"Pembentukan suatu ummah, pendidikan
suatu bangsa, pencapaian cita-cita, dan pendukungan prinsip memerlukan kekuatan
jiwa yang besar dari ummah atau bangsa yang ingin mencapai cita-citanya itu.
Kekuatan jiwa yang terjelma dalam kemahuan yang kuat dan tak mengenal lemah;
kesetiaan yang terpadu, tak mudah terpengaruh, dan tak kenal uzur; memiliki
pengorbanan yang tinggi yang tak terhalang oleh perasaan tamak; mengenal serta
mengimani dan memandang tinggi terhadap prinsip perjuangan sehingga seseorang
dapat memelihara diri dari penyelewengan atau terpedaya oleh prinsip-prinsip
lain"
Beliau menjelaskan bahawa pembinaan
syakhsiah dan fikrah ini adalah merupakan titik permulaan dalam dakwah
seterusnya yang menjadi batu-bata dalam pembinaan masyarakat umat islam. Itulah
matlamat kita selaku hamba yang mengucapkan dua kalimah syahadah.
Oleh kerana itulah, Rasulullah SAW
membina peribadi para sahabat melalui Qiamullail misalnya, untuk mentarbiah
rohn, emosi, akal dan harakahnya melalui siri-siri tarbiyah yang panjang dan penuh
liku. Namun hasilnya sangat lumayan bilamana peribadi-peribadi yang lahir dari
acuan Baginda Rasulullah SAW benar-benar memasukkan diri sahabat dalam celupan
ALLAH, iaitu telah masuk hidup sahabat secara keseluruhannya ke dalam agama Islam.
Semuanya bermula melalui gabung-jalin antara elemen TAHU agama, kemudian MAHU beragama, seterusnya MAMPU dalam beragama. Yang mana puncaknya adalah tidak teragak-agak lagi untuk mengorbankan seluruh jiwa raganya demi menegakkan Islam dan meninggikan kalimah ALLAH di muka bumi biarpun semua menentangnya.
Demikianlah antara proses pembinaan
syakhsiah atau peribadi seorang muslim yang diharapkan. Antara 3 pendekatan
yang digunapakai sepanjang proses pembinaan ini ialah:
1. PROSES AWAL 'TAHU'
Bermula daripada tahu, kita cuba
dikenalkan dengan agama melalui membaca kitab-kitab,
berkongsi ilmu dan kefahaman, tazkirah, ceramah dan kuliah-kuliah yang
disampaikan. Istiqamah dan iltizam sangat ditekankan ketika ini untuk
mendapatkan tasawwur(worldwide) yang jelas supaya fikrah yang terbentuk mantap
dan matang.
Kekuatan asasi, iman, ilmu, jasadiah dan
lain-lain perlu diteliti supaya sumber kekuatan ini dipasak sedalamnya. Ibarat
membina sebuah rumah, kita mesti menanamkan tiang-tiang dan membina foundation
yang kuat, supaya batu bata yang ingin kita susun menjadi bangunan yang indah
dan kukuh. Selagi proses pembinaan asas ini tidak berjaya, selagi itu proses
seterusnya tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Sekiranya berjaya sekalipun,
bimbang akan retak atau berhenti di tengah jalan.
2. 'TAHU' YANG MENGUNDANG 'MAHU'
Namun kita diingatkan supaya tidak
tergesa-gesa dalam mencapai tujuan. Bermula dari pembinaan asas yang kukuh
iaitu dari pembinaan fikrah dan syakhsiah melalui apa jua medium baik usrah,
seminar, qiamullai, seterusnya disusuli dengan mereka yang mahu menyambutnya
dengan baik serta menghayati agamanya.
Perumpamaanya seperti membina rumah tadi,
mereka-mereka yang sedia diajar ini meneruskan proses-proses yang seterusnya
seperti menyusun batu-bata, membancuh simen, mengecat dan akhirnya terbinalah
sebuah rumah. Meskipun sepanjang membina rumah tadi ada yang mentertawakan
lantaran tidak kena gaya, tapi dengan keyakinan yang mereka ada bahawa mereka
mesti menyiapkan sebuah rumah yang kukuh, maka semua itu tidak dipedulikan
kerana yakin dengan apa yang mereka bangunkan.
Jadi soal 'mahu' inilah yang menjadikan
agama Islam boleh diterjemah dengan baik dalam perbuatan hariannya, malah
dibuktikan pula dengan baik. Hasilnya juga, mereka menyiapkan diri untuk
dididik dan dibimbing demi menuju kesempurnaan. Benar, kita tidak boleh menjadi
sempurna, tetapi kita boleh bergerak kearah kesempurnaan kebaikan.
3. SANGGUP BEKORBAN
Meskipun pembinaan syakhsiah manusia dan
pembentukan fikrahnya ini satu yang rumit, tetapi melalui pendekatan 'tahu' dan
'mahu', secara sedar atau tidak sedar akan melahirkan golongan yang mampu untuk
mengorbankan dirinya atas nama ALLAH, Rasul dan Islam.
Ketika ramai mereka yang rapuh dan
futur di pertengahan jalan, golongan ini sanggup melaksanakan gerak kerja Islam
dan dakwah dengan dahsyat sekali, tanpa memikirkan imbalan dunia kerana telah
kembali kepada tujuan asal dakwah iaitu mencapai redha ALLAH SWT. Paling kurang, mereka mampu
merealisasikan sifat fardhu muslim yang utama iaitu aqidah yang sejahtera,
ibadah yang sahih dan akhlak yang mantap.
Kefahaman islam yang diterima dengan
jelas menggunakan konsep ini, bermula daripada mendapatkan ilmu sebagai jalan beragama,
seterusnya membuka dirinya untuk ditarbiah dan diajar, akhirnya sedia bekorban
demi cintanya pada Islam dan ummatnya. Itulah kesanggupan untuk memberi dengan
ikhlas semuanya.
Selagi ada ALLAH, tidak mustahil untuk kita
membina syakhsiah dan fikrah serta pemikiran yang hebat seperti Sultan Muhammad
Al-Fateh dengan peribadi yang baru. Apa yang perlu adalah mendapatkan kefahaman
yang syumul terhadap Islam dan mewajibkan diri untuk berubah, carilah dan
komited dengan tarbiyah, jangan remehkan kerana di situlah titik awal dakwah. Mulakan
dengan diri sendiri, atur gerak langkah dan teruskanlah mencari hikmah, satu
barang yang telah hilang dari umat islam. Dan barangsiapa yang menjumpainya,
maka dialah yang berhak ke atasnya.
Yakinlah! sesungguhnya pertolongan ALLAH itu dekat. Allah berfirman yang bermaksud:
"Allah akan memberi petunjuk kepada mereka dan memperbaiki
keadaan mereka, dan memasukkan mereka ke dalam syurga yang telah
diperkenalkan-Nya kepada mereka. Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu
menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu."
(Surah Muhammad ayat 5-7)
(Surah Muhammad ayat 5-7)
2 comments:
Do this hack to drop 2lb of fat in 8 hours
Well over 160 000 men and women are trying a simple and secret "liquid hack" to burn 2lbs each night in their sleep.
It is very simple and it works on anybody.
This is how you can do it yourself:
1) Get a glass and fill it half glass
2) Then use this crazy HACK
you'll become 2lbs thinner the very next day!
Nice post thhanks for sharing
Post a Comment