PELANCARAN KEMPEN BIAH SOLEHAH DI SYIBEN EL-KOM


B
aru-baru ini, Unit Biah Solehah dijemput ke Syiben El-Kom untuk merasmikan satu program iaitu pelancaran kempen biah solehah bagi muhafazah Monufia, Syiben El-Kom. Program pelancaran tersebut diadakan di markaz dpms di dewan syeikh al-irsyad. Program bermula selepas maghrib dengan ucapan pengerusi dewan perwakilan syiben el-kom iaitu ustaz Muhammad Faizal Abdullah, seterusnya ucapan pengarah Unit Biah Solehah PMRAM “09/10”, Syeikh Mujahid Sikh Nawawi dan merasmikan pelancaran kempen tersebut.
Sambutan yang amat baik dari dpms kepada wakil unit biah solehah dalam memastikan program tersebut berjalan dengan lancar. Dalam ucapan Syeikh Mujahid, beliau mengempen kepada warga syiben el-kom untuk bersama-sama memperbaiki dan mempertingkatkan suasana biah solehah dalam kehidupan, serta mengamalkan budaya islam yang sebenar.
Selain itu, beliau menyatakan tentang kehidupan pelajar-pelajar disini yang lalai dan alpa untuk melaksanakan amalan soleh dalam rutin harian, terkadang menyebabkan berlakunya suasana yang tidak sihat, jauh menyimpang dari kehendak agama islam. Tambahannya lagi, kita selaku pelajar azhari, tidak dapat tidak, mesti mengamalkan budaya islam yang sebenar, kerana kita akan menjadi “role model” dalam masyarakat, apabila kita balik ke Malaysia nanti.
Harapan beliau, agar pihak dpms dapat mengambil jalan yang terbaik untuk mengusahakan kempen biah solehah ini kepada warga Syiben El-Kom, dan memastikan kempen biah solehah ini berterusan dalam mendidik dan mentarbiyah manusia menuju redha Allah Taala.

No comments:

Post a Comment

 
Copyright 2011 @ Biah Solehah PMRAM!
Design by Wordpress Manual | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Blogger