Adakah Ukhwah hanya satu perkataan yang mudah dilafaz sebagai pemanis mulut atau penyedap hati dan telinga yang mendengar.? Sungguh amat mudah untuk kita berbicara soal Ukhwah Islamiyah. Namun untuk menzahirkannya amatlah sukar, apatah lagi hendak mengukuhkannya di dalam hati.
Firman Allah swt yang bermaksud:
“Dan Dialah yang menyatukan di antara hati mereka (yang beriman). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan di antara hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara (hati) mereka. Seungguhnya Ia Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana” (Al Anfaal ayat 63)
Ukhwah atau persaudaraan di dalam Islam merupakan jalinan yang menghubungkan sebahagian dengan sebahagian Umat Islam yang lain. Ia merupakan ikatan rabbani, ikatan yang diikuti di atas dasar ketaatan kepada Allah yang mengikat hati-hati mereka dan ia merupakan jalinan yang mendekatkan mereka kepada Allah s.w.t.
Ukhwah merupakan ikatan keimanan yang paling kukuh sebagaimana yang dinyatakan oleh Nabi s.a.w:
“Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah”. (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Hassan Al Banna di dalam Risalah Ta’lim menganjurkan kepada Amal Islami yang serius. Menurut beliau, umat Islam apabila sibuk dengan amali, perdebatan akan berkurangan. Apabila umat Islam itu akan ditimpa kelemahan dan kemunduran serta kelunturan semangat ahli sekiranya mereka hanya sibuk berdebat yang akhirnya mewujudkan perpecahan.
Bagi mendalami ruh Ukhwah fillah, Islam telah memberi panduan.:
- Apabila seseorang mengasihi saudaranya maka hendaklah dia memberitahu saudaranya itu bahawa dia mengasihinya.
-Apabila hendak berpisah maka mintalah pada saudaranya agar berdoa untuknya pada masa berjauhan.
-Hendaklah saling ziarah-menziarahi daripada masa ke semasa.
-Mengucap tahniah kepada saudaranya pada waktu yang munasabah.
-Memberi hadiah pada sahabatnya mengikut keadaan-keadaan yg sesuai.
-Memberi keutamaan dalam menunaikan hajatnya.
-Memberi hak ukhwah yang lengkap kepadanya
Apabila Ukhwah di hayati dengan sebenar-benarnya hanya bermatlamatkan mardhotillah. Maka terpancar nur di wajahnya, di ampunkan dosa, sentiasa berada di bawah lindungan arasy Allah pada hari Qiamat, di lindungi dengan kasih Allah, serta merasai kemanisan iman.
“Alangkah indahnya Ukhwah apabila segala-galanya kerana Allah”
Barangsiapa beramal untuk akhiratnya, maka Allah akan mencukupi urusan dunianya. Barangsiapa memperbaiki hati nuraninya maka Allah akan memperbaiki lahirnya. Barangsiapa yang mempebaiki apa yang ada diantara dia dengan Allah, maka Allah akan memperbaiki apa yang ada di antara dia dan manusia..
ربنا اغفر لنا ولإخواننا الذين سبقونا بالإيمان ولا تجعل في قلوبنا غلا للذين ءامنوا
ربنا إنك رءوف رحيم
“Ya Tuhan kami ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.” (Al hasyr :10)
Memperolehi Cinta Allah dan berkasih sayang sesama manusia.
Said Ramadhan pernah menyebut dalam bukunya “Dosa Batin” bahawa apa juga perbuatan yang tidak didasari keikhlasan hati, ia tidak akan menjadi perbuatan yang menghampirkan diri kepada Allah.
Pada hari ini kita sedang berada di suatu zaman yang dipenuhi dengan Jahiliyah yang bermacam ragam dan keadaan ini menjadi lebih tenat lagi kerana tidak adanya kefahaman Islam yang sebenar, melainkan hanya segelintir manusia sahaja. Semoga Allah pilih hati-hati kita untuk diletakkan hidayah dan kefahaman..
Agar dengan Ukhwah yang di bina atas keikhlasan hati dapat menarik hati-hati manusia, dan akan melahirkan kesatuan ummah yang mantap untuk membina kembali khilafah Islam.
Kekuatan Ukhwah dapat melahirkan kesatuan Ummah yang kukuh.
“Kamu semua adalah harapan kepada kebangkitan Islam melalui pejuang yang mendokong kebenaran, pembawa obor hidayah yang akan menegakkan kembali Khalifah Rasyidah di muka bumi ini. Lihatlah kembali sirah perjuangan baginda Nabi Muhammad S.A.W yang mempersaudarakan kembali suku Aus & Khazraj, menautkan ikatan golongan Muhajirin dan Ansar atas prinsip ukhwah fillah. Itulah role model dan contoh tauladan yang diikuti oleh para sahabat Nabi, tabiin, dan mereka yang pernah mencipta kegemilangan Islam pada suatu ketika dahulu."
Maksud sepotong ayat Al Quran, " Di hari akhirat, terputus segala perhubungan kecuali orang-orang bertaqwa. "
Dengan wujudnya Semangat perpaduan dan dijadikan khidmat untuk sesuatu kerja besar, kerja itu terlaksana dengan baik dan gemilang.
Seperti berkembangnya Islam dengan gemilang pada zaman Rasulullah saw, para Sahabat dan pada zaman Umayyah. Kemudian disambung oleh kerajaan ‘Abbasiyyah dan seterusnya.
bila rasa kesetiaan dan perpaduan ini melemah oleh beberapa faktor, maka Islampun menjadi lemah dan peradaban pudar dan jatuh.
Mengimbas kembali Sejarah tejatuhan Islam:
Pada akhir zaman pemerintahan Saidina Ali berlaku perpecahan, termasuk perang jamal dan kemudian pemberontakan oleh Muawiyah Bin Abi Sufyan yang membawa tamatnya pemerintahan khalifah, dan bermulanya pemerintahan feudal. Muawiyah telah menubuhkan dinasti umayyah kemudian tertubuhlah dinasti demi dinasti sehingga yang terakhir iaitu dinasti uthmaniyah Turkiy yang berkecai pada 1924.
Akhirnya Eropah bangkit dan menguasai tanah-tanah org Islam, bermula dengan Sepanyol, utara Afrika dan juga kawasan pertubuhan baru org Islam seperti di Asia Tenggara.
Menurut ulasan professor Dr Hamka dalam bukunya “ SEJARAH UMAT ISLAM”
Antara sebab-sebab terbesar dan terpokok yang membuatkan umat Islam berpecah dan berbalah ialah atas dorongan kebendaan, pembentukan parti dan fahaman politik yang bertentangan dengan Islam, fikrah atau aliran fikiran yang sesat, gerakan fanatik, kerosakan cerdik pandai dan ulama’, pemerintah/kerajaan yang tidak adil dan penjajahan barat.
Wahai Pemuda, bagunlah dari lenamu yang panjang…
Sungguh Nilai keimanan pemuda remaja sepertimu jauh lebih tinggi dari nilai keimanan orang yang sudah tua. Suatu tahap terkumpulnya tenaga yang banyak, semangat yang berkobar dan hajat yang tinggi yang merupakan kekuatan untuk mencapai keredhaan Allah..
Islam tidak dapat di tegak selagi manusia hidup berpecah belah sesama sendiri.
Ingatlah musuh Islam tidak pernah henti memikirkan cara untuk menjatuhkan Islam. Usah memikirkan diri sendiri, tetapi fikirlah akan amanah yang telah allah letakkan keatas diri kta.
وَلَن تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱلۡيَہُودُ وَلَا ٱلنَّصَـٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَہُمۡۗ قُلۡ إِنَّ هُدَى ٱللَّهِ هُوَ ٱلۡهُدَىٰۗ وَلَٮِٕنِ ٱتَّبَعۡتَ أَهۡوَآءَهُم بَعۡدَ ٱلَّذِى جَآءَكَ مِنَ ٱلۡعِلۡمِۙ مَا لَكَ مِنَ ٱللَّهِ مِن وَلِىٍّ۬ وَلَ نَصِير
“Dan sama sekali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sampai engkau mengikuti agama mereka.Katakanlah sesungguhnya petunjuk Allah itu petunjuk yang sebenarnya. Dan seandainya engkau ikuti hawa nafsu mereka, sesudah datang kpdmu ilmu, maka tidak ada dari Allah untukmu perwalian dan pertolonganNya.” (Al Baqarah 120)
Ukhwah dan Tarbiah saling berkait, kerana tidak ada Tarbiah tanpa Ukhwah.
1 comment:
TQ for sharing....
Post a Comment