima agenda propaganda halus mereka seperti CNN, CNBC, ABC, BBC, AFP, Reuters dan bermacam-macam stesen lain yang memaparkan agenda mereka. Media adalah pengaruh besar yang berjaya memesongkan pemikiran orang yang tidak mengerti apa-apa tentang kehidupan. 

Peranan media jugalah menyebarkan budaya barat dan jahiliyah untuk masyarakat antarabangsa mengagungkan budaya-budaya jahiliyah yang di bawa oleh mereka. Industri ini berperanan seperti mind-control atau pengawalan minda masyarakat dari sudut muzik, artis, ahli-ahli sukan, filem-filem, berita, hiburan, dan sebagainya. Realitinya, kita boleh melihat masyarakat Timur dan negara-negara Islam di seluruh dunia dimana anak-anak mudanya lebih mengagungkan budaya-budaya barat demi segala-galanya atas nama kemodenan dan kemajuan berbanding adat ketimuran yang lebih beradab dan bertamadun. 

Maka natijahnya, ramai dikalangan anak-anak muda terjerumus dalam masalah seks bebas, pergaulan bebas, melahirkan anak luar nikah, ketagihan dadah, budaya hedonisme terlampau dan sebagainya.

Faktor Teknologi dan Sains juga adalah aspek yang terpenting bagi menjalani Orde Baru Dunia lebih-lebih lagi dalam kurun ke-21, kita dapat melihat dengan jelas agenda mereka dalam bidang perubatan, pendidikan, perbandaran, pembangunan infrastruktur, pengangkutan, persenjataan, telekomunikasi, perbankan, perniagaan serta pentadbiran negara. Ini adalah salah satu bentuk penguasaan keatas masyarakat dunia.

Maka, peranan Teknologi dan Sains ini adalah salah satu cabaran yang sangat hebat yang perlu dikuasai oleh umat Islam supaya umat akhir zaman ini tidak tertipu dengan agenda Orde Baru Dunia.

Oleh itu, antara yang perlu di sematkan dalam jiwa umat Islam hari ini adalah diri perlu dipelihara daripada kebinasaan selaras dengan ayat al-Quran yang menyeru orang beriman supaya memelihara diri dan keluarga mereka daripada api neraka. Musuh sedang menanamkan pembohongan demi pembohongan, khayalan yang dicipta tidak berperhujung sehingga kita tidak mengenal kebatilan dan kebenaran. Maka kita perlu perkukuhkan jatidiri, menjauhkan diri dengan segala bentuk syirik, mengenali musuh-musuh kita supaya kita tidak tertipu dengan slogan serta bentuk fahaman secara sedar ataupun tidak telah menarik diri dan keluarga kita ke lembah kehinaan. Al-Iyazubillahimin zalik..

Peranan kita sebagai umat Islam hari ini adalah penguasaan dari sudut politik Islam, media Islam, teknologi sains berdasarkan Islam, ekonomi Islam, budaya Islam, pentadbiran Islam dan segala ilmu. Ini perlu diterjemahkan dalam kehidupan seharian kita bagi memastikan serta mengisi kemenangan dan kebangkitan Islam suatu hari nanti. 

"Dan golongan Yahudi serta ahli kitab tidak akan merasa senang selama-lamanya dengan kamu selagi kamu tidak mengikut agama mereka. Katakanlah pertunjuk itu dari Allah dan dariNyalah pertunjuk yang benar. dan jika kamu mengikut kehendak mereka ini selepas diberikan pertunjuk dari kamu, ingatlah sesungguhnya Allah tidak akan menjadi penolong kamu serta pelindung." ( Baqarah : 120, al Quran).

Disediakan Oleh,
Mohd Faizzudin Ghazali
Naib Presiden I
Ketua Lajnah Dakwah Dan Pembangunan Insan PMRAM 2011

Read More..

Betapa Malunya Apabila...

0 comments

Betapa Malunya Apabila….

Bayangkan apabila Rasulullah tiba-tiba muncul mengetuk pintu rumah kita. Baginda datang dengan penuh senyuman dan muka yan bersih di muka pintu kita. Apakah yang akan kita lakukan?

Semestinya kita akan sangat berbahagi memeluk baginda erat-erat lantas mempersilakan baginda masuk ke ruang tamu kita. Kemudian kita tentu akan meminta dengan bersungguh-sungguh supaya baginda singgah beberapa hari di rumah kita.

Baginda tentu tetap tersenyum…

Namun mungkin kita meminta Rasulullah menunggu sebentar di hadapan pintu kerana kita teringatkan VCD rated XXX yang ada di ruang tamu dan dan kita tergesa-gesa memindahkan dahulu VCD itu ke dalam.

Baginda tentu tetap tersenyum…

….Atau kita teringat lukisan wanita separuh bogel yang kita pasang di ruang tamu kita sehingga kita terpaksa menyembunyikannya dengan teresa-gesa. Barangkali kita kelam-kabut memindahkan lafaz kalimah Allah dan Muhammad yang berhabuk ke ruang tamu kita ganti kepada gambar wanita separuh bogel yang telah kita susupkan.

Baginda tentu tetap tersenyum…

Bagaimana kalau Rasulullah bersetuju menginap di rumah kita? Barankali kita teringat kepada anak-anak kita yang lebih arif tentan lagu-lau barat yang melalaikan daripada selawat dan zikir. Kita tentu berasa malu memikirkan anak kita yan tidak mengetahui sirah Rasulullah kerana kelalaian kita mengajar mereka.

Baginda tentu tetap tersenyum…

……

Barangkali kita lebih malu apabila anak-anak kita tidak mengetahui walau satupun nama ahli keluarga Rasulullah tetapi lebih menghafaz nama-nama artis, penyanyi, ahli-ahli sukan dan watak-watak kartun. Barangkali kita terpaksa menukar sebuah kamar mandi menjadi satu ruang solat. Barangkali kita teringat bahawa anak gadis kita tidak mempunyai koleksi pakaian yang sesuai untuk berhadapan dengan Rasulullah.

Baginda tentu tetap tersenyum…

Belum lagi buku-buku kepunyaan kita dan anak-anak kita yang memaparkan gambar gadis yang mendedahkan tubuh jua auratnya untuk diratah oleh mata yang tidak takutkan azab Allah.

Belum lagi koleksi kaset-kaset kita dan anak-anak kita. Belum lagi koleksi karaoke kita dan anak-anak kita. Kemana harus kita singkirkan semua ini demi menghormati Nabi akhir zaman ini…?

…….

Barangkali kita akan malu kepada baginda apabila baginda tahu bahawa kita tidak pernah pergi ke masjid meskipun azan akan tetap setia menyeru para mukmin untuk tunduk dan memperhambakan diri kepada Rabbul Alamin.
Baginda akan tetap tersenyum…

Barangkali kita akan malu kerana pada saat azan Maghrib berkumandang kita masih lagi sibuk dengan bola dan TV. Barangkali kita merasa malu kerana kita menghabiskan hampir seluruh masa kita untuk mencari kesenangan duniawi. Barangkali kita akan merasa malu kerana keluara kita tidak pernah mengerjakan solat sunat. Barangkali kita merasa malu kerana keluarga kita jarang sangat membaca Al-Quran.

Bayangkan Rasulullah tiba-tiba muncul di hadapan rumah kita..Apa yang kita akan lakukan..? Masihkan kita akan memeluk junjung kita dan mempersilakan baginda untuk masuk dan menginap rumah kita…?

Atau akhirnya kita dengan berat hati terpaksa menolak kunjunan Rasulullah ke rumah kita kerana hal itu akan membuatkan kita kalut dengan rasa malu…

…………..

Maafkan kami wahai Rasulullah…
Masihkan baginda tersenyum…?
Senyuman pedih, senyuman pilu, senyuman getir….

Oh betapanya malunyahidup kita ketika itu dihadapan mata Rasulullah…
Fikirkanlah…

Disediakan Oleh :
Lajnah Dakwah Dan Pembangunan Insan PMRAM 2011
Read More..

Pesta Buku Antarabangsa Kaherah ke-43 Lubuk Khazanah Para Ulama'

0 comments

Dalam kehangatan Pesta Buku Antarabangsa Kaherah ke-43 yang sedang berlangsung, jelas keterujaan para pencinta ilmu memburu khazanah-khazanah berharga tinggalan ilmuan terdahulu atau sarjana masa kini. Benarlah seperti yang pernah diungkapkan oleh Baginda Nabi Muhammad SAW bahawa dua golongan yang tidak pernah kenyang dan puas ialah pengumpul harta dan penuntut ilmu. Dalam usaha mendalami dan memahami lautan ilmu yang luas, para penuntut perlulah terlebih dahulu mengetahui serba sedikit tentang pembahagian ilmu pengetahuan secara umum dan kunci-kuncinya. Syeikh ‘Alawi al-Saqqaf dalam kitab al-Fawaid al-Makkiah karangannya ada menyebut tentang empat      pembahagian ilmu iaitu :-

1.    Syar’iyyah – Tafsir, Hadis dan Fekah
2.    Kesusasteraan – Bahasa, Nahu, Sorof, dll.
3.    Latihan – Tasawuf, Matematik, Muzik, Politik, dll.
4.    Akal – Mantiq, Usul al-Fiqh, Usuluddin, Perubatan, Falsafah, dll.

Terdapat empat syarat utama yang digariskan oleh Syeikh ‘Alawi al-Saqqaf perlu diberi perhatian atau sebagai kunci empat mata iaitu :-

1.    Guru yang menerang
2.    Akal yang jernih
3.    Kitab yang sahih
4.    Berterusan dalam mengulang kaji

Kitab yang sahih atau betul adalah syarat yang penting kerana mampu membantu dalam penghasilan ilmu dan sebagai satu cara mengekalkannya kerana sesuatu yang ditulis akan kekal, manakala sesuatu yang dihafaz akan mudah hilang.  Tambahan pula, para ulama’ menyatakan bahawa hukum menulis ilmu adalah fardhu kifayah. Sahih yang dimaksudkan di sini ialah kitab tersebut tidak terdapat padanya cacat cela seperti kekurangan atau telah diseleweng isinya.

    Sewajarnya bagi penuntut ilmu untuk mendapatkan kitab yang diperlukannya sama ada dengan cara membeli, menyewa, atau meminjam. Kitab yang diperoleh secara pinjaman perlulah dijaga dengan sebaiknya dengan tidak menulis atau mencatat sesuatu di atas kitab tersebut kecuali dengan izin pemiliknya. Peminjam perlu memulangkan kembali kitab apabila diminta oleh pemiliknya, berterima kasih dan memberinya sebarang ganjaran walaupun hanya sekadar doa.


    Adab-adab dalam menyusun kitab di atas rak juga ditik beratkan oleh para ulama’ dengan diletakkan mengikut kemuliaan ilmu dan pengarangnya. Mushaf al-Quran perlulah diletakkan di atas rak yang tertinggi, diikuti kitab Tafsir, Hadis, Syarah Hadis, Usuluddin, Usul al-Fiqh, Fiqh, Nahu, Sorof, Ilmu al-Ma’ani, al-Bayan, al-Badi’, dan seterusnya. Jika terdapat kitab-kitab yang sama dalam satu cabang ilmu, maka didahulukan kitab yang paling banyak ayat al-Quran, dan kemudian paling banyak Hadis. Setelah itu diperhatikan pula kemuliaan pengarangnya, yang mana terdahulu, dan paling banyak mendapat pujiaan di kalangan ulama’.

      Tiadalah teman yang paling bermakna dalam kehidupan seorang penuntut ilmu melainkan kitab. Kemuliaan mendampingi kitab menurut para sarjana Islam amatlah banyak sehingga tidak terkira. Bahkan seorang ilmuan dalam timbunan kitab-kitabnya menyebut jika beliau ingin berkomunikasi dengan Allah Taala, beliau akan mencapai Mushaf al-Quran. Jika ingin bersama Rasulullah SAW beliau akan mencapai kitab Hadis. Begitulah seterusnya beliau akan lakukan jika ingin berbicara dengan para ilmuan yang terdahulu atau terkemudian. Kehangatan berdamping dengan kitab bagi para ulama’ cukuplah jika digambarkan melalui syair yang dikarang.

Cukuplah penghibur kedukaan bersendirian seketika
bersama kitab, padanya penyelesai masalah sukar.
Penemanmu yang diredoi, fasih, dan pendiam,
bercakap apa dikehendaki, menjawab segala persoalan.  

Kekasih duniaku adalah kitab, tiada bagiku
selainnya, tiadalah aku faqir kerananya.
Singsananya pangkuanku tika duduk,
tika berbaring kuhamparkannya didada.
Read More..

Fenomena Law Kana Bainana

0 comments
SEBIJI buah epal yang masak ranum dilihat berada di atas lantai sebuah pasar raya di Bandar Jeddah, Arab Saudi. Beberapa orang yang lalu lalang berhampiran tempat jualan buah-buahan dan sayur segar itu langsung tidak mengendahkannya.

Kemudian, apabila seorang wanita muda berjubah hitam lengkap berpurdah melalui kawasan tersebut, dia pantas mengangkat buah epal yang berada di lantai lalu diletakkan semula di tempat asalnya.

Tindakan wanita itu ternyata mengundang sekuntum senyuman buat seorang lelaki yang bersembunyi sambil memerhatikan situasi tersebut melalui kamera tersembunyi di satu sudut pasar raya itu.

Tanpa menunggu lebih lama, lelaki yang mempunyai lesung pipit di pipi itu bergerak untuk menemui wanita tersebut. Ucapan tahniah tidak lekang diucapkan kerana kelakuan baik yang ditunjukkan wanita berkenaan.

“Terima kasih saudari kerana mencontohi akhlak Nabi Muhammad SAW yang sudah pasti tidak akan suka seandainya nikmat atau rezeki dibiarkan terjatuh di lantai begitu sahaja.

“Soalan saya, seandainya Rasulullah SAW ada di hadapan saudari selama seminit, apakah yang mahu saudari ucapkan kepada Baginda?” demikian pertanyaan yang dilontar pengacara berkenaan sekali gus menusuk hingga ke lubuk hati paling dalam bagi sesiapa yang mendengarnya.

Tiada jawapan yang keluar dari bibir wanita itu melainkan mutiara jernih yang mengalir dari kelopak matanya. Sejurus menghela nafas, dia pantas mengungkapkan: “Ia satu soalan yang sukar. Duduk bersama Baginda adalah impian semua orang. Andainya ia berlaku, saya ingin meminta kepadanya agar membawa saya jauh dari dunia ini.”

Itu antara pengisian rancangan televisyen bertajuk Law Kana Bainana (Andai Rasulullah SAW Bersama Kita) yang dicetuskan oleh Ahmad Al Shugairi, 38, merangkap pengacara untuk program yang menjadi fenomena di Semenanjung Tanah Arab dan di serata dunia.

Program berbentuk dakwah itu bertujuan mengajak umat manusia untuk mengenali keperibadian mulia Nabi Muhammad SAW yang dilahirkan sebagai pembawa rahmat bagi sekalian alam.

Terbahagi kepada beberapa segmen, ternyata program itu mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan terutama bagi golongan muda yang semakin melupakan keagungan insan bernama Muhammad bin Abdullah itu.

Bagaimanapun, inisiatif yang diambil Ahmad bagi menerbitkan rancangan sedemikian membuktikan bahawa sebenarnya segala amalan dan sunnah Nabi SAW masih menjadi ikutan serta pegangan sebahagian umat Islam di dunia ini.

Antara segmen yang terdapat dalam rancangan itu seperti rakaman kamera tersembunyi untuk mengetahui tindakan seseorang individu dalam pelbagai situasi, temu bual dengan pelbagai tokoh dalam bidang tertentu termasuk yang bukan Islam mengenai pandangan mereka terhadap Nabi SAW dan penceritaan sirah-sirah Nabawiyah secara tidak langsung memberi kesan yang mendalam kepada penonton.


Pintu hati terbuka

Ironinya, Ahmad sendiri mengakui bahawa dia bukanlah seorang sheikh atau pendakwah yang memiliki ilmu agama yang luas dalam mengajak manusia mengenali Rasulullah SAW. Namun, rasa cinta yang menggunung tinggi terhadap Baginda SAW merupakan faktor utama dia berbuat demikian.

“Saya bukan seorang sheikh. Tetapi, apabila mula belajar untuk mengenali ketokohan Rasul Junjungan, saya terus jatuh cinta kepada Baginda dan berusaha mempelajari sirah-sirah yang menceritakan tentang keistimewaan Nabi Muhammad SAW,” ujar Ahmad ketika ditemu bual oleh akhbar The New York Times pada tahun 2009.

Menyingkap latar belakang Ahmad yang berasal dari Arab Saudi, dia pernah melalui zaman gelap sebagai seorang anak muda yang lalai daripada melakukan tuntutan agama.

Dilahirkan pada tahun 1973 dalam sebuah keluarga kosmopolitan yang kaya, Ahmad kemudian melanjutkan pengajian di sebuah kolej di Long Beach, California pada usia 17 tahun.

Bertitik tolak dari situlah, dia mula mengabaikan suruhan agama seperti tidak bersolat dan tidak berpuasa. Sama seperti anak muda lain, Ahmad lebih gemar menghabiskan masa dengan acara hiburan dan keseronokan. Merokok, berseronok dengan wanita dan meminum arak antara perilaku negatif yang pernah dilakukan pemuda itu.

Cuma, apabila mengambil keputusan untuk berkahwin pada usia 22 tahun, Ahmad berusaha menjalani kehidupan menurut ajaran Islam yang sebenar. Dia turut menyesali kehidupan bebas yang dilalui ketika remaja.

Rentetan itu, Ahmad bertindak kembali ke Arab Saudi di samping mahu menguruskan perniagaan milik bapanya. Namun, isterinya tidak mahu mengikut corak hidup Ahmad yang mula berubah ke arah lebih Islamik dan ia membuatkan pasangan itu mengakhiri perkahwinan mereka dengan perceraian.

Di sana, Ahmad mula belajar dengan seorang ulama bernama, Adnan al-Zahrani yang mendedahkan kepadanya tentang idea bahawa kekuatan Islam datang daripada kepelbagaian dan keterbukaan dengan cara-cara pemikiran yang baharu.

Buat kali pertama, Ahmad menemui satu cara untuk mengimbangi gelodak jiwanya yang berperang dengan kehidupan sendiri di Amerika Syarikat dan Arab Saudi.

Di Jeddah, Ahmad kemudian membuka sebuah kafe yang dinamakan Al-Andalusia untuk golongan muda mempelajari lebih lanjut tentang Islam menerusi koleksi buku-buku Islamik yang disediakan di kafe tersebut.

Sebelum menerbitkan rancangan Law Kana Bainana, Ahmad telah berjaya menarik perhatian dan menjadi inspirasi kepada ribuan pemuda pemudi di tanah Arab melalui program televisyen bertajuk Khawater (Pemikiran) sejak tahun 2004 hingga 2010.

Rancangan tersebut memberi tumpuan tentang bagaimana kehidupan Muslim pada masa dahulu dan zaman sekarang. Ia kemudian diiktiraf sebagai program paling berjaya di dunia Arab yang disiarkan sepanjang bulan Ramadan pada setiap tahun.


“Orang Islam dahulu kala merupakan cendiakawan dalam pelbagai bidang termasuk sains, perubatan, astronomi dan matematik. Justeru, kita harus bangkit kembali untuk memastikan kegemilangan Islam akan terus berkekalan pada masa akan datang,” tutur Ahmad kepada Rahima al-Balushi, wartawan akhbar Times of Oman.

Bagi wartawan The New York Times, Robert F. Worth yang pernah menemu bual Ahmad, dia menganggap lelaki itu seorang bintang generasi baharu yang dikenali sebagai sheikh satelit.

“Menerusi beberapa rancangan televisyen yang diterbitkannya, Ahmad banyak membantu masyarakat dunia dalam meningkatkan pemahaman sebenar terhadap Islam yang sering dipandang serong.

“Pendekatan dakwah yang digunakan Ahmad sangat berhemah dan mampu menarik perhatian sesiapa sahaja yang didekatinya,” kata Robert.

Sumber
Read More..

24 Jam Dosa Di Facebook

0 comments



Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.

Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.

Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami serba salah.

Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.

Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.

Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.

Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.

Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.

2) Terlebih gambar

Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.

Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.

Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.

Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.

Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini .

3) Penyamaran

Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.

Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.

4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.

Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.

Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.

Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.

5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.

Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.

Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya.

Ini boleh menjadi dosa, kerana :-

a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.

b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.

c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.

6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan

Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.

Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.

Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.

KESIMPULAN

Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.

Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwah' untuk berbuat dosa.

Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net
Read More..

Selamatkan Kami Dari Zaman Fitnah Ini

0 comments
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah daripada Abdullah ibnu Umar:

يَا مَعْشَرَ المُهَاجِرِيْنَ خَمْسٌ إِذَا ابْتَلَيْتُمْ بِهِنَّ وَأَعُوْذُبِاللهِ أَنْ تُدْرِكُوْهُنَّ لَمْ تَظْهَرِ الفَاحِشَةُ فِي قَوْمٍ قَطُّ حَتَّى يُعْلِنُوْا ِبهَا إِلا فَشَا فِيْهِمُ الطَّاعُوْنُ وَالأوْجَاعُ الَّتِى لَمْ تَكُنْ مَضَتْ ِفى أَسْلافِهِمُ الَّذِيْنَ مَضُوْا, وَلَمْ يَنْقُصُوْا المِكْيَالَ وَالِمْيزَانَ إِلا أُخِذُوْا بِالسِّنِيْنَ وَشِدَّةِ المُؤْنَةِ وَجَوْرِ السُّلْطَانِ عَلَيْهِمْ, وَلَمْ يَمْنَعُوْا زَكَاةَ أَمْوَالِهِمْ إِلا مُنِعُوْا القَطْرَ مِنَ السَّمَآءِ وَلَوْ لا البَهَائِمُ لَمْ يُمْطَرُوْا, وَلَمْ يَنْقُضُوْا عَهْدَ اللهِ وَعَهْدَ رَسُوْلِ اللهِ إِلا سَلَّطَ اللهُ عَلَيْهِمْ عَدُوًّا مِنْ غَيْرِهِمْ فَأَخَذُوْا بَعْضَ مَا فِى أَيْدِيْهِمْ, وَمَالَمْ تَحْكُمْ أَئِمَّتُهُمْ بِكِتَابِ اللهِ وَيَتَخَيَّرُوْا ِمماَّ أَنْزَلَ اللهُ إِلا جَعَلَ اللهُ بَأْسَهُمْ بَيْنَهُمْ

Maksudnya : Wahai kaum Muhajirin! Ada 5 perkara di mana jika telah menimpa kamu maka tiada lagi kebaikan bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah S.W.T agar kamu tidak menemui zaman itu. 5 perkara itu ialah: 


[1] Tidak bermaharajalela perbuatan zina pada suatu kaum sehingga mereka berani secara terang-terang melakukannya melainkan akan ditimpa penyakit Taun yang merebak dengan cepat dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang lain. 


[2] Tiada mereka mengurangi sukatan atau timbangan melainkan mereka akan diuji dengan kemarau panjang dan kesulitan dalam mencari rezeki serta berhadapan dengan kezaliman daripada kalangan pemimpin mereka. 


[3] Dan tidak menahan mereka akan zakat harta benda melainkan ditahan juga untuk mereka air hujan dari langit. Jika tiada binatang yang hidup di muka bumi ini nescaya mereka tidak diberikan hujan oleh Allah S.W.T. 


[4] Dan tiada mereka menyalahi akan janji Allah S.W.T dan rasulNya melainkan Allah S.W.T akan menurunkan kepada mereka musuh yang akan merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka. 


[5] Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah S.W.T yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan utama maka Allah S.W.T akan menjadikan bencana di kalangan mereka sendiri
Read More..
 
Copyright 2011 @ Biah Solehah PMRAM!
Design by Wordpress Manual | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Blogger