Katakan Tidak pada Valentine's Day

0 comments
Amalan merayakan Hari Valentine atau Hari Memperingati Kekasih tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Tarikh 14 Februari setiap tahun merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh semua pasangan kekasih di seluruh dunia.  Pada hari tersebutlah setiap pasangan kekasih akan meluahkan kasih sayang dan memberikan hadiah kepada pasangan masing-masing sebagai tanda hubungan cinta mereka. Malah ada segelintir orang islam sendiri yang terikut-ikut dengan budaya  agama lain ini tanpa memikirkan sejarah disebalik hari tersebut.


Banyak sejarah dan asal-usul disebalik sambutan Valentine Day ini. Bahkan, amalan, budaya dan perayaan ini mempunyai unsur-unsur  yang bercanggah dengan Islam. Sejarah hari kekasih ini tidak ada di dalam Islam. Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam.Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam  Menyambut Perayaan Valentine's Day. Muzakarah berpandangan bahawa  ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day  tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.:

من تشبه بقوم فهو منهم

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”
( Riwayat Abu Daud)

Sambutan ini mula meresap dikalangan masyarakat kita khususnya di kalangan muda-mudi, sekitar akhir tahun 1980-an melalui berbagai saluran media sama ada media cetak mahupun media elektronik. Orang-orang islam yang jahil pasti akan menerima sambutan  ini kerana ia bersesuaian dengan kehendak nafsu dan fitrah tanpa mengambil kira sisi pandang agama yang melarang keras kerana ianya bertentangan dengan keyakinan dan akidah orang islam.

Kebanyakan golongan remaja Islam hari ini meraikan Valentine’s Day dengan melakukan kemaksiatan yang ditegah oleh Allah s.w.t. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan akidah generasi umat Islam akan datang.  Umum mengetahui hari kekasih merupakan hari bagi para kekasih untuk meluahkan rasa kasih sayang kepada satu sama lain dengan menghadiahkan bunga, menawarkan manis-manisan, dan mengirim kad ucapan.  Agenda Hari Memperingati Kekasih  tidak lain tidak bukan akan melibatkan  pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan, membuang masa dengan berpeleseran ke tempat-tempat yang tak tentu malah mencurigakan dan membazir wang dengan bertukar –tukar hadiah antara pasangan ajnabi. Tradisi sebegini tidak pernah wujud di dalam islam .

Pergaulan bebas ketika sambutan Hari Valentine ini akan membuka pintu perzinaan sedangkan Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan terjadinya perzinaan. Firman-Nya:

“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” (Al-Israa’ : 32)

Amat membimbangkan kini, perayaan Vaelentine`s Day bertambah tercemar di negara umat Islam apabila ia menjadi suatu adat dan merosakkan kebanyakkan pemuda-pemudi umat Islam. Bukanlah setakat berutus-utus kad ucapan dan hadiah, atau meraikannya di kelab-kelab malam. tetapi dibimbangi muda-mudi ini sampai ke tahap menghadiahkan kehormatan diri demi membuktikan kecintaan dan kesetiaan.

Kesimpulannya,tiada hari kekasih dalam islam. Sambutan velantine day hanya membawa kepada kehancuran akidah dikalangan umat islam. Fenomena 14 februari setiap tahun diraikan  oleh seluruh dunia dan diterima oleh masyarakat seluruh dunia  sehingga orang-orang islam sendiri mengambil bahagian . Anak-anak muda zaman sekarang banyak terdedah kepada budaya dari barat ini tanpa mengetahui asal-usulnya valentine day  yang jauh dari ajaran islam . justeru itu, Janganlah kita didorong oleh syaitan dan nafsu semata-mata hingga kita sanggup membelakangi akidah dan kesuciaan agama islam .Betulkan yang biasa, biasakan yang betul !
Read More..

Hakikat Di Sebalik Peperangan Rasulullah S.A.W

3 comments
        Nabi Muhammad s.a.w. menyebarkan Islam selama 23 tahun. Pada permulaannya Islam bergerak secara sembunyi, kemudian apabila Islam semakin berkembang, Islam diajar kepada manusia secara terbuka. Selepas Perjanjian Aqabah, usaha penyebaran agama Islam semakin cerah dan meluas yang membawa kepada penghijrahan  ke Madinah. Pada tahap ini, Islam mula terlibat dengan peperangan dalam usaha menegakkan Islam daripada diceroboh dan ditindas oleh musuh. Antara peperangan yang terkenal ialah Perang Badar, Perang Uhud dan Perang Khandak. 



       Namun begitu, Islam bukanlah agama ganas yang mahukan peperangan semata-mata, tetapi peperangan dalam Islam tercetus kerana ada kepentingannya. Ada tiga alasan mengapa Nabi Muhammad SAW berperang. Pertama, melawan serangan musuh, seperti yang terjadi dalam perang Badar, Uhud, dan Khandaq. Perang-perang itu untuk mempertahankan diri.

      Kedua, memberi pengajaran kepada musuh yang mencari sebab atau bersekongkol mengganggu kaum muslim meskipun telah ada perjanjian atau kerjasama yang dibuat antara Kaum  Musyrikin Quraish dan Kaum Muslimin. Seperti ditunjukkan melalui perang Qani Quaraizhah, Khaibar, Mu’tah dan sejumlah pengkhianatan terhadap kaum Badwi yang merancang menyerang kaum muslim atau yang tidak berkerjasama menjaga perjanjian dan perlindungan yang diberikan Nabi Muhammad  SAW kepada mereka. Semua ini adalah perang pembalasan atau penghukuman.

    Ketiga, menggagalkan rancangan musuh yang mengancam kaum muslim. Contohnya perang Tabuk, Nabi Muhammad SAW menghantar sekumpulan pasukan penyiasat (pasukan siaga perang) untuk menghalang dan memecah-belahkan kumpulan musuh membuat persiapan menyerang terhadap kaum muslim di Madinah

    Oleh hal demikian, berdasarkan ketiga-tiga alasan tersebut, Islam  tidak pernah menganjurkan peperangan, bahkan pihak musuh Islam lah yang sering memulakan semuanya. Nabi Muhammad SAW  hanya ingin menjaga kemuliaan Islam yang tinggi dan tiada agama yang lebih tinggi dan mulia melainkan Islam. Memang musuh Islam sentiasa mencari jalan untuk menyerang dan membunuh orang-orang Islam walaupun pelbagai kerjasama dan perjanjian dilakukan. Demikian benar firman Allah SWT yang bermaksud : Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan rela kepadamu (Muhammad) sebelum engkau mengikuti agama mereka. (Surah Al-Baqarah : Ayat 120).

      Peperangan yang penuh tragis, meletihkan, menghabiskan tenaga, harta dan  banyak nyawa yang mengorbankan ramai sahabat di tempuh oleh Nabi Muhammad SAW dan para pejuang Islam tanpa rasa rugi dan sia-sia. Sebanyak 64 kali peperangan dan 26 peperangan yang dipimpin oleh Nabi Muhammad SAW sendiri dan selebihnya dipimpin oleh para sahabat utusan Nabi.

      Perang yang sangat melelahkan, menguras pikiran, tenaga, harta dan nyawa di tempuh oleh Nabi, sahabat dan para pejuang Islam. Sekitar 10 tahun beliau tinggal di Madinah, terjadi 64 kali peperangan, 26 perang dipimpin Nabi sendiri dan selebihnya adalah pasukan utusan Nabi

         Kejayaan dalam setiap peperangan disebabkan Baginda menggunakan beberapa taktik dan merancang strategi sebelum peperangan.

Taktik Menunggu Musuh :
  • Digunakan oleh nabi Muhammad s.a.w. dalam Perang Badar.
  • Cara, tentera Islam menunggu kedatangan musuh di tengah medan peperangan dan apabila tentera musuh menghampiri tentera Islam menyerang balas.
Taktik al – Saf :
  • Digunakan dalam Perang Badar.
  • Cara, tentera dibahagikan kepada 2 barisan; barisan pertama di hadapan bersenjatakan tombak dan perisai manakala barisan kedua bersenjatakan panah dan perisai dan diketuai oleh pemegang bendera.
  • Tentera Islam hanya berjumlah 313 orang, musuh 3,000 orang.
Taktik Menggali Parit :
  • Digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam Perang al-Ahzab.
  • Tentera musuh seramai 10,000 orang, tentera Islam seramai 3,000 orang.
  • Parit digali menghalang tentera musuh  memasuki kota Madinah.
  • Tentera Islam hanya bertahan di dalam kota.
  • Bantuan angin kencang turut melemahkan pihak musuh.
Taktik Kepungan :
  • Digunakan sewaktu tentera Islam menyerang kota Taif.
  • Tentera Islam mengepung kota ini buat seketika sehingga berjaya memutuskan bekalan makanan.
  • Tentera Islam bertindak melancarkan serangan.
Taktik Membiarkan Musuh Tanpa Dikejar :
  • Dilaksanakan oleh Nabi Muhammad s.a.w.dan diikuti oleh Khulafa’ al-Rasyidin.
  • Tentera Islam dilarang mengejar/memburu tentera musuh yang berundur.
  • Alasannya, tentera Islam hanya bersifat mempertahankan diri daripada serangan dan untuk membuktikan tentera Islam tidak agresif serta mengelakkan tentera Islam diperdaya oleh musuh.
Taktik Penyamaran :
  • Digunakan sewaktu Perang Khandak.
  • Nabi menghantar Naim bin Masud untuk bertindak sebagai musuh Islam dan memecahbelahkan pakatan musyrikin Makkah dan Yahudi.
  • Musuh akhirnya tewas.
       Kesimpulan, Peperangan dalam Islam bertujuan untuk menegakkan agama Islam. Kejayaan tentera Islam menonjolkan kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. dalam merencana dan merancang taktik dan strategi peperangan. Tentera Islam mementingkan akidah, akhlak dan syariat Islam.

 
Read More..
 
Copyright 2011 @ Biah Solehah PMRAM!
Design by Wordpress Manual | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Blogger