MAKLUMAN!!!

Assalamualaikum Warahmatullah...

Sedikit perkara ingin dmaklumkan di sini, kedapatan berita yang sampai kepada pihak Hisbah dan Biah Solehah PMRAM bahawa ada sebahagian mahasiswa dan mahasiswi yang menganggap bahawa peraturan yang ditetapkan oleh Pegawai Negeri di BKAN masing-masing yang merupakan larangan ataupun tegahan terhadap sesuatu perkara adalah juga merupakan ketetapan yang dibuat oleh pihak Hisbah dan Biah Solehah PMRAM..Contohnya, dilaporkan pada mesyuarat Hisbah PMRAM yang lalu bahawa ada yang menganggap larangan menggunakan komputer di rumah negeri merupakan larangan yang dibuat oleh pihak Hisbah mahupun Biah Solehah juga, sedangkan kedapatan kepimpinan PMRAM yang turut menggunakan komputer atau laptop.

Suka diingatkan di sini, walaupun pihak Hisbah dan Biah Solehah PMRAM ditubuhkan bertujuan untuk melaksanakan amal makruf dan nahi mungkar di perlembahan Nil ini khususnya, tetapi pihak kami tidaklah terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dengan ketetapan yang berupa tegahan atau larangan yang dibuat oleh Pegawai Negeri di sesetengah BKAN. Itu berkemungkinan dibuat berdasarkan Maslahah di tempat masing-masing.

Diharap agar semua pihak jelas dengan perkara ini agar kita tidak menjadi golongan yang memberikan pandangan tanpa menyelidiki terlebih dahulu seterusnya menyebabkan kita terlibat di dalam kancah fitnah dan dosa.

Gunalah saluran yang betul tehadap apa jua permasalahan agar antum mendapat maklumat yang betul dan tepat.

Sekian, Wallahu'alam..

Satu Fikrah, Satu Amal

No comments:

Post a Comment

 
Copyright 2011 @ Biah Solehah PMRAM!
Design by Wordpress Manual | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Blogger