AYUH KEMBALIKAN KEIZZAHAN BIAH SOLEHAH!
Ungkapan pepatah Melayu kerana “Nila setitik rosak susu sebelanga.” amat sesuai dirujuk kepada kepincangan yang berlaku terhadap masyarakat kita lebih-lebih lagi dalam dunia Azhari dan Azhariah kini.
Analogi ‘nila’ menggambarkan perbuatan kotor dan tidak bermoral yang merangkumi tindakan-tindakan yang tidak cocok sebagai putera dan puteri perlembahan Nil. Betapa tidak, kerana kita adalah benteng akhir harapan umat untuk menjadi pelita dan menyinari umat dengan ilmu serta akhlak.
Jika ingin berhubungan antara berlainan jantina , Islam telah pun meletakkan kaedah-kaedah tersendiri. Berikut adalah tip-tip berurusan dengan mereka :
1) Ringkaskan dan padatkan ayat-ayat :
Tidak perlu meletakkan ikon senyum gelak ketawa seperti huhu, haha, hihi, hikhik.. Apatah lagi perkara yang kurang berfaedah. Andai terdesak sangat untuk bercakap melalui telefon, jagalah suara anda terutama nisa' selari dengan tuntutan Al-Quran: "Wahai isteri2 nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu org yang ada penyakit dlm hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yg baik."
2) Tundukkan hati :
Sepatutnya apabila kita berurusan dengan berlainan jantina kita perlu risaukan kemurkaan-Nya. Banyak-banyaklah berdoa semoga urusan dipermudahkan dan bebas daripada fitnah. Mintalah dari-Nya supaya dipelihara daripada panahan syaitan.
3) Tundukan pandangan :
Jangan tertipu dgn matapelajaran kaedah berkomunikasi yang kita belajar "Make eye contact with the person you're talking to". Melainkan dengan kaum sejenis. Berwaspada dengan konsep "dari mata turun ke hati!"
4) Mempercepatkan urusan :
Apabila ada urusan, segerakanlah kerja. Tidak perlu sampai hendak berkongsi hal peribadi, luahan hati, gelak ketawa dan sebagainya yang tidak penting.
“Semoga ia menjadi peringatan bagi kita. Semoga kita dapat mewujudkan biah solehah dalam keredhaan-Nya”.
Disediakan oleh : Unit Risalah dan Penerbitan UBS 2009/2010
No comments:
Post a Comment