
Dalam kehangatan Pesta Buku Antarabangsa Kaherah ke-43 yang sedang berlangsung, jelas keterujaan para pencinta ilmu memburu khazanah-khazanah berharga tinggalan ilmuan terdahulu atau sarjana masa kini. Benarlah seperti yang pernah diungkapkan oleh Baginda Nabi Muhammad SAW bahawa dua golongan yang tidak pernah kenyang dan puas ialah pengumpul harta dan penuntut ilmu. Dalam usaha mendalami dan memahami lautan ilmu yang luas, para penuntut...