Saintis Perancis Memeluk Islam Setelah Mengkaji Penemuan Mayat Firaun

8 comments

Pada pertengahan tahun 1975, Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal.

Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya.

Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris. Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian.

Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka.

Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.

Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi.

Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat.

Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.

Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.

Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille.

Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut?

Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.

Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis.

KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN

Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru.

“Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!”

Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.

Kisah Firaun dalam al-Quran

Hakikatnya Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.

Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya.

Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu.

“Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.

Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun.

Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15)

Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu.

Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.

Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka.

Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:

“Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus: 92).”

Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.

Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.”

Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran.

Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.

Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya.

“Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran.

“Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya.

Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah.

Sumber
Read More..

Akhlak Mulia Jambatan Ke Syurga

0 comments

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah ditanya tentang sebab paling banyak yang mengakibatkan orang masuk syurga? Baginda menjawab, “takwa kepada Allah dan akhlak mulia”. Beliau juga ditanya tentang sebab paling banyak yang mengakibatkan orang masuk neraka, maka baginda menjawab, “mulut dan kemaluan” (HR. Tirmidzi)

Rasulullah saw bersabda, “Mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya". (HR Bukhari, Muslim, Tirmidzi dan Nasai)

Rasulullah saw bersabda, “Yang paling memberatkan mizan(timbangan) pada hari kiamat ialah akhlak yang baik.” (HR. Ahmad)

Sabda Rasulullah, "Aku menjamin dengan sebuah istana yang terdapat di tepi syurga bagi orang yang meninggalkan perdebatan walaupun dia benar, aku menjamin dengan sebuah istana yang terdapat di tengah syurga bagi orang yang meninggalkan dusta walaupun bergurau, dan aku menjamin dengan sebuah istana yang tertinggi bagi orang yang membaguskan akhlaknya" [HR Abu Dawud]
Read More..

Nafsu Umpama Keldai, Usah Biarkan Diri Dikuasai Nafsu

0 comments

Menurut al-Ghazali : Nafsu boleh dikekang dengan kekangan takwa. Dengan itu ia akan menjadi lemah dan tunduk mengalah. Kewarakan seseorang juga boleh membelenggunya sehingga nafsu tidak berpeluang menjalankan peranannya. Dengan kesedaran bahawa nafsu itu musuh yang akan mendatangkan kecelakaan , ia perlu dilemahkan dengan penghinaan. Jangan sekali-kali diberi muka dan dilayani keinginannya.

Ulamak sufi menganjurkan tiga langkah untuk melemahkan hawa nafsu:

Pertama, setiap keinginan nafsu itu hendaklah dicegah dan ditahan. Ini bererti ia dikurung atau dibelenggu. Umpama binatang liar, apabila dikurung atau ditambat, ia menjadi jinak juga akhirnya.

Kedua, hendaklah diberikan suatu tekanan atau deraan yang berat ke atasnya. Umpama kaldai yang liar, apabila dilebihkan muatan beban di atas belakangnya, nescaya ia menjadi lemah dan akan menurut perintah, apa lagi kalau dikurangkan rumput untuknya.

Ketiga, hendaklah sering berdoa, memohon perlindungan daripada Allah Taala agar terselamat daripada angkara nafsu jahat (nafsu ammaratun bil-su`).

Langkah ini penting, kerana hanya dengan mendapat rahmat Allah Taala, hamba-Nya akan bebas daripada pengaruh atau runtunan nafsu.

Dalam al-Quran, Allah mengisahkan, bahawa nabi Allah Yusuf alaihissalam bersabda, mafhumnya : Sesungguhnya nafsu itu menyuruh kepada kejahatan kecuali orang yang dirahmati oleh Tuhanku. (Yusof:53)

Berpuasa juga antara cara untuk mengawal nafsu.
Read More..

Jangan Pesongkan Iman Kami Sesudah Kami Menerima HidayahMu

1 comments

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.
Read More..

Hari Jumaat Dan Surah Al-Kahfi

2 comments
 
1.Membaca surah Al-Kahfi Setiap Hari Jumaat

Hazrat Abu Darda (RA) menyatakan bhw Rasulullah SAW bersabda:

"Jika sesiapa belajar dengan MATA HATI dalam 10 ayat pertama Surah Al-Kahfi, dia akan dilindungi dari Dajjal" (HR Muslim)
...
2. Membaca surah Al-Kahfi Pada Siangnya

Dari Ibnu Umar r.a katanya bhw Rasulullah SAW bersabda:

“Rasulullah SAW bersabda: (bermaksud) “Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka terbitlah cahaya dari bawah kakinya mencecah hingga ke langit tinggi meneranginya pada hari kiamat dan dia akan diberi keampunan (terhadap dosanya) di antara dua Jumaat” (HR. Ibnu Katsir)

3. Membaca surah Al-Kahfi Pada Malamnya

Dari Abu Said Al-Khudri menyatakan; bhw Rasulullah SAW bersabda:

"Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada malam Jumaat, maka dia akan mendapat cahayanya di antara tempatnya dengan Kaabah” (HR. Ad Darimi)

4. Membaca surah Al-Kahfi Pada Malamnya

Sabda Rasulullah:
"Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat maka dia diberi cahaya yang menerangi antara dua Jumaat" (HR. al-Baihaqi & al-Hakim)
Read More..

Filem Pendek Tarbiyah Ruhiyyah - Kolokium Ilmuan PMRAM

0 comments
Read More..

Syeikh Ali Sobuni Bersama Kebangkitan Rakyat Syria

0 comments
Read More..

Muhasabah Seketika

0 comments

Bahawasanya orang-orang yang mempunyai hati yang bersih suci dan pemikiran yang lurus sihat meyakini bahawa mereka sekalian akan diberi balasan terhadap amal yang mereka kerjakan dan mereka akan menuai hasil tanaman yang mereka bercucuk-tanam.

Jika perbuatan baik yang mereka lakukan, maka balasan baiklah yang akan mereka terima. Jika amal bakti yang mereka kemukakan, maka pahalalah yang akan mereka perolehi. Demikian pula sebaliknya, jika perbuatan jahat yang mereka kemukakan, maka balasan siksalah yang akan mereka tempuhi kelak.

Bagi orang-orang yang melangkah dan menjalani jalan menuju Allah, alangkah bahagianya hidup mereka. Di dunia lagi mereka telah pun merasai hembusan bayu syurga. Firman Allah swt: "Dialah yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah sedia ada)." (Al Fath : 4)

"Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: 'Tuhan kami ialah Allah', kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan): 'Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih, dan bergembiralah dengan syurga yang telah dijanjikan Allah kepadamu.'" (Fushshilat : 30)

Dalam sebuah hadith, Rasulullah saw bersabda:

"Apabila Allah kasih kepada seorang hamba, maka Ia memanggil Jibrael dan memberitahu kepadanya: 'Allah telah kasih kepada fulan, maka kasihlah engkau kepadanya.' Kemudian diumumkan kepada sekalian ahli langit: 'Sesungguhnya Allah kasih kepada fulan maka kasihlah kamu sekalian kepadanya', dan setelah dikasihi penghuni langit, diberinya kejayaan pada orang bumi." (Bukhari, Muslim)

Alangkah indahnya saat tatkala Allah swt berfirman kepada kita: "Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu. Dan masuklah ke dalam syurgaKu." (Al Fajr : 27-30)

Itulah pembalasan ni'mat yang dikurniakan Allah kepada orang-orang yang teguh pendirian di dalam perjalanan menujuNya. Bagi orang-orang yang enggan memilih jalan itu sebaliknya mengambil jalan menuju kehancuran, kelak mereka akan menyesal. Allah menggambarkan keadaan mereka di saat itu dengan firmanNya:

"Dan (alangkah ngerinya) jika sekiranya kamu melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, (mereka berkata): 'Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), kami akan mengerjakan amal saleh, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin.'" (As Sajdah : 12)

Betapa ruginya mereka disebabkan hanya menyesal ketika tidak ada gunanya penyesalan. Merugilah hidup mereka di hari yang tidak berguna taubat mereka. Azab yang paling ringan yang ditimpakan kepada mereka, sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah saw ialah:

"Seringan-ringan siksa ahli neraka pada hari kiamat ialah orang yang diletakkan di bawah tumitnya bara api yang akan mendidihkan otaknya. Sedang ia merasa tiada seorang pun yang lebih siksa daripadanya, padahal itu adalah siksa yang paling ringan." (Bukhari, Muslim)

Lantaran itu marilah kita sama-sama membukakan hati dan pendengaran kita untuk mendengar seruan kepada Allah. Moga-moga kita sedar dari kelalaian dan terjaga dari tidur, lalu segera untuk beramal bakti agar terselamat dari bencana-bencana di hari kemudian. Firman Allah swt:

"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Barangsiapa yang terjauh daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya menanglah dia." (Ali Imran : 185)

Moga ada manfaat
Read More..

Jangan Ambil Mudah, Fatwa Merokok Adalah Haram

0 comments

PUTRAJAYA: Masih ramai di kalangan umat Islam di negara ini mengambil mudah mengenai fatwa Merokok Adalah Haram, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Othman Mustapha.

Justeru itu katanya, Jakim dan Kementerian Kesihatan hari ini bekerjasama mengadakan Seminar Pendidikan Fatwa Merokok Adalah Haram sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran.

Walaupun pelbagai kempen kesedaran telah dilaksanakan, Othman berkata jumlah penghisap rokok terus meningkat.

Menurut Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pada tahun ini lebih lima juta penduduk dunia akan mati akibat penyakit berkaitan merokok antaranya serangan jantung, strok dan kanser.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.

Keterangan/Hujah:

1. Keputusan yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia tersebut adalah bersandarkan kepada hujah-hujah berikut:

i. Rokok mengandungi pelbagai jenis racun. Fakta daripada kajian-kajian perubatan telah membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8 mg. nikotian dan pelbagai bahan kimia lain. Setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita telah menghidu sebanyak 4,000 jenis bahan kimia yang boleh memudharatkan badan.

ii. Ketagihan tembakau bukan hanya menimbulkan masalah kepada perokok, malah ia berada di tempat keempat dalam senarai faktor risiko bagi penyakit serius yang menular di seluruh dunia. Tabiat merokok dikaitkan dengan risiko barah, penyakit jantung dan masalah pernafasan. Terdapat beberapa jenis penyakit yang berpunca dari merokok, antaranya ialah kanser kerongkong, kanser mulut, katarak (sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun), ulser perut, penyakit jantung, strok, penyakit paru-paru, emfisema paru-paru dan banyak lagi.

iii. Pada masa kini jumlah perokok sama ada dinegara maju atau negara membangun masih begitu besar, walaupun berbagai usaha telah dibuat oleh Kerajaan serta badan-badan sukarela bagi menyedarkan orang ramai tentang bahayanya merokok kepada orang ramai. Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30% daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esophagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut. Sebanyak 50% kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok. Kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk merawat berbagai jenis penyakit yang dikaitkan dengan tabiat merokok dan negara juga mengalami kerugian kira-kira RM 20 billion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.

iv. Imam al-Syafi’e telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu:” Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah swt mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri”.

v. Para ulama’ sepakat menyatakan bahawa merokok hukumnya haram kerana ianya jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara keji, berdasarkan nas-nas berikut:

a. Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.

b. Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157 yang bermaksud; “ Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.

c. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “ Tidak boleh memberi mudharat dan membalas dengan kemudharatan”. (Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)

d. Kaedah Usul Fiqh: درء المفاسد مقدم على جلب المصالح yang bermaksud “ menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”

e. Imam Ibn. Hazm dalam kitabnya al-Muhalla, jilid 7, halaman 503 (masalah no. 1027) menegaskan bahawa : “Pemborosan adalah haram”. Yang dimaksudkan dengan pemborosan di sini ialah:

i. Membelanjakan wang untuk perkara yang diharamkan oleh Allah swt, samada banyak atau sedikit, walaupun sebesar sayap nyamuk sekalipun.

ii. Pembaziran yang tidak ada keperluannya.

iii. Membuang wang, betapa kecilpun jumlahnya kerana dengan membuang tanpa tujuan itu menjadikannya sia-sia.

vi. Beberapa negara Islam dan beberapa ulama’ muktabar telah mengeluarkan fatwa tentang amalan merokok.

Antaranya seperti berikut:

a. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya adalah hukumnya haram kerana daripadanya terdapat kemudharatan.

b. Ulama’-ulama’ semasa Mesir seperti Dr. Abdul Jalil Shalaby mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan masyarakat.

c. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya “Fatawa al-Imam Abdul Halim Mahmud” telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan.

2. Hukum pengharaman arak dan khinzir tidak boleh disamakan dengan hukum haram merokok kerana hukum pengharaman terhadap arak dan khinzir telah dinyatakan secara jelas dan qat’ie oleh Allah swt dalam kitab suci al-Quran. Manakala hukum pengharaman terhadap perbuatan merokok telah diistinbatkan oleh para jumhur ulama’ terdahulu dan masa kini bersandarkan hujah-hujah kepada nas-nas syarak yang jelas dinyatakan seperti al-Quran, al-Hadith, Ijma’ Ulama’, Qaedah-qaedah Fiqhiyah dan sebagainya. Ayat-ayat al-Quran dan hadith seperti yang dinyatakan di atas jelas telah memperincikan isu ini.

3. Al-Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf, bekas Mufti Mesir dalam Kitabnya Fatawa Syariyyah Wa Buhuth Islamiyah menyatakan:

“ Sesungguhnya tumbuhan (tembakau) ini dahulunya belum dikenali. Apabila ia diperkenal dan digunakan oleh manusia untuk merokok, maka ulama’-ulama’ fiqh daripada pelbagai mazhab Islam telah membincangkannya untuk menetapkan hukumnya berdasarkan prinsip (qaedah fiqhiyyah) yang telah ditetapkan.”

“Sesungguhnya berdasarkan hukum asal sesuatu itu harus. Tidak akan terkeluar daripada prinsip asal melainkan adanya perkara-perkara yang mengubah hukumnya menjadi haram atau sebagainya.”

Dalam isu merokok ini, sebab yang menjadikannya haram ialah kesan mudharat dan bahayanya sehingga meruntuhkan lima asas utama (al-Kulliyatul Khams) yang wajib dipelihara oleh setiap manusia iaitu agama, jiwa, maruah keturunan, akal dan juga harta.

Sumber :  Harian Metro
Read More..

Hidupkan Hari Jumaat Anda Dengan Kebaikan

0 comments

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan dan pada hari itu juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (HR Muslim).

Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya hari Juma‘at adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah Subhanhu wa Ta ‘ala iaitu hari yang lebih besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah, pada hari Jum‘at itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam ‘alaihissalam dan Baginda di turunkan daripada syurga ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam ‘alaihissalam, dan Allah mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat, dan hari Jum‘at juga akan terjadinya hari Kiamat”. (HR Ibnu Majah)

Rasulullah SAW berkata: “Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” (Sahih, al-Hakim:3392)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Al Baihaqi)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya harimu yang paling utama adalah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari itu, kerana selawatmu ditunjukkan kepadaku. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana selawat kami ditunjukkan kepadamu sedangkan tubuhmu telah hancur? Rasulullah s.a.w. menjawab: Sesungguhnya Allah mengharamkan tubuh para Nabi bagi bumi (tidak hancur)." (HR Abu Daud, Nasa'i dan Ibnu Majah).

Rasulullah bersabda maksudnya : “Sesiapa yang berwuduk dan kemudian dia pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, lalu mendengar dan tidak bercakap (ketika khutbah dibacakan), maka diampuni dosa-dosanya yang ada di antara hari Jumaat itu dan hari Jumaat berikutnya”. (HR Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Pada hari Jumaat terdapat satu waktu, tidaklah seorang hamba Muslim memohon sesuatu kepada Allah melainkan Allah akan mengabulkannya. Carilah ia di akhir waktu selepas asar.” (Sahih, Abu Daud: 1048, di sahihkan oleh al-Hakim, adz-Dzahabi, dan an-Nawawi)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Tidaklah seseorang Muslim itu meninggal dunia pada hari jumaat atau pada malam Jumaat melainkan Allah menyelamatkannya dari fitnah kubur (soalan di dalam kubur). (HR At-Tirmizi.)
Read More..

Indahnya Solat Berjemaah

0 comments

Firman Allah s.w.t : “Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian,serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada sesiapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang yang diharapkan termasuk orang-orang yang mendapat petunjuk”.(Surah at-Taubah :18)

Solat berjemaah merupakan salah satu ibadah yang sangat dituntut di dalam Islam. Dari segi bahasa membawa maksud solat secara berkumpulan. Dalam fiqh, solat itu dikira berjemaah walaupun hanya dua orang sahaja yang menunaikan solat tersebut. Maka perlulah kita hidupkannya di dalam kehidupan seharian kita selaku seorang insan yang bergelar muslim.

Para ulama’ berselisih pendapat dalam memberi hukum tentang solat berjemaah ini. Ada yang mengatakan wajib,ada yang mengatakan sunat,ada yang mengatakan ianya adalah sunat muakkad(yang dituntut). Perselisihan ini membuktikan betapa pentingnya solat berjemaah itu kepada kita kerana ganjaran bagi yang menunaikan solat secara berjemaah sangat berbeza dengan solat bersendirian. Sabda Nabi Muhammad s.a.w daripada Ibnu Umar r.a : “Solat berjemaah itu lebih afdhal daripada solat bersendirian dengan dua puluh tujuh kali ganda” Riwayat Bukhari dan Muslim. Hadis ini ada juga perbahasan ulama yang mengatakan dengan dua puluh lima kali ganda pahala maka membuktikan betapa besarnya ganjaran yang Allah taala berikan kepada sesiapa yang menunaikan solat secara berjemaah.

Selain itu, solat berjemaah ini mempunyai banyak faedah kelebihan kepada kita lebih-lebih lagi sebagai mahasiswa. Perlu kita pupuk dari awal supaya budaya solat berjemaah menjadi darah daging kita yang sangat sukar untuk kita tinggalkan. Antara kelebihan-kelebihan kita dapat jika menunaikan solat secara berjemaah ialah:

1)Saling kenal mengenali antara satu sama lain. Apabila kita pergi ke masjid kita akan berjumpa ramai sahabat-sahabat kita yang sudah lama kita kenal, baru kenal ataupun tidak kenal langsung. Maka masjid adalah ‘Rumah’ yang pintunya tidak pernah ditutup pintunya untuk menerima tetamu tidak seperti rumah kita. Jika kita tidak mengenali seseorang itu mustahil kita akan menjemputnya masuk ke dalam rumah kita dengan selamba.

2)Saling tampung menampung pahala khusyuk antara satu sama lain. 
Jika kita menunaikan solat berjemaah, tidak semua yang mendapat khusyuk dari takbiratul ihram hinggalah kepada salam. Ada yang khusyuknya pada doa iftitah, ada yang khusyuknya pada rukuk, ada yang khusuknya pada sujud dan yang tidak khusyuk langsung.jadi ada pelbagai tempat  dan keadaan seseorang itu akan merasai khusyuk dalam solat dan secara automatik pahala khusyuk akan dapat. Maka dengan solat berjemaah ini akan saling tampung menampung pahala khusyuk dalam solat. Jika solat bersendirian kita memang tidak boleh kelebihan seperti ini.

3)Hadith Rasulullah s.a.w  yang diriwayatkan daripada Anas r.a : “Sesiapa yang solat selama empat puluh hari dalam jemaah yang tidak luput dari takbiratul ihram, maka Allah menuliskan(mewajibkan) baginya kelepasan : kelepasan dari munafiq dan kelepasan dari neraka”.

4)Allah taala akan memberi cahaya dalam kegelapan hari akhirat. Sabda Rasulullah s.a.w : “Bergembiralah orang yang berjalan dalam gelap untuk ke masjid dengan cahaya yang sempurna pada hari kiamat”.Para ulama’ memberi maksud pada ‘ solat yang gelap’ialah solat subuh dan asar.

5)Dijanjikan oleh Allah taala dengan ganjaran syurga. Siapa yang tidak mahu masuk syurga. Hanya orang yang otaknya terputus wayar sahaja tidak mahu masuk syurga. Ini adalah janji Allah maka perlulah kita merebutnya kerana peluang tidak datang berkali-kali. Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan dari Abi Musa r.a : ”Sesiapa yang melakukan dua solat yang sejuk secara berjemaah akan memasuki syurga”. Dua solat yang sejuk ialah solat subuh dan asar.

Ini adalah sedikit daripada kelebihan yang Allah taala ganjarkan jika kita melakukan solat secara berjemaah. Kalau nak dihimpunkan memang terlalu banyak kelebihan tentang solat berjemaah ini. Namun begitu, jangan kita lupa yang Rasulullah s.a.w pernah memberi ancaman kepada sesiapa yang mampu tetapi tidak menunaikan solat secara berjemaah maka kita jadikan ancaman itu sebagai motivasi untuk berusaha sebanyak mungkin untuk menunaikan solat secara berjemaah.
Di dalam fatrah imtihan ini mari kita panjatkan munajat kita kepada Allah disamping usaha kita mengulangkaji pelajaran. Allah taala sangat suka kepada sesiapa yang selalu meminta-minta kepadaNya. Tidak seperti kita kalau sahabat kita meminta apa-apa daripada kita setiap masa sudah tentu bukan sahaja maki hamun yang kita berikan tetapi periuk dan kuali juga akan sampai ke muka sahabat kita. Bila kita mengingati Allah, hati kita akan menjadi tenang dan tenteram kerana lidah kita basah dengan zikrullah akan melahirkan rasa rendah diri, hilang ego kita dan pengharapan kita kepada Allah itu akan semakin tinggi.

Semoga kita memanfaatkan nikmat yang Allah taala berikan dengan melakukan amal-amal soleh supaya kita boleh mendapat cinta Allah kerana cinta Allah tiada tandingan dari cinta-cinta yang lain.

“Jangan kita lupakan Allah takut-takut Allah akan lupa pada kita”



Muhammad Bukhari bin Yahaya

Pengarah Unit Biah Solehah PMRAM 2011
Read More..

Kelebihan Menghidupkan Jumaat

0 comments
Kita selalu mencari kesenangan duniawi namun kesenangan akhirat kita kurang memberi perhatian.Mudah mudahan kita dapat melakukan sedikit sebanyak amalan yang sunat dengan ikhlas kerana Allah untuk menambah pahala ganjaran dari Allah taala..Mari kita manfaatkan Jumaat yang Allah kurniakan kepada kita takut-takut ianya adalah Jumaat yang terakhir buat kita..Sama-sama kita amalkan..
Read More..

Kerana Dirimu Begitu Berharga

1 comments

Lebih 1400 tahun yang lalu, sebuah cara hidup bernama Al-Islam telah lahir lantas menobatkan manusia di tempat sewajarnya, tidak lagi dibelenggu Jahiliah, tidak lagi diseret ke makam terendah. Agama Islam telah meninggikan semula martabat golongan wanita, dan pernyataan ini bukanlah hakikat yang mampu ternafikan.

Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW berjaya menyempurnakan budi pekerti kaum lelaki. Ini membawa keuntungan kepada kaum wanita kerana mereka mendapat kebebasan dalam kawalan dan perlindungan keselamatan oleh kaum lelaki. Dengan mengikuti ajaran Nabi Muhammad SAW menjadikan bapa atau suami mereka berbuat baik dan bertanggungjawab ke atas keluarganya. Demikian juga dengan kedatangan Rasulullah SAW telah menjadikan anak-anak tidak lupa untuk berbakti kepada ibu mereka.

Justeru, wanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki. Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW. Ini kerana Nabi Muhammad SAW adalah pembela nasib kaum wanita. Baginda telah mengangkat martabat kaum wanita daripada diperlakukan dengan kehinaan pada zaman Jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki.

Bahkan lagi, sebagai salah satu tanda kasih Baginda SAW terhadap kaum wanita ialah dengan berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada wanita, khususnya ahli keluarga mereka. Rasulullah SAW sendiri menjadikan diri dan keluarga baginda SAWN suri teladan kepada kaum lelaki untuk bagaimana berbuat baik dan memuliakan kaum wanita.

Rasulullah SAW bersabda,

“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Lagi sabda Rasulullah SAW,

“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir)

Lebih istimewa, apabila wanita solehah itu sendiri dianggap lebih baik daripada bidadari syurga. Kenalkah anda siapa bidadari syurga?

“Dan di dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan, menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka ( penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin.”- QS. Ar-Rahman : 56

“ Seakan-akan bidadari itu permata yaqut dan marjan” – QS. Ar-Rahman : 58

“ Sesungguhnya Kami menciptakan mereka ( bidadari-bidadari ) dengan langsung dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan penuh cinta lagi sebaya umurnya”- QS. Al-Waqiah : 35-37

Sabda Rasulullah SAW:

(...Seandainya salah seorang wanita penduduk syurga menengok penduduk bumi, nescaya dia akan menyinari keduanya ( penduduk syurga dan penduduk bumi ) dan akan memenihinya dengan bau wangi-wangian. Dan setengah dari kerudung wanita syurga yang ada di kepalanya itu lebih baik daripada dunia dan isinya ) ( HR. Bukhari dari Anas bin Malik RA )

Jadi, percayakah anda, bahawa insan lemah bernama wanita, seandainya dialah wanita solehah, maka dia lebih unggul daripada bidadari syurga.

Daripada Ummu Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang): ( Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari? Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”

Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”

Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)

Demikianlah tingginya darjat wanita solehah, sehingga dikatakan lebih baik daripada bidadari syurga. Maka, amat malang sekali seandainya wanita itu meletakkan dirinya kembali ke kancah Jahiliah, merendahkan martabat diri sendiri dengan meninggalkan saranan-saranan agama, sedangkan kelebihan mentaati agama itu jauh lebih istimewa daripada ketaatannya itu.

Rasulullah S.A.W bersabda:

“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)

Baginda S.A.W bersabda lagi:

“Dunia itu adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia ialah wanita yang solehah.” (Hadis Riwayat Muslim)

Demikianlah, wahai wanita, kerana apa? Kerana dirimu begitu berharga!

Oleh :
Zakiatun Nazneen
Mahasiswi Universiti Al-Azhar Cawangan Iskandariah
Read More..

Media Elektronik Medium Dakwah Interaktif

0 comments

Memang tidak dinafikan bahawa di zaman yang canggih ini perbagai jenis media telah dihasilkan. Manusia sekarang tidak hairan dengan kecanggihan yang wujud sekarang. Media cetak dan media elektronik memang telah mempengaruhi kehidupan manusia di dunia ini. Media-media inilah yang berperanan untuk menyebarluaskan maklumat terkini.

Penciptaan media cetak dianggap suatu fenomena hidup bagi manusia pada kurun ke-19 dan ke-20 dan kepentingannya sering disamakan dengan senjata yang boleh digunakan untuk keamanan ataupun kemusnahan.

Bahkan Napeoleon Bonaparte dalam abad ke 17 pernah menyatakan bahawa jika meriam memusnahkan sistem feudal, dakwat pula akan memusnahkan organisasi sosial medan.

Media elektronik merujuk kepada alat sebaran yang menggunakan teknologi elektronik atau elektromekanik untuk dicapai pengguna seperti radio, televisyen, konsol permainan, komputer, telefon dan lain-lain. Media elektronik berlawanan dengan media cetak.

Kesempatan ini, pihak Unit Biah Solehah PMRAM sesi 2011 ini mengajak semua mahasiswa/wi Malaysia yang berada di bumi Anbiya’ untuk memanfaatkan media elektronik iaitu salah satu objektif atau pembawakan UBS PMRAM pada kali ini. Supaya suasana Islamik masih boleh diteruskan walaupun dengan penggunaan media elektronik sahaja.

Mungkin pada peringkat awal, kita melihat kemudharatan penggunaan media elektronik itu lebih banyak daripada kebaikannya. Dan sebaliknya, penggunaan media elektronik banyak faedahnya seperti cepat untuk menyampaikan sesuatu maklumat. Selain itu, ia boleh digunakan sebagai medium dakwah yang lebih interaktif.

Pada masa kini, facebook dan blog merupakan pendekatan terkini untuk menyampaikan dakwah Islamiyah kepada masyarakat. Sebahagian masyarakat lebih senang dengan pendekatan seperti ini kerana tidak perlu bersua muka dan menjimat masa. Sekiranya ada persoalan, terus rujuk individu yang pakar tentang agama seperti AF Ustaz Azhar Idrus dan sebagainya.

Selain daripada itu, ia boleh menghubungkan dua belah pihak yang jauh dan sebagai contoh seorang anak yang melanjutkan pengajian di Bumi Mesir berhubung ahli keluarga di Malaysia. Dengan ada alat perhubungan seperti telefon, internet dan sebagainya, maka jalinan hubungan tersebut masih boleh diteruskan walaupun jauh di perantauan.

Secara kesimpulannya, memang benar kesemua jenis media ini berperanan untuk menyebarluaskan maklumat, untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan kita serta membantu dalam tugas dan kegiatan sehari-hari.

Dengan menggunakan alat media kita akan mengetahui apa sahaja maklumat-maklumat yang tidak kita ketahui sebelumnya. Di samping itu juga media berpengaruh kuat dalam menggugat keimanan seseorang jika disalahgunakan media tersebut. Firman Allah Taala dalam surah Al-Imran: 104 yang bermaksud:

“Hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan menyeru kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, merekaitulahorang-orang yang beruntung.”

Oleh yang demikian, masyarakat memahami betapa kuatnya peranan media untuk mencorakkan tingkahlaku dan sikap manusia terhadap kehidupan. Kepercayaan yang wujud pada diri manusia datang dari apa yang disimpan dalam minda mereka.

Dalam dunia sejagat sekarang, kuasa besar seperti Amerika tidak menjajah secara fizikal tetapi cukup dengan menggunakan alat-alat media mereka seperti media cetak, visual, audio, filem dan internet untuk menjajah kepada minda negara-negara yang disasarkan.

Demikian juga halnya maklumat yang diisi dan dimuatkan dalam komputer dan alat-alat perhubungan tidak semuanya betul dan berfaedah yang memerlukan kepada penggunanya berhati-hati dan meneliti maklumat berkenaan. Oleh itu Allah SWT awal-awal lagi memberikan peringatan sebagaimana firman-Nya dalam Surah Al-Hujuraat:6 yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasakh membawa sesuatu berita, maka selidikilahuntuk menentukan kebenarannya supaya kamutidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu mengenainya sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan"




Read More..

Wahai Muslimah, Dimanakah Batasan Kalian?

0 comments
      Berapa ramai daripada kita yang menyedari tentang batasan manusia yang tertakluk untuk memelihara dua   bentuk hubungan iaitu hubungan dengan Allah S.W.T (Habluminallah) dan hubungan sesama manusia (Habluminannas). Ketika menerima taklifan ini, firasat mengatakan bahawa semua remaja yang sudah baligh, berakal dan berpendidikan begitu makruf dan memahami situasi ini, lebih-lebih lagi jika individu tersebut pernah belajar tentang hukum hakam dalam Islam, pernah mengambil subjek agama Islam di setiap peringkat sekolah dan merupakan antara seseorang yang mendalami ilmu agama Islam itu sendiri.
        Dalam Islam, konteks pergaulan adalah luas dan merangkumi segenap aktiviti harian kita seperti dalam urusan jual beli, menuntut ilmu, kerja, perubatan, penyaksian di mahkamah dan sebagainya. Kita digalakkan untuk mengenali antara satu sama lain dengan firman Allah S.W.T;
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami jadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra dengan yang lain)…” [Surah Al-Hujurat: 13]

        Pandangan yang dilontarkan oleh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi di dalam Fatwa Muasyirah, Jilid 2 yang menyebutkan; “Pada prinsipnya, perhubungan di antara lelaki dan wanita tidaklah ditolak secara total, malahan dibolehkan selagi mana ia bermatlamatkan kebaikan dan atas perkara-perkara yang dibenarkan syarak. Dan wajib dipatuhi kehendak dan ajaran Islam serta prihatin tentang akhlak dan adab;

1.       Menundukkan pandangan.

“Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mata mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka…” [Surah An-Nur- 30]

     Tidak melihat aurat, tidak memandang dengan pandangan syahwat dan bukan dengan pandangan yang liar. Bukankah kita tahu bahawa pandangan yang pertama dimaafkan, namun jangan pula ia disusuli dengan pandangan yang kedua dan ketiga kerana ianya adalah haram.

2.       Menjaga aurat dan kehormatan.

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya…” [Surah An-Nur: 31]

Sabda Rasulullah S.A.W: “Barangsiapa yang memakai pakaian yang menjolok mata, maka Allah S.W.T akan memberikan pakaian kehinaan di akhirat kelak..” [Riwayat Ahmad, Abu Daud, An-Nasaie & Ibnu Majah]

     Berpakaian sopan menurut syarak, iaitu tidak nipis sehingga menampakkan warna kulit, tidak ketat sehingga menampakkan bentuk badan dan tudung dilabuhkan melebihi paras dada. Tidak salah berfesyen namun asalkan menepati standart piawaian pakaian Islam. Elakkan daripada memakai pakaian yang tidak menggambarkan identiti kita sebagai seorang Islam.

3.       Tidak berdua-duaan antara lelaki dan perempuan

Hadis Rasulullah S.A.W menyarankan: “Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (berkhalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya.” [Riwayat Bukhari & Muslim]

    Mahram yang dibawa perlulah individu yang sudah baligh, berakal dan berupaya mencegah kita daripada melakuakn kemungkaran. Pertemuan perlulah di tempat awam, bukan di kawasan yang tersorok daripada pandangan ramai bagi mengelakkan fitnah dan menghindarkan daripada terpedaya dengan hasutan syaitan. Ingatlah, tidak berdua-duaan antara lelaki dan wanita melainkan akan hadir di antara keduanya yang ketiga iaitu iblis.

4.       Tidak melunakkan suara dan mengucapakan kata-kata yang baik.

“Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertakwa. Oleh itu,janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian itu boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan berkatlah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan). [Surah Al-Ahzab: 32]

        Elakkan nada yang merayu, menggoda, merangsang keinginan, keji, lucah mahupun perkataan yang sia-sia dan gurauan yang berlebihan. Melunakkan suara berbeza dengan merendahkan suara. Lunak diharamkan manakala merendahkan suara adalah dituntut. Merendahkan suara bermakna kita berkata dengan suara yang lembut, tidak keras, tidak meninggi diri dan sesuai didengari oleh orang lain.

Nasihat Luqman Al-Hakim kepada anaknya seperti yang tercatat di dalam Al-Quran: “Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu semasa berkata-kata, sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.” [Surah Luqman: 19]

       Penggunaan perkataan yang baik ini perlu dipraktikkan sama ada melalui perbualan secara langsung mahupun platform lain, contohnya melalui SMS, Yahoo Messenger ataupun apa yang tertulis di Facebook kerana ianya menggambarkan keperibadian penuturnya.

         Di dalam Al-Quran ada memberikan beberapa bentuk ungkapan yang wajar kita praktikkan dalam komunikasi seharian kita iaitu;

a.       Qaulan Sadida (pesanan jujur, benar dan tidak dibuat-buat) [Surah An-Nisa’: 9]
b.      Qaulan Ma’rufa (menyeru kepada kebaikkan dan kebenaran) [Surah An-Nisa’: 5]
c.       Qaulan Baligha (kata-kata yang membekas pada jiwa) [Surah An-Nisa’: 63]
d.      Qaulan Maisura (ucapan yang baik dan layak untuk dibicarakan) [Surah Al-Isra’: 28]
e.      Qaulan Karima (perkataan-perktaan yang mulia) [Surah Al-Isra’: 23]

5.       Tidak bersentuhan antara lelaki dan wanita bukan muhrim.

Hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Sesungguhnya kepala yang tertusuk besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.” [Riwayat At-Tabrani & Baihaqi]

Selain itu, dari Aishah R.A: “Demi Allah, tangan Rasulullah S.A.W tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiah (membuat perjanjian).” [Riwayat Bukhari]
                Elakkan bersentuhan, berpegangan, bergesel, bertepuk tampar dan sebagainya.

6.       Tidak mengenakan wangi-wangian atau perhiasan-perhiasan yang boleh menarik perhatian.

Hadis Rasulullah S.A.W ada menyebutkan: “Siapa sahaja wanita yang memakai wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina…” [Riwayat An-Nasaie, Ibnu Khuzaimah & Ibnu Hibban]

7.       Mengawal pergerakkan badan.

“Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka…” [An-Nur: 31]

         Elakkan dari melakukan gerakan yang manja atau gerakan yang boleh menarik perhatian orang lain. Bersederhana dalam pergaulan, adab dan tertib sebagai seorang Islam.

8.       Pertemuan hendaklah kepada perkara yang benar-benar perlu, tidak melampau atau kerap.
 b
Sebarang pertemuan perlu ada batasan dan limitasi yang tidak terlalu bebas.
Akhir kalam,bergaullah dengan cara yang baik dan mengikut batasan standart piawaian syarak kerana apa yang telah dianjurkan Islam adalah untuk maslahah atau kebaikan kita juga sebagai penganutnya. Hindrailah ikhtilat yang diharamkan oleh Islam seperti berdating, bercouple dan bersentuhan. Ingatlah, sekiranya kita menjaga hubungan kita dengan Allah S.W.T, Allah S.W.T akan menjaga dan memelihara diri kita.

Read More..

Virus-Virus Ukhwah

0 comments
إنما المؤمنون إخوة

"Sesungguhnya orang-orang Mukmin adalah bersaudara" (al-Hujurat [49]: 10).

Firman Allah yang selalu kita ungkapkan apabila membicarakan mengenai Ukhwah. Namun suatu yang amat sukar bagi kita untuk mempraktikkan dalam kehidupan kita di dalam dunia yang penuh cabaran dan tribulasi ini. Tahukah kita kekuatan Ukhwah mampu mengoncang dunia?. Tahukah kita ukhwah adalah asas kepada pembinaan atau pembentukan masyarakat bahkan dunia islam?.

Tiga asas yang dilakukan oleh Rasulullah dalam membentuk masyarakat islam di Madinah ialah pembinaan masjid, persaudaraan (ukhwah di antara Muhajirin dan Ansar) dan perjanjian (perlembagaan). Sistem Ta’khi di antara Muhajirin dan Ansar adalah salah satu asas dan punca islam tertegak sehingga kini. Begitulah kuatnya peranan dan fungsi ukhwah dalam merealisasikan misi dan visi umat islam seluruhnya.

Namun disana terdapat juga virus-virus atau noda-noda perusak suasana ukhwah ini yang perlu kita tahu dan hindari sedaya mungkin agar ukhwah yang kita idamkan ini mampu dilaksanakan di bumi Tanta ini khususnya dan amnya di seluruh muka bumi Allah. Antaranya :-

• Tamak dengan kenikmatan dunia.

اذهد فى الدنيا يحبك الله واذهد فيما في أيدي الناس يحبك الناس

"Berzuhudlah dari kenikmatan dunia, nescaya Allah akan mencintaimu, dan berzuhudlah dari apa-apa yang dimiliki oleh manusia, nescaya mereka mencintaimu. "

• Lalai menjalankan ibadah dan tuntutan agama.

ما تواد اثنان فى الله فيفرق بينهما إلا بذنب يحدثه أحدهما

Rasulullah shallallahu. 'alaihi wa sallam bersabda:
"Tidaklah dua orang yang saling berkasih sayang kerana Allah berpisah, kecuali
disebabkan oleh dosa yang dilakukan oleh salah seorang di antara keduanya.”
Diriwayatkan oleh Bukhari dalam kitab al-Adab al-Mufrad

• Tidak santun dalam berbicara.

Ali bin Abu Thalib berkata: "Barangsiapa lembut tutur katanya, nescaya manusia suka dengannya."


• Memberi teguran di depan orang lain/ramai.

Hal ini diungkapkan oleh Imam Syafi'i dalam puisinya: nasihatilah diriku di kala aku sendiri, jangan kau nasihati aku di tengah keramaian, kerana nasihat di muka umum adalah bagian dari penghinaan yang tak suka aku mendengarnya, jika engkau enggan dan tetap melanggar kata-kataku, maka jangan menyesal jika aku enggan menurutimu.

Rujukan :
• Kitab Fiqh Sirah
• Virus-virus Ukhwah oleh Abu 'Ashim Hisyam bin Abdul Qadir Uqdah.
Read More..

Hiburan Yang Susah Untuk Remaja Abaikan

0 comments
Memang tidak dapat dinafikansetiap orang inginkan hiburan atau sebarang bentuk hiburan yang dapat mengurangkan kebosanan seseorang apabila banyak masa terluang tanpa sebarang aktiviti atau program yang bermanfaat.

Zaman yang serba moden dan maju dengan dunia globalisasi yang penuh dengan maklumat tanpa sempadan yang ditakrifkan oleh cendekiawan barat amatlah jelas terpancar kegeniusan dan kebijaksanaan mereka untuk melebarkan pengaruh negatif dalam kalangan remaja.

Jika dapat kita perhatikan bukan sahaja di peringkat sekolah tetapi wabak negatif sebegini terbawa-bawa sehingga keperingkat pengajian tinggi. Penggunaan teknologi atau internet sukar untuk dikawal jika seseorang individu itu sendiri kurang kesedaran agama.

Sebagaimana Allah S.W.T. berfirman:”sesungguhnya solat itu mencegah manusia dari perkara keji dan kemungkaran”-

Kita boleh kaitkan ayat al-muhkamanwattanzim di atas, walaupun solat itu sudah menjadi darah daging kita tetapi setakat mana solat itu dapat mencegah kita dari melakukan perkara mungkar yang sangat halus tanpa kita sedari.

Di sini amatlah sukar untuk kita perhalusi masalah yang semakin menular di kalangan pelajar mahupun peringkat mahasiswa dan mahasiswi. Juga virus sekecil ini juga adalah dosa-dosa kecil yang tidak mampu kita elakkan walaupun perkara biasa bagi kita.

Sememangnya kenyataan ini tepat kerana apa, melalui teknologi yang serba canggih ini yang menyebabkan kita rasa dunia ini sangat kecil dengan hujung jari sahaja, kita dapat pelbagai maklumat tentang dunia dengan meluas serta tanpa sempadan.

Itu mungkin berlaku dalam kalangan pengguna yang tahu erti memanfaatkan penggunaan teknologi tetapi segolongan yang inginkan hiburan tanpa batasan (hedonisme) seperti menonton filem yang berunsur drastik , romantik atau filem komedi yang mana telah berjaya disuntik ubat pelali terhadap remaja yang menjadi sasaran golongan Orientalis.

Tidak mustahil virus ini boleh merebak di kalangan pelajar dirasat mahupun medic bahkan, kanak-kanak yang berusia setahun jagung boleh terpengaruh dengan unsur-unsur yang dibawa dalam sesebuah filem itu. Tambahan pula, jika ingin berkomunikasi dengan mudah dan cepat dengan seseorang tanpa bersuamuka iaitu melalui facebook, twitter, blogger, webcam dan sebagainya.

Masalah sebegini yang merungsingkan pemikir-pemikir dan aktivis-aktivis Islam yang ingin mengembalikan umat kepada syariat islam yang semakin hari semakin terkebelakang dengan maksiat yang berleluasa seperti pembuangan bayi, seksual sesama jantina dan sebagainya.

Jadi terbukti, masalah sekecil itulah yang menyebabkan rosak generasi harapan dan pewaris nabi Muhammad s.a.w. untuk menegakkan islam yang dituntut oleh agama.

Tidak salah jikalau penggunaan teknologi ini, kita manfaatkan dengan mengkaji strategi-strategi orang Barat yang ingin menghapuskan umat Islam sejak azali lagi seperti firman Allah S.W.T.

”Dan mereka berkata, “Jadilah kamu (penganut) Yahudi dan Nasrani, nescaya kamu mendapat petunjuk.” Katakanlah , ‘(Tidak!) Tetapi (kami mengikuti) agama Ibrahim yang lurus dan dia tidak termasuk golongan orang yang mempersekutukan Tuhan.”-al-Baqarah;135.

Inisiatif lain seperti menggunakan blog, twitter atau facebook untuk kita berkongsi menyebarkan dakwah atau kata-kata berunsurkan pembawakan kearah mengenali hakikat hidup sebagai seorang khalifah di muka bumi yang dicipta oleh Allah Taala khusus untuk hambaNya.

Kita juga boleh menyumbangkan bantuan wang walaupun bantuan tenaga tidak mampu kita sumbangkan kepada Negara saudara seislam kita seperti di Negara Iraq, Pakistan serta dengan hujung jari juga kita dapat tahu perkembangan Negara-negara Islam yang menjadi serangan oleh pihak Israel yang kejam.

Sebenarnya, banyak lagi perkara penting yang perlu kita kaji dan selidik yang mana ianya lebih penting dari menonton video dan berfacebook perkara yang sia-sia.

Sedarlah saudara-saudaraku, sesungguhnya kita masih dalam dilemma serta masih tidur di bawah selimut yang tebal bermimpikan perkara yang mustahil kita capai tanpa kesedaran kita untuk mengislahkan diri dan orang di sekeliling kita yang masih terlena disantapkan dengan tayangan fanatik yang penuh dengan kepalsuan dan tidak menyedari racun yang dipanah oleh golongan Barat yang ingin melihat umat Islam berpecah belah dan jatuh mundur berlawanan dengan apa yang dituntut oleh syariat yang sebenar.
Read More..

Bahaya Radiasi Telefon Bimbit

0 comments
Telefon bimbit merupakan kemudahan era moden dalam masyarakat kita. Namun begitu, inovasi canggih ini mengancam kesihatan manusia. Kita terdedah kepada pelbagai bentuk sinaran setiap hari. Daripada gelombang mikro hinggalah sinar X, kita sentiasa dikelilingi gelombang E.M.F (sinaran elektromagnet). Hampir 2 bilion orang di seluruh dunia (26 juta pengguna di Malaysia) menggunakan telefon bimbit. Kebanyakan di antara mereka ialah kanak-kanak. Penggunaan yang berleluasa ini bermaksud pendedahan terhadap sinaran elektromagnet yang belum pernah berlaku dahulu. Anggaran meletakkan pendedahan terhadap sinaran E.M.F adalah 100 kali lebih tinggi daripada beberapa dekad dahulu.

Soalan-soalan Lazim:

  • Apakah itu E.M.R?
    E.M.R merujuk kepada Radio Elektromagnet, sinaran frekuensi berbahaya yang dipancarkan oleh telefon bimbit. Sinaran tidak mengion daripada sumber frekuensi rendah mengion seperti model awal telefon bimbit dipercayai selamat. Pandangan ini telah berubah sejak kuasa telefon bimbit telah dipertingkatkan daripada gelombang paras rendah kepada gelombang mikro paras tinggi. 

  • Apakah perbezaan antara Gelombang Radio dan Gelombang Mikro?
    Gelombang radio adalah kuasa penghantaran berparas rendah yang menghantar isyarat dari atau ke telefon anda. Frekuensi tidak mengion ini adalah selamat. Kini, telefon bimbit berkapasiti 900MHZ hingga 2.4GIGs atau lebih tinggi agar anda dapat menerima isyarat yang jelas apabila bergerak dari satu bilik ke bilik lain atau di luar. Namun demikian, telefon anda kini dilengkapi kuasa sinaran gelombang mikro/inframerah.

Read More..
 
Copyright 2011 @ Biah Solehah PMRAM!
Design by Wordpress Manual | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Blogger