UBS DI PROGRAM GEMPAK MUJAHIDAH

Pada 15 mac 2010, telah berlangsung program Gempak Mujahidah di rumah Terengganu Hayyu Asyir yang bertemakan “Thaqafah Dibina,Cinta Berbunga”.Unit Biah Solehah tidak melepaskan peluang dalam menjayakan program tersebut. UBS telah diwakili oleh Ustazah Maisarah dan Ustazah Hanisah.Ustazah Maisarah menerangkan tentang 5 objektif yang dibawa oleh UBS pada tahun ini.Penerangan setiap objekti dibuat dengan teliti. Ini kerana pada hari ini kita dapat melihat mutu akhlak azhari dan azhariah adalah semakin membimbangkan.Semoga ianya dapat memberi manfaat yang besar kepada para peserta yang hadir dalam memperbaiki mutu akhlak azhari dan azahari pada hari ini. Semoga ianya menjadi tanggungjawab kita bersama bukanlah terpundak di bawah UBS semata-mata. Kesedaran dalam diri adalah sangat penting.Sambutan yang sangat baik diterima dari ahli Terengganu.Pelbagai soalan
dan pendapat diajukan kepada UBS sendiri.Harapan dari UBS sendiri semoga semua mengambil perhatian atas apa yang berlaku hari ini dan beri sokongan sepenuhnya kepada kami bagi melaksanakan tanggungjawb yang diberi.

No comments:

Post a Comment

 
Copyright 2011 @ Biah Solehah PMRAM!
Design by Wordpress Manual | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Blogger