Kalam Penasihat Biah Solehah 2009/2010

Alhamdulillah, bersama kita memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa Taala di atas anugerah serta limpahan rahmat yang telah diberikan kepada kita selaku khalifah yang berada di muka bumi Allah ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad, penghulu segala Nabi yang terus merintih mengharapkan perjuangan Baginda disahut oleh umat sekalian alam.

Salam harmonis buat semua..

Ternyata bahawa umat Islam kini mengalami kegawatan akhlak dan nilai murni selaku seorang muslim yang amat genting yang sememangnya memerlukan tenaga-tenaga penyelamat untuk menangani masalah ini. Situasi kini yang penuh dengan tipu helah, sepak terajang dan taktik jahat musuh Islam memerlukan hanya golongan yang benar-benar berwibawa sahaja yang mampu melawan arus keruntuhan ini. Manakala mereka yang kurang persiapan mempunyai kemungkinan untuk sama-sama hanyut dan larut sebelum matlamat suci yang ingin diperjuangkan tercapai.

Menyedari hakikat inilah maka usaha-usaha yang gigih perlu diambil untuk memperlengkapkan diri kita mahasiswa sebagai bakal ulamak dai’e dan intelektuak dai’e yang menjadi tempat rujuk masyarakat dengan bekalan-bekalan yang perlu supaya kita dapat berperanan dengan lebih berkesan apabila terjun ke arena dakwah nanti.

Lantaran itu, saf kepimpinan PMRAM sesi 2009 amat mengalu-alukan keterlibatan semua ahli untuk bersama-sama kita berusaha mencapai BIAH SOLEHAH di segenap peringkat dan ruang dengan mengikuti garis panduan akhlak dan kehidupan yang dianjurkan oleh Islam sendiri. Tanpa keterlibatan dari semua ahli segala gerak kerja yang direncanakan pastinya sukar untuk dicapai.

Akhir kalam, dirikanlah daulah Islamiah didalam diri kita, agar terbina daulah Islamiah di dalam kehidupan dan negara kita.

Sekian…

Mohd Azrul bin Ismail
Penasihat Biah Solehah PMRAM

No comments:

Post a Comment

 
Copyright 2011 @ Biah Solehah PMRAM!
Design by Wordpress Manual | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Blogger