UBS TERUS BERGIAT DALAM MENCAPAI OBJEKTIF DAN MATLAMAT

Baru-baru ini,Unit Biah Solehah telah mengadakan pertemuan dengan beberapa DPM dan rumah negeri bagi memastikan objektif dan matlamat dapat dilaksanakan dengan jayanya. Tugas kami bukanlah satu perkara yang mudah tanpa usaha yang kuat serta diiringi sokongan daripada semua sahabat. Pantauan diteruskan di Mansurah, Iskandariah dan Selangor. Perjumpaan secara tidak formal ini telah dihadiri oleh pengarah, timbalan pengarah dan beberapa ajk lain. Beberapa respon positif yang kami terima. Selain itu,kami juga mengedarkan beberapa risalah dan handbill kepada wakil setiap muhafazah bertujuan untuk memperjelaskan lagi gerak kerja unit biah solehah. Sambutan daripada semua pihak amat memuaskan. Pelbagai cadangan yang kami terima daripada mereka dalam mempertingakat lagi Unit Biah Solehah di masa akan datang.
Sepertimana kita lihat pada hari ini, kita dapat menyaksikan akhlak pelajar-pelajar zaman ini amat membimbangkan, pelbagai masalah yang timbul dari hari ke hari. Jadi,selaku kita pelajar yang mendukung dan memahami method dakwah islam, adakah kita hanya membiarkan masalah ini ditangani oleh sesetengah individu sahaja tanpa kita cuba berusaha untuk mengatasinya? Adakah kita mahu melihat generasi rabbaniah ini terus terleka? Sesungguhnya keadaan ini amat menyedihkan. Jadi apakah tindakan yang telah kita lakukan dalam menangani masalah ini? Sama-samalah kita renungkan bersama.

No comments:

Post a Comment

 
Copyright 2011 @ Biah Solehah PMRAM!
Design by Wordpress Manual | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Blogger