Laporan Roadshow Gempur Syakhsiah di Dumyat


DUMYAT, 24 Oktober 2010- Jaulah ‘Roadshow Gempur Syakhsiah’ telah meneruskan lagi perjalanannya ke muhafazah Dumyat. Perjalanan ini mengambil masa hampir 4 jam untuk sampai ke sana.Jaulah ini disertai oleh gabungan tiga unit besar yang telah bernaung di bawah Lajnah Unit Dakwah dan Pembangunan Insan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

Program yang bertemakan "Membina langkah, Mungkar dicegah" berjalan lancar. Meskipun kehadiran tidak mencapai sasaran namun ia tidak melemahkan semangat pelaksana untuk membentangkan pengisian. Program ini merupakan salah satu inisiatif yang berpaksikan daripada usul Muktamar PMRAM tahun ini iaitu "KEMANTAPAN FIKRAH, MEMBINA SYAKHSIAH".

Program ini bermula jam 8.30 malam yang mana dipengerusikan  oleh saudara Abu Dzar sebagai pengerusi umum dengan menjemput ex-officer  saudara Al-hasyir Bin Mohd Rabeh dan pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa Dumyat saudara Zulkifli untuk menyampaikan kata-kata alauan.Majlis kemudian di ambil alih oleh saudara Bukhari selaku wakil pusat bagi mengendalikan program ini.Forum yang bercirikan liqa' ini dimanfaatkan sepenuhnya bagi megembalikan identiti syakhsiah Islamiyyah yang tulen kepada mahasiswa-mahasiswa Mesir di Dumyat ini Antara wakil pengisi bagi siri jelajah ke Dumyat  kali ini ialah Ustaz Majdi bin Zakaria (Unit Hisbah), Ustaz Al-Hashir bin Mohamad Rabeh (Unit Biah Solehah), dan Ustaz Yusri bin Mohd (Unit Bait Muslim).

Penerangan forum tema yang bertajuk ‘Membina Langkah, Mungkar di Cegah’ di huraikan secara terperinci oleh Ustaz Yusri selaku wakil Unit Bait Muslim pusat.Penekanan yang di berikan ialah menyusun strategi untuk berdakwah disamping berusaha untuk mencegah kemungkaran dan sebagainya. Manakala penerangan mengenai masalah sosial yang berlaku di Mesir dan cara penyelesaiaannya disampaikan oleh Ustaz Al-Hasyir  bin Mohd Rabeh.Forum diteruskan lagi dengan penerangan mengenai isu-isu yang berlaku di sekitar Mesir yang disampaikan oleh Ustaz Majdi bin Zakaria. Forum ini menjadi meriah apabila diserikan dengan gurauan pengerusi yang begitu mencuit hati pendengar. Perjalanan program yang mengambil masa kira-kira satu jam setengah ini menjadi suntikan semangat para ahli agar mempertingkatkan akhlak islamiyyah yang telah dibawa oleh junjungan besar Nabi kita Muhammad S.A.W. sebagai
ikutan dan contoh


Oleh yang demikian, tanggungjawab mengajak kepada  ma'ruf dan mencegah kemungkaran ini bukan sahaja dipikul pleh bahu pimpinan, mahupun exco semata-mata, Bahkan setiap mahasiswa yang bergelar seorang muslim wajib menggalasnya agar biah solehah di Dumyat terjamin.

Program ini di akhiri dengan tayangan video dan tamat pada jam 10.45 malam. Harapan kami agar program yang telah dirancang ini sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah S.W.T.

No comments:

Post a Comment

 
Copyright 2011 @ Biah Solehah PMRAM!
Design by Wordpress Manual | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Blogger