KEPENTINGAN MENGKAJI SIRAH NABI S.A.W




Menyingkap kembali zaman kegemilangan Islam suatu ketika dulu,bermacam-macam persoalan yang berlegar dalam benak kita bagaimanakah umat Islam pada zaman tersebut mampu menongkah arus perjuangan dengan begitu gah sekali walaupun pelbagai mehnah dan tribulasi terpaksa dihadapi demi mempertahankan kedaulatan Islam yang tercinta agar terus cemerlang dan terbilang dengan panji-panji yang gemilang.
Alangkah hebatnya Islam suatu ketika dulu di mana
zaman baginda s.a.w sebagai bukti keizzahan islam telah termaktub dalam lembaran sejarah.Sinar Islam itu telah terbit ketika mana umat dunia dilitupi kegelapan jahiliah.Ketika inilah berlaku paradigma terhadap umat islam di timur yang diterangi nur keimanan serta ilmu dari al-Quran yang menjadi agen perubahan  sedangkan umat manusia di sebelah barat masih lagi tenggelam dengan kepekatan jahiliah.Bertitik-tolak disinilah,telah muncul agen-agen perubahan di sebelah barat yang terdiri dari tokoh-tokoh sejarah dan cendekiawan-cendekiawan mutakhir begitu kagum dengan sejarah Islam di mana Islam pernah menakluki dua pertiga dunia suatu ketika dulu dan Islamlah yang menumbuhkan kembali ketamadunan yang telah hilang.
            Kalau dahulu kita lihat Islam begitu gah di mata dunia,namun hari ini Islam tidak lebih dari debu-debu pasir yang dipijak di merata-rata tempat.Islam ditekan dan ditindas dari segenap penjuru oleh umat yang menolaknya samada dari golongan Islam itu sendiri ataupun golongan kuffar…kenapakah semua ini berlaku?? Inilah persoalan yang perlu kita fahami dan mencari kesilapan sebenar yang telah berlaku dalam umat Islam pada masa kini.Kita semua sedar corak dan pola hidup manusia sentiasa berubah-ubah mengikut peredaran zaman,tetapi landasan Islam tetap relevan untuk digunakan sampai bila-bila.Semuanya akan terjawab dan sinaran islam yang suram akan kembali memancarkan aura saktinya sekiranya kita kembali menyingkap dan menyelusuri serta mempraktikkan setiap detik-detik hidup tokoh terulung junjungan besar kita nabi Muhammad s.a.w.
            Lantaran menyedari peri-pentingnya penyebaran risalah Islam yang wajib dicedok dari ajaran Rasulullah demi menjaga kemurniaan dan keaslian Islam supaya terus menyinar di persada dunia,maka para ulama’ terdahulu telah tampil sebagai perintis dengan goresan pena mereka dijadikan modal untuk menghasilkan khazanah dan mutiara yang berharga yang sarat dalam kutub mereka untuk kepentingan dan panduan umat Islam khususnya dalam merencana hidup mereka supaya terus subur dengan Islam sebagai ad-din.

Dengan kesedaran inilah,kita sebagai mahasiswa Islam perlu mencontohi ulama’ silam dalam konsep berdakwah dengan sama-sama mengkaji sirah Rasululah dan pada masa yang sama mempraktikkan semua konsep kehidupan yang telah dilakukan oleh junjungan besar kita untuk meneruskan rantaian perjuangan Islam yang terpundak di atas bahu kita semua disamping doa sebagai senjata utama kita.

No comments:

Post a Comment

 
Copyright 2011 @ Biah Solehah PMRAM!
Design by Wordpress Manual | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Blogger