Solat Jemaah amat dituntut di dalam Islam,ia merupakan salah satu
Syiar Islam. Sehinggakan ada ulama’ yang mengatakan untuk melihat sesuatu
kampung itu baik atau tidak, maka lihatlah solat Jemaah di kampung tersebut.
Rasulullah
bersabda:
عن ابي الدرداء رضي الله عنه قال: سمعت رسول
الله عليه و سلم يقول : (( ما من ثلاثة في قرية و لا بدو لا تقام فيهم
الصلاة...الا قد اسحوة عليهم الشيطان,فعليكم بالجماعة فأنما يأكل الذنب من الغنم
القاصية)) رواه أبو داود..
Maksudnya:
Daripada Abu Darda’ berkata: aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Mana-mana
(kumpulan yang jumlahnya) tiga orang, samada di kampung atau di pedalaman yang
tidak mendirikan solat (berjemaah) nescaya mereka akan dikuasai oleh syaitan.
Kamu hendaklah berjemaah, kerana sesungguhnya serigala itu memakan (ternakan)
yang jauh (terpencil daripada kumpulan)”. Riwayat Abu Daud.
Di dalam solat berjemaah banyak mengajar dan melatih kita untuk menjadi ummah
yang berdisiplin . Antaranya ialah menepati masa. Menunaikan solat berjemaah di
masjid tidak dapat tidak kita perlu mematuhi masa yang telah ditetapkan dalam
setiap waktu solat. Gemarkan diri untuk datang awal dari waktu yang ditetapkan.
Kita digalakkan untuk hadir ke masjid sebelum masuk waktu solat dan menunggu
sehingga masuk waktu solat. Begitu juga kita
perlu mempraktikkan dalam kehidupan seharian kita. Contohnya bagi mereka yang
hendak menghadiri mesyuarat atau program-program dakwah perlu datang lebih awal
dari waktu yang telah ditetapkan.
Sentiasa berada di barisan hadapan. Di dalam solat kita digalakkan untuk
berada di saf hadapan. Begitu juga dengan urusan dakwah atau ibadah yang lain
kita perlu menjadi orang yang pertama untuk melakukannya.
Taat pada ketua “السمع و الطاعة”. Sebagai makmum di dalam solat jemaah , kita tidak boleh bercanggah atau bersalahan dengan
imam. Begitu juga dengan hidup dalam jamaah. Kita perlu memberikan keta’atan yang sepenuhnya kepada pemimpin selagi mana tidak bercanggah dengan Al-Quran dan As-Sunnah.
Di dalam solat berjemaah kita di ajar tentang ukhuwah. Kita perlu merapatkan bahu-bahu
kita dengan saudara-saudara Islam yang lain dengan tidak mengira kulit, bangsa,
negara dan apa jua perbezaannya. Kerana kita sebagai umat Islam semuanya adalah
saudara.
Dan banyak lagi tarbiyah yang kita dapat terima dan belajar dari solat
berjemaah. Solat berjemaah amat penting untuk kita menerima tarbiah agar kita
menjadi ummah cemerlang yang pernah menguasai dunia suatu ketika dahulu.
Oleh hal demikian, marilah kita sama-sama
menjalankan peranan kita masing-masing agar sentiasa memperingati dan saling
menasihati keluarga dan sahabat-sahabat kita untuk solat berjemaah. Kerana kita
diutuskan diatas muka bumi sebagai khalifah. Jadi, masih tidak sempurna iman
kita sebagai seorang muslim yang boleh mendirikan solat Jemaah sedangkan
sahabat-sahabat disekeliling kita masih culas dalam solat berjemaah. “Amar
Makruf Nahi Mungkar” untuk kita menjadi umat yang terbaik.
1 comment:
As reported by Stanford Medical, It is in fact the SINGLE reason this country's women live 10 years more and weigh an average of 19 kilos less than we do.
(And by the way, it really has NOTHING to do with genetics or some hard exercise and absolutely EVERYTHING to "how" they are eating.)
BTW, I said "HOW", not "WHAT"...
Tap on this link to see if this quick quiz can help you discover your true weight loss possibilities
Post a Comment