PERISTIWA BERSEJARAH DI BULAN MUHARAM

0 comments
Bulan Muharam merupakan bulan keberkatan dan rahmat kerana bermula dari bulan inilah berlakunya segala kejadian alam ini. Bulan Muharam juga merupakan bulan yang penuh sejarah, di mana banyak peristiwa yang berlaku sebagai menunjukkan kekuasaan dan kasih sayang Allah kepada makhluk-nya. Pada bulan ini juga, Allah mengurniakan mujizat kepada Nabi-Nabi-nya sebagai penghormatan kepada mereka dan juga limpah kurnianya yang terbesar iaitu ampunan dan keredhaan bagi hambanya. Sebagai tanda kesyukuran kepadanya, maka hamba-hambanya mempersembahkan ibadah mereka (antara mereka dengan Allah) sebagai hadiah kepada Allah, namun dengan itu, masih belum dapat lagi membalas kurniaan Allah yang sungguh bernilai. Said bin Jubair dari Ibnu Abbas r.a berkata: Ketika Nabi saw baru berhijrah ke Madinah, maka mereka dapati kaum Yahudi berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam). Maka mereka pun bertanya kepada kaum Yahudi tentang puasa mereka itu. Mereka menjawab, “Hari ini Allah SWT memenangkan Musa dan Bani Israel terhadap Firaun dan kaumnya, maka kami berpuasa sebagai mengagungkan hari ini. Maka sabda Nabi saw: “Kami lebih layak mengikuti jejak langkah Musa dari kamu.” Maka Nabi saw pun menyuruh para sahabat agar berpuasa. Antara lain kelebihan 10 Muharam ialah barangsiapa yang melapangkan rezeki pada keluarganya, maka Allah akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun ini. Terdapat juga sebuah hadis meriwayatkan, “Barangsiapa yang berpuasa pada hari Asyura, maka dapat menebus dosa satu tahun.” Maksud hadis ini ialah hari yang kesepuluh Muharam (Asyura) merupakan hari dan bulan kemuliaan kerana pada sesiapa yang berpuasa pada hari inilah, Allah membersihkan dan menebus dosa-dosa mereka yang lampau.

Bulan Muharam juga merupakan satu-satunya bulan yang teristimewa kerana banyak peristiwa yang bersejarah berlaku pada bulan ini disamping ganjaran pahala yang besar kepada sesiapa yang beribadah pada bulan ini sepertimana terdapat dalam satu hadist. “Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam), maka Allah akan memberi kepadanya pahala sepuluh ribu malaikat dan
Read More..

DOA AKHIR & AWAL TAHUN HIJRAH

0 comments
(DOA AKHIR TAHUN )

Doa ini dibaca pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zaulhijjah

(DOA AWAL TAHUN)

Doa ini dibaca selepas Mahgrib pada satu Muharram...


Read More..

Wanita Muslim Acheh Barat Dilarang Memakai Seluar Ketat

0 comments
Wanita muslim yang tinggal di Acheh Barat dilarang untuk memakai seluar ketat mulai 1 Januari tahun depan (2010). Sesiapa yang memakai seluar atau jeans ketat akan disuruh menukar pakaian tersebut kepada skirt labuh yang disediakan oleh kerajaan daerah itu. Manakala seluar ketat itu pula akan dipotong dua dengan segera dihadapan mereka. Kaum lelaki juga tidak terlepas kerana mereka tidak dibenarkan memakai seluar pendek. Tetapi, tidak dimaklumkan sama ada kaum lelaki akan diberi pakaian gantian jika mereka ditangkap memakai seluar pendek ataupun tidak. Hukuman apa yang akan dikenakan buat lelaki Islam yang melanggar peraturan itu juga tidak dinyatakan.

Sementara itu, Ketua Daerah Acheh Barat Ramli Mansur berkata penduduk yang bukan beragama Islam tidak perlu mengikuti peraturan tersebut. “Kami menghormati hak penduduk bukan Islam. Oleh itu, mereka tidak perlu risau mengenai peraturan baru ini,” jelasnya lagi. “Kaum wanita hanya dibenarkan untuk memakai seluar sehingga buku lali mereka dan seluar itu juga mestilah longgar. Mereka hanya boleh memakai seluar di dalam skirt,” ujarnya lagi. Menurut Mansur lagi, jika ada sesiapa yang membantah, dia berpesan kepada mereka supaya tidak marah terhadapnya kerana dia hanya mengikut tuntutan agama Islam.

Sumber : Akhbar DETIK DAILY

- Apakah pandangan anda tentang isu ini?
- Kenapa anda setuju/tidak tentang isu ini?
- Adakah anda mampu melakukannya?
Read More..
 
Copyright 2011 @ Biah Solehah PMRAM!
Design by Wordpress Manual | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Blogger