AMALKAN 4 PERKARA SEBELUM TIDUR


Rasulullah s.a.w pernah berpesan kepada Saidatina Aisyah r.a : "Ya Aisyah, jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :
  • Sebelum khatam Al Qur'an
  • Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhirat
  • Sebelum para muslim meredhai kamu
  • Sebelum kau laksanakan haji dan umrah
" Bertanya Saidatina Aisyah r.a :
Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? " Rasulullah s.a.w tersenyum dan bersabda : "Jika engkau hendak tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan engkau mengkhatamkan Al Qur'an. Selepas itu Bacalah selawat untukku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari qiamat. Beristighfarlah untuk para muslimin, mereka akan meredhai kamu, dan perbanyakanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, dan bertakbir, seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah".


Rujukan : Tafsir Haqqi

1 comment:

Unknown said...

pe taraf hadis ni...
spe y meriwayatkn?

Post a Comment

 
Copyright 2011 @ Biah Solehah PMRAM!
Design by Wordpress Manual | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Blogger