Kadang-kala, dalam perjalanan hidup yang berliku mengejar cita-cita, ada sahaja halangan dan dugaan yang mendatang. Diri mula terasa lemah, jiwa mula terasa gelisah, hati tidak tenang, fikiran menjadi tidak tentu arah. Namun, itu semua harus dilalui, kerana matlamat akhir, iaitu kejayaan yang ingin dimiliki.
Bagaimana kita mengatasi masalah- masalah ini?
1) Menjaga hubungan dengan Allah (melazimi solat berjama’ah).
1) Menjaga hubungan dengan Allah (melazimi solat berjama’ah).
· Sabda Rasulullah S.A.W (mafhumnya) yang bermaksud: ”Bersegeralah kalian mengerjakan amal soleh. Kerana akan terjadi bencana yang menyerupai malam yang gelap, iaitu seseorang yang pada waktu pagi beriman tetapi pada waktu petang dia kafir atau sebaliknya pada waktu petang dia beriman dan pada pagi harinya dia kafir. Dia menukar agamanya dengan sedikit keuntungan
dunia.” (Hadis riwayat Muslim)
dunia.” (Hadis riwayat Muslim)
2) Menjaga hubungan sesama saudara.
· Sabda Rasulullah S.A.W (mafhumnya) yang bermaksud : “ Tidak
sempurna iman seseorang dari kalangan kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri”.
sempurna iman seseorang dari kalangan kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri”.
3)Istiqamah dalam melakukan amalan - amalan sunat
· Sesungguhnya Allah S.W.T menyukai amalan yang sedikit akan tetapi berterusan
· Melatih diri berpuasa setiap Isnin dan Khamis
4)Melazimi Qiyamullail pada setiap malam.
· Sabda Nabi saw sesiapa yang mampu mengingati Allah pada waktu itu maka lakukanlah! Sesungguhnya qiamullail itu sentiasa diamalkan oleh Nabi dan para pembawa risalah yang ternyata mereka dalam membawa agama Allah kepada manusia dan menyedarkan manusia.
5) Mengamalkan perkara yang dapat menarik hidayah Allah serta menjauhi perkara yang mengundang kemurkaan Allah.
· Tingkatkan amalan kebajikan
· Hindari ikhtilat tidak syarie’
6) Niatkan untuk menuntut ilmu dan mencapai keredhaan Allah, bukan kerana imtihan dunia semata –mata.
7) Berusaha bersungguh - sungguh, berdoa dan bertawakkal pada Allah S.W.T
· Usaha + Doa + Tawakkal = Kejayaan dan keredhaan dari Allah, Insya-Allah.
Disediakan Oleh :
Unit Biah Solehah (UBS)
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2010.
No comments:
Post a Comment