Terdapat beberapa faktor yang membantu setiap pendakwah di dalam urusan kerjanya selaku penyelamat ummat. Antaranya adalah mengambil sikap bermudah dan tidak memayahkan setiap mad’u atau dalam maksud lain adalah optimis terhadap mereka.
Sabda Rasulullah SAW bersabda:
“Bermudahlah jangan memayahkan serta gembirakanlah, jangan pula bertindak sehingga menyebabkan mereka menjauhi kamu”
Dakwah adalah mengajak mad’u kearah kebaikan serta menjauhi perkara-perkara yang tidak mendatangkan manfaat. Dakwah yang dilaksanakan perlu dengan sikap membuka ruang yang mudah kepada setiap mad’u untuk menghampiri dan menerima dakwah yang penuh dengan berlapang dada.
Antara perkara-perkara yang daie semestinya bersikap tegas ialah:
1. Apabila berhadapan dengan persoalan dasar dan juga prosedur sesuatu urusan (sikap tegas perlu diutamakan)
2. Memayahkan urusan apabila berhadapan dengan golongan yang memang tidak boleh diajak berunding, supaya mereka merasakan bahawa tidak ada ruang untuk bermuwajahah dengan daie dan gerakannya.
3. Ketika berhadapan dengan musuh Islam yang mempunyai kekuatan dan berhasrat untuk menghancurkan golongan Islam.
Adalah lebih diutamakan kepada setiap daie supaya mengambil sikap bermudah di dalam urusan kerja dakwahnya.
Bukanlah bermakna setiap kerja dakwah itu mesti dimudahkan, tetapi adakalanya urusan dakwah tersebut terpaksa dikawal dengan rapi sehingga boleh memayahkan pihak-pihak yang diluar ruang lingkup dakwah untuk memasukinya atas sebab tertentu.
Kadangkala sikap tegas juga perlu bagi para pendakwah tetapi tidaklah dalam semua keadaan kerana ia kadang-kadang boleh memayahkan sebahagian mad’u untuk menerima dakwah yang dibawa.
Begitu juga dengan sikap serius adakalanya sesuai dan adakalanya perlu bergurau senda di dalam beberapa keadaan.
Sikap gemar memayahkan sesuatu urusan akan menyebabkan mad’u tidak akan menghampiri dakwah bahkan kadang-kadang mereka yang sudahpun berada di dalam tangan daie juga akan turut terlepas.
Oleh sebab itu, setiap daie mestilah berhati-hati di dalam setiap tindakannya kerana Islam mengajar supaya melakukan setiap amalan dengan permulaan dan kesudahan yang baik serta sempurna.
Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik dalam berdakwah, adakalnya baginda bersikap tegas dan adakalnya beliau bersikap lembut. Inilah contoh yang terbaik buat seluruh para pendakwah.
Maka, begitulah gambaran seharusnya wujud kepada setiap para daie yang ingin melihat kerja dakwahnya berhasil dengan kuantiti yang banyak serta kualiti yang tinggi nilainya.
Penulis,
Rijal 1453
Kaherah, Mesir
Disediakan oleh,
LAJNAH DAKWAH DAN PEMBANGUNAN INSAN PMRAM 2011
No comments:
Post a Comment