Showing posts with label bulan islam. Show all posts
Showing posts with label bulan islam. Show all posts

Bulan Islam : Zulkaedah

0 comments
Mengapa dinamakan “Zulkaedah”? Zu ertinya "yang empunya". Qa'adah ertinya "duduk". Ini membawa maksud bahawa bulan Zulkaedah ialah bulan untuk berehat-rehat. Sejak dari dahulu lagi, sebelum kedatangan Islam, masyarakat Arab telah mengiktiraf bahawa Zulkaedah adalah satu bulan daripada empat bulan yang mulia dan diharamkan berperang selain pada bulan Zulhijjah, Muharram dan Rejab. Maka masyarakat Arab jahiliah tidak keluar berperang pada bulan ini.

Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah SAW mengekalkan kemuliaan empat bulan haram ini, mengekalkan namanya dan mengharamkan peperangan pada bulan-bulan tersebut. Bersempena inilah dinamakan ia dengan "Zulkaedah". 

Daripada Abu Bakrah, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya:
Sesungguhnya zaman itu berputar sejak awal waktu Allah menjadikan langit-langit dan bumi. Satu tahun mengandungi dua belas bulan ini, darinya empat bulan haram, tiga dari empat bulan ini berturut-turutan iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram dan satu bulan berasingan ialah Rejab di antara Jamadil Akhir dan Sya'aban.

Walaupun pada bulan ini tiada ibadah yang dikhususkan untuk kita amalkan seperti bulan-bulan Islam yang lain, namun bulan Zulkaedah adalah bulan permulaan musim haji. Sebahagian besar Ulama’ berpendapat bahawa umrah adalah lebih afdhal di bulan Zulkaedah berdasarkan Rasulullah SAW mengerjakan umrah-umrah beliau di bulan Zulkaedah dan haji tamattu' juga dimulakan di bulan Zulkaedah. 

Pada bulan yang agung ini juga berlaku beberapa peristiwa menarik yang telah ditempuh oleh tentera Islam. Menyingkap kembali beberapa peristiwa yang berlaku pada bulan ini semoga ianya menjadi peringatan, pengajaran supaya umat kita mencapai kemajuan, kemuliaan dan ketuanan seperti sebelumnya.   

Peristiwa besar yang pernah berlaku pada bulan Zulkaedah ialah Peperangan Bani Quraizah yang meletus sebaik sahaja selesai Peperangan Ahzab tahun 5 Hijrah. Rasulullah s.a.w yang baru pulang daripada Peperangan Ahzab didatangi oleh Malaikat Jibril yang menyeru supaya Nabi S.A.W mesti segera memerangi yahudi Bani Quraizah. Lalu baginda bersama dengan 3 ribu orang tentera terus menuju ke tempat tersebut di mana yahudi Bani Quraizah tidak menentang lalu tentera Islam mengepung musuh itu selama 25 malam sehingga musuh akhirnya menyerah diri.
 
Akibat kejahatan yahudi Bani Quraizah itu yang bukan sahaja mengkhianati janji dengan bersekongkol bersama tentera Ahzab kuffar tetapi turut merancang untuk membunuh seluruh umat Islam dengan menyimpan begitu banyak senjata untuk tujuan itu maka kaum lelaki dijatuhkan hukuman bunuh manakala kaum wanita dan kanak-kanak dijadikan tawanan. . Terdapat juga dikalangan yahudi itu yang memeluk Islam. Pertolongan Allah datang bila umat patuh dan taat serta cintakan Allah dan rasulNya
Pada penghujung tahun ke 6 Hijrah, berlaku Perjanjian Hudaibiyah. Nabi SAW mengumumkan kepada kaum muslimin keinginan baginda Rasulullah SAW untuk berangkat pergi ke Mekkah bagi melaksanakan satu lagi ibadah iaitu dengan menunaikan ibadah umrah.

Hasil pengumuman tersebut yang diberitahu itu telah mendapat sambutan yang sangat baik oleh sekitar 1 400 orang sahabat dari kaum Muhajirin dan Ansar pada masa itu. Nabi Muhammad SAW berihram untuk ibadah umrah tersebut ditengah perjalanan dan membawa bersama-sama binatang yang boleh disembelih atau dikorbankan (al-hadyu) supaya ianya menjadi pentunjuk atau sebagai memberitahu kepada orang-orang lain bahawa Nabi Muhammad SAW keluar sedemikian bukan untuk bermaksud untuk berperang tetapi ianya semata-mata untuk menziarah ke Baitulullah iaitu Ka'abah, bagi menunaikan ibadah Umrah tersebut.

Dalam perjalanan ke Makkah, Rasulullah SAW telah disekat oleh kafir Quraisy dan dihalang dari memasuki Makkah. Berlaku beberapa perundingan dan ia membawa kepada perjanjian damai yang dinamakan "Perjanjian Hudaibiyah". Dalam perjanjian itu, Rasulullah SAW dibenarkan memasuki Makkah dan mengerjakan umrah hanya pada tahun hadapan serta tahun seterusnya dan gencatan senjata selama sepuluh tahun di antara Makkah dan Madinah.

Kemudian, Rasulullah SAW telah mengutus Usman RA ke Makkah untuk membahas masalah mengapa rombongan Rasulullah SAW dihalang dari memasuki Makkah untuk mengerjakan umrah. Sesampainya di sana Usman bin Affan RA ditahan selama beberapa waktu oleh orang-orang Quraisy.

Dalam pada itu sampailah berita kepada Nabi Muhammad SAW bahawa Usman bin Affan RA telah mati dibunuh oleh orang-orang Quraisy. Kemudian Rasulullah SAW mengajak berbai'at. Maka terjadilah Bai'atur Ridhwan di bawah sebatang pohon di tempat tersebut. Bai'at yang dimaksudkan ialah satu perjanjian yang berlaku antara Nabi Muhammad SAW bersama para-para sahabat yang ada ketika itu untuk bersatu padu dan bekerjasama menentang orang-orang kafir Quraisy.

Para sahabat berbai'at kepada Nabi Muhammad SAW untuk tidak takut dan lari meninggalkan medan perang sebagai tanda membalas dendam di atas kematian yang menimpa sahabat baginda Rasulullah SAW. Sementara itu Rasulullah SAW menepukkan tangannya yang satu ke tangan yang lain seraya berkata : "Pembai'atan ini untuk Usman bin Affan".

Setelah pembai'atan tersebut, yang mana telah didengari oleh pihak orang-orang Quraisy, barulah datang berita yang menyampaikan kepada Rasulullah SAW bahawa khabar terbunuhnya Usman bin Affan itu tidak benar.

Walaupun zahirnya kita melihat Perjanjian Hudaibiah ini tidak menguntungkan Islam tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila ia menjadi pemangkin sehingga terjadinya Pembukaan Kota Mekah beberapa tahun selepas itu akibat pelanggaran perjanjian oleh kuffar. Ini jauh berbeza dengan perjanjian yang ditandatangani oleh segelintir pemimpin umat Islam dengan kuffar hari ini yang dipermainkan oleh musuh sesuka hati sebagaimana yang berlaku di bumi Palestin akibat dari hilangnya rasa gerun musuh kepada umat  Islam.
Firman Allah bermaksud:“Sesungguhnya kami menangkan engkau dengan satu kemenangan yang nyata “(al-Fath: 1)
                Pada tanggal 25 Zulkaedah tahun ke 10 Hijrah, Rasulullah SAW meninggalkan Kota Madinah untuk menuju ke Kota Makkah bagi menunaikan Haji Wida' (Haji Penghabisan), baginda disertai seramai 10,000 kaum muslimin.

Haji tersebut adalah haji pertama Rasulullah SAW dan yang terakhir bagi baginda. Rasulullah SAW hanya mengerjakan sekali sahaja ibadah haji dan empat kali ibadah umrah sepanjang umurnya mengikut catatan sejarah.

Apabila umat Islam sudah mula menyimpang dan mencampur adukkan unsur-unsur bid'ah dan khurafat dalam ajaran Islam pada zamannya maka beliau tampil berusaha mengembalikan mereka ke landasan Islam yang sebenarnya. Beliau adalah Ibnu Taimiyah ialah Taqiyuddin Abdul Abbas Ahmad bin Abdul Salam bin Abdullah bin Muhammad bin Taimiyah Al-Harrani Al-Hambali. Dilahirkan pada hari Isnin, 10 Rabiulawal 66l Hijrah bersamaan 22 Januari 1263 Masihi di Harran. Beliau adalah seorang yang amat berjasa dalam melaksanakan dasar "pembersihan" dalam Islam.

 Beliau juga meninggalkan ratusan buah kitab karangannya yang menjadi rujukan sehingga sekarang. Karangan terbesarnya ialah Fatawa Ibnu Taimiyyah yang menjadi rujukan ahli fiqh dan hukum sehingga ke hari ini. Beliau meninggal dunia hari Isnin, 20 Zulkaedah 728 Hijrah. (28 September 1328 Masihi), dalam usia 67 tahun, setelah sakit dalam penjara lebih dari 20 hari.

Beliau menghembuskan nafas yang terakhir di atas tikar solatnya, sedang dalam keadaan membaca Al-Quran. Walaupun beliau juga seorang yang banyak dibenci orang kerana pendirian tegasnya, tetapi jenazah beliau diiringkan ke pusara oleh 200,000 orang lelaki dan 15,000 orang wanita.
Namun, pada hari ini di manakah sensitiviti kita sebagai umat Islam mempertahankan Islam?  Kebanyakkan umat Islam kini terkena penyakit Al-Wahnu iaitu terlalu cintakan dunia dan terlalu takut kepada mati. Lebih malang lagi apabila umat islam sendiri dalam sedar atau tidak memepersendakan agama Islam senada dengan kuffar. Ketika seluruh umat Islam yang cintakan Islam dan nabi Muhammad s.a.w bangkit mengutuk terhadap pelukis kartun Denmark mencaci Nabi melalui kartunnya. Baru-baru ini, Berita Harian mempersendakan hukum Hudud dengan karikatur yang secara jelas memepersendakan hukum Allah S.W.T. 

                Pemimpin sepatutnya takut kepada Allah dan azabNya terutama bila berlakunya tsunami terbaru dan letupan Gunung Merapi di Indonesia. Pemimpin yang sebenar ialah orang membina akhlak umat bukan merosakkannya. Bila nafsu serakah dijadikan tuhan dan wahyu Allah diketepikan maka tunggulah kehancuran dan kehinaan di dunia dan akhirat. Ingatlah suatu peringatan daripada nabi s.a.w :

أَنَّ اللهَ تَعَالَى يَقُوْلُ لآدَمَ: إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكَ أَنْ تُبْعَثَ مِنْ ذُرِّيَّتِكَ بَعْثًا إِلَى النَّارِ ، فَيَقُوْلُ: يَا رَبِّ مِنْ كَمْ؟ فَيَقُوْلُ: مِنْ كُلِّ أَلْفٍ     تِسْعُمِائَةٌ وَتِسْعَةٌ وَتِسْعُوْنَ, وَ وَاحِدٌ فيِ الجَنَّةِ
Maksudnya : Sesungguhnya Allah swt berfirman kepada nabi Adam a.s : Sesungguhnya Allah akan membangkitkan zuriat kamu dengan sekumpulan akan dimasukkan ke neraka, maka berkata nabi Adam : Wahai Tuhanku, berapa ramai jumlah mereka. Firman Allah : dari setiap seribu orang, seramai 999 akan ke neraka dan hanya seorang ke syurga. ( Riwayat Ahmad & At-Tabrani dengan sanad yang baik)
Read More..

KEISTIMEWAAN BULAN ZULHIJJAH

0 comments

ZULHIJJAH adalah bulan kedua belas dalam takwim hijrah dan tergolong dalam bulan haram
selain dari Muharam, Rejab dan Zulkaedah.
Kelebihan bulan mulia ini disebutkan Allah di dalam firman-Nya yang bermaksud:
“Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan dalam Kitab Allah semasa Dia
menciptakan langit dan bumi, antaranya empat bulan yang dihormati.
Demikianlah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya dirimu dalam bulan itu; dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang yang bertakwa. (at-Taubah: 36) 

Zulhijjah bermaksud yang memiliki haji kerana
Read More..

AMALAN-AMALAN DI BULAN ZULHIJJAH

0 comments


Bulan Zulhijjah adalah bulan haji, maka ibadat haji adalah menjadi keutamaan dikerjakan di bulan ini. Bagi yang mengerjakan haji, kita doakan mereka pergi dan kembali dalam keadaan selamat. Moga ibadah haji mereka akan diterima Allah SWT.

Bagi yang masih belum berkesempatan dan belum berkemampuan, bersabarlah dan sentiasalah memasang cita-cita untuk ke Makkah di tahun akan datang, InsyaAllah. Pada 10 Zulhijjah, seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Haji atau disebut juga dengan Hari Raya Korban dalam bahasa Arabnya Idul Adha. 

Kita disunatkan bersolat sunnat 'Id di pagi harinya dan disunatkan menyembelih binatang ternak yang berkaki empat (unta, lembu atau kambing).

Pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah adalah dikenali dengan
Read More..

BULAN ZULHIJJAH

0 comments

Bulan Zulhijjah adalah salah satu di antara empat bulan haram. Bulan-bulan haram ialah bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab. Bulan Zulhijjah adalah kemuncak bulan haji. Zulhijjah sendiri membawa erti "bulan haji". Sejak dari zaman sebelum Rasulullah SAW lagi umat manusia telah mengerjakan haji di bulan Zulhijjah.

PERISTIWA-PERISTIWA DI BULAN ZULHIJJAH

Sejarah telah merakam berbagai peristiwa yang berlaku di bulan Zulhijjah. Umat Islam telah melalui berbagai pengalaman suka, duka, senang, susah, menang, kalah, untung dan rugi di bulan ini. Berikut adalah diantara peristiwa penting yang pernah tercatat di bulan Zulhijjah; 

1. Penyembelihan Nabi Ismail AS. Nabi Ibrahim AS yang mendapat gelaran Rasul Ulul A'zmi sekali lagi membuktikan kepatuhannya terhadap perintah Allah SWT untuk menyembelih anaknya, Ismail AS. Ismail AS juga dengan penuh ketaatan bersedia untuk disembelih oleh ayahnya tanpa ada bantahan. Lambang kepatuhan dua beranak ini telah diabadikan menjadi syiar Islam (sembelihan). Umat Islam samaada yang berada di Makkah ataupun di mana-mana disunatkan untuk berkorban menyembelih samaada unta, lembu, atau kambing pada 10, 11, 12 atau 13 Zulhijjah. 

2. Baiatul Aqabah. Pada tahun ketiga belas selepas
Read More..

antara peristiwa yang berlaku di bulan zulkaedah

0 comments

Alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah S.W.T kerana kita masih lagi dipanjangkan umur  dan masih berada dalam nikmat yang terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam. Setelah Syawal meninggalkan kita dengan sejuta keberkatan daripada Allah S.W.T, kini kita telah berada di dalam bulan Zulkaedah. Setiap bulan Islam tentu ada rahsia yang perlu dicungkilkan untuk tatapan umatnya supaya setiap sejarah dan sorotan peristiwa menjadi pedoman dan iktibar untuk perjalanan hidup terutama pada masa kini.

PENGENALAN
Zu ertinya "yang empunya". Qa'adah ertinya "duduk". Ini membawa erti bahawa
Read More..

PERANAN MADRASAH RAMADHAN

0 comments
Segala syukur dipanjatkan kepada Allah, memberi izin kepada kita untuk menempuh Ramadhan pada kali ini, Doa yang diajarkan oleh Baginda kepada kita telahpun Allah perkenankan " Ya Allah berkatilah kami dalam bulan Rejab dan Sya`ban dan sampaikanlah kami kepada bulan Ramadhan". Allahumma amin. 30 hari yang bakal kita lalui, menjanjikan ganjaran yang pelbagai dan berganda-ganda. Amat malang bagi sesiapa yang gagal merebutnya.

Peranan Madarasah Ramadhan
Saya ingin berkongsi, beberapa hikmah Ramadhan yang disebutkan oleh Dr Yusuf Qardhawi dalam kitabnya " Al `Ibadah fil Islam". Diantaranya ialah :

1. Bulan menambah kekuatan rohani
Sebelas bulan lamanya kita bergelumang dengan kehidupan yang penuh ujian sebelum memasuki Madrasah Ramadhan. Kita diuji dengan perkara kebaikan, juga dicabar dengan mehnah kejahatan dan iblis. Dalam Ramadhan, kejahatan iblis telah
Read More..

PERISTIWA BESAR DI BULAN RAMADHAN

0 comments
Oleh: Ibnu Mohamad Rabeh
Kelolaan: Ibnu Mohamad Rabeh

Bulan Ramadhan bukan hanya terkenal sebagai pusat latihan ibadah kepada umat Islam, malah ia juga terkenal dengan peristiwa besar dalam sejarah Islam antaranya:

BULAN DITURUNKAN AL KITAB

Beberapa hari yang ditentukan itu ialah bulan Ramadhan. Bulan yang diturunkan di dalamnya (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk untuk manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pemisah antara yang benar dan salah.

Para pakar tafsir dan hadis merekodkan, Allah juga menurunkan kitab-kitab dan suhuf iaitu kitab-kitab kecil selain Zabur, Taurat, Injil dan Al Quran kepada para rasul terdahulu pada bulan Ramadhan.

PERISTIWA BADAR

Pada hari Jumaat 2 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah berlakunya perang pertama dalam Islam yang dikenali Perang Badar. Badar adalah nama tempat di sebuah lembah yang terletak di antara Madinah dan Mekah. Tentera Islam mengawal
Read More..

Ramadhan bulan Madrasah

0 comments

Firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud :
“ Wahai orang-orang yang beriman  ! kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang terdahulu daripada kamu , supaya kamu bertaqwa  “

Ramadhan yang mulia kembali lagi setelah setahun kita meninggalkannya, bulan yang penuh kerahmatan, bulan keampunan serta bulan untuk mencari keredhaan Allah S.W.T. Ibadah puasa merupakan satu ibadah yang sangat istimewa buat mereka yang beriman kerana ia adalah untuk Allah dan dinilai pahala ibadahnya khusus dari Allah.

Ramadhan bulan Madrasah :

Bulan Ramadhan Tiba Lagi
Membawa Hikmah dan Pengajaran
Mendidik Jiwa Menjadi Orang Bertaqwa
Menginsafi Diri Siapa Kita

Ditaburi mutiara hikmah Al-Quran
Lantas Dibenggu Nafsu dan Syaitan
Didatangkan pula Lailatul Qadar
Pengorbanan Yang Dibuat dbalasnya Syurga

Seluruh anggota kita semua ada peranannya
Perlu dijaga di setiap tindakan
Hati yang telah bersih dan berakhlak mulia
Di sisi Allah tinggi nilainya

Jagalah lidah dan juga tutur kata
Jangan sampai mengumpat dan berkata dusta
Peliharalah mata dan kawal telinga
Agar berbuat yang diredhai Allah

Langkah kaki menuju kebaikan
Jangan melangkah kearah  kejahatan dan maksiat
Jika terhumban ke kancah kehinaan
Didunia lagi beroleh pembalasan Jadikanlah

 Ramadhan gelanggang untuk
Read More..

KEUTAMAAN BULAN RAMADHAN

0 comments
Oleh : Ibnu Kathir
kelolaan : Ibnu Kathir

1. Dari Abu Hurairah Redha Allah padanya :
“Rasulullah saw biasanya memberi kabar gembira kepada para sahabatnya dengan bersabda: “Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah mewajibkan kepadamu puasa di dalamnya, pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para syaitan diikat, juga terdapat pada bulan ini malam yang lebih baik dari seribu bulan, barangsiapa tidak memperoleh kebaikannya maka dia tidak memperoleh apa-apa.” (H.R. Ahmad dan An Nasa’i).

2. Dari Ubadah bin Ash Shamit, bahwa Rasulullah saw bersabda:
“Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan keberkatan, Allah mengunjungimu pada bulan ini dengan menurunkan rahmat, mengahapus dosa-dosa dan mengkabulkan do’a. Allah melihat berlumba-lumbanya kamu pada bulan ini dan Dia membangga-banggakanmu kepada malaikat-Nya, maka tunjukkanlah kepada Allah hal-hal yang baik dari dirimu. Kerana orang-orang yang sengsara ialah yang
tidak mendapatkan rahmat Allah di bulan ini.” (H.R. Ath Thabrani, dan periwayatnya tsiqah).

3. Dari Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah saw bersabda:
“Umatku pada bulan Ramadhan diberi lima keutamaan yang
Read More..

Kemuliaan Rejab

0 comments
Secara selogismenya ramai yang sudah mengetahui kelebihan bulan ini.Tidak perlu di utarakan lagi di dalam entri kali ini.Artikel pada kali ini, bukan untuk memberi satu, dua atau tiga fakta .Sedangkan itu bukan tujuan sebenar entri ini dinukilkan kerana untuk mencari ilmu, ianya memerlukan kepada pengkajian dan pembacaan yang lebih menyeluruh.Artikel ini hanyalah untuk menjentik rasa yang sudah tawar serta bangun dari tidur yang lena untuk bergerak dan meneruskan pencarian.

Pelbagai istilah seringkali kita dengari di corong telinga bahawa Rejab itu adalah bulan Allah.Benar atau pun sebaliknya,saya bukan ahlinya untuk memberi kepastian.Cumanya,menurut saya perlukah sehingga suatu bulan itu dinamakan bulan Allah lantas kamu bersungguh-sungguh mencari Pencipta mu? Jika bukan pada bulan tersebut , adakah kamu tidak mahu bersungguh? Oh tidak, jangan disalah tafsirkan penulisan ini kerana bukannya mahu menidakkan kelebihan bulan Rejab.Secungkil rasa sedikit kefahaman yang berlegar-legar di dahi minda ini,ya! bulan Rejab bulan mulia.Dimuliakan Allah ke atas bulan Rejab dengan peristiwa Isra' Mikraj,diangkat darjatnya dengan pembebasan Al-Quds.

Tetapi kamu mengabdi pada-Nya kerana bulan Rejab atau kerana Allah?Adakah kamu beribadat kepada Allah kerana kelebihan yang dinyatakan ? Jawapan itu dapat di ungkapkan disegenap hati kalian.
Read More..

REJAB: “HIJRAH PERTAMA, SATU PERMULAAN”

0 comments
Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sebuah kaum, sehinggalah mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri” [Al-Ra'd 13: 11]
Rejab adalah antara satu bulan dari bulan-bulan haram. Rejab bermaksud kebesaran atau kemuliaan. Masyarakat jahiliyyah menamakan bulan ini dengan Rejab kerana mereka memuliakan dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang padanya. Rasulullah saw sendiri mengekalkan nama ini. Banyak peristiwa yang berlaku pada bulan Rejab yang mana kita boleh mengambil banyak pengajaran dari peristiwa-peristiwa tersebut sebagai satu wasilah untuk kita memperbaiki diri kita.
Cukup kita mengambil satu dari peristiwa-peristiwa yang perlaku pada bulan Rejab ini untuk direnungkan bersama. Antara peristiwa yang berlaku dalam bulan Rejab ialah hijrah yang pertama pada zaman awal Islam ke Habsyah. Ia tidak lain dan tidak bukan untuk menjaga iman mereka disamping menjaga keselamatan mereka.
 Berbicara tentang Hijrah, sebenarnya kita sedang membicarakan tentang
Read More..

PERISTIWA BERSEJARAH DI BULAN MUHARAM

0 comments
Bulan Muharam merupakan bulan keberkatan dan rahmat kerana bermula dari bulan inilah berlakunya segala kejadian alam ini. Bulan Muharam juga merupakan bulan yang penuh sejarah, di mana banyak peristiwa yang berlaku sebagai menunjukkan kekuasaan dan kasih sayang Allah kepada makhluk-nya. Pada bulan ini juga, Allah mengurniakan mujizat kepada Nabi-Nabi-nya sebagai penghormatan kepada mereka dan juga limpah kurnianya yang terbesar iaitu ampunan dan keredhaan bagi hambanya. Sebagai tanda kesyukuran kepadanya, maka hamba-hambanya mempersembahkan ibadah mereka (antara mereka dengan Allah) sebagai hadiah kepada Allah, namun dengan itu, masih belum dapat lagi membalas kurniaan Allah yang sungguh bernilai. Said bin Jubair dari Ibnu Abbas r.a berkata: Ketika Nabi saw baru berhijrah ke Madinah, maka mereka dapati kaum Yahudi berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam). Maka mereka pun bertanya kepada kaum Yahudi tentang puasa mereka itu. Mereka menjawab, “Hari ini Allah SWT memenangkan Musa dan Bani Israel terhadap Firaun dan kaumnya, maka kami berpuasa sebagai mengagungkan hari ini. Maka sabda Nabi saw: “Kami lebih layak mengikuti jejak langkah Musa dari kamu.” Maka Nabi saw pun menyuruh para sahabat agar berpuasa. Antara lain kelebihan 10 Muharam ialah barangsiapa yang melapangkan rezeki pada keluarganya, maka Allah akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun ini. Terdapat juga sebuah hadis meriwayatkan, “Barangsiapa yang berpuasa pada hari Asyura, maka dapat menebus dosa satu tahun.” Maksud hadis ini ialah hari yang kesepuluh Muharam (Asyura) merupakan hari dan bulan kemuliaan kerana pada sesiapa yang berpuasa pada hari inilah, Allah membersihkan dan menebus dosa-dosa mereka yang lampau.

Bulan Muharam juga merupakan satu-satunya bulan yang teristimewa kerana banyak peristiwa yang bersejarah berlaku pada bulan ini disamping ganjaran pahala yang besar kepada sesiapa yang beribadah pada bulan ini sepertimana terdapat dalam satu hadist. “Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam), maka Allah akan memberi kepadanya pahala sepuluh ribu malaikat dan
Read More..

KELEBIHAN BULAN ZULHIJJAH

0 comments
Diriwayatkan oleh Al-Bukharirahimahullah,dari Ibnu 'Abbas bahawa Nabi SAW bersabda, "Tidak ada hari di mana amal shalih pada saat itu lebih dicintai oleh Allah daripada hari-hari ini, iaitu: sepuluh hari dari bulan Dzulhijjah." Mereka bertanya, "Ya Rasulullah, tidak juga jihad fi sabilillah?". Beliau menjawab, "Tidak juga jihad fi sabilillah, kecuali orang yang keluar (berjihad) dengan jiwa dan hartanya, kemudian tidak kembali dengan sesuatu apa pun."

Imam Ahmad rahimahullah meriwayatkan dari Ibnu Umar, bahawa Nabi SAW bersabda, "Tidak ada hari yang paling agung dan amat dicintai Allah untuk berbuat kebajikan di dalamnya daripada sepuluh hari (Dzulhijjah) ini. Maka perbanyaklah pada saat itu tahlil, takbir dan tahmid."

AMALAN YANG DIANJURKAN

1. Melaksanakan ibadah haji dan umrah. Ibadat ini adalah yang paling utama, berdasarkan berbagai hadith shahih yang menunjukkan keutamaannya, antara lain; sabda Nabi SAW, "Dari umrah ke umrah adalah tebusan (dosa-dosa yang dikerjakan) di antara keduanya, dan haji yang mabrur balasannya tiada lain adalah Syurga."

2. Berpuasa selama hari-hari tersebut, atau pada sebahagiannya terutama pada hari Arafah. Tidak disangsikan lagi bahawa puasa adalah jenis amalan yang paling utama, dan yang dipilih Allah untuk diri-Nya. Disebutkan dalam hadits qudsi, ertinya: Allah subhanahu wata'ala berfirman, "Puasa itu adalah untuk-Ku, dan Aku lah yang akan membalasnya. Sungguh dia telah
Read More..

SYAWAL BERTEMU RAMADHAN BERLALU

0 comments
Aidilfitri merupakan hadiah daripada Allah SWT untuk umat Islam yang telah berjaya melalui tempoh pendidikan dalam universiti Ramadhan.Sesungguhnya beruntunglah mereka yang benar-benar menghayati maksud hadis baginda nabi , barangsiapa yang melaksanakan ibadah puasanya dengan penuh keimanan dan keinsafan diampunkan dosa-dosanya yang lalu.Justeru, bagi mereka yang berjuang bersungguh-sungguh ketika mengharungi cabaran Ramadhan akan merasa manisnya menyambut lebaran Syawal kali ini.

Ganjaran Puasa Setahun

Salah satu puasa yang dianjurkan setelah berpuasa di bulan Ramadhan adalah puasa enam hari di bulan Syawal. Puasa ini mempunyai keutamaan yang sangat istimewa. Dari Abu Ayyub Al Anshari, Rasulullah bersabda, “Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian berpuasa enam hari di bulan Syawal, maka dia seperti berpuasa setahun penuh.” (HR. Muslim). Dari Tsauban, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Barangsiapa berpuasa enam hari setelah hari raya Idul Fitri, maka seperti berpuasa setahun penuh. Barangsiapa berbuat satu kebaikan, maka baginya sepuluh kali ganda.” (HR. Ibnu Majah ). Imam Nawawi rahimahullah mengatakan dalam Syarh Shohih Muslim , “Dalam hadits ini terdapat dalil yang jelas bagi mazhab Syafie, Ahmad, Daud beserta ulama yang sependapat dengannya iaitu puasa enam hari di bulan Syawal adalah suatu hal yang dianjurkan.”

Dilakukan Setelah Idul Fitri

Puasa Syawal dilakukan setelah Idul Fitri, tidak boleh dilakukan di hari raya Idul Fitri. Hal ini berdasarkan larangan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam yang diriwayatkan dari Umar bin Khattab , beliau berkata, “Ini adalah dua hari raya yang Rasulullah melarang berpuasa di hari tersebut: Hari raya Idul Fitri setelah kalian berpuasa dan hari lainnya tatkala kalian
Read More..

RAMADHAN OH RAMADHAN

0 comments
Sidang pembaca yang budiman,

Ramadhan kembali dengan 1001 satu macam kelebihan di dalamnya.Para salafussaleh dan solehin menanti-nanti kedatangan bulan mulia ini dengan penuh kerinduan,serindu menantikan pertemuan dengan pencipta Ramadhan.Saat tibanya Ramadhan hati mula berbunga,wajah merona suka, tersenyum mengingat keagungan serta kebesarannya.

Lalu bagaimanakah Ramadhan di sisi kita?Jika salafussaleh dan solehin menangis ketika lambaian Ramadhan hampir tiba adakah kita melonjak gembira dengan pemergiannya.Aduh,alangkah malangnya jiwa-jiwa sedemikian rupa.Ketika hadir tidak di syukuri ketika hilang pun tidak terasa.

Ramadhan adalah universiti terbaik yang diciptakan Allah untuk menjadikan kita berjiwa hamba.Lapar membuatkan nafsu mengecil dan jiwa berasa halus apabila mengadapNya.Maka ketika itu ia mudah menerima tarbiyyah dari Yang Esa agar sama-sama merasai kesusahan orang yang susah dan kelaparan orang yang lapar.Demikian hebatnya pensyariatan Islam, menjadikan kita tidak saja mementingkan diri sendiri bahkan membentuk rantaian sosial yang baik seusai Ramadhan.Ramadhan tidak menjadikan kita lupa pada si miskin yang kelaparan dan si fakir yang kesejukan lantas diperintahkan menunaikan zakat fitrah guna memenuhi tuntutan golongan tersebut.

Beberapa peristiwa penting pernah berlaku dalam bulan mulia ini.Sejarah merakamkan bahawa al-Quran al-Karim diturunkan pada 17 Ramadhan di gua Hira ketika baginda nabi berkhalwat di sana.Tarikh yang sama berlaku peperangan Badar pada tahun kedua hijrah tidak lama selepas penghijrahan baginda ke Madinah al-Munawwarah.Tanpa menghiraukan kepanasan melampau padang pasir di bawah terik mentari para sahabat berjuang mencari syahid sehingga berjaya membawa kemenangan kepada pihak Islam.Ternyata puasa tidak menjadikan mereka lemah longlai tidak
Read More..
 
Copyright 2011 @ Biah Solehah PMRAM!
Design by Wordpress Manual | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Blogger