“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sebuah kaum, sehinggalah mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri” [Al-Ra'd 13: 11]
Rejab adalah antara satu bulan dari bulan-bulan haram. Rejab bermaksud kebesaran atau kemuliaan. Masyarakat jahiliyyah menamakan bulan ini dengan Rejab kerana mereka memuliakan dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang padanya. Rasulullah saw sendiri mengekalkan nama ini. Banyak peristiwa yang berlaku pada bulan Rejab yang mana kita boleh mengambil banyak pengajaran dari peristiwa-peristiwa tersebut sebagai satu wasilah untuk kita memperbaiki diri kita.
Cukup kita mengambil satu dari peristiwa-peristiwa yang perlaku pada bulan Rejab ini untuk direnungkan bersama. Antara peristiwa yang berlaku dalam bulan Rejab ialah hijrah yang pertama pada zaman awal Islam ke Habsyah. Ia tidak lain dan tidak bukan untuk menjaga iman mereka disamping menjaga keselamatan mereka.
Berbicara tentang Hijrah, sebenarnya kita sedang membicarakan tentang
sejarah. Apabila berbicara tentang sejarah, kita harus sedar bahawa sejarah sebenarnya merupakan bicara Allah kepada hamba-hambanya yang tidak dapat dilihat dengan
mata kasar tetapi mampu disedari melalui mata hati. Dengan erti kata lain peristiwa hijrah ini mengandungi hikmah yang harus diterokai sebagai pedoman buat generasi seterusnya. Sesungguhnya Allah tidak akan menjadikan sesuatu perkara secara sia-sia. Persoalannya, adakah kita generasi kini menyedari hikamah dan pengajaran yang tersurat dan tersirat yang terkandung di dalam peristiwa-peristiwa yang berlaku sebagai pedoman dalam kehidupan kita?
sejarah. Apabila berbicara tentang sejarah, kita harus sedar bahawa sejarah sebenarnya merupakan bicara Allah kepada hamba-hambanya yang tidak dapat dilihat dengan
mata kasar tetapi mampu disedari melalui mata hati. Dengan erti kata lain peristiwa hijrah ini mengandungi hikmah yang harus diterokai sebagai pedoman buat generasi seterusnya. Sesungguhnya Allah tidak akan menjadikan sesuatu perkara secara sia-sia. Persoalannya, adakah kita generasi kini menyedari hikamah dan pengajaran yang tersurat dan tersirat yang terkandung di dalam peristiwa-peristiwa yang berlaku sebagai pedoman dalam kehidupan kita?
Dari sudut bahasa, hijrah bermaksud berpindah dari satu tempat ke satu tempat atau berubah dari satu keadaan kepada satu keadaan lain. Dari sudut istilah pula, hijrah adalah meninggalkan sesuatu yang dilarang. Ini berdasarkan hadis daripada Abdullah bin Habsyi, bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah”. (Hadis riwayat Abu Daud). Dapatlah kita fahami bahawa hijrah bukan sekadar berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain semata-mata, tetapi hijrah juga ialah perpindahan dari suatu keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik.
Hari ini umat Islam semakin jauh dari ajaran Islam. Kita melihat remaja-remaja hari ini sudah ramai yang hanyut dibuai hawa nafsu. Ajaran Islam terus dilupakan. Halal haram tidak diambil endah sama sekali. Bahkan ada dikalangan mereka merasakan ajaran Islam ini menyekat kebebasan mereka. Lebih teruk lagi, mereka yang menceburi bidang agama, tidak ramai dikalangan mereka yang benar-benar mengamalkan apa yang mereka pelajari, bahkan mereka sanggup menggunakan agama untuk menutup perbuatan maksiat yang mereka lakukan dan menggunakan agama demi kepentingan hawa nafsu. Tidak kurang juga, mereka yang menyembunyikan ilmu mereka tanpa menyampaikan kepada orang lain. Ini berlaku pada hari ini yang akhirnya membawa kepada kerosakan umat yang amat teruk.
Oleh itu, perlu kita sedar akan tugas-tugas kita diatas muka bumi ini iaitu khalifah Allah. Selaku khalifah Allah, sudah sepatutnya kita melakukan suruhan Allah dan menjauhi larangan-Nya, menyeru kepada kebaikan mencegah kemungkaran. Kita perlu membentuk kembali generasi kita pada hari ini agar kembali kepada Islam yang sempurna dan menyeluruh dan memastikan biah solehah sentiasa terjaga. Antara perkara yang perlu diperbaiki ialah akhlak.
Akhlak yang baik, mencerminkan keperibadian yang mulia. Kata-kata dari Syeikh Fathi Yakan, “Akhlaq yang mulia itu adalah matlamat paling asas bagi risalah Islam, sebagaimana yang telah diungkapkan mengenainya oleh Rasulullah SAW di dalam hadith Baginda: “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan AKHLAQ”. (Hadith riwayat Ahmad dan lain-lainnya). Akhlaq yang mulia itu adalah hasil daripada ibadah didalam Islam. Tanpa itu, nescaya kekallah ibadah itu sekadar ritual dan pergerakan fizikal tanpa nilai atau faedah”. Imam Ghazali r.a. mengatakan: akhlaq ialah suatu keadaan yang tertanam di dalam jiwa yang menampilkan perbuatan-perbuatan dengan senang tanpa memerlukan pemikiran dan penelitian. Apabila perbuatan yang terkeluar itu baik dan terpuji menurut syara’ dan aqal, perbuatan itu dinamakan akhlaq yang mulia. Sebaliknya apabila terkeluar perbuatan yang buruk, ia dinamakan akhlaq yang buruk. Akhlak ialah suatu sistem yang menilai perbuatan zahir dan batin manusia baik secara individu, kumpulan dan masyarakat dalam interaksi hidup antara manusia dengan Allah, manusia sesama manusia, manusia dengan haiwan, dengan malaikat, dengan jin dan juga dengan alam sekitar.
Persiapan umat Islam untuk menjadi umat cemerlang harus dilengkapi dengan tuntutan untuk dijadikan alat komunikasi dengan sesama manusia. Tuntutan itu berupa ajaran akhlak mulia, yang diharapkan untuk mewarnai segala aspek kehidupan manusia. Kerana itu, sesungguhnya ilmu komunikasi yang paling hebat adalah ilmu yang didasarkan kepada akhlak yang mulia.
Akhirnya, jika sebelum ini tamadun Islam terletak kepada kekuatan iman dan ilmu, marilah kita berusaha berhijrah dengan mengembalikan kekuatan itu kepada umat Islam. Berhijrah dari yang buruk kepada yang baik, dari yang baik kepada yang lebih baik. Semoga Islam kembali gemilang.
No comments:
Post a Comment