Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana akhirnya dapat juga belansung nya pertemuan liqo' diantara UBS pusat bersma wakil UBS di setiap BKAN dan DPM.Pertemuan tersebut berlansung pada 18 julai 2010 bertempat ni RKB kelantan,hayyu sabik.Dan pertemuan ini juga merupakan salah satu aktiviti yang dirangkakan pada bulan julai.Alhamdulillah setelah berdepan dengan wakil-wakil disetiap cawangan, masing-masing memberikan respon yang cukup bernas.UBS pusat dapat mengetahui sedikit sebanyak masalah-masalah yang dihadapi dari setiap cawangan . Agenda utama yang di bincangkan dalam liqo' tersebut ialah pengenalan taaruf a.j.k pusat dan cawangan,membentangkan dan membincangkan isu di setiap cawangan serta di selitkan muhasabah dan hal - hal lain.Seperti mana yang telah makruf objektif yang di kupaskan dalam pembawakan UBS :
1- memperkasakan solat jemaah
2-mencegah penyalahgunaan elektronik
3-mencegah ikhtilat
4-tautan ukhwah
5-pembentukan syakhsiah
LAPORAN DARI UBS PUSAT DAN CAWANGAN
Dari UBS Pusat ialah pada bulan julai ini UBS pusat telah
mengedarkan borang kaji selidik yang di namakan sebagai bulan kajian medan.Borang tersebut telah di agih-agihkan disetiap cawangan dan akan di kutip pada tarikh yang telah di tetapkan.1- memperkasakan solat jemaah
2-mencegah penyalahgunaan elektronik
3-mencegah ikhtilat
4-tautan ukhwah
5-pembentukan syakhsiah
LAPORAN DARI UBS PUSAT DAN CAWANGAN
Dari UBS Pusat ialah pada bulan julai ini UBS pusat telah
Cawangan - cawangan lain juga turut membentangkan gerak kerja dan perancangan di setiap cawangan.Antara nya wakil UBS Johor telah menumpukan pada satu sahaja pembawakan UBS tetapi masih mencakna pada pembawakan yang lain.Bagi UBS cawangan negeri Kedah,mereka menyebarkan risalah dan tazkirah setiap pagi jumaat.Bagi BKAN wilayah pula,cara mereka menghidupkan pembawakan UBS dengan mengeluarkan risalah seperti risalah berkaitan ikhtilat dan pada setiap pagi jumaat di adakan ceramah berkaitan item-item pembawakan biah solehah.Berbeza dengan BKAN Selangor,sepertimana yang diterangkan oleh wakil cawangan tersebut bahawa mereka membuat perubahan dengan menggariskan empat wajibatul muslimin,3 daripadanya ialah
1-hak-hak pembawakan terhadap ilmu
2-hak terhadap islamiah
3-hak terhadap diri sendiri
Wakil cawangan lain juga turut membentangkan laporan untuk sepanjang tahun 2010.Masing-masing menggunakan cara yang tersendiri untuk menghidupkan pembawakan biah solehah.Syabas diucapakan kepada semua cawangan.Dan harapan UBS Pusat agar pelaksanaan yang dibawa memberi impak semaksima mungkin kepada ahli untuk menjadi muslimin yang sejati.
Agenda terakhir semasa liqo' adalah kalam taujihat dari Us Adlan bin Mokhtarudin selaku Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan menerangkan kepada ahli bahawa Said Hawa ada menyebut gerak kerja dakwah mesti dilaksanakan.Propaganda yang dilakukan oleh para dai'e sangat mementingkan gerak kerja .Harapannya agar UBS terus bergerak, pengisian dilaksanakan,isu-isu semasa di ambil serius serta kerjasama sesama ahli jawatankuasa amatlah diharapkan.Wasilah-wasilah untuk menyampaikan dakwah ini banyak tetapi gerak kerja yang dilakukan amatla kurang.
No comments:
Post a Comment