STIGMA UMMAH MUASSIR INI






" Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan sama sekali redha terhadap kamu sehingga kamu mengikut jejak langkah mereka "        
                                                                                                   (Al-Baqarah : ayat 120)

    Tidak terusikkah kalbu serta tidak terbuakkah amarah kala melihat penderitaan kaum Muslimin di dunia yang ditindas dan dizalimi saban hari? Pada tanggal 21 Ogos genaplah 41 tahun sejarah hitam Masjid al-Aqsa yang dibakar oleh seorang kafir laknatullah bernama Michael Dennis Rohan.

Pelampau Yahudi rakyat Australia yang disokong kuat oleh Kristian Zionis ini kemudiannya ditangkap. Namun, apa yang begitu dikesalkan, pelampau ini dibebaskan begitu sahaja dengan alasan dia tidak siuman. Musuh Allah ini dengan bangganya mengatakan bahawasanya dia telah melaksanakan perintah Tuhan dalam kitab Thalmud. Apa yang lebih menggeramkan, pihak Zionis pada waktu itu telah menutup saluran paip ke Masjid al-Aqsa serta menghalang bomba dan warga Arab masuk ke kawasan masjid pada hari berkenaan. Sudah terang lagi bersuluh pihak Zionis sama sekali menyokong perbuatan terkutuk ini dan mempunyai agenda jahat untuk memusnahkan kiblat pertama umat Islam ini!

    Implikasi daripada perbuatan itu, sebahagian besar Masjid al-Aqsa rosak dan menjadi arang. Satu pertiga iaitu seluas 1500 meter persegi daripada  4400 meter persegi kawasan masjid musnah dibakar. Mihrab Zakaria, Masjid Umar al-Khattab serta sebahagian besar serambi masjid juga hangus dijilat api. Kala itu, seluruh dunia dari Maghribi hingga ke Indonesia bangun memprotes tindakan terkutuk tersebut. Pertubuhan  Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) membuat sidang tergempar dan mengeluarkan Resolusi 271 mengutuk Israel dan menyeru menghentikan usaha untuk mengubah status Baitul Muqaddis. Namun, kutukan dan protes hanya sekilas sahaja  ibarat angin kencang yang berlalu kemudian reda kembali. Tiada tindakan apatah lagi hukuman yang dikenakan, bahkan  Zionis saban hari kian mengganas membunuh kanak-kanak dan orang-orang tua yang tidak bersalah serta memperkosa gadis dan wanita dengan rakusnya. Umat Islam tidak mampu berbuat apa-apa. Hanya mengutuk, mengutuk dan mengutuk. Di manakah Persidangan Negara-negara Islam Sedunia (OIC), Liga Arab dan seluruh negara Islam?!

    Zionis dari hari ke hari berusaha untuk meyahudikan Masjid al-Aqsa. Modus operandi mereka adalah dengan menghalang umat Islam menziarahi masjid dan memakmurkannya, menghalang usaha baikpulih masjid yang rosak, mengadakan upacara-upacara Yahudi di dalam kawasan masjid, menggali terowong besar dan panjang di bawah masjid, mengubah identiti Islam dan Arab kepada Yahudi serta membina Sinagog Hover bersebelahan Al-Aqsa. Semua ini mereka lakukan dengan mudah tanpa tentangan hebat kaum Muslimin seluruh dunia. Umat Islam sudah lemah. Tidak mampu berbuat apa-apa. Mereka hanya sibuk mengejar wang dan pangkat sehari-hari. Leka dengan permainan-permainan komputer, filem-filem dan muzik lagho yang dicipta oleh pihak Yahudi sendiri dan terus membantu mengukuhkan ekonomi mereka dengan produk-produk Yahudi yang terdapat dalam setiap rumah orang-orang Islam.

    Sungguh telah berjaya rancangan Theodore Herzl, pengasas Zionisme pada tahun 1896 yang tercatat dalam bukunya (The Jewish State) yang menganjurkan pembentukan negara Yahudi di Palestin dengan cara rampasan dan penghalauan rakyat tempatan dari tanah air mereka sendiri.

As long as in the heart within
A jewish soul still yearns
And towards the end of the East
An eye still watches toward Zion

Our hope is not yet lost
The hope of two thousand years
To be a free nation in our own land
The land of Zion and Jerusalem

    Begitulah rangkai kata lagu kebangsaan negara Yahudi yang  diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris bertajuk Ha Tikva (the Hope). Sentimen rampasan kuasa terhadap tanah tumpah darah rakyat Palestin sudah kian subur dalam jiwa setiap Yahudi. Mereka pada asalnya adalah rakyat yang tiada tanah air sendiri. Hidup bertebaran di serata dunia dan mengemis di negara orang. Namun, bagaimana dengan status Yahudi yang ditindas dahulu kini berhasil merampas negara Islam yang mana terletaknya masjid ketiga tersuci serta bumi Israk dan Mi'raj ini? Persempadanan negara-negara di seluruh dunia, dasar Liberalisme, Sekularisme, Pecah dan Perintah serta semangat kebangsaan (nasionalisme) yang kian dipopularkan menjadi faktor perpecahan dan kelemahan umat Islam itu sendiri di samping semakin jauhnya mereka daripada panduan hidup yang sebenar; al-Quran dan as-Sunnah. Budaya hiburan melampau (hedonisme), sikap mementingkan periuk nasi sendiri tanpa mengambil kira kesusahan manusia yang lain, serta tebalnya sikap materialisme dalam sanubari segenap kaum Muslimin menjadi asbab puak-puak Yahudi dan Kafir laknatullah kian berkuasa dan sewenang-wenangnya berlaku zalim di atas muka bumi. Kaum Muslimin dewasa ini diibaratkan oleh Nabi S. A. W. hanya sekadar  buih-buih di lautan. Jumlahnya banyak tetapi apabila dihempas segulung ombak, akan musnah dan hilang begitu sahaja.

    Nah, sahabat-sahabat, mari merencana perubahan diri agar dasar-dasar Islami itu terpahat utuh dalam diri kita. Kalaulah kita runsing memikirkan cara untuk mencari nafkah keperluan harian, sepatutnya kita lebih runsing memikirkan masalah-masalah yang melanda umat Islam kini. Kes pembuangan bayi yang semakin  meningkat, zina dan seks bebas yang semakin berleluasa serta pesta-pesta maksiat di sana sini merupakan masalah yang sepatutnya difikirkan jalan penyelasaiannya bersama. Di manakah penghayatan terhadap hadis Rasulullah S. A. W. yang sudah lali dilantunkan di bibir kita? ;

" من لا يهتم بأمر المسلمين فليس منهم "

" Barangsiapa yang tidak mengambil berat tentang hal kaum Muslimin, maka dia tidak tergolong dalam kalangan mereka "


Oleh : Abdul Nafi' Taqiuddin Mohd Roslan

No comments:

Post a Comment

 
Copyright 2011 @ Biah Solehah PMRAM!
Design by Wordpress Manual | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Blogger