Perjuangan Recep Tayyip Erdogan


Dilahirkan pada 26 februari 1954,Perdana Menteri Turki dari 14 Mac 2003,Beliau adalah pengerusi Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) telah memenangi pilihan raya umum Turki 2007 dan 2011.Beliau sebelum itu merupakan Datuk Bandar Istanbul 1994 hingga 1998 dan pemain bola sepak professional pada usia 16 tahun.

1988- Erdogan dilihat sebagai seorang menteri yang pro Islam.

1997 Parti Kebajikan menjadi sebuah parti yang kuat dan dituduh tidak mengikut Perlembagaan Turki.

1998 Erdogan dan pemimpin Parti Kebajikan lain melancarkan kempen di seluruh negara. Puak sekular yang mendokong Reformasi Ataturk melihat Parti Kebajikan telah belot terhadap Perlembagaan Turki yang menjadi peraturan paling tinggi.Beliau dituduh menanamkan kebencian dalam beragama.berikutan mengubahsuai sajak nukilan Ziya Gokalp 1913. Oleh itu Beliau telah dipenjarakan selama 10 bulan .

-Kesungguhan sebahagian ahli politik dan tentera Turki untuk melindungi identiti sekular Turki seringkali menjadi sumber konflik. Beliau berkali-kali bersuara untuk lebih kepada keislaman dan menentang larangan-larangan yang dibuat oleh Kamal Ataturk seperti larangan memakai tudung ketika di pejabat kerajaan dan sekolah.

-Beliau juga,meminta pemerintah Zionis Israel membebaskan blokade dari Jalur Gaza yang sudah dikuasai selama lebih dari empat tahun, jika ingin hubungan antara Turki dan Israel kembali seperti sedia kala.

-Beliau juga menegaskan supaya pemerintah Zionis Israel meminta maaf dan membayar ganti rugi atas serangan yang terjadi pada kapal “Mavi Marmara”Turki.Serangan itu mengakibatkan 9 relawan Turki gugur dan puluhan relawan lainnya terluka.pada akhir mei 2010 lalu.

-Kecewa dengan sikap Israel yang enggan memohon maaf ekoran kematian sembilan warganya dalam tragedi Mavi Marmara, kerajaan Turki mengambil sikap menggantung hubungan pertahanan dengan Israel selepas mengusir duta Israel pada 2/9/2011.

-Selain itu Erdogan juga melancarkan serangan sengit kepada Menteri Luar Negeri Israel Avigdor Lieberman dan menyebutnya sebagai “tercela lagi jahat”. Beliau berkata, “Lieberman melakukan semua tindakan tercela lagi menjijikkan.” beliau juga berkata Pemerintah Netanyahu saat ini adalah yang paling buruk bagi Turki.

-Beliau juga menegaskan bahawa Turki mendukung gerakan Hamas, kerana merupakan gerakan yang membela dan mempertahankan tanah airnya.

-28/1/2008 Beliau mahu larangan memakai tudung di Turki dihapuskan melalui arahan Parlimen Turki. Larangan memakai tudung diasaskan oleh Presiden Mustafa Kamal Atatuk dan disokong oleh badan kehakiman,pegawai tentera dan ahli akademik yang berfahaman secular. AKP pimpinan Beliau melihat isu peraturan larangan memakai tudung ini melanggar kebebasan dan hak untuk pendidikan.

-Ketika Beliau dan isterinya keluar dari gedung istana Sevilla Sepanyol,Beliau telah dilempar dengan kasut oleh seorang Kurdi wargenegara Suriah yang keadaanya mabuk berat.selepas Beliau menerima penghargaan Nudo de Sevilla.Beliau bernasib baik kerana lemparan itu tersasar.

-31/1/2009 Beliau telah menghadiri Forum Ekonomi Dunia (WEF 2009) berhubung konflik di Gaza di Davos,Switzerland.Ahli panel termasuk Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon,Setiausaha Liga Arab,Amr Moussa,beliau dan Presiden Israel, Shimon Peres. Pengerusi majlis ialah David Ignatius, penulis Washington Post. Erdogan hanya diberi 12 minit untuk berucap sementara Peres diberi 25 minit.

Ucapan Perez mendapat tepukan gemuruh dari hadirin yang hadir. Antara ucapan Perez ialah “Mengapa mereka lancar roket? Gaza tidak dikepung. Mengapa mereka lawan kami, apa yang mereka mahu? Kebuluran tidak berlaku walau sehari di Gaza.”

Kesal dengan tepukan gemuruh para hadirin dan masa singkat itu menyebabkan Erdogan menempelak ; “Kamu bunuh mereka.Saya kesal bagi mereka yang bertepuk tangan mendengar kamu bercakap. Kamu bunuh penduduk Gaza. Saya rasa itu adalah salah.Peres, kamu lebih tua daripada saya. Suara kamu terlalu tinggi. Kamu bunuh mereka. Saya masih ingat kanak-kanak yang mati di tepi pantai. Saya masih ingat dua bekas Perdana Menteri Israel berkata mereka gembira masuk Palestin dengan kereta kebal. Dalam soal membunuh, kamu terlalu bagus.” 

Erdogan meninggalkan majlis itu.Kepulangan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk Istanbul disambut oleh rakyat Turki sebagai wira .Tindakan Erdogan itu menyamai tindakan Nikita Khrushchev yang membaling kasut di PBB pada 1960.

No comments:

Post a Comment

 
Copyright 2011 @ Biah Solehah PMRAM!
Design by Wordpress Manual | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Blogger