Umat islam yang beriman akan membenarkan apa
yang dibawa datang oleh Junjungan Rasulullah SAW. Dengan ertikata lain
melaksanakan segala yang difardhukan dan memperbanyakkan amalan sunnah.Firman
Allah Taala:
((وما خلقت الجن والإنس
الا ليعبدون))
Maksudnya: Dan tidak
aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk mengerjakan ibadah.
Sebagai tanda syukur kehadrat Ilahi, umat
islam difardhukan dengan ibadah khusus (solat)
sebagai bukti kesyukuran dan kehambaan kepada Allah Taala. Hadaf atau tujuan
utama penciptaan manusia adalah untuk beribadah kepada Allah SWT selain untuk
menegakkan kalimah Allah di atas permukaan bumi. Amalan atau ibadah yang
didirikan dapat menjadi bekalan untuk kehidupan yang sebenar-benarnya iaitu di
akhirat kelak. Firman Allah Taala:
((وتزودوا
فإن خير الزاد التقوى))
Maksudnya: Berbekallah
kamu ! Sesungguhnya sebaik-baik bekalan adalah takwa.
Solat yang menjadi ibadat khusus bagi sekalian
umat islam yang berbentuk tuntutan (iktidha’) sebagai medium utama bagi menjana
ketakwaan yang diimpikan. Berkiblatkan satu arah menghadap Baitullah yang suci
yang merupakan kiblat kedua umat islam menunjukkan kesatuan umat islam, Islam
sesekali tidak menginginkan umatnya
berada dalam keadaan berpecah belah, oleh itu solat berjemaah adalah satu cara
untuk menyatu-padukan umat islam supaya sentiasa berada dalam keadaan berjemaah.
Jika ditelitikan,kedudukan semasa solat berjamaah yang menepati waqie
berorganisasi dapat dilihat dengan penyusunan seorang imam dan makmum-makmum. Imam
solat jamaah tidak boleh berbilang-bilang serta perlu diikuti dan tidak boleh
mendahuluinya sepanjang solat didirikan selagi mana solat Imam tidak perlu di mufaraqah
disebabkan berlaku hadas dan sebagainya. Keadaan ini mengajar kita cara taat
dan patuh kepada pimpinan selagi mana pembawakannya berlandaskan Syariat Islam.
.حي على الصلاة, حي
على الفلاح
Marilah beribadah,
marilah menuju kejayaan.
Kalimah atau lafaz ini seringkali dilaungkan oleh
muazzin,terlalu pendek dan ringkas tapi merangkumi maksud yang begitu mendalam.
Malangnya, manusia selalu lalai dengan urusan dunia masing-masing bahkan
mengabaikan seruan untuk menghadap Ilahi tersebut. Muslim sejati dan bertaqwa
sepatutnya mengambil iktibar dan intipati daripada lafaz nida’ (azan) tersebut
bahawa dengan menunaikan solat berjemaah akan mendapat jaminan kejayaan dari
yang Esa. Lafaz(alfalah) boleh diklasifikasikan sebagai kejayaan dunia dan
kemenangan di akhirat dengan syarat menunaikan
kewajipan dengan sempurna (ikhlas) dan tidak meremeh-remehkan atau
memudah-mudahkannya.
Sunnah Rasulullah S.A.W yang sering didirikan
oleh baginda adalah solat berjemaah walaupun baginda dalam keuzuran dengan dibantu
para sahabat. Umat Rasulullah SAW dijanjikan ganjaran yang lumayan dan berlipat
kali ganda atas amalan yang dikerjakan walaupun amalan tersebut sekadar sebesar
zarah. Bercakap mengenai ganjaran pahala solat jamaah disisi Allah Taala, sebagaimana
sedia maklum, solat berjamaah pahalanya 27 darjat berbanding solat bersendirian
dengan 1 darjat. Ini membuktikan bahawa kelebihan yang dikurniakan kepada umat
Islam.
Sabda Rasulullah S.A.W:
“Bahawasanya
seorang muslim apabila berwudhu’ dengan baik, kemudian pergi ke masjid, tidak
ada tujuan lain kecuali solat, tidak melangkah kecuali diangkat baginya satu
darjat, dan dihapuskan satu kesalahan, jika ia solat, malaikat sentiasa
berselawat padanya selama berada di tempat solatnya, selama wudhu’nya tidak
batal: ”Ya Allah, ampunilah ia, Ya Allah, kasihanilah ia, dan ia sentiasa dalam
solat selama ia menuggu solat”. (Muttafaqun alaih)
Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tidaklah tiga orang
di dalam satu kampung atau kawasan pedalaman, dan mereka tidak pula mendirikan
solat melainkan syaitan akan menguasainya. Berjemaahlah kalian. Ini kerana
serigala hanya memakan kambing yang sendirian." (Sunan Abu Daud: 460,
Sunan an-Nasaie: 738 dan Musnad Ahmad: 26242. Dan perlulah diingati solat itu
adalah talian hayat manusia dengan Allah SWT dan solat jemaah adalah
penyinambungannya. Sabda Rasulullah SAW:
"الصلاة
عماد الدين ومن أقامها فقد أقام الدين ومن تركها فقد هدم الدين"
Apa yang boleh disimpulkan disini, mahasiswa islam perlu
cakna mengenai solat berjemaah dan tidak menganggapnya sebagai satu perkara
yang remeh-temeh dek kerana tidak mengetahui pro dan contranya. Mahasiswa islam
khususnya menjadi harapan masyarakat sekeliling dan menjadi harapan kepada Islam
itu sendiri sebagai agen perubah kepada masyarakat untuk memahami tuntutan
Agama. Masyarakat Malaysia khususnya menilik tepat kepada golongan ini selaku role
model atau qudwah daripada segenap sudut.Ini kerana, mafhum daripada
sebuah hadis yang masyhur: golongan ulama’ atau penuntut ilmu itu adalah
pewaris para Nabi. Firman Allah SWT:
((إنما يخشى
الله من عباده العلماء))
Sesungguhnya orang yang paling
takut kepada Allah Taala adalah golongan ulama’
2 comments:
AmaeplacAmide_1982 Kelly Smith https://wakelet.com/@mancountmasketp276
ourbarsaebelg
abexKplagna Jonathan Mahfood Screaming Frog SEO Spider 17.1
Adobe Photoshop Lightroom Classic CC 2022 v11.4.1.1
Apeaksoft Video Converter Ultimate
conchandkana
Post a Comment