Rasulullah SAW telah bersabda : " Solat berjemaah itu lebih
baik daripada mendirikan solat secara bersendirian sebanyak dua puluh tujuh (27
) darjat
iaitu ganjaran.
( Riwayat Bukhari & Muslim )
Berdasarkan hadis yang tertera seperti di atas , Rasulullah SAW
sangat menekankan solat secara berjemaah berbanding solat secara bersendirian . Sesungguhnya, solat berjemaah mampu mengubat perpecahan antara
umat Islam. Oleh yang demikian, dalam sabda Rasulullah SAW, Daripada Abu
Mas’ud, katanya: “Rasulullah SAW menyentuh bahu kami sebelum solat sambil
berkata, luruskan barisanmu (saf), jangan bengkok, nescaya yang menyebabkan
hatimu berpecah-belah”, hadis Riwayat Muslim .
Seorang Professor Fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi 2 cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beribadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.
Tindakan-tindakan yang dianjurkan
semasa solat berjemaah itu mempunyai pelbagai kelebihan. Kajian sains mendapati
sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang
berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan
oleh tubuh.
Ia berlaku apabila cas yang
berlebihan – sama ada negatif atau positif dikeluarkan, manakala yang
berkurangan akan ditarik ke dalam badan kita. Semakin lama pergeseran ini
berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.
Kisah
ini dinaqalkan oleh ustaz Nazrul Nasir mahasiswa Usuluddin Universiti Al-Azhar, Kaherah Mesir untuk dikongsikan buat sahabat-sahabat sebagai pengajaran dan
tauladan buat kita semua .
Suatu
hari di masjid al-Azhar, Syeikh Ali Jum’ah sedang menyampaikan pengajian kita.
Ketika itu para hadirin sedang khusyuk mendengar syarahan dan penjelasan yang
disampaikan oleh syeikh waktu itu walaupun dalam suasana yang agak sejuk.
Tiba-tiba tanpa semena-mena kipas yang berada berdekatan dengan syeikh
berpusing dengan lajunya. Dengan serta-merta syeikh memberhentikan syarahannya.
Pada ketika itu para hadirin dan syeikh mencari-cari siapakah orang yang telah
membuka kipas tersebut. Kerana mereka sedia maklum tidak sepatutnya kipas itu
dibuka pada waktu musim sejuk. Tidak lama kemudian syeikh pun menegur dan
memarahi orang yang membuka kipas itu kerana telah menyebabkan syeikh bertambah
sejuk dan menyuruh untuk ditutup semula kipas tersebut.
Tanpa disedari ,tiba-tiba datang seorang pak cik tua dari satu
sudut dalam masjid tersebut, pak cik tersebut datang kepada syeikh dan meminta
maaf padanya kerana dialah yang telah membuka kipas tersebut. Namun apa yang
mengejutkan para hadirin ketika itu, syeikh Ali Jum’ahtelah berubah reaksinya
dan lebih mengejutkan para hadirin beliau pula yang meminta maaf kepada pak cik
tersebut, katanya beliau tidak layak untuk menegur pak cik tersebut apatah lagi
ingin memarahinya kerana membuka kipas tersebut.
Sahabat-sahabat, agaknya apa yang menyebabkan syeikh
berkata sedemikian.? Selepas dari itu, Syeikh Ali Jum’ah bercerita kepada para
hadirin atas sebab apa beliau merasa tidak layak untuk menegur pak cik itu
tadi. Beliau berkata pak cik itu ibadahnya jauh lebih baik berbanding beliau. Pak
cik itu seorang pekerja di masjid al-Azhar itu sejak sekian lama, boleh
dikatakan sejak berpuluh tahun lamanya, dan orang-orang di sekitar
berkata setakat yang terzahir pada penglihatan mereka pak cik tersebut tidak
pernah meninggalkan solat subuh secara berjemaah di masjid itu, apatah lagi
lewat dan lebih teruk lagi meninggalkan terus solat subuh. SUBHANALLAH, para
hadirin ketika itu terharu mendengar kisah yang diceritakan oleh syeikh ketika
itu. Dua perkara yang menyebabkan mereka terharu, yang pertama tawadhuknya
seorang ulama’ dan yang kedua hebatnya seorang pak cik tua yang sangat menjaga
ibadahnya kepada Allah SWT, dan sehingga
kini pak cik itu masih ada dan masih bekerja di masjid al-Azhar. Sangat baik dan
peramah orangnya, beliau akan menyapa dan memberi salam kepada orang-orang yang
ditemuinya, kami panggil pak cik ini dengan panggilan ‘ammu Ahmad.
Melalui cerita yang telah disampaikan , dapatlah disimpulkan bahawa
islam itu indah . Amalan seseorang itu
bukan dinilai dari sudut rupa paras tetapi dinilai dari ketaqwaan dan keimanan
yang sebenar kepada Allah SWT .Setiap kebaikan yang kita lakukan dengan
sebenar-benar keimanan akan dibalas
dengan ganjaran yang sangat besar tanpa berkurang sedikit pun kerana Allah itu Maha Pemurah lagi Maha
Penyayang .
Kesimpulannya , marilah kita sama- sama mewujudkan semula amalan istiqamah yang dilakukan oleh nabi
kita , Nabi Muhammad SAW iaitu solat
jemaah . Ingatlah, baginda Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkannya walaupun
Baginda berada dalam keadaan sakit. Rasulullah
SAW telah menjanjikan bahawa pahala orang yang menunaikan solat subuh secara
berjemaah itu ibarat beribadat sepanjang malam. Banyak ganjaran yang Allah
sediakan kepada hamba-hambanya, tetapi bergantung kepada diri kita sahaja
samada ingin mengambilnya ataupun tidak.
No comments:
Post a Comment