Amalan
merayakan Hari Valentine atau Hari Memperingati Kekasih tidak pernah dianjurkan
oleh Islam. Tarikh 14 Februari setiap tahun merupakan hari yang ditunggu-tunggu
oleh semua pasangan kekasih di seluruh dunia. Pada hari tersebutlah
setiap pasangan kekasih akan meluahkan kasih sayang
dan memberikan hadiah kepada pasangan masing-masing sebagai tanda hubungan cinta
mereka. Malah ada segelintir orang islam sendiri yang terikut-ikut dengan
budaya agama lain ini tanpa memikirkan
sejarah disebalik hari tersebut.
Banyak sejarah dan asal-usul disebalik sambutan
Valentine Day ini. Bahkan, amalan, budaya dan perayaan ini mempunyai unsur-unsur yang bercanggah dengan Islam. Sejarah hari
kekasih ini tidak ada di dalam Islam. Islam menolak konsep kasih sayang yang
terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang
diamalkannya boleh menggugat akidah Islam.Di dalam Islam tidak ada hari
tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan
soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama
Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah
membincangkan Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day.
Muzakarah berpandangan bahawa ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang
dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.Oleh itu, Muzakarah
bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh
perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur
dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.
Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai
budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith
Rasulullah s.a.w.:
من تشبه بقوم فهو منهم
“Sesiapa yang
menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”
( Riwayat Abu Daud)
Sambutan ini mula meresap dikalangan masyarakat kita
khususnya di kalangan muda-mudi, sekitar akhir tahun 1980-an melalui berbagai saluran media sama ada media cetak mahupun
media elektronik. Orang-orang islam yang jahil pasti akan
menerima sambutan ini kerana ia bersesuaian
dengan kehendak nafsu dan
fitrah tanpa mengambil kira sisi pandang agama yang melarang keras kerana ianya
bertentangan dengan keyakinan dan akidah orang islam.
Kebanyakan golongan remaja Islam hari ini meraikan Valentine’s Day
dengan melakukan kemaksiatan yang ditegah oleh Allah s.w.t. Gejala seperti ini
sekiranya tidak dibendung akan merosakkan akidah generasi umat Islam akan
datang. Umum mengetahui hari
kekasih merupakan
hari bagi para kekasih untuk meluahkan rasa kasih sayang kepada satu sama lain dengan menghadiahkan bunga,
menawarkan manis-manisan, dan mengirim kad ucapan. Agenda Hari Memperingati
Kekasih tidak lain tidak bukan akan
melibatkan pergaulan bebas diantara
lelaki dan perempuan, membuang masa dengan berpeleseran ke tempat-tempat yang
tak tentu malah mencurigakan dan membazir wang dengan bertukar –tukar hadiah antara
pasangan ajnabi. Tradisi sebegini tidak pernah wujud di dalam islam .
Pergaulan
bebas ketika sambutan Hari Valentine ini akan membuka pintu perzinaan sedangkan
Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh
menyebabkan terjadinya perzinaan. Firman-Nya:
“Dan janganlah kamu menghampiri
zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang
jahat (yang membawa kerosakan).” (Al-Israa’
: 32)
Amat membimbangkan kini,
perayaan Vaelentine`s Day bertambah tercemar di negara umat Islam apabila ia
menjadi suatu adat dan merosakkan kebanyakkan pemuda-pemudi umat Islam. Bukanlah
setakat berutus-utus kad ucapan dan hadiah, atau meraikannya di kelab-kelab malam.
tetapi dibimbangi muda-mudi ini sampai ke tahap menghadiahkan kehormatan diri
demi membuktikan kecintaan dan kesetiaan.
Kesimpulannya,tiada hari kekasih dalam islam. Sambutan velantine
day hanya membawa kepada kehancuran akidah dikalangan umat islam. Fenomena 14
februari setiap tahun diraikan oleh seluruh
dunia dan diterima oleh masyarakat seluruh dunia sehingga orang-orang islam sendiri mengambil
bahagian . Anak-anak
muda zaman sekarang banyak terdedah kepada budaya dari barat ini tanpa mengetahui asal-usulnya
valentine day yang jauh dari ajaran islam
. justeru itu, Janganlah kita didorong oleh syaitan dan nafsu semata-mata
hingga kita sanggup membelakangi akidah dan kesuciaan agama islam .Betulkan
yang biasa, biasakan yang betul !
No comments:
Post a Comment