TENANGNYA BILA MENGHAFAZ AL-QURAN

Firman Allah swt:
ألا بذكر الله تطمئن القلوب
Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang(Surah Ar-Ra’d:28)

  Antara kelebihan apabila kita menghafaz al-Quran ialah hati kita akan berasa tenang. Dengan hati yang tenanglah akan memudahkan kita untuk mengingati hafazan al-Quran.Selain itu, ia juga akan mencerdaskan otak manusia, menyihatkan tubuh badan dan menjauhkan kita dari melakukan maksiat.

Dalil akal sahaja sudah cukup membuktikan penyataan di atas:
Apabila kita berusaha untuk mengingati hafazan, kita akan cuba untuk mengelakkan maksiat. Antaranya  berfikir perkara-perkara yang tidak berfaedah, melakukan perbuatan yang menyiksa diri sendiri seperti merokok, bergaduh dan sebagainya seterusnya terhindarlah diri kita dari melakukan dosa...

WAKTU SESUAI UNTUK MENGHAFAZ AL-QURAN

1.    AWAL PAGI SEBELUM DAN SELEPAS SUBUH
-    Waktu ini otak manusia masih ‘fresh’ dan tidak memikir untuk hal-hal dunia. Sesuai untuk melancarkan dan mengulang hafazan lama.

2.    WAKTU DHUHA SEBELUM MENJELANG TENGAHARI
-    Otak, fikiran dan tubuh badan masih segar dan sesuai untuk mengulang al-Quran dan
melancarkan hafazan lama.

3.    SELEPAS MAGHRIB
-    Waktu yang sunyi dan merehatkan fikiran. Sesuai untuk menghafaz hafazan baru.

4.    SEBELUM TIDUR MALAM
-    Apa yang dihafaz akan ‘disimpan seketika’ dan akan diulang apabaila bangun dari tidur.

 Tidak digalakkan untuk mengulang al-Quran pada waktu tengahari dan waktu petang. Waktu ini disyorkan agar otak diberi ‘rehat seketika’ seperti qailulah dan beriadhah.

Perkongsian buat penghafaz kalam Allah…
  •     Betulkan niat setiap kali menghafaz al-Quran hanya kerana Allah.
  •   Kurangkan makan makanan segera yang sememangnya diyakini kurang khasiatnya.
  • Kurangkan makan makanan diluar seperti makanan ‘khidmat tawsil’ kerana kita tidak tahu amalan orang yang masak makanan tersebut walau orang Arab sekalipun.
  • Rugi menghafaz hanya semata-mata kerana ‘exam’. Ye, memang ganjaran tetap ada akan tetapi berbeza darajatnya… Renung-renungkan…Selamat Beramal



Oleh : Saudara Syeikh Mujahid Sikh Nawawi

No comments:

Post a Comment

 
Copyright 2011 @ Biah Solehah PMRAM!
Design by Wordpress Manual | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Blogger