Kemuliaan Rejab

Secara selogismenya ramai yang sudah mengetahui kelebihan bulan ini.Tidak perlu di utarakan lagi di dalam entri kali ini.Artikel pada kali ini, bukan untuk memberi satu, dua atau tiga fakta .Sedangkan itu bukan tujuan sebenar entri ini dinukilkan kerana untuk mencari ilmu, ianya memerlukan kepada pengkajian dan pembacaan yang lebih menyeluruh.Artikel ini hanyalah untuk menjentik rasa yang sudah tawar serta bangun dari tidur yang lena untuk bergerak dan meneruskan pencarian.

Pelbagai istilah seringkali kita dengari di corong telinga bahawa Rejab itu adalah bulan Allah.Benar atau pun sebaliknya,saya bukan ahlinya untuk memberi kepastian.Cumanya,menurut saya perlukah sehingga suatu bulan itu dinamakan bulan Allah lantas kamu bersungguh-sungguh mencari Pencipta mu? Jika bukan pada bulan tersebut , adakah kamu tidak mahu bersungguh? Oh tidak, jangan disalah tafsirkan penulisan ini kerana bukannya mahu menidakkan kelebihan bulan Rejab.Secungkil rasa sedikit kefahaman yang berlegar-legar di dahi minda ini,ya! bulan Rejab bulan mulia.Dimuliakan Allah ke atas bulan Rejab dengan peristiwa Isra' Mikraj,diangkat darjatnya dengan pembebasan Al-Quds.

Tetapi kamu mengabdi pada-Nya kerana bulan Rejab atau kerana Allah?Adakah kamu beribadat kepada Allah kerana kelebihan yang dinyatakan ? Jawapan itu dapat di ungkapkan disegenap hati kalian.


Kita disunnahkan untuk memulakan iftor puasa dengan hidangan manisan seperti kurma atau apa sahaja manisan dan apabila tiada terdapatnya manisan , cukuplah sekadar segelas air.Bukankah itu yang digalakkan? Apakah kaitannya iftor dengan bulan Rejab? Kadang kala kita perlukan anologi supaya maksud itu jelas .Berpuasa juga kita disunnahkan dengan memakan tiga biji kurma ,lantas bersiap-sedia menunaikan ibadat.Bukankah solat itu merupakan kerehatan bagi hambaNya?Kurma juga berfungsi mencetuskan penghasilan enzim yang lebih banyak untuk mencerna makanan,dengan erti kata lain,memudahkan penghadaman dengan baik ketika makan makanan berat selepas itu.

Bulan Rejab dan bulan selepas nya iaitu bulan Syaaban merupakan tarbiah bagi persediaan kita menghadapi bulan umat iaitu Ramadhan.Kesimpulannya , perbanyakkan beribadat di bulan Rejab bukan kerana kita sebagai makhluk Allah semata tetapi bulan Rejab bertindak sebagai 'kurma' untuk Ramadhan akan datang.
Oleh : Aisyah Safien
          Pelajar Perubatan Cawangan Tanta

No comments:

Post a Comment

 
Copyright 2011 @ Biah Solehah PMRAM!
Design by Wordpress Manual | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Blogger