25 Oktober 2010 : Deligasi roadshow Gempur syakhsiah sekali lagi meneruskan misi jelajah mahasiswa dan kali ini ke negeri bertuah Johor Darul Takzim.Program yang bertempat di Dewan Asrama Pelajar Johor (APJ) ini telah memuatkan hampir seratus tiga puluh ahli mahasiswa Mesir di sekitar Haiyu Haiyu Sabik Rabaah yang terdiri dari negeri Selangor,Negeri Sembilan,Melaka,Perlis,Penang,Kedah,Selangor dan Johor sendiri.Program ini telah bermula pada jam 6.45 malam sehingga 8.30 malam.
Forum yang bertajuk “Mengembalikan Identiti Akhlak Islamiyyah” ini telah dipengerusikan oleh Ustazah Fatehah bt Md Ambiah dan dibarisi oleh ahli panel wakil dari unit Biah Solehah,Bait Muslim dan Hisbah iaitu Ustazah Hanisah bt Hj Muslim,Ustazah Renni bt Miskan dan Ustaz Jamal Najmuddin bin Sulaiman.
Dengan bilangan kehadiran ahli yang membanjiri dewan APJ sekaligus menzahirkan
Forum yang bertajuk “Mengembalikan Identiti Akhlak Islamiyyah” ini telah dipengerusikan oleh Ustazah Fatehah bt Md Ambiah dan dibarisi oleh ahli panel wakil dari unit Biah Solehah,Bait Muslim dan Hisbah iaitu Ustazah Hanisah bt Hj Muslim,Ustazah Renni bt Miskan dan Ustaz Jamal Najmuddin bin Sulaiman.
Dengan bilangan kehadiran ahli yang membanjiri dewan APJ sekaligus menzahirkan
rasa sensitiviti ahli terhadap permasalahan yang berlaku disekitar mereka.Ini juga memberikan satu impak yang bertenaga terhadap ahli panel untuk membentangkan permasalahan-permasalahan,statistik kes hisbah yang semakin meruncing serta penyelesaian yang perlu dilakukan bersama.
Dari sudut pandang Unit Biah Solehah, ustazah Hanisah Hj Muslim menekankan bahawasanya tugas untuk menghidupkan suasana solehah bukan sahaja terpundak dibahu A.J.K UBS sahaja bahkan harus dipikul kepada semua ahli tidak kira dimana sahaja posisi mereka terutama dalam menghidupkan suasana diantara ahli bait sendiri.Sesungguhnya perubahan tidak akan berlaku tanpa kesedaran.Alangkah malangnya jika kita berfikiran bahawa Malaysia adalah medan jihad sebenar dan bukan di Mesir tempat permulaan.
Ustazah Renni bt Miskan di posisi Bait Muslim pula menerangkan permasalahan yang berlaku antara mahasiswa/wi Mesir yang seolah-olah ingin membuatkan Mesir ini seperti Negara Malaysia kedua dengan kes hisbah yang melampau.Beliau juga menerangkan formula untuk mengembalikan syaksiah muslim dengan satu formula ringkas iaitu akhlak soleh,fikrah yang jelas,berilmu pengetahuan dan aqidah yang sahih.Disamping itu,beliau juga menerangkan serba ringkas penggunaan Unit Bait Muslim bagi menjauhi dari kancah maksiat yang diwarnai oleh syaitan laknatullah.
Unit Hisbah dengan tegas dan berkhemahnya membawa ahli yang hadir menginsafi kesilapan lalu serta mengenangkan bahawa suasana mahasiswa kini kian tercalar dengan kes hisbah semakin menjadi-jadi.Ianya seolah-olah tidak menghayati wadah Islam yang dipelajari di kuliah secara mendalam.Ustaz Jamal juga membawa ahli agar menghayati perjalanan kehidupan Nabi Muhammad S.A.W untuk menjelaskan lagi wadah Islam yang sebenar serta mengajak ahli memikirkan masalah insan lain dan jangan hidup dengan mementingkan diri sendiri sahaja.
Dalam forum yang diselangi gurauan itu,kepekaan ahli yang hadir jelas terbukti apabila para panel dihujani dengan pelbagai soalan kepada setiap wakil UBS,UBM dan Hisbah.Antara soalan yang diutarakan adalah adakah pihak berwajib mengambil perhatian dalam menyelesaikan isu yang berkaitan dengan kes Hisbah dan antara lainnya ada yang memberi cadangan agar semua ahli terus bertindak serta jangan berharap kepada Ahli jawatankuasa Hisbah sahaja.Maka,dengan berakhirnya sesi soal jawab maka berakhirlah forum Roadshow Gempur Syakhsiah 2010 yang berpusat di dewan APJ.Forum berakhir dengan majlis penyampaian hadiah kepada barisan ahli panel oleh Yang Di Pertua Negeri Johor Ustaz Syed Miftahul Ulum B Syed Mustafa Kamal.Tidak lupa juga hadiah kenang-kenangan daripada deligasi Roadshow Gempur Syakhsiah kepada setiap YDP BKAN yang hadir.
No comments:
Post a Comment