Orde Baru Dunia (New World Order) adalah satu pemerintahan yang bersistemkan kapitalis Amerika yang cuba untuk menguasai dunia hari ini. Pemerintahan Orde Baru Dunia adalah seruan globalisasi yang bermula di Amerika Syarikat.
Ia juga merupakan penjajahan baru yang lebih licik dan merbahaya oleh Amerika Syarikat untuk menguasai dunia dalam segenap aspek samada sosial, budaya, politik, ekonomi, media massa dan teknologi.
Ia juga sebuah pemerintahan berasaskan illusi dan kebendaan material semata-mata. Pemerintahan ini hakikatnya didalangi oleh pertubuhan-pertubuhan Yahudi bagi mencengkam dunia hari ini dari pelbagai aspek, matlamat akhirnya adalah untuk menjauhkan serta menyesatkan umat manusia daripada hidup beragama.
Pertubuhan rahsia seperti pergerakan Freemason, Illuminati, serta Organisasi Zionis sentiasa dikaitkan dengan agenda Orde Baru Dunia. Seringkali juga dikaitkan, bahawa badan antarabangsa seperti Bank Dunia, IMF, WTO, WHO, NATO, Kesatuan Eropah (EU) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merupakan organisasi proksi dan agen New World Order (Orde Baru Dunia).
Konspirasi Orde Baru Dunia juga adalah untuk mewujudkan satu sistem kerajaan yang menjadikan seluruh manusia sebagai hamba kepada golongan elit terutamanya bangsa Yahudi sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Firaun kepada Bani Israel suatu ketika dahulu.
Perhambaan yang dilakukan dalam bentuk percukaian dan bebanan hutang termasuk melalui kecenderungan dan ketagihan kepada kemajuan teknologi, hiburan, dan permainan dirangsang menerusi manipulasi mata wang terutama penggunaan wang kertas.
Dasar ekonomi kapitalis ini diperkuatkan dengan prinsip Hak Asasi Kemanusiaan dan demokrasi yang memberi kelebihan serta keutamaan kepada golongan elit dari pemilik firma perbankan dan badan korporat termasuk pemimpin politik.
Konspirasi ini dikatakan bermula dengan penerbitan “Protocol Of The Elders Of Zion” di Rusia pada tahun 1903. Selepas itu, beberapa siri meja bulat, forum, persidangan, risalah-risalah, buku-buku diwujudkan bagi memperjuangkan gagasan pembentukan New World Order ataupun Orde Dunia Baru.
Sehinggalah kita melihat pada tangal 11 September 1990, Presiden George W Bush dalam ucapannya semasa persidangan bersama Kongres US, menekankan bahawa, “Objektif US terhadap pasca perang dingin dengan bekas Negara USSR adalah menjalinkan kerjasama dalam bentuk Orde Baru Dunia..”
Dr. Yusuf al-Qaradawi berpendapat:
"Adapun globalisasi, kami melihat - berdasarkan seruannya sehingga ke hari ini - ia adalah pemaksaan penguasaan politik, ekonomi, budaya dan sosial daripada Amerika Syarikat terhadap dunia, khususnya dunia timur dan dunia ketiga, bahkan secara lebih khusus, dunia Islam."
Cabaran ini lebih besar apabila kita melihat kuasa Imperialis ini cuba membina blok dalam dunia Islam lebih-lebih lagi apabila berlakunya peperangan Iraq-Kuwait, Iraq-Iran yang didalangi Amerika, begitu juga serangan 11 September, peperangan Amerika-Afghanistan seterusnya Amerika-Iraq. Selain itu, serangan Gaza pada tahun 2008 oleh Israel-Zionis yang disokong kuat oleh Amerika. Ini adalah salah satu pemaksaan penguasaan politik yang dilakukan oleh Amerika ke atas dunia Islam.
Selain politik yang dikawal oleh Imperialis Amerika, ada 2 faktor lagi yang menjadi kekuatan Orde Baru Dunia iaitu Media dan Teknologi. Maka, ketiga-tiga faktor inilah (Politik, Media dan Teknologi) yang menjadikan Amerika sebuah kuasa besar dunia yang mengawal serta memaksa masyarakat dunia menerima budaya mereka.
Media memainkan peranan penting dalam menjayakan propaganda Orde Baru Dunia. Saluran maklumat kepada masyarakat dunia dikawal dan disaring. Kawalan media ini disebarkan oleh syarikat-syarikat Akhbar dan Televisyen Antarabangsa yang di kawal penuh oleh golongan ini bagi masyarakat antarabangsa untuk menerima agenda propaganda halus mereka seperti CNN, CNBC, ABC, BBC, AFP, Reuters dan bermacam-macam stesen lain yang memaparkan agenda mereka. Media adalah pengaruh besar yang berjaya memesongkan pemikiran orang yang tidak mengerti apa-apa tentang kehidupan.
Peranan media jugalah menyebarkan budaya barat dan jahiliyah untuk masyarakat antarabangsa mengagungkan budaya-budaya jahiliyah yang di bawa oleh mereka. Industri ini berperanan seperti mind-control atau pengawalan minda masyarakat dari sudut muzik, artis, ahli-ahli sukan, filem-filem, berita, hiburan, dan sebagainya. Realitinya, kita boleh melihat masyarakat Timur dan negara-negara Islam di seluruh dunia dimana anak-anak mudanya lebih mengagungkan budaya-budaya barat demi segala-galanya atas nama kemodenan dan kemajuan berbanding adat ketimuran yang lebih beradab dan bertamadun.
Maka natijahnya, ramai dikalangan anak-anak muda terjerumus dalam masalah seks bebas, pergaulan bebas, melahirkan anak luar nikah, ketagihan dadah, budaya hedonisme terlampau dan sebagainya.
Faktor Teknologi dan Sains juga adalah aspek yang terpenting bagi menjalani Orde Baru Dunia lebih-lebih lagi dalam kurun ke-21, kita dapat melihat dengan jelas agenda mereka dalam bidang perubatan, pendidikan, perbandaran, pembangunan infrastruktur, pengangkutan, persenjataan, telekomunikasi, perbankan, perniagaan serta pentadbiran negara. Ini adalah salah satu bentuk penguasaan keatas masyarakat dunia.
Maka, peranan Teknologi dan Sains ini adalah salah satu cabaran yang sangat hebat yang perlu dikuasai oleh umat Islam supaya umat akhir zaman ini tidak tertipu dengan agenda Orde Baru Dunia.
Oleh itu, antara yang perlu di sematkan dalam jiwa umat Islam hari ini adalah diri perlu dipelihara daripada kebinasaan selaras dengan ayat al-Quran yang menyeru orang beriman supaya memelihara diri dan keluarga mereka daripada api neraka. Musuh sedang menanamkan pembohongan demi pembohongan, khayalan yang dicipta tidak berperhujung sehingga kita tidak mengenal kebatilan dan kebenaran. Maka kita perlu perkukuhkan jatidiri, menjauhkan diri dengan segala bentuk syirik, mengenali musuh-musuh kita supaya kita tidak tertipu dengan slogan serta bentuk fahaman secara sedar ataupun tidak telah menarik diri dan keluarga kita ke lembah kehinaan. Al-Iyazubillahimin zalik..
Peranan kita sebagai umat Islam hari ini adalah penguasaan dari sudut politik Islam, media Islam, teknologi sains berdasarkan Islam, ekonomi Islam, budaya Islam, pentadbiran Islam dan segala ilmu. Ini perlu diterjemahkan dalam kehidupan seharian kita bagi memastikan serta mengisi kemenangan dan kebangkitan Islam suatu hari nanti.
"Dan golongan Yahudi serta ahli kitab tidak akan merasa senang selama-lamanya dengan kamu selagi kamu tidak mengikut agama mereka. Katakanlah pertunjuk itu dari Allah dan dariNyalah pertunjuk yang benar. dan jika kamu mengikut kehendak mereka ini selepas diberikan pertunjuk dari kamu, ingatlah sesungguhnya Allah tidak akan menjadi penolong kamu serta pelindung." ( Baqarah : 120, al Quran).
Disediakan Oleh,
Mohd Faizzudin Ghazali
Naib Presiden I
Ketua Lajnah Dakwah Dan Pembangunan Insan PMRAM 2011
Bayangkan apabila Rasulullah tiba-tiba muncul mengetuk pintu rumah kita. Baginda datang dengan penuh senyuman dan muka yan bersih di muka pintu kita. Apakah yang akan kita lakukan?
Semestinya kita akan sangat berbahagi memeluk baginda erat-erat lantas mempersilakan baginda masuk ke ruang tamu kita. Kemudian kita tentu akan meminta dengan bersungguh-sungguh supaya baginda singgah beberapa hari di rumah kita.
Baginda tentu tetap tersenyum…
Namun mungkin kita meminta Rasulullah menunggu sebentar di hadapan pintu kerana kita teringatkan VCD rated XXX yang ada di ruang tamu dan dan kita tergesa-gesa memindahkan dahulu VCD itu ke dalam.
Baginda tentu tetap tersenyum…
….Atau kita teringat lukisan wanita separuh bogel yang kita pasang di ruang tamu kita sehingga kita terpaksa menyembunyikannya dengan teresa-gesa. Barangkali kita kelam-kabut memindahkan lafaz kalimah Allah dan Muhammad yang berhabuk ke ruang tamu kita ganti kepada gambar wanita separuh bogel yang telah kita susupkan.
Baginda tentu tetap tersenyum…
Bagaimana kalau Rasulullah bersetuju menginap di rumah kita? Barankali kita teringat kepada anak-anak kita yang lebih arif tentan lagu-lau barat yang melalaikan daripada selawat dan zikir. Kita tentu berasa malu memikirkan anak kita yan tidak mengetahui sirah Rasulullah kerana kelalaian kita mengajar mereka.
Baginda tentu tetap tersenyum…
……
Barangkali kita lebih malu apabila anak-anak kita tidak mengetahui walau satupun nama ahli keluarga Rasulullah tetapi lebih menghafaz nama-nama artis, penyanyi, ahli-ahli sukan dan watak-watak kartun. Barangkali kita terpaksa menukar sebuah kamar mandi menjadi satu ruang solat. Barangkali kita teringat bahawa anak gadis kita tidak mempunyai koleksi pakaian yang sesuai untuk berhadapan dengan Rasulullah.
Baginda tentu tetap tersenyum…
Belum lagi buku-buku kepunyaan kita dan anak-anak kita yang memaparkan gambar gadis yang mendedahkan tubuh jua auratnya untuk diratah oleh mata yang tidak takutkan azab Allah.
Belum lagi koleksi kaset-kaset kita dan anak-anak kita. Belum lagi koleksi karaoke kita dan anak-anak kita. Kemana harus kita singkirkan semua ini demi menghormati Nabi akhir zaman ini…?
…….
Barangkali kita akan malu kepada baginda apabila baginda tahu bahawa kita tidak pernah pergi ke masjid meskipun azan akan tetap setia menyeru para mukmin untuk tunduk dan memperhambakan diri kepada Rabbul Alamin.
Baginda akan tetap tersenyum…
Barangkali kita akan malu kerana pada saat azan Maghrib berkumandang kita masih lagi sibuk dengan bola dan TV. Barangkali kita merasa malu kerana kita menghabiskan hampir seluruh masa kita untuk mencari kesenangan duniawi. Barangkali kita akan merasa malu kerana keluara kita tidak pernah mengerjakan solat sunat. Barangkali kita merasa malu kerana keluarga kita jarang sangat membaca Al-Quran.
Bayangkan Rasulullah tiba-tiba muncul di hadapan rumah kita..Apa yang kita akan lakukan..? Masihkan kita akan memeluk junjung kita dan mempersilakan baginda untuk masuk dan menginap rumah kita…?
Atau akhirnya kita dengan berat hati terpaksa menolak kunjunan Rasulullah ke rumah kita kerana hal itu akan membuatkan kita kalut dengan rasa malu…
Dalam kehangatan Pesta Buku Antarabangsa Kaherah ke-43 yang sedang berlangsung, jelas keterujaan para pencinta ilmu memburu khazanah-khazanah berharga tinggalan ilmuan terdahulu atau sarjana masa kini. Benarlah seperti yang pernah diungkapkan oleh Baginda Nabi Muhammad SAW bahawa dua golongan yang tidak pernah kenyang dan puas ialah pengumpul harta dan penuntut ilmu. Dalam usaha mendalami dan memahami lautan ilmu yang luas, para penuntut perlulah terlebih dahulu mengetahui serba sedikit tentang pembahagian ilmu pengetahuan secara umum dan kunci-kuncinya. Syeikh ‘Alawi al-Saqqaf dalam kitab al-Fawaid al-Makkiah karangannya ada menyebut tentang empat pembahagian ilmu iaitu :-
1. Syar’iyyah – Tafsir, Hadis dan Fekah
2. Kesusasteraan – Bahasa, Nahu, Sorof, dll.
3. Latihan – Tasawuf, Matematik, Muzik, Politik, dll.
4. Akal – Mantiq, Usul al-Fiqh, Usuluddin, Perubatan, Falsafah, dll.
Terdapat empat syarat utama yang digariskan oleh Syeikh ‘Alawi al-Saqqaf perlu diberi perhatian atau sebagai kunci empat mata iaitu :-
1. Guru yang menerang
2. Akal yang jernih
3. Kitab yang sahih
4. Berterusan dalam mengulang kaji
Kitab yang sahih atau betul adalah syarat yang penting kerana mampu membantu dalam penghasilan ilmu dan sebagai satu cara mengekalkannya kerana sesuatu yang ditulis akan kekal, manakala sesuatu yang dihafaz akan mudah hilang. Tambahan pula, para ulama’ menyatakan bahawa hukum menulis ilmu adalah fardhu kifayah. Sahih yang dimaksudkan di sini ialah kitab tersebut tidak terdapat padanya cacat cela seperti kekurangan atau telah diseleweng isinya.
Sewajarnya bagi penuntut ilmu untuk mendapatkan kitab yang diperlukannya sama ada dengan cara membeli, menyewa, atau meminjam. Kitab yang diperoleh secara pinjaman perlulah dijaga dengan sebaiknya dengan tidak menulis atau mencatat sesuatu di atas kitab tersebut kecuali dengan izin pemiliknya. Peminjam perlu memulangkan kembali kitab apabila diminta oleh pemiliknya, berterima kasih dan memberinya sebarang ganjaran walaupun hanya sekadar doa.
Adab-adab dalam menyusun kitab di atas rak juga ditik beratkan oleh para ulama’ dengan diletakkan mengikut kemuliaan ilmu dan pengarangnya. Mushaf al-Quran perlulah diletakkan di atas rak yang tertinggi, diikuti kitab Tafsir, Hadis, Syarah Hadis, Usuluddin, Usul al-Fiqh, Fiqh, Nahu, Sorof, Ilmu al-Ma’ani, al-Bayan, al-Badi’, dan seterusnya. Jika terdapat kitab-kitab yang sama dalam satu cabang ilmu, maka didahulukan kitab yang paling banyak ayat al-Quran, dan kemudian paling banyak Hadis. Setelah itu diperhatikan pula kemuliaan pengarangnya, yang mana terdahulu, dan paling banyak mendapat pujiaan di kalangan ulama’.
Tiadalah teman yang paling bermakna dalam kehidupan seorang penuntut ilmu melainkan kitab. Kemuliaan mendampingi kitab menurut para sarjana Islam amatlah banyak sehingga tidak terkira. Bahkan seorang ilmuan dalam timbunan kitab-kitabnya menyebut jika beliau ingin berkomunikasi dengan Allah Taala, beliau akan mencapai Mushaf al-Quran. Jika ingin bersama Rasulullah SAW beliau akan mencapai kitab Hadis. Begitulah seterusnya beliau akan lakukan jika ingin berbicara dengan para ilmuan yang terdahulu atau terkemudian. Kehangatan berdamping dengan kitab bagi para ulama’ cukuplah jika digambarkan melalui syair yang dikarang.
Cukuplah penghibur kedukaan bersendirian seketika
bersama kitab, padanya penyelesai masalah sukar.
Penemanmu yang diredoi, fasih, dan pendiam,
bercakap apa dikehendaki, menjawab segala persoalan.
Kekasih duniaku adalah kitab, tiada bagiku
selainnya, tiadalah aku faqir kerananya.
Singsananya pangkuanku tika duduk,
tika berbaring kuhamparkannya didada.
SEBIJI buah epal yang masak ranum dilihat berada di atas lantai sebuah pasar raya di Bandar Jeddah, Arab Saudi. Beberapa orang yang lalu lalang berhampiran tempat jualan buah-buahan dan sayur segar itu langsung tidak mengendahkannya.
Kemudian, apabila seorang wanita muda berjubah hitam lengkap berpurdah melalui kawasan tersebut, dia pantas mengangkat buah epal yang berada di lantai lalu diletakkan semula di tempat asalnya.
Tindakan wanita itu ternyata mengundang sekuntum senyuman buat seorang lelaki yang bersembunyi sambil memerhatikan situasi tersebut melalui kamera tersembunyi di satu sudut pasar raya itu.
Tanpa menunggu lebih lama, lelaki yang mempunyai lesung pipit di pipi itu bergerak untuk menemui wanita tersebut. Ucapan tahniah tidak lekang diucapkan kerana kelakuan baik yang ditunjukkan wanita berkenaan.
“Terima kasih saudari kerana mencontohi akhlak Nabi Muhammad SAW yang sudah pasti tidak akan suka seandainya nikmat atau rezeki dibiarkan terjatuh di lantai begitu sahaja.
“Soalan saya, seandainya Rasulullah SAW ada di hadapan saudari selama seminit, apakah yang mahu saudari ucapkan kepada Baginda?” demikian pertanyaan yang dilontar pengacara berkenaan sekali gus menusuk hingga ke lubuk hati paling dalam bagi sesiapa yang mendengarnya.
Tiada jawapan yang keluar dari bibir wanita itu melainkan mutiara jernih yang mengalir dari kelopak matanya. Sejurus menghela nafas, dia pantas mengungkapkan: “Ia satu soalan yang sukar. Duduk bersama Baginda adalah impian semua orang. Andainya ia berlaku, saya ingin meminta kepadanya agar membawa saya jauh dari dunia ini.”
Itu antara pengisian rancangan televisyen bertajuk Law Kana Bainana (Andai Rasulullah SAW Bersama Kita) yang dicetuskan oleh Ahmad Al Shugairi, 38, merangkap pengacara untuk program yang menjadi fenomena di Semenanjung Tanah Arab dan di serata dunia.
Program berbentuk dakwah itu bertujuan mengajak umat manusia untuk mengenali keperibadian mulia Nabi Muhammad SAW yang dilahirkan sebagai pembawa rahmat bagi sekalian alam.
Terbahagi kepada beberapa segmen, ternyata program itu mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan terutama bagi golongan muda yang semakin melupakan keagungan insan bernama Muhammad bin Abdullah itu.
Bagaimanapun, inisiatif yang diambil Ahmad bagi menerbitkan rancangan sedemikian membuktikan bahawa sebenarnya segala amalan dan sunnah Nabi SAW masih menjadi ikutan serta pegangan sebahagian umat Islam di dunia ini.
Antara segmen yang terdapat dalam rancangan itu seperti rakaman kamera tersembunyi untuk mengetahui tindakan seseorang individu dalam pelbagai situasi, temu bual dengan pelbagai tokoh dalam bidang tertentu termasuk yang bukan Islam mengenai pandangan mereka terhadap Nabi SAW dan penceritaan sirah-sirah Nabawiyah secara tidak langsung memberi kesan yang mendalam kepada penonton.
Pintu hati terbuka
Ironinya, Ahmad sendiri mengakui bahawa dia bukanlah seorang sheikh atau pendakwah yang memiliki ilmu agama yang luas dalam mengajak manusia mengenali Rasulullah SAW. Namun, rasa cinta yang menggunung tinggi terhadap Baginda SAW merupakan faktor utama dia berbuat demikian.
“Saya bukan seorang sheikh. Tetapi, apabila mula belajar untuk mengenali ketokohan Rasul Junjungan, saya terus jatuh cinta kepada Baginda dan berusaha mempelajari sirah-sirah yang menceritakan tentang keistimewaan Nabi Muhammad SAW,” ujar Ahmad ketika ditemu bual oleh akhbar The New York Times pada tahun 2009.
Menyingkap latar belakang Ahmad yang berasal dari Arab Saudi, dia pernah melalui zaman gelap sebagai seorang anak muda yang lalai daripada melakukan tuntutan agama.
Dilahirkan pada tahun 1973 dalam sebuah keluarga kosmopolitan yang kaya, Ahmad kemudian melanjutkan pengajian di sebuah kolej di Long Beach, California pada usia 17 tahun.
Bertitik tolak dari situlah, dia mula mengabaikan suruhan agama seperti tidak bersolat dan tidak berpuasa. Sama seperti anak muda lain, Ahmad lebih gemar menghabiskan masa dengan acara hiburan dan keseronokan. Merokok, berseronok dengan wanita dan meminum arak antara perilaku negatif yang pernah dilakukan pemuda itu.
Cuma, apabila mengambil keputusan untuk berkahwin pada usia 22 tahun, Ahmad berusaha menjalani kehidupan menurut ajaran Islam yang sebenar. Dia turut menyesali kehidupan bebas yang dilalui ketika remaja.
Rentetan itu, Ahmad bertindak kembali ke Arab Saudi di samping mahu menguruskan perniagaan milik bapanya. Namun, isterinya tidak mahu mengikut corak hidup Ahmad yang mula berubah ke arah lebih Islamik dan ia membuatkan pasangan itu mengakhiri perkahwinan mereka dengan perceraian.
Di sana, Ahmad mula belajar dengan seorang ulama bernama, Adnan al-Zahrani yang mendedahkan kepadanya tentang idea bahawa kekuatan Islam datang daripada kepelbagaian dan keterbukaan dengan cara-cara pemikiran yang baharu.
Buat kali pertama, Ahmad menemui satu cara untuk mengimbangi gelodak jiwanya yang berperang dengan kehidupan sendiri di Amerika Syarikat dan Arab Saudi.
Di Jeddah, Ahmad kemudian membuka sebuah kafe yang dinamakan Al-Andalusia untuk golongan muda mempelajari lebih lanjut tentang Islam menerusi koleksi buku-buku Islamik yang disediakan di kafe tersebut.
Sebelum menerbitkan rancangan Law Kana Bainana, Ahmad telah berjaya menarik perhatian dan menjadi inspirasi kepada ribuan pemuda pemudi di tanah Arab melalui program televisyen bertajuk Khawater (Pemikiran) sejak tahun 2004 hingga 2010.
Rancangan tersebut memberi tumpuan tentang bagaimana kehidupan Muslim pada masa dahulu dan zaman sekarang. Ia kemudian diiktiraf sebagai program paling berjaya di dunia Arab yang disiarkan sepanjang bulan Ramadan pada setiap tahun.
“Orang Islam dahulu kala merupakan cendiakawan dalam pelbagai bidang termasuk sains, perubatan, astronomi dan matematik. Justeru, kita harus bangkit kembali untuk memastikan kegemilangan Islam akan terus berkekalan pada masa akan datang,” tutur Ahmad kepada Rahima al-Balushi, wartawan akhbar Times of Oman.
Bagi wartawan The New York Times, Robert F. Worth yang pernah menemu bual Ahmad, dia menganggap lelaki itu seorang bintang generasi baharu yang dikenali sebagai sheikh satelit.
“Menerusi beberapa rancangan televisyen yang diterbitkannya, Ahmad banyak membantu masyarakat dunia dalam meningkatkan pemahaman sebenar terhadap Islam yang sering dipandang serong.
“Pendekatan dakwah yang digunakan Ahmad sangat berhemah dan mampu menarik perhatian sesiapa sahaja yang didekatinya,” kata Robert.
Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.
Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-
1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.
Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami serba salah.
Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.
Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.
Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.
Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.
Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.
2) Terlebih gambar
Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.
Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.
Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.
Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.
Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini .
3) Penyamaran
Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.
Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.
4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.
Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.
Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.
Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.
5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.
Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.
Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya.
Ini boleh menjadi dosa, kerana :-
a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.
b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.
c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.
6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan
Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.
Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.
Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.
KESIMPULAN
Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.
Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwah' untuk berbuat dosa.
Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.
Maksudnya : Wahai kaum Muhajirin! Ada 5 perkara di mana jika telah menimpa kamu maka tiada lagi kebaikan bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah S.W.T agar kamu tidak menemui zaman itu. 5 perkara itu ialah:
[1] Tidak bermaharajalela perbuatan zina pada suatu kaum sehingga mereka berani secara terang-terang melakukannya melainkan akan ditimpa penyakit Taun yang merebak dengan cepat dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang lain.
[2] Tiada mereka mengurangi sukatan atau timbangan melainkan mereka akan diuji dengan kemarau panjang dan kesulitan dalam mencari rezeki serta berhadapan dengan kezaliman daripada kalangan pemimpin mereka.
[3] Dan tidak menahan mereka akan zakat harta benda melainkan ditahan juga untuk mereka air hujan dari langit. Jika tiada binatang yang hidup di muka bumi ini nescaya mereka tidak diberikan hujan oleh Allah S.W.T.
[4] Dan tiada mereka menyalahi akan janji Allah S.W.T dan rasulNya melainkan Allah S.W.T akan menurunkan kepada mereka musuh yang akan merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka.
[5] Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah S.W.T yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan utama maka Allah S.W.T akan menjadikan bencana di kalangan mereka sendiri
Firman Allah s.w.t : “ Dan berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang - orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dina “
Apabila tiba musim peperiksaan, pasti akan datang satu perasaan takut, berebar - debar, bosan, kenapa wujud peperiksaan dan sebagainya lagi keluar dalam benak fikiran kita. Mungkin ianya akan terngiang - ngiang dalam fikiran kita”kenapa aku tak najah - najah ni? Bukannya aku tak belajar. Siang malam aku belajar tapi hasilnya aku tak najah-najah jugak.”
Pernahkah kita apabila melihat soalan, kita tidak dapat menjawabnya?
Itu merupakan masalah - masalah yang dialami oleh kita semua. Sememangnya kita mengulangkaji pelajaran siang dan malam tetapi kita tidak mengambil cakna beberapa perkara sehingga kita merasa hairan mengapa masih lagi tidak berjaya dalam imtihan.
1)Kurang harapan kita pada Allah. Memang benar kita mengulangkaji pelajaran siang dan malam bahkan sehingga tidak tidur. Tetapi kita lupa pada yang memberikan kejayaan dalam peperiksaan kita iaitu Allah taala. Apabila berjaya kita menganggap ianya adalah hasil usaha sendiri dan tidak mendapat prtolongan sesiapapun.
Berkata al imam Ibnu Ataillah r.a : “Di antara tanda-tanda orang yang bersandar ( bergantung ) pada amal sendiri adalah kurang harapan kepada Allah apabila berlaku padanya kesalahan”. Kita perlu ingat dan faham apabila berlaku sesuatu perkara yang baik, itu adalah ujian dan nikmat daripada Allah dan apabila berlaku sesuatu perkara yang buruk maka itu juga adalah ujian dan nikmat daripada Allah.
2)Kurang hubungan dengan Allah. Firman Allah taala: “ Maka ingatlah Aku (dengan berzikir kepada Ku) nescaya Aku akan mengingati kamu” (Al - Baqarah: 152).
Apabila tiba musim peperiksaan, kita memang akan mengulangkaji bersungguh sungguh. Itu adalah perbuatan yang baik tetapi berlaku satu kekurangan pada hubungan dengan seperti solat kita, doa kita, munajat kita atau ikhtiar kita dari sudut spiritual. Apabila masuk waktu solat, kita melengah - lengahkan solat sehingga kadang-kadang ‘ terbabas ‘ untuk menunaikan solat. Bila berlaku keadaan seperti itu,agak sukar untuk Allah memberikan kejayaan kepada kita.
3)Sikap mementingkan diri sendiri. Ini adalah sikap yang perlu kita hindari kerana ini adalah sikap yang negatif lebih - lebih lagi kita sebagai mahasiswa.
Firman Allah s.w.t : “ Dan hendaklah kamu tolong - menolong dalam perkara - perkara kebaikan dan ketaqwaan dan janganlah kamu tolong - menolong dalam perkara - perkara kejahatan dan permusuhan “. Apabila sahabat kita memerlukan pertolongan, janganlah kita memberatkan tulang kita untuk memberi pertolongan kepada sahabat kita kerana itulah peranan sahabat.
Saling bantu membantu antara satu sama lain barulah tersemai kemanisan ukhuwwah yang akan merapatkan lagi hubungan dalam bersahabat. Apabila kita memberi pertolongan kepada sahabat kita yang memerlukan walaupun hanya sedikit pertolongan yang diberikan ikhlas kerana Allah, bukan sahaja pahala yang Allah ganjarkan tetapi Allah akan tambahkan nikmat kepada kita iaitu kejayaan dalam peperiksaan, kejayaan di dunia dan kejayaan di akhirat.
Jadi janganlah kita amalkan sikap negatif ini supaya kita mendapat kejayaan dalam peperiksaan dengan keberkatan daripada Allah. Perbanyakkanlah doa kepada Allah kerana Allah sangat cinta kepada sesiapa yang meminta minta kepadaNya.
“Carilah ketenangan dapatkan bahagia.Cintakan Allah setiap masa.Bila zikrullah itu dihayati,maka barulah 'bahagia' itu kita akan temui”.
Kemelut berfikir di kalangan umat Islam ternyata masih belum berakhir. Akhbar dan media massa selalu sahaja mengejutkan umat dengan berbagai bentuk tulisan dan pola pemikiran yang sekular, meterialistik, pragmatik dan sebagainya yang membelakangkan nilai serta norma yang paling teras dalam masyarakat Melayu iaitu Islam. Persepsi Islam di kalangan segolongan cendikiawan bukan merupakan asas untuk menilai sesuatu; samada perkara atau gejala. Jika uniform anak-anak sekolah dibincangkan, maka yang menjadi asas penilaian adalah aspek ekonomi dan psikologinya sahaja. Kalau soal pembangunan yang dibincangkan maka yang dilihat adalah aspek teknologi dan pragmatiknya sahaja, tanpa melihat sudut agamanya.
Islam bagi sesetengah pihak bagaikan bayang yang tidak punya kenyataan. Ia bukan suatu perspektif yang patut disorot. Mengapakah pertimbangan Islam selalu dilupakan atau disingkirkan oleh elit muslim berkenaan. Sudah tentu persoalan ini perlu dicarikan jawabannya oleh mereka yang prihatin. Permasalahan inilah barangkali yang disebabkan oleh agen-agen imprealis dari segolongan orientalis, journalis, akademis, zionis, pendia'yah Kristian dan kuncu-kuncunya.Oleh itu wajarlah disorot peranan golongan di atas secara terpeinci agar dapat dicari jalan yang sesuai untuk mengatasinya.
Dalam kesempatan yang terhad ini fokus yang ingin diutarakan hanya menyorot peranan orientalis dan gerakan kristianisasi secara khusus merujuk kepada pengertian orientalisme, peranan orientalis, motivasi penyimpangan mereka, kesan gerakan orientalis dan kristianisasi terhadap umat Islam dan akhirnya langkah-langkah menghadapi gejala serta masalah yang dihasilkan oleh gerakan tersebut.
Definisi ORIENTALISME
Orientalisme atau dalam bahasa Arabnya disebut " Al Istisyraq" adalah ilmu tentang Timur atau hal Ehwal Ketimuran, lebih jauh ia adalah kegiatan atau pengkajian berhubung dengan ehwal Ketimuran, sejarah, keyakinan penduduk di sebelah Timur, susun lapis penduduk, lokasi, persekitaran tabi'enya, bahasa, gaya pertuturan, watak dan syahsiyyah mereka. Kajian ini menyelidiki aliran pemikiran tradisi dalam pelbagi bentuk, untuk pelbagai tujuan.
Dalam konteks yang berlainan ada pula pandangan yang mengatakan bahawa Orientalism sebagai sebuah disiplin ilmu yang mempunyai methodologi yang tersendiri. Ia dipengaruhi oleh faktor luaran yang berfungsi sebagai dasar atau tujuan kewujudan dan operasinya.
Gerakan Orientalism ini dipelopori pada mulanya oleh para Mubaligh Kristian dan Paderi untuk tujuan mendakyahkan agama Kristian .Tetapi akhirnya bergandingan dengan kehadiran Imperialisme barat ke Dunia Islam untuk mengukuhkan penjajahan mereka ke atas negara-negara jajahan tersebut.
Dr Hamdi Zaqzuq menegaskan: "Terdapat suatu kesefahaman mutlaq di kalangan mubaligh Kristian kurun ke 13 tentang betapa perlunya menguasai bahasa-bahasa orang Islam.Seandainya mahu dijayakan usaha pengkristianisasi ke atas mereka. Persefahaman yang telah diterjemahkan dalam bentuk agenda bertindak ,itu merupakan faktor penting dalam perkembangan Orientalisme ,pada masa itu tidaklah mudah untuk memisahkan Orientalisme dengan Kristianisasi atau motivasi keagamaan. Motivasi keagamaan inilah menjadi pencetus utama bagi lahirnya Orientalismei".
Kajian Ketimuran yang bercambah di Eropah di abad-abad pertengahan adalah didorong oleh pertentangan agama dan suasana perang Salib pada ketika itu.Pengaruh dan semangat untuk mengembangkan Kristian pada ketika itu jelas dalam nota rasmi pembentukan kursi pengajian Bahasa Arab di Universiti Cambrigde, England, yang bertarikh 9 Mei 1636 masihi oleh pengasasnya. Nota tersebut antara lain menyebutkan: "Kita sedar bahawa dengan usaha ini kita bukan sahaja bertujuan untuk mendekati kesusteraan yang baik untuk mendedahkan sebahagian besar ilmu pengetahuan yang ada kepada cahaya dan tidak membiarkannya terkatup dalam bahasa yang ingin kita pelajari sahaja akan tetapi kita juga sebenarnya bertujuan untuk mengajukan khidmat bakti kepada pemerintah dan negara memlalui perdagangan kita dengan negara-negara Timur, selain untuk mengagungkan tuhan melalui perluasan batasan gereja dari seruan kepada agama Kristian di kalangan orang-orang yang masih hidup dalam kegelapan".
Antara Orientalist yang begitu mementingkan ajaran Ketimuran ini untuk tujuan pengkristianan ialah Roger Bacon (1214 - 1294 m). Beliau menganggap hanya melalui gerakan pengkristianan ini sahaja Dunia Kristian dapat diperluaskan. Selaras dengan tujuan ini, maka harus dipenuhi syarat berikut:
1. Memahami bahasa-bahasa penting.
2. Mengkaji jenis-jenis kekufuran dan mengenalpasti perbezaan antara satu sama lain.
3. Mengkaji hujjah-hujjah lawan agar dapat ditumpaskan.
Menurut Al Jabiri : "Peranan yang paling serius yang dijalankan oleh Orientalis dalam memerangi Islam secara amalinya ialah dengan membina rentetan pusat pengajian dari tadika hingga ke peringkat Universiti yang mendidik generasi baru umat Islam dari pelbagai lapisan khasnya peringkat yang mempunyai kelayakan kepimpinan yang tinggi dan sederhana.Mereka juga mengeksploitasi profesion kedoktoran, juru rawat serta klinik-klinik dan hospital Missionari. Untuk tujuan tersebut mereka hidup bergaul denagan orang Islam dan Arab di negara jajahan tersebut. Mereka cuba meyakinkan kepada orang Islam akan kebaikan tamadun Eropah yang palsu itu. Mereka mengajak ke arah pergaulan bebas, pendedahan aurat, dekadensi moral atas dakwaan kebebasan diri atau personal, mereka mendakyahkan fahaman keliru seperti Sekularisme, Existensialism dan lain-lain. Orang yang menyahut seruan mereka akan dididik agar menafikan kerasulan Muhammad salallahualaihi wasalam".
Sejarah Orientalism menunjukkan bahawa ia mempunyai hubungan kait yang rapat dengan 'needs and goals' golongan Kolonialism dan juga rencana missionary Kristian. Ianya berlanjutan sehingga ke hari ini dan sekarang ini sedang menjadi sebahagian dari strategi 'geo-political' kebanyakan kerajaan Barat dan perkhidmatan perisikan mereka untuk mengkaji serta menyusun strategi bagi menghadapi Islam.
Meskipun ada golongan Orientalist yang berusaha untuk menonjolkan kajian mereka dan kita tidak menafikan akan sumbangan positif mereka dalam bidang bahasa dan lain-lain namun rata-rata peranan mereka tidak banyak berubah dari zaman dahulu. Antara peranan yang mereka lakukan ialah:
1. Melemahkan Bahasa Arab Fushah untuk digantikan dengan bahasa 'Amiyyah' atau 'Colloquial Language'. Dengan cara ini kesepaduan hubungan antara Arab sesama Arab dan bukan Arab akan semakin sulit. Dalam masa yang sama mereka juga akan melemahkan Bahasa Arab itu sendiri. Dalam tahun 1980 orang-orang Keturunan Barbar di Universiti Morocco menimbulkan tentang perlunya dibina versi Pengajian Bahasa Barbar di Universiti tersebut.
2. Menjalankan kajian mengenai "Firq" Islam atau kumpulan-kumpulan Islam. Dan kajian-kajian tersebut rata-rata tidak objektif dan sebenarnya memendam tujuan-tujuan tertentu iaitu antara lain melebarkan lagi lagi jurang ketidak persefahaman antara umat Islam .Umpama tulisan S.de Sacy (1758 - 1838 ) mengenai Druz dan agama mereka dan lain-lain.
3. Membuat periwayatan palsu secara bertahap. Terdapat orientalis yang meriwayatkan sesuatu berita palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah atau Al-Qur'an. Ia menyatakan bahawa teks yang ditemuinya ini belum ada dalil yang menguatkannya atau tidak diketahui tarikhnya . Kemudian datang pula Orientalis lain yang mengutip periwayatan itu tanpa menyebut tentang status keraguannya. Selepas itu datang pula Orientalis lain yang menyatakan bahawa ianya memang sah dan terbukti Shahih. Demikianlah hal ini dikutip seterusnya oleh penulis -penulis kebelakangan. Mereka terus merumus dan menyimpulkan sesuatu pengertian daripadanya.
4. Memejamkan mata terhadap fakta kebenaran. Adakalanya para ilmuan terkenal dan penulis ternama dalam konteks pengajian yang serius menulis kajian perbandingan mengenai bangsa dan agama sengaja memicingkan mata mengenai pandangan Islam dalam konteks tertentu.Mereka hanya menulis sekadar sekelumit dan itupun aspek yang tidak penting untuk menunjukkan betapa Islam sebagai agama yang tersisih dan tidak perlu disorot. Umpamanya S.K Northobs dalam kajiannya yang bertajuk 'Kajian Mencari Persefahaman Dunia' yang mengandungi 496 halaman hanya menyentuh mengenai Arab dan orang Islam sekitar 12 halaman sahaja. Walhal mereka merupakan kumpulan ketujuh yang terbesar menjadi penghuni dunia ini. Begitu juga Betrand Rusell dalam bukunya Sejarah Falsafah Arab.
5. Mencari-cari riwayat dhaif dan mungkar. Adakalanya juga para Orientalis yang sengaja mengambil riwayat yang Dhaif yang memang ditolak oleh ulama' Islam. Riwayat Al Waqidi yang ditolak oleh Syafi?e dan Ibnu Khaldun di diterima sebagai benar walhal adalah sebaliknya. Ada Orientalis yang mengatakan bahwa "Hukum Berubah Mengikut Perubahan Masa" sebagai hadis nabi walhal ia adalah imbasan daripada pendapat Imam Malik radhiALlahu anhu.
6. Menggunakan ukuran kebendaan (isme), inilah di antara kesilapan orientalis kerana mereka sering menggunakan ukuran kebendaan dalam mengukur nilai-nilai ruhaniah Islam. Walhal itu adalah suatu yang amat tidak sesuai.
7.Bersemangat mulhid dan meragui kebenaran Nabi. Segolongan orientalis adalah 'Free Thinker', Atheis dan menentang agama. Mereka menolak sama sekali saranan agama dan idealismenya ,sebab itulah mereka tidak teragak-agak mencemoh agama dan mendustakannya. Ini jelas apabila mereka menyerang Nabi Isa dengan mengatakan beliau gila .Begitu juga bila mereka merendah-rendahkan Nabi Muhammad Salallahualaihi wasalam. Mereka bukannya pengkaji yang objektif. Mereka memang sengaja mahu menghina dan memperkecilkan Nabi Muhammad salallahualaihi wasalam. Voltire umpamanya mengarang drama bertajuk 'fanatik' dalam tahun 1718 untuk menyerang Nabi Muhammad. Beliau menghadiahkan kerjayanya itu kepada Pope Benwa Ke-14. Semangat seperti ini juga mempengaruhi penulis seperti Taha Husin dan lain-lain.
8. Melakukan serangan secara tidak langsung. Kadangkala Orientalis menulis mengenai Muhammad salallahualaihi wasalam dan misinya terbagi di bawah tajuk lain.Namun dalam membicarakan tajuk tertentu mereka sempat memesongkan pembaca secara halus. Agnatius Kratsykoysky, Orientalis Russia menulis dalam bukunya Sejarah Geografi Sastera Arab "Bahawa Al Quran ialah himpunan ilmu pengetahuan yang diperolehi oleh Muhammad melalui pendengaran. Ia merupakan contoh umum dalam usaha orientalis ini.
9. Mengelirukan pembaca antara makna literal atau hakikat dengan metafora. Bahasa Arab memang mengandungi maksud hakikat dan majaz atau metafora. Ada yang bersifat baku dan ada pula Amiyyah .Orientalis dalam menghuraikan maksud nas Al Quran atau hadith sengaja memutar balikkan perkara ini.
10. Menyemarakkan kemarahan orang-orang bukan Islam. Kadangkala motivasi Orientalis dalam kerja-kerjanya ialah untuk menyemarakkan rasa marah, dendam dan benci orang-orang Kristian dan Yahudi supaya semakin galak menakluki dunia Islam. Daniel Pipes, seorang oreantalis yang banyak menulis dan mengkaji mengenai Islam serta diagung-agungkan oleh sesetengah ilmuan Islam adalah juga orang yang telah menulis satu dokumen mengenai "Muslim Fanatics and US Policy".
Di dalam dokumen ini, Daniel Pipes telah mencadangkan kepada kerajaan Amerika dan sekutunya di benua Arab agar mengambil empat strategi bagi menghadapi golongan fanatik Islam :
1) Mereka jangan sekali-kali memberi sebarang bentuk bantuan kepada golongan fanatik ini, tetapi terus mengadakan hubungan dengan mereka bagi memahami pemikiran serta menilai pengaruh mereka dari semasa ke semasa.
2) Mereka jangan sekali-kali membenarkan golongan ini terlibat dalam kerajaan terutamanya memegang jawatan-jawatan penting yang mana golongan ini akan menggunakan jawatan ini bagi melemahkan pengaruh serta kepentingan Amerika.
3) Di dalam menghadapi golongan fanatik ini, Amerika hendaklah hanya mengadakan hubungan dalam bentuk "Non- Public Contacts" dengan kerajaan negara-negara Arab yang di anggap "Friendly".
4) Amerika jangan sekali-kali membenarkan peminpin-pemimpin negara Arab yang "Friendly" ini untuk menentukan 'kaedah dalam mengatasi masalah mereka.
11. Untuk memenuhi tujuan politik dan missionari Kristian. Kadangkala kekeliruan disengajakan untuk memenuhi tuntutan Orentalisme politik dan missionary. Mereka memaparkan musuh Islam dengan imej yang mulia. Berperi kemanusiaan serta luhur. Sebaliknya orang-orang Islam dan tokoh-tokohnya tidak bersifat demikian. Ini dipaparkan kepada anak-anak orang Islam yang berguru kepada Orientalis tersebut. Jadi bila mereka pulang mereka membawa semangat yang membara untuk memerangi apa yang telah diajarkan oleh guru mereka sebagai kesesatan dan kelemahan Islam. Mereka laksanakan pesanan Oreintalis ini atas nama reformasi dan tajdid.
12. Merujuk Sumber-sumber Kristian. Adakalanya Orientalis menulis sejarah nabi dan tajuk-tajuk yang menyentuh Islam. Tetapi mereka merujuk sumber-sumber Kristian dan bukan sumber turath yang dikaji oleh Ulama' Islam. Ini menyebabkan pembaca menjadi keliru dan salah faham.
Selain dari peranan di atas Orientalis juga berperanan menjadi mahaguru di pusat-pusat pengajian tinggi Barat yang menawarkan kursus-kursus pengajian ketimuran, Islam dan bahasa Arab. Menurut Al-Jabiri terdapat sekurang-kurang enam puluh 'department' di universiti-universiti barat yang diketuai oleh mahaguru-mahaguru Yahudi. Mereka juga menjadi 'think-tank' kepada politikus barat dalam melakarkan polisi ekonomi, politik dan budaya terhadap negara-negara Islam dan negara-negara Dunia Ketiga.
Peranan diatas sebenarnya didorong oleh motivasi-motivasi tertentu dan latar belakang budaya yang melatari kehidupan orientalis berkenaan. Motivasi kenapa mereka melakukan kerja-kerja tersebut perlu didedahkan untuk meningkatkan kewaspadaan umat terhadap tipudaya mereka.
MOTIVASI DAN SEBAB PENYIMPANGAN ORIENTALIS
1) Golongan Orientalis menyeleweng kerana pengaruh agama Kristian semasa kecil dan cerita-cerita karut yang dinyatakan oleh Paderi-paderi kerana hendak menonjolkan agama Kristian dan menjatuhkan Islam dan Rasulnya.
2) Ketiadaan keperihatinan atau kepekaan terhadap ajaran Islam yang sebenarnya. Ini kerana mereka rata-rata hidup di luar lingkungan Islam, hal mana menyebabkan mereka tidak mempunyai tanggapan yang betul terhadap Al Quran dan Hadis.
3) Tidak ada keikhlasan dan kemurnian niat dalam mengkaji aspek Ketimuran. Di samping itu mereka kurang mengkaji Metodologi dan displin ilmu-ilmu Islam seperti ilmu Mustalah Al Hadis, ilmu Al Rijal, Ilmu Usul Al Fiqh, juga ilmu Mantiq, sehingga menyebabkan mereka terpesong.
4) Adakalanya disebabkan oleh keinginan mereka mengambil masyarakat yang bukan Islam sebagai model dengan memburuk-burukan Islam di samping ingin melariskan jualan buku hasil tulisan mereka dalam masyarakat bukan Islam.
5) Usaha memburukkan Islam, mencaci rasulnya juga dilakukan atas dorongan untuk melemahkan pegangan umat Islam kepadanya kerana andaian bahawa Islam menjadi penghalang kemaraan Imprealisme budaya dan ketenteraan Eropah seperti yang diungkapakan oleh Gladstone, Lawrence Brown, Kalhan Simon dan lain-lain.
6) Mereka memburukkan Islam dengan menuduh Islam dikembangkan dengan mata pedang untuk mencemarkan kemurnian motif penyebaran Islam.Dengan demikian mereka menghalang kepesatan berkembangnya mesej dakwah Islam.
7) Mereka sengaja melakukan Provokasi kepada penulis -penulis Muslim agar mereka melatah dan menampilkan jawapan sebaliknya sehingga melupakan peranan murni Islam sebagai Aqidah yang dinamik sekaligus sebagi gerakan menyeluruh untuk membebaskan manusia dari kongkongan sistem atau rejim yang menyekat penyebaran Islam.
8) Dalam menulis sesuatu, mereka cuba menimbulkan kejijikan pembaca kepada budaya hidup orang Islam masa kini dan masa lampau. Umpamanya dalam penulisan sejarah dan perjalanan, mereka menggambarkan corak hidup umat Islam sebagai ketinggalan zaman, adat dan tradisi mereka begitu mundur. Acapkali pula mereka menggambarkan tokoh-tokoh Islam, Rasulullah salallahualaihi wasalam terutamanya secara dusta untuk memperkecil kehebatan dan kewibawaannya dan Islam itu sendiri.
9) Kadangkala Orientalis menulis untuk memecah-belahkan umat melalui penampilan aliran-aliran pemikiran Barat yang bersimpang siur atau mereka menangani konsep-konsep Islam yang dahulunya dapat menyatupadukan umat Islam agar tidak lagi berfungsi.Mereka tahu bahawa umat yang berpecah belah dari segi pemikiran bukan sahaja tidak mungkin dapat bersatu padu dari sudut politik dan Ekonomi bahkan juga dari sudut ketenteraan. Inilah faktor yang memudahkan penjajah menguasai dunia Islam pada masa dahulu.
Menurut Ahmad Ghorab, seorang penulis yang mengkaji peranan Orientalis bagi menghancurkan Islam, 'Distortation' yang dilakukan oleh golongan Orientalis mempunyai dua objektif yang khusus; A) Untuk menimbulkan kebencian terhadap Islam di dalam minda dan pemikiran golongan bukan Islam. B) Untuk melemahkan umat Islam dengan menimbulkan keraguan mengenai aqidah ,tradisi kenabian serta sejarah Islam yang mengakibatkan umat Islam menolak kesyumulan Islam.
Umat Islam kini harus sedar akan peranan yang dimainkan oleh agensi -agensi berita antarabangsa dalam usaha "propaganda" mereka untuk memesongkan ajaran Islam yang sebenar. Agensi-agensi berita anrabangsa yang terbesar seperti Asosiated Press (AP), Reuters dan United Press International (UPI) menggunakan teknik "disinformation" untuk menyalurkan berita kepada masyarakat umum. Agensi-agensi berita ini di samping mencerminkan kepentingan negara Zionis Israel, juga turut manjadi platform golongan orientalis bagi menyebarkan berita yang boleh meragukan serta menanam sifat kebencian kepada ajaran Islam kepada umum.
Golongan Orientalis ini juga turut memperkenalkan istilah-istilah yang menggerunkan pembaca terhadap Islam seperti "Islamic Terrorist" dan "Islamic Bomb", yang mempunyai kaitan rapat dengan kumpulan fundamentalisme Islam, Fanatik Islam dan Extremis Islam. Kategori yang diberikan ini meletakkan seolah-olah kelompok Islam ini sebagai golongan yang merbahaya kepada masa depan toleransi peradaban antara Barat dan Islam .
Pandangan ini lebih jelas ialah apabila kita meneliti 'teori Pertembungan Tamadun' yang dikemukakan oleh profesor dari Harvard, Samuel Huntington yang menggambarkan abad yang ke-21 akan menyaksikan peperangan di antara Islam dengan Barat i.e. Kristian. Islam diletakkan di 'kandang orang salah' dan secara tidak langsung teori Huntington ini mahu meniupkan kembali semangat Salibiah yang berusaha untuk menghapuskan Islam dari muka bumi ini lebih 900 tahun yang lalu. Ia seolah-olah mahu menggerakkan kembali dunia barat (Kristian) agar bersiap untuk menghadapi ancaman Islam yang dipelopori oleh kelompok 'Fundamantalis dan Ekstrimis' ini.
Yang nyata teori Hungtinton ini mempunyai kaitan rapat dengan polisi luar kerajaan Amerika syarikat bagi mengekalkan hegemoni politiknya sebagai kuasa utama dunia. Polisi 'The New American Order' dengan agenda 'penjajahan ekonomi' sebagai teras terpenting terutamanya di negara umat Islam akan berterusan."Puppet Leadership" yang diwujudkan di kebanyakan negara umat Islam yang kaya dan berkedudukan strategik jelas membuktikan polisi ini adalah untuk kepentingan ekonomi dan politik Amerika Syarikat serta sekutu terapatnya Israel.
Tidak diragukan lagi bahawa kesan penjajahan mental dan budaya lebih sukar untuk dirawat, berbanding penjajahn meliter. Kesan dari kerja-kerja orientalis dan Kristianisasi memang terlalu banyak. Antaranya ialah menambahkan keadaan jenayah dan salah laku sosial. Akibat dari dasar Liberalisme, pengenyahan Syariat Islam, dasar langit terbuka, faham materialism yang bercambah mengakar dengan teguhnya dalam tiap lapangan hidup, penyakit masyarakat semakin merebak dan menular. Kes bunuh, rogol, curi, rompak dan buang anak kian meningkat. Amalan bohsia, lepak dan berbagai macam bentuk salah laku belum berjaya ditangani oleh kebijaksanaan pentadbiran pihak yang bertanggungjawab. Gejala-gejala tersebut bagaikan sumpah laknat Ilahi kepada golongan yang ingkar terhadap suruhanNya iaitu golongan yang sering patuh menurut telunjuk dan saranan Nasrani dan Yahudi.
Kesan gerakan Orientalis, Zionis, Kristianisasi berlaku dalam berbagai badan dan organisasi, di dalam dan luar negeri. Di peringkat antara bangsa - umpamanya - ada agensi-agensi sosial di bawah pertubuhan tertentu yang menyarankan perubahan menyeluruh termasuk dalam nilai-nilai dan konsep kekeluargaan, akhlak, sosial dan lain-lain kepada kerajaan, badan-badan berkanun dan NGO di negara-negara Islam.
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGHADAPI PERANCANGAN OREANTALIS
Umat Islam bukan perlu sekadar mengetahui ancaman ini tetapi juga perlu menyebarkannya di kalangan umat Islam akan bahaya dan ancaman yang dimainkan oleh golongan orientalis. Langkah kedua adalah perlunya di kalangan Ulama dan cerdik-pandai Islam berbincang dan menyusun strategi bagi menyebarkan penyelewengan orieantalis ini serta berusaha untuk meningkatkan penyebaran Islam terutama di dalam perspektif sejarah Islam dan tamadunnya. Institusi-institusi penyelidikan yang khusus menyelidik gerak-geri dan taktik golongan Orieantalis juga harus diwujudkan segera bagi menghalang penyebaran sebarang maklumat mengenai Islam di kalangan golongan orieantalis.
Langkah ketiga pula ialah, bagi umat Islam membongkar konspirasi golongan oreantalis ini yang berselindung di bawah 'Islamic Research Centre' yang juga memperalatkan golongan cendikiawan Islam samada secara sedar atau sebaliknya. Pusat-pusat penyelidikan ini mempunyai pembiayaan kewangan yang banyak dari sumber-sumber yang memusuhi Islam dan mereka menggunakan cendikiawan Islam sebagai 'Fellow' atau rakan penyelidik mereka untuk megkaji Islam dengan lebih mendalam.
Akhirnya sama-samalah kita merenung Firman Allah Taala ini ;
"Ramai dari kalangan Ahlli Kitab yang mahu menjadikan kamu kufur selepas kamu beriman, kerana perasaan dengki mereka terhadap kamu dan selepas kebenaran itu telah diperjelaskan kepada mereka." ( Baqarah : 109, al Quran)
"Dan golongan Yahudi serta ahli kitab tidak akan merasa senang selama-lamanya dengan kamu selagi kamu tidak mengikut agama mereka. Katakanlah pertunjuk itu dari Allah dan dariNyalah pertunjuk yang benar. dan jika kamu mengikut kehendak mereka ini selepas diberikan pertunjuk dari kamu, ingatlah sesungguhnya Allah tidak akan menjadi penolong kamu serta pelindung." ( Baqarah : 120, al Quran).
Sabda Rasulullah s.a.w. "Perempuan-perempuan yang memakai pakaian tetapi masih seperti telanjang (dedah aurat) sehingga memalingkan pandangan lelaki ajnabi atas mereka, kepala mereka seperti bonggol unta Khurasan dan tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya pun" (Riwayat Muslim)
Sebuah hadis Rasulullah ketika baginda dalam Israk dan Mikraj yang berbunyi "Aku menjenguk ke dalam neraka, maka kulihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita, yang demikian disebabkan oleh kerana kurang taat kepada Allah dan Rasulullah dan suami mereka dan kerana banyak bertabarruj dedah aurat dan berhias-hias".
Firman Allah dalam Surah Al Ahzab ayat 59: "Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan dan isteri-isteri orang mukmin (yang benar-benar beriman), hendaklah mereka menghulurkan jilbab-jilbab mereka keseluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih dikenali, kerana mereka tidak diganggu, dan Allah maha pengampun lagi maha Penyayang"
1. Memperkasakan Solat Jemaah 2. Memanfaatkan Media Elektronik 3. Tautan Ukhuwwah 4. Pembentukan Fikrah dan Syakhsiah 5. Mengetahui dan Mendalami Sejarah Islam 6. Membudayakan Etika Pergaulan Syarie
Organisasi UBS PMRAM 2013
PENASIHAT Ahmad bin Jaafar
Mardhiah binti Nordin
PENGARAH Mohd Fahmi bin Mohd Rashid
TIMBALAN PENGARAH Azwa Hasanah binti Mazelan
SETIAUSAHA Mohammad Ilman bin Yusof Nur Amalina binti Mohamad
BENDAHARI Khairun Nas bin Abu Zarin
Nur Amnah binti Mohd Soleh
UNIT PENGISIAN DAN KAJI SELIDIK Muhammad Faiz bin Mayusoh
Nurul Hafiqah binti Khazamal Hafifi Amos
UNIT RISALAH DAN PENERBITAN Muhammad Ikmal Fikry bin Mah Ali Siti Sarah binti Mahmi
UNIT PROMOSI Shahiran bin Mat Zain
Bicara Biah Solehah
Renungan Bersama
10 Rancangan Kuffar Untuk Umat Islam
1) Lenyapkan sistem pemerintahan Islam. 2) Menghapuskan Al-Qur'an. 3) Hancurkan akhlak Muslim, fikiran , hubungan mereka dengan Allah dan bebaskan mereka mengikut hawa nafsu. 4) Lenyapkan kesatuan kaum Muslimin. 5) Ragukan kaum Muslimin terhadap agamanya. 6) Lemahkan bangsa Arab. 7) Dirikan negara diktator di dunia Islam. 8) Pisahkan kaum Muslimin dari menguasai perindustrian dan biarkan mereka hancur dengan barangan Barat. 9) Singkirkan tokoh-tokoh Islam dan tamatkan Gerakannya. 10) Rosakkan wanita dan kembangkan pergaulan bebas.