19  Oktober 2010 merupakan hari kedua berlangsungnya Roadshow Gempur  Syakhsiah.Lokasi pada kali ini bertempat di Dewan Perwakilan Mahasiswi  Iskandariah (DPMI) bermula pada jam 1.30 tengahari dan berakhir pada jam  4.30 petang. Kehadiran ahli DPMI yang memberangsangkan menambah  keyakinan pada ahli panel untuk memberi pengisian dengan penuh dedikasi.
Terpancar  di wajah ahli begitu khusyuk mendengar setiap bibit-bibit kalam yang  cuba dilontarkan oleh barisan ahli panel yang dipengerusikan oleh  saudari Nor Eina  M. Ali. Antara ahlipanel yang terlibat ialah Saudara  Jamal Najmuddin Sulaiman selaku wakil Hisbah, Saudari Hamidah Daud  mewakili Bait Muslim dan Saudari Hanisah Muslim selaku wakil Unit Biah  Solehah. Ahli panel memberi penjelasan di posisi masing-masing rentetan  dari pelbagai permasalahan mahasiswa yang berlaku.
Tidak  lupa juga ahli DPMI dihidangkan dengan tayangan video yang direka khas  sempena roadshow tersebut. Roadshow diakhiri dengan penyampaian  cenderahati khas buat DPMI berupa poster, risalah dan banner yang  disampaikan kepada Pengerusi DPMI.
"Gabungan  tiga unit ini sekaligus menggambarkan kerjasama semua pihak untuk  menjayakan misi mengembalikan identiti akhlak mahasiswa Islam yang  merupakan salah satu ucapan dasar Presiden," ujar saudari Fatehah Md  Ambiah selaku Timbalan Pengarah Roadshow ketika ditanya. Semoga dengan  usaha yang di sumbangkan oleh delegasi roadshow akan memberi kesedaran  kepada ahli serta sekaligus menjadi penggerak misi mulai ini. 
Nantikan laporan dilokasi seterusnya.
Oleh : Setiausaha Roadshow Gempur Syakhsiah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





No comments:
Post a Comment