Nabi
Muhammad s.a.w. menyebarkan Islam selama 23 tahun. Pada permulaannya Islam
bergerak secara sembunyi, kemudian apabila Islam semakin berkembang, Islam
diajar kepada manusia secara terbuka. Selepas Perjanjian Aqabah, usaha
penyebaran agama Islam semakin cerah dan meluas yang membawa kepada
penghijrahan ke Madinah. Pada tahap ini, Islam mula terlibat dengan
peperangan dalam usaha menegakkan Islam daripada diceroboh dan ditindas oleh
musuh. Antara peperangan yang terkenal ialah Perang Badar, Perang Uhud dan Perang
Khandak.
Namun begitu, Islam bukanlah
agama ganas yang mahukan peperangan semata-mata, tetapi peperangan dalam Islam
tercetus kerana ada kepentingannya. Ada tiga alasan mengapa Nabi Muhammad SAW
berperang. Pertama, melawan serangan musuh, seperti yang
terjadi dalam perang Badar, Uhud, dan Khandaq. Perang-perang itu untuk
mempertahankan diri.
Kedua, memberi pengajaran kepada musuh yang mencari sebab atau bersekongkol mengganggu kaum muslim meskipun telah ada perjanjian atau kerjasama yang dibuat antara Kaum Musyrikin Quraish dan Kaum Muslimin. Seperti ditunjukkan melalui perang Qani Quaraizhah, Khaibar, Mu’tah dan sejumlah pengkhianatan terhadap kaum Badwi yang merancang menyerang kaum muslim atau yang tidak berkerjasama menjaga perjanjian dan perlindungan yang diberikan Nabi Muhammad SAW kepada mereka. Semua ini adalah perang pembalasan atau penghukuman.
Ketiga, menggagalkan rancangan musuh yang mengancam kaum muslim. Contohnya perang Tabuk, Nabi Muhammad SAW menghantar sekumpulan pasukan penyiasat (pasukan siaga perang) untuk menghalang dan memecah-belahkan kumpulan musuh membuat persiapan menyerang terhadap kaum muslim di Madinah
Oleh hal demikian, berdasarkan
ketiga-tiga alasan tersebut, Islam tidak
pernah menganjurkan peperangan, bahkan pihak musuh Islam lah yang sering
memulakan semuanya. Nabi Muhammad SAW
hanya ingin menjaga kemuliaan Islam yang tinggi dan tiada agama yang
lebih tinggi dan mulia melainkan Islam. Memang musuh Islam sentiasa mencari
jalan untuk menyerang dan membunuh orang-orang Islam walaupun pelbagai
kerjasama dan perjanjian dilakukan. Demikian benar firman Allah SWT yang
bermaksud : Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan rela kepadamu
(Muhammad) sebelum engkau mengikuti agama mereka. (Surah Al-Baqarah : Ayat
120).
Peperangan yang penuh tragis,
meletihkan, menghabiskan tenaga, harta dan
banyak nyawa yang mengorbankan ramai sahabat di tempuh oleh Nabi
Muhammad SAW dan para pejuang Islam tanpa rasa rugi dan sia-sia. Sebanyak 64
kali peperangan dan 26 peperangan yang dipimpin oleh Nabi Muhammad SAW sendiri
dan selebihnya dipimpin oleh para sahabat utusan Nabi.
Perang yang sangat melelahkan,
menguras pikiran, tenaga, harta dan nyawa di tempuh oleh Nabi, sahabat dan para
pejuang Islam. Sekitar 10 tahun beliau tinggal di Madinah, terjadi 64 kali
peperangan, 26 perang dipimpin Nabi sendiri dan selebihnya adalah pasukan
utusan Nabi
Kejayaan dalam setiap peperangan disebabkan Baginda menggunakan beberapa taktik dan merancang strategi sebelum peperangan.
Taktik
Menunggu Musuh :
- Digunakan oleh nabi Muhammad s.a.w. dalam Perang Badar.
- Cara, tentera Islam menunggu kedatangan musuh di tengah medan peperangan dan apabila tentera musuh menghampiri tentera Islam menyerang balas.
Taktik al –
Saf :
- Digunakan dalam Perang Badar.
- Cara, tentera dibahagikan kepada 2 barisan; barisan pertama di hadapan bersenjatakan tombak dan perisai manakala barisan kedua bersenjatakan panah dan perisai dan diketuai oleh pemegang bendera.
- Tentera Islam hanya berjumlah 313 orang, musuh 3,000 orang.
Taktik
Menggali Parit :
- Digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam Perang al-Ahzab.
- Tentera musuh seramai 10,000 orang, tentera Islam seramai 3,000 orang.
- Parit digali menghalang tentera musuh memasuki kota Madinah.
- Tentera Islam hanya bertahan di dalam kota.
- Bantuan angin kencang turut melemahkan pihak musuh.
Taktik
Kepungan :
- Digunakan sewaktu tentera Islam menyerang kota Taif.
- Tentera Islam mengepung kota ini buat seketika sehingga berjaya memutuskan bekalan makanan.
- Tentera Islam bertindak melancarkan serangan.
Taktik
Membiarkan Musuh Tanpa Dikejar :
- Dilaksanakan oleh Nabi Muhammad s.a.w.dan diikuti oleh Khulafa’ al-Rasyidin.
- Tentera Islam dilarang mengejar/memburu tentera musuh yang berundur.
- Alasannya, tentera Islam hanya bersifat mempertahankan diri daripada serangan dan untuk membuktikan tentera Islam tidak agresif serta mengelakkan tentera Islam diperdaya oleh musuh.
Taktik
Penyamaran :
- Digunakan sewaktu Perang Khandak.
- Nabi menghantar Naim bin Masud untuk bertindak sebagai musuh Islam dan memecahbelahkan pakatan musyrikin Makkah dan Yahudi.
- Musuh akhirnya tewas.
Kesimpulan, Peperangan
dalam Islam bertujuan untuk menegakkan agama Islam. Kejayaan tentera Islam
menonjolkan kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. dalam merencana dan merancang
taktik dan strategi peperangan. Tentera Islam mementingkan akidah, akhlak dan
syariat Islam.
3 comments:
mohon share =)
Salam, tumpang tanya. Tahu tak mana mana hadith or dalil tentang Rasulullah merancang dahulu sebelum turun berperang? Harap sangat dapat membantu. Terima kasih.
Mohon share
Post a Comment