Aplikasikan Biah Solehah

Assalamualaikum dan salam ukhuwwah buat semua mahasiswa dan mahasiswi di perlembahan Nil khususnya, dan umat Islam di seluruh dunia umumnya, moga kalian sentiasa dalam rahmat Allah S.W.T.

Pada tahun ini, PMRAM mencipta sejarah kerana berlakunya pilihanraya selepas hampir 18 tahun ia tidak berlaku. Sesungguhnya ia adalah satu anjakan dan momentum yang baik di kalangan mahasiswa dan mahasiswi di perlembahan Nil in khususnya untuk sama-sama merasai arus kebangkitan Idealisme Mahasiswa dan mahasiswi di Malaysia. Maka, perkara yang positif ini perlu sama-sama digembleng dengan sebaiknya agar PMRAM pada masa hadapan akan mempunyai kepimpinan yang betul-betul mampu mencorak agenda perjuangan Mahasiswa itu sendiri.

Pihak Biah Solehah mengucapkan selamat mengundi buat seluruh mahasiswa dan mahasiswi di perlembahan Nil ini tidak kira di mana anda berada pada pilihanraya yang akan berlaku tidak lama lagi.

Apa yang ingin diketengahkan pada coretan kali ini adalah bagaimana kita dapat menjadikan kempen Biah solehah sebagai satu bentuk aplikasi yang berguna kepada mahasiswa dan mahasiswi di Bumi Anbiya' ini.

Perlu diingatkan , Biah solehah tidak cukup hanya dengan kempen dan penerangan yang dilakukan di peringkat PMRAM sahaja, tetapi perlu dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh di peringkat BKAN dan DPM!.

Mutakhir ini, kita melihat banyak gejala sosial yang berlaku hingga memberikan kebimbangan kepada kita selaku golongan yang diamanahkan untuk membawa Diinullah yang mulia ini. Tidakkah kita merasa malu apabila tugas dan amanah yang terpundak di bahu kita hanya disiakan-siakan begitu sahaja..Siapakah lagi yang hendak harapkan sedangkan kitalah orang yang diamanahkan oleh Allah S.W.T!

Sebagai contoh, kempen solat jemaah boleh diaplikasikan dengan mengadakan Qiamullail atau Munajat perdana di tempat masing-masing, atau juga apa jua papan tanda yang boleh mengajak Mahasiswa dan mahasiwi untuk bersolat jemaah. Begitu juga, Risalah dan Apa jua bentuk tulisan boleh disebarluaskan.


Begitu juga, bagaimana kita menunjukkan kesungguhan untuk melaksanakan kempen pencegahan Ikhtilat dan salahguna teknologi, kita mungkin boleh mengeluarkan sticker, buku panduan, papan khas berkaitan isu ini, ataupun menyediakan etika yang sepatutnya diperingkat DPM mahupun BKAN agar Biah Solehah dilihat lebih diaplikasikan di tempat masing-masing.


Pun begitu, Pihak Biah Solehah sendiri melihat usaha untuk mambangun sakhsiah dan menyemai ukhuwwah di kalangan ahli memang dilihat berjalan di DPM dan BKAN masing-masing, cumanya perlaksanaan Biah Solehah itu perlu lebih ditekankan. Tidak salah sekiranya di dalam apa jua program diselingkan dengan tayangan atau apa juga bahan kempen Biah Solehah di DPM dan BKAN masing-masing supaya usaha itu lebih nampak bersungguh-sungguh untuk dijalankan.

Mungkin salah satu cara adalah dengan menyediakan satu ruangan khas untuk Biah Solehah di setiap BKAN dan DPM agar setiap aktiviti dan makluman boleh diselaraskan.

Akhir kata, Pihak Biah Solehah memohon kepada setiap DPM dan BKAN agar sama-sama melaksanakan usaha yang murni dengan penuh dedikasi dan besungguh-sungguh. Moga-moga kita akan mendapat manafaatnya bersama InsyaAllah Ta'ala. Jadikan tahun ini sebagai tahun perubahan.Wallahu'alam...


Salam ukhuwwah dan salam juang!


Yang Benar,
Syeikh Muhd Mujahid Sikh Nawawi,
Pengarah Biah Solehah PMRAM 2009/2010

No comments:

Post a Comment

 
Copyright 2011 @ Biah Solehah PMRAM!
Design by Wordpress Manual | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Blogger