Jatuh Cinta Kepada Allah

0 comments

PELBAGAI cara dan bentuk boleh membuatkan manusia jatuh cinta kepada Allah Taala. Ia amat mudah dan ringkas. Terkadang manusia tidak dapat melihatnya kerana mereka tidak banyak memikirkan kejadian-kejadian alam dan suasana sekeliling.

(1)    Cinta manusia kepada dirinya sendiri menyebabkan dia jatuh cinta kepada Allah.

Apabila perasaan cinta kepada diri sendiri timbul, ia mampu membawa cinta kepada Allah Taala. Kerana Allah-lah yang menghidupkannya, mewujudkan jasadnya dimuka bumi ini. Umurnya berlanjutan kerana Allah, sempurnya penciptaannya kerana Allah. Manusia tidak mampu wujud dengan senndirinya, tetapi ia wujud kerana izin Tuhan semesta alam.


(2)    Cinta manusia kepada orang yang berlaku baik padanya menyebabkan dia jatuh cinta kepada  Allah.

Ketika kecil, ibubapa memelihara dan membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang. Mereka melakukan perkara tersebut kerana patuh dan cintakan Allah. Allah-lah yang mengurniakan kasih sayang kepada anak-anak pada ibubapa. Tanpa kasih sayang, pastinya anak tersebut sudah dicampakkan ke tong sampah, atau dibiarkan hidup tanpa sebarang penggantungan. Namun, Allah amat cinta kepada hambanya, lalu Dia mengurniakan cinta-Nya kepada ibubapa.

Manusia mudah merasa selesa dengan pertolongan orang lain, dengan itu mereka yang berfikir akan jatuh cinta kepada Tuhan Pemilik Cinta.
Allah Taala berfirman:
وَإِنْ تَعُدُّوا نِعْمَةَ اللَّهِ لَا تُحْصُوهَا إِنَّ اللَّهَ لَغَفُورٌ رَحِيمٌ

Maksudnya:
Dan jika kamu mengira-gira nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan mampu menghitungNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
[an-Nahl: 18]

Terkadang, manusia merasa diringankan urusannya oleh Allah Taala. Saat dia merasa susah, Allah berada disisinya. Membantunya. Segala titik permulaan dan terakhirnya adalah dari Allah dan kepada Allah.

Andai anda sukakan orang yang membantu anda, maka cintailah Allah kerana Allah-lah yang memberikan bantuan kepadanya untuk membantu anda.
Rasulullah ﷺberkata:
أَحِبُّوا اللَّهَ لِمَا يَغْدُوكُمْ مِنْ نِعَمِهِ ، وَأَحِبُّونِي لِحُبِّ اللَّهِ ، وَأَحِبُّوا أَهْلَ بَيْتِي لِحُبِّي

Maksudnya:

Cintailah Allah dengan apa yang diberikanNya kepada kamu dari nikmat-nikmatNya. Cintailah Aku kerana cinta kamu kepada Allah, dan cintailah ahli keluargaku kerana cinta kamu kepadaku.

[Direkodkan oleh at-Tirmizi]


(3)    Cinta manusia kepada kecantikan menyebabkan dia jatuh cinta kepada Allah.

Keseluruhan manusia mencintai kecantikan. Mereka mencintai wajah yang tampan, tempat yang bersih, baju yang kemas dan suasana yang menyamankan. Sandaran kecantika semuanya kepada Allah Taala. Dia Yang Maha Cantik dan mencintai kecantikan.

Tidak semua kecantikan itu dapat digambarkan. Ada juga kecantika dalaman atau batin. Kadang kala, rupa paras tidaklah memberi sebarang kesan, tetapi kecantikan peribadilah yang mendapat perhatian. Peribadi yang luhur, komunikasi yang baik, akal yang cerdas, ilmu yang bermanfaat, sejarah hidup yang cemerlang, dan pegerusan hidup yang baik menjadikan manusia mencintainya.

Kecantikan Illahi pula adalah kecantikan yang berada diatas segala kecantikan. Ia tidak dapat diketahui dengan melihat sahaja, bahkan ia hanya dapat dilihat oleh pandangan bercahaya (Nuurul Basirah). Allah-lah sandaran bagi segala kecantikan. Dengan itu, siapa yang mencintai kecantikan, maka cintailah Allah menyebarkan cintaNya pada alam sejagat.

Allah Taala berfirman:
الَّذِي أَحْسَنَ كُلَّ شَيْءٍ خَلَقَهُ

Maksudnya:
(Allah) yang menciptakan sesuatu dengan sebaik-baiknya.[As-Sajadah: 7]

(4)    Cinta manusia kepada kesempurnaan menyebabkan dia jatuh cinta kepada Allah.

Manusia mencintai kesempurnaan, oleh itu kita melihat ada kalangan manusia yang mahu menjadi kuat, hebat, terpengaruh, dan berkuasa. Sehinggakan wujudlah cerita-cerita orang yang dianggap sempurna dalam mitos-mitos purba seperti “Si Kelembai”, “Badang” dan sebagainya.

Namun, kesempurnaan yang ada pada manusia hanyalah kesempurnaan yang penuh kecacatan. Allah-lah yang paling sempurna. Dia pemilik alam ini, Dia yang teramat kuat, dan Dialah yang terulung. Tiada tandingan. Sangat sempurna!

Andai manusia melihat kesempurnaan Allah, pastinya cintanya akan terpaut kepada Allah. Manusia hanya akan pasrah mencintai Allah semata-mata.

Syihabudin Ahmad,
Ketua Unit Biah Solehah PMRAM, Cawangan Dumyat. 2011.
Read More..

Perang Ahzab : Pertembungan Iman Dan Kufur

0 comments
Wahai Rasulullah ,sewaktu kami di Persia,
Jika kami diserang ,kami membuat parit,
Alangkah baik jika kita juga membuat
Parit sehingga dapat menghalangi dari
Melakukan serangan.....

Strategi peperangan khandak yang diutarakan oleh Salman Al-Farisi diterima baik oleh baginda Nabi SAW. Peristiwa yang menyaksikan jerih payah baginda dan umat islam dalam memerangi musuh laknatullah. Ditambah dengan kelaparan dan kedinginan yang menuntut kesabaran yang tinggi. 

Sementelahan kerendahan hati baginda turun sama menggali parit membakar semangat para sahabat untuk terus berjuang meskipun dengan perut diikat dengan batu kerana kelaparan yang teramat. 

Ternyata strategi yang digunakan tidak terjangkau dek akal pihak musuh sehingga mereka langsung tidak dapat menembusi pertahanan yang telah dibuat. Hanya segelintir yang mencuba dan berjaya melepasi pertahanan melalui parit yang sempit antaranya Amr bin ‘Abdi Wadd dan Ikrimah, namun berjaya ditewaskan oleh Saidina Ali. 

Natijahnya, mereka mengepung Kota Madinah selama sebulan lamanya. Peperangan yang memakan masa yang panjang  menyaksikan kekuatan iman dan keteguhan hati kaum muslimin untuk tetap duduk bersama Rasulullah SAW disaat sukar dan di ketika  baginda sangat membutuhkan mereka, sedangkan hakikatnya Nabi SAW boleh sahaja memohonkan kemenangan dengan segera di pihak  islam, firman Allah dalam kitabnya menyatakan bahawa; “Apakah kamu mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan ,”Kami telah beriman,”dan mereka tidak diuji?”

Maka, yang demikian menunjukkan bahawa ujian yang dianugerahkan bukan bermaksud menyeksa bahkan ianya tidak lain sebagai bukti kecintaan dan keimanan kita yang dalam kepadaNYA hanya sahaja jika kita menjalaninya dengan penuh rasa takut dan meletakkan sepenuh  harapan hanya padaNYA.

Kelaparan yang ditanggung kaum muslimin  apatah lagi Rasulullah SAW yang mengikat dua biji batu diperutnya mengundang rasa sayu di hati sahabat antaranya Jabir yang menyediakan sedikit makanan buat Nabi SAW dan hanya beberapa orang sahabat sahaja memandangkan hidangan yang tidak mencukupi untuk menanggung jumlah kaum muslimin yang  ramai. 

Namun ternyata Rasulullah SAW tidak sesekali membiarkan umatnya sedang baginda kekenyangan lantas seluruh kaum muslimin diajak ke rumah Jabir bagi mengisi perut yang kelaparan. Rahmat Allah sangat luas, keberkatan yang dilimpahkan menyebabkan anak kambing yang kecil dan sedikit gandum mencukupi untuk bilangan kaum muslimin yang ramai pada waktu itu. 

Justeru kebersamaan Nabi SAW dalam setiap gerak kerja, bermandi peluh dan berlumuran tanah bukan sahaja membuktikan kecintaan Nabi SAW kepada umatnya bahkan tidak lain kerana rasa tanggungjawab baginda terhadap risalah dan seruan yang dibawanya. 

Natijahnya, kaum muslimin sanggup berkorban apa sahaja bagi melengkapkan tuntutan dakwah meskipun nyawa yang menjadi korban. Malangnya, kini semangat perjuangan dan cintakan Nabi SAW tidak terbias pada perilaku  dan akhlak remaja pada zaman yang serba canggih kini. 

Bahkan, semangat yang ada tidak memungkinkan empayar Islam mampu wujud sebagaimana dahulu. Tambahan pula, perpecahan dan perbezaan fikrah yang terjadi kini semakin memburukkan keadaan  sebagaimana yang dikatakan oleh Saidina Ali, “Kebatilan yang tersusun mampu mengalahkan kebenaran yang tidak tersususun.” Jadi mana mungkin kita mampu menyahut seruan Nabi SAW hanya dengan semangat yang kian pudar  dan jauhnya kita kini dengan Allah.

Tekanan yang dihadapi sepanjang peperangan benar-benar menguji keteguhan iman mereka, berbagai andaian yang bermain difikiran akan nusrah Allah yang tidak kunjung tiba. Sebahagiannya mula meragui akan kekuasaan Allah dan merasa lemah sepertimana kaum Bani Harithah yang meminta izin dari Nabi untuk pulang ke kota, manakala kaum Bani Salim pula merasa semakin lemah ekoran peperangan yang tiada tanda-tanda mahu berhenti.  

Firman Allah dalam kitabnya ”Yaitu ketika mereka datang kepadamu dari atas dan dari bawahmu,dan ketika penglihatanmu terpana dan hatimu menyesak smpai ke tenggorokan oleh kerana rasa gentar dan takut pada waktu itu,dan kamu berprasangka yang bukan-bukan terhadap Allah.Disitulah diuji ,orang-orang mukmin dan digoncangkan hatinya dengan goncangan yang dahsyat .Dan ingatlah ketika orang –orang munafiq dan orang-orang yang hatinya berpenyakit berkata,’Yang dijanjikan Allah dan Rasul-NYA kepada kami hanya tipu daya belaka .”Dan ingatlah ketika segolongan di antara mereka berkata ,”Wahai penduduk Yasrib (Madinah)!Tidak ada tempat bagimu ,maka kembalilah kamu ,”Dan sebahagian dari mereka memeinta izin kepada nabi SAW (untuk kembali pulang)dengan berkata ,”Sesungguhnya rumah-rumah kami terbuka (tidak ada penjaga).”Padahal rumah-rumah itu tidak terbuka ,mereka hanyalah hendak lari.”

Kaum munafiqun mengambil kesempatan di tengah jerih payah kaum muslimin dengan melambat-lambatkan pekerjaan dan pulang ke rumah tanpa meminta izin dari Nabi SAW. 

Maka yang demikian menunjukkan keimanan kepada Allah dan Rasulullah tidak pernah wujud di dalam hati mereka, apatah lagi tiada belas kasihan di hati mereka melihatkan Nabi SAW yang berpenat lelah mempertahankan bukan sahaja Kota Madinah bahkan syiar Islam agar terus tertegak. Firman Allah:Yang disebut  orang mukmin hanyalah orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-NYA Muhammad, dan apabila mereka berada bersama-sama dengan dia (Muhammad) dalam suatu bersama ,mereka tidak meninggalkan (Rasulullah) sebelum meminta izin kepadanya .Sungguh orang-orang yang meminta izin kepadamu Muhammad mereka itulah orang-orang yang (benar-benar) beriman kepada Allah dan Rasul-NYA.” 

Maka adakah kita tergolong dari mereka yang tidak beriman dengan Allah dan Rasul dengan sebenar-benarnya ? Mengaku Islam tetapi hati masih diselaputi kekufuran  dan keraguan dengan kekuasaan Allah pada tiap perkara. Ketahuilah wahai sahabat sekalian, keyakinan kaum terdahulu terhadap pertolongan Allah membawa kemenangan Islam keseluruh pelosok dunia. Namun kini, ternyata perkara pokok terhadap hidup seolah-olah diambil enteng sedangkan mana mungkin buah yang ranum dapat dihasilkan sedangkan akarnya tidak cukup kuat mencengkam bumi. 

Hakikatnya keimanan kepada Allah, Rasul, kitab, malaikat, Hari Kiamat serta Qada’ dan Qadar diibaratkan seperti akar yang kuat mencengkam tanah, begitu juga peranan iman dalam menentukan hala tuju dan cemerlangnya hidup kita sebagai umat Islam khususnya.

Justeru, dalam melayari kehidupan yang penuh ranjau dan berliku, dan disaat ramainya umat manusia yang semakin tenggelam dalam kealpaan dan kelalaian semata, ketauhidan yang teguh di hati merupakan paksi dalam menentukan segala gerak geri agar tidak tersasar dari jalannya. 

Hal ini dapat dilihat ketika mana kaum muslimin tidak putus dalam mengharap rahmat Allah sentiasa memayungi mereka, akhirnya di suatu malam ribut melanda dan menerbangkan khemah kaum musyrikin hingga mereka mengalah dan pulang ke Kota Mekah pada keesokan harinya. 

Keajaiban Allah berlaku apabila ribut yang melanda hanya tertimpa ke atas kaum musyrikin sahaja sedangkan kaum muslimin yang berdekatan terselamat dari badai tersebut. Sungguh, keajaiban Allah hanya akan berlaku bagi sesiapa yang menyakini  bahawa Allah akan sentiasa membantu mereka yang dekat dengan-NYA. 

Wahai sahabat sahabiah sekalian, iktibar dari peristiwa ini kita dapat lihat nusrah Allah tidak akan datang bergolek melainkan disertai usaha dan tawakal yang tinggi terhadap Allah.  Dekatnya kita dengan sang pencipta menentukan wasilah kita dalam menghadapi segala ujian yang menimpa.
Read More..

Tazkirah Ramadhan

0 comments

Ketaqwaan adalah impak tambahan yang kita idamkan di bulan yang dijanjikan pengampunan dan rahmat bagi mereka yang ikhlas mendambakannya.Sejauh manakah Ramadhan ini  mampu menjadi satu medan tarbiyah kepada jiwa-jiwa manusia,ia tergantung kepada sang pemilik hati yang menguruskan matlamat hidupnya.

     Dewasa ini kegilaan manusia terhadap sambutan syawal lebih extrem berbanding sambutan ramadhan,namun hakikatnya ia sudah disalah ertikan oleh kesalahfahaman yang berbelit dalam benak fikiran manusia yang tidak memahami pada fatrah manakah yang patut kita utamakan.

    Ramadhan yang dilalui anak-anak muda kini seharusnya menarik dengan pengisian yang berkualiti.Ingatkah kita kisah pahlawan Islam Salahuddin Al-Ayubi,pada tahun 587 Hijrah beliau bersama pasukan tenteranya mengalahkan tentera salib,apabila tiba ramadhan penasihat beliau menyarankan agar beliau berehat kerana bimbang ajalnnya akan tiba lantas beliau menjawab:“Umur itu pendek dan ajal itu sentiasa mengancam”.Perjuangannya diteruskan dengan menawan benteng Shafad  dan memori sejarah ini terukir di lembaran sejarah Islam pada pertengahan Ramadhan.

    Itu adalah semangat pahlawan yang jiwanya meronta agar Islam terus tersebar lalu dihayati oleh segenap penduduk di muka bumi ini.Saatnya kita bandingkan semangat kita dengan dia pencinta agama melebihi nyawa.Tiada seruan jihad di medan peperangan hari ini namun berjihad dengan perkataan,harta serta kekuatan senantiasa ada.Melibatkan diri dengan jemaah dan menghulur bakti, itu adalah salah satu langkah bijak yang perlu diambil oleh anak-anak muda yang tidak mengetahui ke manakah darah dan keaktifan muda ini harus dilaburkan.Dan ia sememangnya akan menjadi imbalan penambahan ataupun extra pahala di bulan yang dijanjikan pertambahan bagi segala kebaikan, namun menjadi malang apabila anak-anak muda ini mengutamakan alasan dari pelaksanaan.Umat dewasa ni terlalu kaya dengan alasan,sedang yang ditawarkan adalah pahala iaitulah saham baginya pabila bertemu Dia Pencipta seisi alam.

Daripada Abu Hurairah r.a daripada Nabi s.a.w,sabdanya:
“Apabila bermula malam yang pertama bulan Ramadhan menyerulah malaikat,katanya: ‘Wahai orang yang mencari dan berkehendakkan kebaikan tampillah mengerjakannya,dan wahai orang yang merasa mahukan kejahatan berhentilah daripada meneruskannya,dan ketahuilah Allah banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan neraka daripada memasukinya’.Seruan dan keampunan yang demikian ada pada tiap-tiap malam (dalam bulan tersebut)”. Riwayat Tirmizi dan al-Nasai.

    Ketahuilah Ramadhan menjadi saksi bagi setiap pelepasan muslimin dari su’ulmasir iaitu neraka jahim.Namun mengapa lebih besar golongan yang mencuaikan dari memanfaatkan.Fahamilah pabila ia berlalu belum tentu kamu akan melaluinya buat kesekian kali.Barangkali mata tertutup degupan jantung terhenti sebelum menikmatinya buat beberapa kali lagi.

   Sebagaimana Rasulullah s.a.w dan sahabat-sahabat Baginda menghayati Ramadhan begitulah seharusnya keadaan kita,mengikut aturan Baginda kerana Baginda lebih mengetahui apakah yang terbaik bagi umat ini dan amal apakah yang selayaknya ditampilkan di bulan istimewa ini.

   Anak-anak muda,detik-detik di bulan Ramadhan ini sememangnya sesuatu yang mahal tidak ada harga untuk memperdagangkannya,maka malanglah bagi mereka yang masih berkesempatan menontot bola juga menghayati filem,rugilah bagi mereka yang masih ada masa untuk mendengar halwa telinga yang tidak mendorong hati untuk bermunajat kepada yang Maha Esa,serba muflislah bagi mereka yang menyiakan usia Ramadhan ini.Sabda Rasulullah s.a.w. firman Allah s.w.t :
  “Setiap amalan anak adam adalah baginya kecuali puasa,sesunggahnya puasa itu adalah bagiku dan   aku yang mengganjarinya..”

    Para ulama’ juga tidak mampu menetapkan sebesar manakah pahala berpuasa kerana ia adalah rahsia Allah.Puasa juga amat istimewa berbanding ibadah-ibadah lain kerana ia tidak dizahirkan seperti solat,zakat juga haji.Ia juga menjauhkan si pelaku dari berlaku riya’ dan takabbur dan seharusnya ia membuahkan rasa ikhlas dari orang-orang yang berpuasa keranaNya.

Firman Allah swt:
“Wahai orang-orang yang beriman!Difardukan ke atas kamu puasa (Ramadhan) sebagaimana yang difardukan kepada umat sebelum kamu semoga kamu beroleh taqwa”.
 
    Melalui ayat azza Wajall di atas maka kita dapat fahami bahawasanya bukan satu kepastian bahawa mereka yang melepasi Ramadhan ini mereka akan menjadi orang yang bertaqwa,tetapi Ramadhan merupakan sebuah sekolah yang di dalamnya terdapat golongan yang berjaya juga wujud golongan yang gagal.Maka ia bukan suatu kejayaan yang datang bergondong menerpa kita,ia sinonim dengan usaha yang kuat dan mujahadah yang tepu.

   Semoga segala amal kebaikan kita sepanjang bulan Ramadhan ini diangkat di sisiNya sebagai amal soleh,dan tiada noktah bagi setiap amalan selepas keluarnya kita dari medan tarbiyah ini.kemenangan yang kita capai pada Syawal kelak bukan sekadar kemenangan kosong namun penuh intifada yang mampu melumpuhkan syaitan dengan agendanya selepas diberi cuti sebulan oleh Rabbul Izzati.
Read More..

Ramadhan, Somalia Dan Kita

0 comments

Saudara,

   Aku menulis catatan ini dengan air mata. Palestin, Somalia, kisah mereka menusuk jiwa. Ramadhan kian melabuhkan tirainya, sedang aku tetap saja menyaksikan sebahagian kita terus lalai dari memaknakan bulan mulia ini. Aku pengikut setia kisah saudara-saudara kita di Somalia sana. Kebuluran dan kehausan, bersama terik mentari yang membakar. Saban hari ada saja yang pergi. Mangsa peperangan dan wabak taun, aduh..hatiku runtuh sekali..
 
   Jika salah satu hikmah berpuasa adalah untuk merasai kesusahan orang yang susah, menyelami keperitan mereka yang kelaparan, maka krisis di Somalia ini menawarkan peluang dan ruang untuk kita menghulurkan sumbangan, walau dengan sekecil apa pun ia kepada saudara-saudara yang sudah tentu memerlukan.
Bagi menyingkap krisis ini, adalah sangat penting bagi setiap mukmin, yang mengerti akan nilai sebuah ukhuwwah islamiyyah, menunjukkan walau secebis keprihatinan sebagai respon terhadap bencana di Somalia dengan semangat persaudaraan yang luar biasa.

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara…..” (ayat 10, surah Al-Hujurat)

   Ayat di atas tertulis dengan jelas, setiap kita bersaudara. Benua bukan pemisah, bangsa bukanlah semata-mata pengikat ukhuwwah. Di Somalia kah kamu, di Malaysia, di Mesir..atau di mana saja bumi kamu berpijak, andai kamu beriman, kamulah saudaraku, yang aku cintai hanya kerana-Nya. Paksi ukhuwwah kita iman, kerana itu aku derita tatkala kamu sakit dan aku pantas akan merasa senang, andai mendengar hari ini kamu sudah menjamah makanan.

“Perumpamaan orang-orang yang beriman itu pada kasih sayang, rasa belas dan ikatan sesama mereka seperti satu jasad. Apabila satu anggota jasad mengadu kesakitan, seluruh jasad akan turut merasai sakit.”  (Hadis Riwayat Muslim)

Teman,

    Ramadhan ini mari manfaatkan sebaiknya. Elakkan pembaziran masa dan makanan, ayuh rebut peluang yang tersisa. Saudara kita di Somalia, jangan terus dilupakan. Mereka saudara seakidah mereka. Lapar sakit mereka, zahirkan kepedulian kita !
 
    Ramadhan, kita dan Somalia. Fikirkanlah teman, dalam bulan Ramadhan ini apa yang telah kita lakukan. Kita dan Somalia, apakah punya ikatan?  Fikir dan buatlah keputusan ! 

Fakta Somalia : kanak-kanak dan ibu-ibu tak cukup zat, masalah kebuluran dan peperangan. orang somalia menjadi pelarian untuk mencari keamanan dan makanan di Kenya. Masalah penyakit taun yang semakin merebak menyebabkan 18 kanak-kanak mati dan 4272 orang sakit cirit birit. (map2care.blogspot.com)
Read More..

Video : Badar Al-Kubra

0 comments

Peristiwa Badar Al-Kubra, yang merupakan peperangan pertama bagi umat Islam, adalah satu peristiwa yang cukup penting kerana peristiwa tersebut menjadi penentu sama ada yang hak akan berada di atas kebatilan atau yang batil akan berada di atas yang hak. Apatah lagi, tentera Islam yang seramai 313 orang itu semuanya merupakan ‘orang-orang kuat’ Islam yang seandainya terkorban, pasti perkembangan Islam itu sendiri akan mati. Malah, peristiwa ini juga boleh menjadi kayu ukur, adakah kekentalan iman Islam akan menang atau puak musyrik akan mudah meleburkan tentera Islam.
Read More..

Puasa Itu Indah

0 comments



عن أبي هريرة رضي الله عنه : أن رسول الله صلى الله صلى الله وسلم قال :!ذا جأ رمضان فتحت أبواب الجنة , وغلقت أبواب النار و وصدفت الشياطين
                                        (Kitab صحيح مسلم jilid 7-8 muka surat 186)
Imam Al Ghazali dalam kitab  احياء علوم الدين menjelaskan 6 perkara untuk mencapai kesempurnaan puasa terutama di bulan ramadhan . Antaranya ialah
1)      Menahan pandangan daripada segala perkara yang tercela dan makruh serta  membimbangkan dan melalaikan daripada mengingati Allah Taala .
       Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa meninggalkan pandangan kerana takut kepada Allah, nescaya Allah menganugerahkan kepadanya keimanan yang mendatangkan kemanisan dalam hatinya.”
2)      Menjaga lidah daripada perkataan yang sia-sia, berdusta, mengumpat dan berkata keji. Oleh itu , seharusnya dia mendiamkan diri dan  menggunakan waktu  untuk berzikir kepada Allah serta membaca Alquran.
      Rasulullah SAW bersabda: "Dua perkara merosakkan puasa iaitu mengumpat dan berbohong."
3)       Menjaga pendengaran daripada mendengar kata-kata yang tidak baik kerana setiap perkara yang haram diucapkan maka haram pula mendengarnya.
4)      Mencegah anggota tubuh daripada perbuatan dosa  seperti mencegah tangan dan kaki dari berbuat maksiat dan mungkar, mencegah perut dari memakan makanan yang syubhat dan haram.
     Allah berfirman dalam al Quran: “Dan hendaklah di antara kamu segolongan ummat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada perkara yang makruf dan mencegah daripada perkara yang munkar dan mereka adalah orang yang beruntung .
5)      Tidak berlebih-lebihan dalam berbuka puasa sehingga perut diisi dengan penuh makanan. Orang yang berbuka secara berlebihan tentu tidak dapat memetik manfaat dan hikmah berpuasa. Bagaimanakah dia mampu mengalahkan musuh Allah dan mengendalikan hawa nafsunya, jika ketika berbuka dia memanjakan nafsunya dengan memakan makanan yang  banyak.
6)      Hatinya sentiasa diliputi perasaan cemas (khauf) dan harap (raja'), kerana tidak diketahui apakah puasanya diterima atau tidak oleh Allah ?. Rasa cemas diperlukan untuk meningkatkan kualiti puasa yang telah dilakukan .

Disediakan oleh :
MUHAMMAD HANAFI BIN RUSLAN
FAKULTI SYARIAH ISLAMIAH TAHUN 1 UNIVERSITI AL AZHAR
Read More..

Kemana Perginya Kesedaran

0 comments
Firman Allah Taala :

“Dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari ugama kamu kalau mereka sanggup (melakukan Yang demikian); dan sesiapa di antara kamu Yang murtad (berpaling tadah) dari ugamanya (ugama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang Yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya).”  - (Al-Baqarah 217)
 
Firman Allah Taala lagi :

“Mereka suka kalau kamu pula menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, maka (dengan Yang demikian) menjadilah kamu sama seperti mereka. oleh itu janganlah kamu mengambil (seorang pun) di antara mereka menjadi teman rapat kamu, sehingga mereka berhijrah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam).”  (An-Nisa’ : 89)

Usaha menyedarkan aktivis-aktivis Islam ini amat penting bagi memastikan mereka sentiasa bersungguh-sungguh di dalam setiap gerak langkah mereka, tidak lalai dalam kesenangan yang melingkungi, berhati-hati mengatur setiap tindakan dan membuat sebanyak mungkin persediaan bagi menghadapi pelbagai kemungkinan sepanjang perjalanan di atas jalan dakwah ini.

Sesungguhnya orang-orang kafir tidak pernah jemu dalam usaha mereka. Mereka mencuba dan mencuba untuk menghapuskan Islam di atas muka bumi ini.
Read More..

Sejarah Dan Ibrah Pembukaan Konstantinople

0 comments
Sabda Rasulullah SAW :

“Konstantinopel itu pasti akan dibebaskan. Sebaik-baik pemimpin (penawan)nya dan sebaik-baik tentera adalah tentera (yang menawannya)” (Hadis)

Detik 29 Mei 1453, seorang pemuda yang berumur 19 tahun sudah berjaya menawan Kota Konstantinapole. Kota yang dijanjikan oleh Nabi Muhammad SAW untuk dibebaskan daripada Kristian Ortodok dari Negara Rom.


Sultan Muhammad al-Fateh itulah pemuda yang dimaksudkan Nabi Muhammad SAW. 800 tahun selepas sabda Nabi, kota ini telah dibuka dan dibebaskan oleh Sultan Muhammad al-Fateh. Baginda merupakan Khalifah Uthmaniyah yang ke-7.
Read More..

Wabak Sepanjang Jalan - Sebab-Sebab Futur

0 comments
Penyakit Futur

Futur mengandungi dua makna iaitu :

a.    Putus setelah bersambung, atau tenang setelah bergerak.
b.    Malas, lambat, perlahan, setelah rajin dan bersungguh.

Menurut istilah : Futur ialah suatu penyakit yang dapat menimpa sebahagian aktivis, bahkan menimpa mereka secara praktikal (perbuatan). Tingkatannya yang paling rendah berupa kemalasan, menunda-nunda atau berlambat-lambat. Kemuncaknya ialah terputus atau berhenti sama sekali sebelumnya rajin dan terus bergerak.

Allah SWT berfirman mengenai malaikat “Dan (ingatlah) Segala Yang ada di langit dan di bumi adalah milik kepunyaan Allah jua; dan malaikat-malaikat Yang ada di sisiNya tidak membesarkan diri dan tidak enggan daripada beribadat kepadaNya, dan tidak pula mereka merasa penat dan letih. Mereka beribadat malam dan siang, Dengan tidak berhenti-henti.” – (Al-Anbiya’ : 19-20)

Maksudnya, mereka selalu beribadah dengan menyucikan Allah dari segala sesuatu yang tidak layak bagiNya, sentiasa mengerjakan solat dan berzikir kepada Allah siang dan malam dengan tiada merasa lemah dan bosan.

SEBAB-SEBAB FUTUR

Masuknya penyakit futur ke dalam jiwa seseorang itu disebabkan perkara-perkara berikut:

1.    Berlebih-lebihan dan bersangatan dalam beragama.

Dengan sangat tekun dalam melaksanakan ketaatan dan menghalangi tubuhnya untuk mendapatkan hak-haknya seperti istirehat dan memakan makanan yang baik. Sikap seperti ini akan mendatangkan kelemahan, letih, lelah, jemu dan bosan yang akhirnya  akan memutuskan dan meninggalkan aktivitinya itu. Ini merupakan masalah yang sangat jelas, kerana manusia itu kemampuannya terbatas.
Read More..

9 Perkara Mengelak Zina

0 comments
Saban hari kita selaku mahasiswa di pekikkan berkaitan permasalahan maksiat yang ketara. Melihat mesir ketika ini sudah seperti malaysia dibeberapa kawasan. Melihat hal ini terdapat 9 perkara agar kita tidak terjerumus dengan zina sekiranya kita mempraktikkannya dengan baik
Perkara yang pertama kita perlu ketahui bahaya zina. nabi Muhammad SAW ada menyatakan dalam hadithnya seperti berikut:
  إِذَا زَنَى الرَّجُلُ خَرَجَ مِنْهُ الإِيمَانُ كَانَ عَلَيْهِ كَالظُّلَّةِ فَإِذَا انْقَطَعَ رَجَعَ إِلَيْهِ الإِيمَانُ
Jika seseorang itu berzina, maka iman itu keluar dari dirinya seakan-akan dirinya sedang diliputi oleh gumpalan awan (di atas kepalanya). Jika dia lepas dari zina, maka iman itu akan kembali padanya.[2]
Perkara kedua yang perlu kita buat ialah rajin-rajin menundukkan pandangan. Ini sangat sukar untuk dilakukan tetapi ingatlah Allah SWT telah berfirman
قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ (٣٠) وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ
Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat”. Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya.” (QS. An Nur: 30-31
Read More..

PENGAJARAN DARI PEPERANGAN “ZATUR RIQA’”

0 comments
Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w telah berlaku satu peperangan yang dinamakan “Zatur Riqa’”. Peperangan tersebut berlaku selepas peperangan Khaibar. Punca peperangan tersebut disebabkan penipuan-penipuan yang dilakukan oleh sebahagian besar Kabilah Arab Najdi terhadap orang islam. Kebanyakkan kabilah Arab merasa cemburu dengan kemajuan agama islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w khususnya selepas hijrah Nabi s.a.w ke Madinah.
Puak Arab yang hidup beribu tahun dengan budaya dan adab resam serta kepercayaan yang mereka warisi turun temurun tergugat dengan kehadiran Rasulullah s.a.w. Agama islam yang dibawg ra oleh Nabi s.a.w. mendapat perhatian oleh Arab. Sokongan yang kian meninggkat dari orang ramai terhadat agama tauhid, menyebabkan agama islam semakin berkembang.
Bila berlakunya perang, pihak islam sentiasa mencapai kemenagnan. Faktor ini menyebabkan orang miskin berminat menerima islam. Lebih-lebih lagi ajaran islam sangat menarik
Read More..

Ujian Dalam Kehidupan

0 comments





وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوفْ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الأَمَوَالِ وَالأنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُواْ إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ أُولَـئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِّن رَّبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ وَأُولَـئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ
Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun”. Mereka itulah yang mendapat keberkahan yang sempurna dan rahmat dari Rabb mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk. (QS. al-Baqarah: 155-157)

Kehidupan manusia ini memang tidak pernah terlepas dari ujian. Tidak kira sama ada orang itu Islam atau bukan Islam, ada pegangan agama atau tidak, kecil atau besar, tua atau muda. Bagi orang bukan Islam, mereka menghadapinya dengan berbagai kaedah yang difikirkan logik mengikut akal mereka. Jika akal mereka sudah tidak mampu berfikir, maka mereka mengambil jalan singkat dengan makan
Read More..

Amalan-amalan di Bulan Rabiul Akhir

0 comments

Amalan - amalan di Bulan Rabiul Akhir

1 - Amalan-amalan ibadat sama ada yang fardhu mahupun yang sunat di bulan Rabi’ul Akhir adalah sama dengan bulan-bulan lain. 


            2 -Tiada amalan-amalan khusus yang dianjurkan oleh Islam dalam bulan ini.

3 - Walaubagaimanapun, kita diminta untuk meningkatkan amalan dari semasa ke semasa walau dalam bulan mana sekalipun.


Antara peristiwa yang berlaku di bulan Rabi’ul Akhir

 

1. Peperangan beberapa peperangan telah dicatatkan berlaku pada zaman Rasulullah SAW. Antaranya perang Najran, pengusiran kaum Yahudi bani Nadhir, perang Al-Ghabah / Zi Qarad dan perang Al-Ghamar.

2. Pengepungan     Damsyik -  pada zaman khalifah Saidina  Abu Bakar r.a, diketuai oleh Abu ‘Ubaidah bin Al-Jarrah dan Khalid bin Al-Walid tahun 14 hijrah dan  seterusnya membawa kepada pembukaan Damsyiq.

3. Khalifah Abu Bakar r.a meninggal dunia dan Saidina Umar Al-Khattab r.a dibai’ah menjadi khalifah yang kedua.

4. Perang Jamal - tahun fitnah di mana Saidatina Aisyah r.ha terheret  dalam kancah peperangan menentang Khalifah Ali KRW.

5. Ramai sahabat yang gugur syahid.  Antaranya Talhah r.a dan Ibn Zubair.

6. Imam Ghazali r.h   meninggal dunia.



Disediakan Oleh : Unit Dakwah dan Tarbiyah BKASM

Read More..

Demi Masa

0 comments

Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman kepada Allah dan RasulNya dan beramal soleh, serta berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran.”

Dalam membentuk peribadi yang mulia, Islam telah menggariskan beberapa perkara sebagai panduan kepada kita. Keimanan, keyakinan yang kuat kepada Allah merupakan perkara pokok yang mesti ada dalam jiwa kita selaku Umat Islam. Ia dapat direalisasikan dengan kita berpegang sungguh-sungguh kepada ajaran Islam, mengerjakan apa yang diperintah olah Allah dan Rasul Nya, dalam masa yang sama meninggalkan apa yang dilarang oleh Nya.

Allah telah memerintahkan kepada kita agar kita menjaga diri kita serta
Read More..

AKHLAK DALAM ISLAM

4 comments

SIRI SATU 

 
((بسم الله الحمن الرحيم

1. PENGENALAN

            Manusia adalah makhluk Allah S.W.T yang teristimewa yang memiliki tabiat dan mentaliti yang mempengaruhi amalan dan tingkah lakunya, maka keperibadian inilah yang menjadi perbicaraan dan perbincangan yang utama dalam akhlak.
           
Memang tidak dapat disangkalkan lagi bahawa akhlak merupakan nadi utama dalam pembangunan manusia. Setiap tamadun umat manusia dari  dahulu sehingga kini ianya terbina dari asas akhlak ataupun dikenali sebagai tamadun kemanusiaan, iaitu asas yang membina tamadun tersebut di luar kuasa kebendaan. Walau bagaimanapun, Islam mempunyai persepsinya yang tersendiri dan memiliki asas akhlaknya dan asas tamadunnya yang tersendiri.

2. MAKSUD AKHLAK

Dari sudut bahasa :
                         Ianya membawa maksud tabiat dan perangai.
Manakala dari sudut istilah ulamak :
                        Sepertimana yang ditakrifkan oleh Al- Ghazali : "Akhlak adalah
Read More..

UMMU HAKIM BINTU HARITH R.A

0 comments

Mukminah, Isteri Ikrimah bin Abi Jahal, Mujahidah, Wanita yang Membawa Kebenaran.
Latarbelakang :
Ummu Hakim merupakan wanita yang terkenal dengan kemuliaan dan disegani di kalangan kaum Quraisy.
Bapanya: Al-Harith Bin Hisham Bin Mughiroh ( orang-orang dari Bani Makhzum) , bapa Abdul Rahman, saudara lelaki Abi Jahal, memeluk Islam pada hari pembukaan Mekah, merupakan antara orang terhormat yang dimuliakan , disegani dan disayangi di kalangan ahli Mekah,  Rasulullah S.A.W  memikat hatinya dengan menghadiahkannya 100 ekor unta daripada harta rampasan perang Hunain dan disebabkan demikian maka makin bertambah elok Islamnya, membuatkannya keluar dari Mekah untuk berjihad di Syam.Tetapi ahli Mekah mengekorinya dan menangisi perpisahannya kerana Harith ialah seorang yang sangat disayangi ahli Mekah, dan akhirnya beliau meninggal di tou’n. 
Ibunya: Fatimah binti Al-Walid Bin Al-Mughiroh ( wanita dari Bani Makhzum), saudara perempuan Khalid Bin Al-Walid, memeluk Islam pada
Read More..

MUZIK MENURUT PANDANGAN ISLAM

0 comments

     Nyanyian yang lunak adalah santapan jiwa manusia,menyegarkan otak dan disukai oleh pendengaran. Ia adalah kelazatan bagi telinga sepertimana makanan yang menjadi kelazatan bagi mulut dan perut. Pandangan yang menjadi kelazatan bagi mata. Bau yang harum menjadi kelazatan bagi hidung dan sebagainya. Adakah perkara-perkara yang baik ini haram di sisi ISLAM??!

     Nyanyian adalah harus tetapi dalam acuan Islam ia termasuk dalam acuan tabi’i(asasi) disisi fitrah manusia. Malangnya muzik pada masa kini kebanyakannya diterajui oleh barat yang mana mereka mempunyai muslihat yang tersendiri terutamanya kepada remaja. Ini kerana unsur-unsur yang diketengahkan oleh barat adalah bertujuan untuk
Read More..

SAMBUNGAN SIFAT REDHA

0 comments



Redha Dengan Rezeki Yang Ada : 

Di dalam konteks redha pada menerima ketentuan Ilahi, juga termasuk redha ( qana'ah ) menerima rezeki yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. banyak atau sedikitnya.Didalam sifat qana'ah dengan pemberian Allah itu terdapatnya mutiara kebahagiaan bagi orang mukmin.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
" Sungguh berbahagialah orang yang masuk Islam , rezekinya sederhana dan berhati puas ( qana'ah ) menerima segala pemberian Allah ".( Riwayat Muslim )


Dan Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
" Berbahagialah siapa yang ditunjuki ke dalam Islam, penghidupan yang sederhana dan qana'ah ( merasa dengan pemberian Allah ". ( Riwayat Tirmidzi )



Merasa cukup , puas dan
Read More..

SIFAT REDHA

0 comments


1) Sifat redha adalah daripada sifat makrifah dan mahabbah kepada Allah s.w.t.

2) Pengertian redha ialah menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t. baik berupa peraturan ( hukum ) mahupun qada' atau sesuatu ketentuan daripada Allah s.w.t.

3) Redha terhadap Allah s.w.t terbahagi kepada dua :
·         Redha menerima peraturan ( hukum ) Allah s.w.t. yang dibebankan kepada manusia.
·         Redha menerima ketentuan Allah s.w.t. tentang nasib yang mengenai diri.

Redha Menerima hukum Allah s.w.t. :

Redha menerima hukum-hukum Allah s.w.t. adalah
Read More..

SYAIR DAN NYANYIAN MENURUT ISLAM

0 comments


SYAIR

Syair yang dikenali di zaman Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersama para sahabatnya adalah berbeza dengan al-ghina’ (nyanyian). Syair arab yang dimaksudkan adalah merujuk kepada lantunan suara dengan nada biasa seperti puisi, syair, atau sajak .

Al-Ghina’ (nyanyian) pula merujuk kepada lantunan suara seperti syair tetapi dengan bentuk alunan suara yang dinyaringkan dan diperindahkan dengan susunan seni suara tertentu yang khusus.

Al-Hafiz Ibnu Hajar al’Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H) menyebutkan:

ويطلق الغناء (بالمد والكسر): على الترنم الذي تسميه العرب (النصب) بفتح النون وسكون المهملة

Terjemahan: Disebut al-ghina’) adalah menyanyi dengan
Read More..
 
Copyright 2011 @ Biah Solehah PMRAM!
Design by Wordpress Manual | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Blogger