Kedatangan bulan
Zulkaedah mengingatkan kita semua kepada beberapa peristiwa besar dan
bersejarah yang telah berlangsung pada bulan ini antaranya Perjanjian Hudaibiah
pada tahun 6 Hijrah antara kaum muslimin pimpinan Rasulullah s.a.w dengan kaum
Quraisy dan juga Peperangan Bani Quraizah yang berlaku sebaik sahaja selesai
Peperangan Ahzab tahun 5 Hijrah di mana peristiwa ini banyak meninggalkan
pengajaran kepada umat Islam. Bermulanya gerakan untuk memerangi yahudi Bani
Quraizah berlaku apabila Rasulullah s.a.w yang sedang membersihkan dirinya
selepas pulang dari Peperangan Ahzab di mana tiba-tiba datangnya malaikat
Jibril dan berkata : “ Adakah kamu telah meletakkan senjata?
Sedangkan para malaikat belum meletakkan senjata mereka. Oleh itu bangkitlah
dengan mereka yang bersamamu untuk menyerang Bani Quraizah. Aku akan pergi
dahulu untuk mencampakkan rasa takut ke dalam hati musuh”. Selesai
sahaja memberitahu Rasulullah s.a.w lalu Jibril mengetuai rombongan malaikat
menuju ke perkampungan Bani Quraizah.
Selepas itu Rasulullah S.A.W pula bersama dengan 3 ribu orang tentera menuju ke tempat tersebut di mana yahudi Bani Quraizah tidak menentang lalu tentera Islam mengepung musuh itu selama 25 malam. Walau pun yahudi Bani Quraizah boleh bertahan beberapa lama lagi di dalam kota mereka disebabkan bekalan makanan dan air yang banyak disamping di kelilingi oleh kota yang kukuh sedangkan tentera Islam masih keletihan kerana baru pulang daripada Peperangan Ahzab ditambah pula dengan musim sejuk dan kekurangan makanan. Namun tentera Islam mempunyai semangat jihad yang tinggi sedangkan yahudi berada dalam ketakutan dan lemah semangat. Ketakutan yahudi bertambah kuat apabila Sayyidina Ali dan Zubair bin al-Awwam mula mara di mana Sayyidina Ali bertempik menyatakan : “ Wahai tentera Iman! Aku merasa seperti yang telah dirasai oleh Sayyidina Hamzah iaitu gugur syahid atau aku berjaya membuka kota yahudi ini”.
Akhirnya yahudi Bani Quraizah membuat keputusan untuk menyerah diri. Setelah berlaku sedikit rundingan lalu Rasulullah s.a.w menyerahkan hukuman terhadap yahudi pengkhianat ini kepada Sa’ad bin Mu’adz untuk menghakiminya. Sa’ad yang masih uzur akibat luka parah yang dialaminya semasa Peperangan Ahzab telah menjatuhkan hukuman agar kaum lelaki yahudi Bani Quraizah dihukum bunuh manakala kaum perempuan dan kanak-kanak dijadikan tawanan. Mendengar hukuman itu lalu Rasulullah s.a.w bersabda : “ Sesungguhnya engkau telah berhukum dengan hukum Allah s.w.t yang datang dari 7 petala langit”. Sa’ad mendapat keredhaan yang nyata daripada Allah S.W.T di mana doanya agar dilanjutkan usianya sehingga dia dapat menghukum Bani Quraizah dimakbulkan. Selepas peristiwa tersebut, keadaan Sa’ad semakin tenat sehingga nabi mengarahkan agar didirikan khemah di dalam masjid bagi membolehkan Sa’ad sentiasa berhampiran dengannya. Rasulullah s.a.w bersabda :

اَهْتَزَّ عَرْشُ الرَّحْمنِ لِمَوْتِ سَعْدٍ ( رواه الصحيحان)
Maksudnya : ‘Arasy Allah S.W.T yang Maha Pemurah telah bergoncang kerana kematian Sa’ad
إِنَّ المَلائِكَةَ كَانَتْ تَحْمِلُهُ ( رواه الترمذي)
Maksudnya : Sesungguhnya para malaikat menanggung jenazahnya (Sa’ad bin Muazd).
Walau pun hukuman yang dijatuhkan ke atas yahudi Bani Quraizah ini pada zahirnya begitu keras bagaikan berbentuk paksaan sedangkan musuh telah menyerah diri tetapi hakikatnya ia begitu adil dan tepat sekali apalagi dengan terdedahnya bagaimana yahudi Bani Quraizah itu bukan sahaja mengkhianati janji tetapi turut merancang untuk membunuh seluruh umat Islam dengan menyimpan begitu banyak senjata untuk tujuan itu. Pelaksanaan kepada hukuman bunuh ini dijalankan dengan yahudi Bani Quraizah itu ditahan di kampung Bani Najjar lalu di gali parit-parit di kawasan pasir di Madinah dan kemudiannya dibawa sekumpulan demi kumpulan yahudi itu untuk dipancung leher mereka yang menyaksikan antara 6 hingga 7 ratus yahudi Bani Quraizah dihukum bunuh. Terdapat juga dikalangan yahudi itu yang memeluk Islam
Kesan dan pengajaran

Peristiwa yang bersejarah ini telah meninggalkan kesan dan pengajaran yang begitu besar kepada umat Islam terutama dalam berhadapan dengan keganasan zionis yahudi pada hari ini. Sikap yahudi bagaikan tidak pernah berubah sebagai suatu bangsa yang mudah mengkhianati janji dan begitu benci terhadap Islam. Tindakan yahudi Bani Quraizah yang memberi bantuan kepada tentera Ahzab bagi memerangi umat Islam sedangkan mereka telah berjanji untuk taat setia sebagai rakyat Daulah Islamiah Madinah di bawah kepimpinan Rasulullah s.a.w ditambah pula dengan persiapan untuk memerangi keseluruhan umat Islam pada masa itu merupakan suatu peringatan kepada kita pada hari ini agar sentiasa berhati-hati ketika berdepan dengan musuh Islam terutama yahudi.
Kita memperingatkan buat sekian kalinya kepada pemimpin negara umat Islam yang lebih sanggup menjadi boneka dan khadam suruhan musuh Islam daripada menjadi pemimpin yang tunduk kepada perintah Allah S.W.T dan rasulNya. Adakah mereka tidak mengambil pengajaran terhadap apa yang berlaku kepada rakan sejawat mereka seperti Yaser Arafat yang telah memberi kesemua yang dikehendaki oleh yahudi tetapi kini dia menjadi bahan mainan yahudi. Serta kedaulatan Palestin terus menjadi impian yang belum dapat lagi dibuktikan sedangkan sudah berapa ramai umat Islam menjadi mangsa kekejaman yahudi. Berapa luas tanah yang tergadai dan dirampas serta begitu terdedahnya Masjid al-Aqsa untuk dirobohkan oleh yahudi.
Adakah pemimpin ini tidak mengambil iktibar dengan apa yang baru
berlaku terhadap Saddam Husein yang dulunya dijadikan ayam laga musuh Islam
bagi berhadapan dengan saudara seagama tetapi kini dari istana mewah berakhir
dalam lubang tikus di bawah tanah sebagai tahanan yang menunggu masa untuk
dijatuhkan hukuman. Begitu juga dengan tekanan terhadap Libya dan Iran agar
menghentikan pembinaan senjata tidak ketinggalan Syria yang dianggap antara
paksi keganasan oleh musuh Islam terus berlangsung. Tujuan kuffar durjana yang
sebenar ialah bagi memastikan yahudi terus berkuasa serta memastikan tiada lagi
negara umat Islam yang boleh menggugat kedudukan yahudi Israel yang merupakan
negara pengganas utama dunia.
Realiti di tanah air
Realiti di tanah air
Tekanan dan penghinaan musuh Islam tidak akan terhenti sekali pun adanya umat Islam yang mengikut telunjuk mereka. Tidak terlepas dengan apa yang berlaku terhadap negara kita sendiri di mana tekanan terhadap agama Islam begitu teruk seperti ramai umat Islam termasuk pelajar yang masih muda usianya ditahan di bawah ISA atas tuduhan pengganas tetapi Amerika tetap menyatakan bahawa negara ini sebagai antara pusat keganasan.
Tekanan terhadap pengajian agama sehingga
sudah banyak sekolah agama rakyat yang terpaksa ditutup pada awal tahun ini,
pengharaman bertudung labuh, serban dan jubah di sesetengah tempat kerja dan
pengajian, tindakan merobohkan surau serta usaha yang bersungguh dalam
memastikan sistem perundangan Islam agar tidak dapat dilaksanakan dalam negara.
Malah tindakan dalam persempadanan pilihanraya turut menyaksikan usaha untuk
memastikan umat Islam menguasai Parlimen semakin lama semakin kurang tetapi
Amerika tetap menyatakan bahawa negara ini tiada toleransi agama. Musuh Islam
tidak akan berpuas hati sehinggalah umat Islam tunduk dan mengikut jejak
langkah mereka sampai ke dalam lubang biawak. Oleh itu kita berpesan kepada
pemimpin agar jangan terus menjadi barua musuh Islam sebaliknya marilah kita
bersatu menjulang seluruh sistem Islam sekali pun dibenci musuh asalkan
dikasihi oleh Allah S.W.T.
No comments:
Post a Comment