Alhamdulillah,selautan kesyukuran kita rafa’kan kehadrat Allah S.W.T kerana keizinan Nya kita diberi kesempatan untuk menikmati bulan yang penuh keampunan kerahmatan dan tidak tertolak doa dari Allah S.W.T pada tahun ini.
Walaupun pada tahun ini,Ramadhan jatuh pada musim panas, tidak bermakna bahawa lapangan dakwah perlu diteduhkan atau direhatkan sementara.“Sepanas Terik Mentari Seterik Itulah Semangat Dakwah Yang Membara Dihati Para Pejuang Agama Allah”
Pada kali ini,Unit Biah Solehah (UBS) PMRAM mengorak langkah Untuk melebarkan lagi sayap dakwahnya dengan aktiviti yang menarik. Antaranya adalah seperti yang telah di rancang oleh pihak UBS untuk tutun ke muhafazah sepanjang Ramadhan. Sebahagian AJK akhawat yang telah di ketuai oleh timbalan pengarah (UBS) turun ke Muhafazah Tanta untuk menikmati dan mengukir kenangan Ramadhan bersama mahasiswi perubatan sekaligus merealisasikan objektif UBS yang keempat iaitu “tautan ukhuwwa
Perjalanan bermula pada 14ogos2010. Setibanya kami di sana,
kami sama sekali tidak menyangka bahawa kedatangan kami disambut begitu meriah oleh mahasiswi perubatan yang ada.Walaupun pada asalnya kedatangan kami kesana adalah untuk menziarahi, tidak di duga AJK tertinggi mahasiswi perubatan telah merangka satu program yang hampir keseluruhan ahli perubatan memberikan komitmen yang terbaik.Mereka telah merangka satu tentatif yang tersusun dan terancang.

Seusai solat asar berjemaah, kami bertadarus bersama mahasiswi perubatan di rumah yang telah ditetapkan kemudian iftor jamai’e sambil menikmati juadah Maidah Ar-Rahman bersama mahasiswa dan mahasiswi Tanta termasuk pelbagai negara. Seterusnya kami solat tarawikh berjamaah di Markaz Bait Izzah yang merupakan Markaz Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta. Rata-rata mahasiswi perubatan di Tanta mengimarahkan solat tarawikh di Markaz. Ini menunjukkan keprihatinan mereka terhadap solat berjemaah begitu konsisten. Semoga ukhuwwah yang terjalin akan berkekalan hendaknya.
Selesai solat tarawikh berjamaah, Sedikit jamuan di hidangkan. Sambil menjamu juadah yang di hidangkan, pihak kami tidak melepaskan peluang berta’aruf sesama mereka. Aktiviti seterusnya pada sekitar jam 3.00 pagi ialah berqiamulaill dan di susuli bersahur bersama mereka. Sedikit pengisian tazkirah yang kami bawakan selepas solat subuh berjamaah. Tazkirah yang di bawa tidak terlepas dari objektif lima pembawakan UBS serta permasalahan mahasiswa di Mesir. Kelihatan mahasiswi perubatan menghayati dan mengambi ihtimam dengan apa yang di sampaikan kepada mereka. Alhamdulillah slot ini berakhir pada jam 6.00pagi. Sebagai buah tangan, Kami menghadiahkan pamplet, risalah dan book mark kepada mahasiswi perubatan.
Walaupun hanya semalaman bersama mereka, namun setiap detik pasti tidak akan kami lupakan. Harapan kami selaku UBS PMRAM, pembawakan yang kami bawa dapat diaplikasi pada masa akan datang dan bergerak aktif dalam lapangan dakwah dan insyaAllah jika diberi kesempatan dan keizinan UBS PMRAM akan meneruskan lagi ziarah mahabbah ke muhafazah seterusnya berkesempatan bulan Ramadhan Al-Mubarak.
Sehubungan itu,AJK UBS mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat,kerjasama dan segala pengorbanan yang kalian curahkan.Semoga Allah merahmati kalian.

No comments:
Post a Comment