Khalid al-walid dilahirkan 17 tahun sebelum pembangunan Islam. Berasal dari suku Banu Makhzum (suku Quraisy). Ayahnya bernama Walid dan ibunya Lababah. Khalid termasuk di antara keluarga Nabi yang sangat dekat. Maimunah, ibu saudara dari Khalid, adalah isteri Nabi s.a.w. dan Umar adalah saudara sepupunya. Khalid al-Walid dikenali sebagai Saifullah al-Maslul yang bermaksud Pedang Allah yang terhunus.
Ayah Khalid seorang yang kaya dan mempunyai kebun buah-buahan yang membentang dari kota Mekah sampai ke Taif. Kekayaan ayahnya ini membuat Khalid bebas dari kewajiban-kewajibannya dan tidak perlu belajar berdagang. Beliau hanya melakukan kegemarannya iaitu berlawan, tinju dan berkelahi. Ketika itu Kepahlawanan adalah satu perkara terhormat di mata rakyat. Ayah Khalid dan beberapa orang bapa saudaranya adalah orang-orang yang terpandang di mata rakyat. Hal ini memberikan dorongan kepada Khalid untuk mendapatkan kedudukan terhormat, seperti ayah dan bapa saudaranya. Beliau juga mempelajari keahlian menunggang kuda, bermain pedang,memanah dan memimpin angkatan perang.
Pandangan yang di tunjukkannya mengenai taktik peperangan menakjubkan setiap orang dan beliau juga akan menjadi ahli dalam seni ketenteraan dan ketua peperangan. Semasa kanak-kanak beliau berharap untuk menjadi ahli perang yang luar biasa dan menjadi pahlawan Quraisy.Khalid menjadi pemimpin sewaktu orang-orang Quraisy sedang memusuhi Islam dan nabi Muhammad s.a.w.
Khalid bin Walid pernah memimpin sayap kanan tentara Quraisy yang angkatan tenteranya empat kali jauh lebih ramai dari pasukan Islam didalam Peperangan Uhud. Ketika kekalahan menyelubungi tentera Quraisy beliau tidak mengalah dan sarafnya tetap membaja untuk mendapatkan kemenangan. Dia mengumpulkan kembali anak buahnya dan mencari kesempatan yang baik dan menyerbu pemanah-pemanah Islam yang masih tinggal dan membunuh mereka. Dengan kecepatan yang tiada taranya Khalid masuk dari garis belakang dan menggempur orang Islam di pusat pertahanannya. Orang-orang Quraisy yang telah lari berkumpul kembali dan mengikuti jejak Khalid menyerbu dari belakang. Dan kemenangan akhirnya berpihak kepada kaum Quraisy.
Ketika Perjanjian Hudaibiyah, Khalid memeluk Islam dan memohon maaf kepada Nabi Muhammad s.a.w atas tindakan beliau sebelum ini. Rasulullah sangat bahagia, kerana Khalid mempunyai kemampuan berperang yang dapat di gunakan untuk membela Islam dan meninggikan kalimatullah dengan perjuangan jihad. Beliau diangkat menjadi ketua perang dan menunjukkan hasil gemilang di atas usaha jihadnya. Dengan izin Allah,setiap kali beliau menjadi panglima perang maka kemenangan akan memihak kepada mereka.
Ketika zaman nabi Muhammad s.a.w, beliau menyertai tentera Islam dalam Perang Mu'tah dan juga perang-perang lain. Perang Uhud dan Perang Mu’tah adalah dua keadaan yang berbeza sebagaimana berbezanya peribadi Khalid bin Al-Walid. Dalam perang Uhud, beliau adalah panglima Quraisy yang berjaya mengalahkan mujahid-mujahid Islam tetapi perang Muktah menampakkan penampilan Khalid Al-Walid yang baru.Beliau adalah hero penyelamat di saat ambang kekalahan tentera Islam.
Ketika Saidina Abu Bakar As-Sidiq menjadi khalifah,maka bermulalah murtad dan nabi palsu kepada orang Islam.Maka Saidina Abu Bakar melancarkan perang terhadap golongan yang digelar golongan Riddah. Hal ini merupakan permulaan siri Peperangan Islam-Riddah. Antara orang yang mengaku menjadi nabi ialah Musailamah al-Kazzab. Khalid Al-Walid berjaya menumpaskan Musailamah dalam suatu pertempuran. Selepas berjaya mengurangkan golongan riddah, Saidina Abu Bakar mula menghantar panglima-panglima perang Islam ke utara untuk memerangi Byzantine (Rom Timur) dan Empayar Parsi kerana kedegilan mereka untuk menerima dakwah yang dibawa. Dia berjaya mengislamkan pahlawan Rom "Gergorius Theodorus" ketika peperangan di Yarmuk. Tidak lama selepas di Islamkan Gergorious mati syahid ketika membantu Islam dalam peperangan yang sama. Khalid Al-Walid juga berjaya menawan Iraq dalam hanya satu kempen ketenteraan. Beliau juga menempuh kejayaan dalam beberapa ekspedisi ke Syria. "Saifullah"gelaran yang di berikan kepada beliau. Khalifah Abu Bakar pernah berkata "Tiada lagi wanita yang dapat melahirkan anak seperti Khalid Al Walid".
Pada zaman Saidina Umar al-Khattab, beliau telah dilucutkan dari jawatan panglima perang kerana risau orang-orang Islam akan menjadi syirik kerana mereka akan mengatakan kemenangan tentera Islam adalah kerana pimpinan Khalid al-Walid, bukan kerana bantuan Allah."dan akhirnya digantikan oleh Abu ubaidah. Beliau terus berjuang sebagai mujahid tanpa mempedulikan statusnya.
Betapa hebatnya Khalid bin Walid di dalam medan pertempuran, dengan berbagai luka di badannya, namun ternyata kematianya di atas katilnya sendiri inilah bukti "Saifullah". Oleh itu, mustahil dengan gelaran yang Rasulullah berikan beliau akan rebah di medan pertempuran oleh pihak lawan. Beliau hanya meninggalkan kuda perang dan pedang.
No comments:
Post a Comment