Jika kami diserang ,kami membuat parit,
Alangkah baik jika kita juga membuat
Parit sehingga dapat menghalangi dari
Melakukan serangan.....
Strategi peperangan khandak yang diutarakan oleh Salman Al-Farisi diterima baik oleh baginda Nabi SAW. Peristiwa yang menyaksikan jerih payah baginda dan umat islam dalam memerangi musuh laknatullah. Ditambah dengan kelaparan dan kedinginan yang menuntut kesabaran yang tinggi.
Sementelahan kerendahan hati baginda turun sama menggali parit membakar semangat para sahabat untuk terus berjuang meskipun dengan perut diikat dengan batu kerana kelaparan yang teramat.
Ternyata strategi yang digunakan tidak terjangkau dek akal pihak musuh sehingga mereka langsung tidak dapat menembusi pertahanan yang telah dibuat. Hanya segelintir yang mencuba dan berjaya melepasi pertahanan melalui parit yang sempit antaranya Amr bin ‘Abdi Wadd dan Ikrimah, namun berjaya ditewaskan oleh Saidina Ali.
Natijahnya, mereka mengepung Kota Madinah selama sebulan lamanya. Peperangan yang memakan masa yang panjang menyaksikan kekuatan iman dan keteguhan hati kaum muslimin untuk tetap duduk bersama Rasulullah SAW disaat sukar dan di ketika baginda sangat membutuhkan mereka, sedangkan hakikatnya Nabi SAW boleh sahaja memohonkan kemenangan dengan segera di pihak islam, firman Allah dalam kitabnya menyatakan bahawa; “Apakah kamu mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan ,”Kami telah beriman,”dan mereka tidak diuji?”.
Maka, yang demikian menunjukkan bahawa ujian yang dianugerahkan bukan bermaksud menyeksa bahkan ianya tidak lain sebagai bukti kecintaan dan keimanan kita yang dalam kepadaNYA hanya sahaja jika kita menjalaninya dengan penuh rasa takut dan meletakkan sepenuh harapan hanya padaNYA.

Kelaparan yang ditanggung kaum muslimin apatah lagi Rasulullah SAW yang mengikat dua biji batu diperutnya mengundang rasa sayu di hati sahabat antaranya Jabir yang menyediakan sedikit makanan buat Nabi SAW dan hanya beberapa orang sahabat sahaja memandangkan hidangan yang tidak mencukupi untuk menanggung jumlah kaum muslimin yang ramai.
Namun ternyata Rasulullah SAW tidak sesekali membiarkan umatnya sedang baginda kekenyangan lantas seluruh kaum muslimin diajak ke rumah Jabir bagi mengisi perut yang kelaparan. Rahmat Allah sangat luas, keberkatan yang dilimpahkan menyebabkan anak kambing yang kecil dan sedikit gandum mencukupi untuk bilangan kaum muslimin yang ramai pada waktu itu.
Justeru kebersamaan Nabi SAW dalam setiap gerak kerja, bermandi peluh dan berlumuran tanah bukan sahaja membuktikan kecintaan Nabi SAW kepada umatnya bahkan tidak lain kerana rasa tanggungjawab baginda terhadap risalah dan seruan yang dibawanya.
Natijahnya, kaum muslimin sanggup berkorban apa sahaja bagi melengkapkan tuntutan dakwah meskipun nyawa yang menjadi korban. Malangnya, kini semangat perjuangan dan cintakan Nabi SAW tidak terbias pada perilaku dan akhlak remaja pada zaman yang serba canggih kini.
Bahkan, semangat yang ada tidak memungkinkan empayar Islam mampu wujud sebagaimana dahulu. Tambahan pula, perpecahan dan perbezaan fikrah yang terjadi kini semakin memburukkan keadaan sebagaimana yang dikatakan oleh Saidina Ali, “Kebatilan yang tersusun mampu mengalahkan kebenaran yang tidak tersususun.” Jadi mana mungkin kita mampu menyahut seruan Nabi SAW hanya dengan semangat yang kian pudar dan jauhnya kita kini dengan Allah.

Tekanan yang dihadapi sepanjang peperangan benar-benar menguji keteguhan iman mereka, berbagai andaian yang bermain difikiran akan nusrah Allah yang tidak kunjung tiba. Sebahagiannya mula meragui akan kekuasaan Allah dan merasa lemah sepertimana kaum Bani Harithah yang meminta izin dari Nabi untuk pulang ke kota, manakala kaum Bani Salim pula merasa semakin lemah ekoran peperangan yang tiada tanda-tanda mahu berhenti.
Firman Allah dalam kitabnya ”Yaitu ketika mereka datang kepadamu dari atas dan dari bawahmu,dan ketika penglihatanmu terpana dan hatimu menyesak smpai ke tenggorokan oleh kerana rasa gentar dan takut pada waktu itu,dan kamu berprasangka yang bukan-bukan terhadap Allah.Disitulah diuji ,orang-orang mukmin dan digoncangkan hatinya dengan goncangan yang dahsyat .Dan ingatlah ketika orang –orang munafiq dan orang-orang yang hatinya berpenyakit berkata,’Yang dijanjikan Allah dan Rasul-NYA kepada kami hanya tipu daya belaka .”Dan ingatlah ketika segolongan di antara mereka berkata ,”Wahai penduduk Yasrib (Madinah)!Tidak ada tempat bagimu ,maka kembalilah kamu ,”Dan sebahagian dari mereka memeinta izin kepada nabi SAW (untuk kembali pulang)dengan berkata ,”Sesungguhnya rumah-rumah kami terbuka (tidak ada penjaga).”Padahal rumah-rumah itu tidak terbuka ,mereka hanyalah hendak lari.”

Kaum munafiqun mengambil kesempatan di tengah jerih payah kaum muslimin dengan melambat-lambatkan pekerjaan dan pulang ke rumah tanpa meminta izin dari Nabi SAW.
Maka yang demikian menunjukkan keimanan kepada Allah dan Rasulullah tidak pernah wujud di dalam hati mereka, apatah lagi tiada belas kasihan di hati mereka melihatkan Nabi SAW yang berpenat lelah mempertahankan bukan sahaja Kota Madinah bahkan syiar Islam agar terus tertegak. Firman Allah: “Yang disebut orang mukmin hanyalah orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-NYA Muhammad, dan apabila mereka berada bersama-sama dengan dia (Muhammad) dalam suatu bersama ,mereka tidak meninggalkan (Rasulullah) sebelum meminta izin kepadanya .Sungguh orang-orang yang meminta izin kepadamu Muhammad mereka itulah orang-orang yang (benar-benar) beriman kepada Allah dan Rasul-NYA.”

Maka adakah kita tergolong dari mereka yang tidak beriman dengan Allah dan Rasul dengan sebenar-benarnya ? Mengaku Islam tetapi hati masih diselaputi kekufuran dan keraguan dengan kekuasaan Allah pada tiap perkara. Ketahuilah wahai sahabat sekalian, keyakinan kaum terdahulu terhadap pertolongan Allah membawa kemenangan Islam keseluruh pelosok dunia. Namun kini, ternyata perkara pokok terhadap hidup seolah-olah diambil enteng sedangkan mana mungkin buah yang ranum dapat dihasilkan sedangkan akarnya tidak cukup kuat mencengkam bumi.
Hakikatnya keimanan kepada Allah, Rasul, kitab, malaikat, Hari Kiamat serta Qada’ dan Qadar diibaratkan seperti akar yang kuat mencengkam tanah, begitu juga peranan iman dalam menentukan hala tuju dan cemerlangnya hidup kita sebagai umat Islam khususnya.
Justeru, dalam melayari kehidupan yang penuh ranjau dan berliku, dan disaat ramainya umat manusia yang semakin tenggelam dalam kealpaan dan kelalaian semata, ketauhidan yang teguh di hati merupakan paksi dalam menentukan segala gerak geri agar tidak tersasar dari jalannya.
Hal ini dapat dilihat ketika mana kaum muslimin tidak putus dalam mengharap rahmat Allah sentiasa memayungi mereka, akhirnya di suatu malam ribut melanda dan menerbangkan khemah kaum musyrikin hingga mereka mengalah dan pulang ke Kota Mekah pada keesokan harinya.
Keajaiban Allah berlaku apabila ribut yang melanda hanya tertimpa ke atas kaum musyrikin sahaja sedangkan kaum muslimin yang berdekatan terselamat dari badai tersebut. Sungguh, keajaiban Allah hanya akan berlaku bagi sesiapa yang menyakini bahawa Allah akan sentiasa membantu mereka yang dekat dengan-NYA.
Wahai sahabat sahabiah sekalian, iktibar dari peristiwa ini kita dapat lihat nusrah Allah tidak akan datang bergolek melainkan disertai usaha dan tawakal yang tinggi terhadap Allah. Dekatnya kita dengan sang pencipta menentukan wasilah kita dalam menghadapi segala ujian yang menimpa.

No comments:
Post a Comment