Kalam Pengarah Biah Solehah 2009/2010

الحمد لله رب العالمين , والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى أله وصصحبه وبارك وسلم , وبعد

Alhamdulillah, pertamanya syukur ke hadrat Allah s.w.t. di atas segala kerniaan-Nya yang tidak terhingga, selaut pujian dan selawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w. dan ahli keluarga baginda, seterusnya para sahabat nabi yang sentiasa bersama-sama di dalam perjuangan Islam, para tabiin dan tabi' tabi'in, dan umat Islam seluruhnya.

Sekalung penghargaan ana ucapkan kepada PMRAM sendiri sebagai penaung, seterusnya Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan serta Unit dan Dakwah Pembangunan Insan serta seluruh organisasi Biah Solehah bagi sesi ini kerana memberi ana peluang untuk mencoret sedikit kalam pada ruangan ini.

Unit Biah solehah yang ditubuhkan khas di bawah Lajnah Dakwah ini sememangnya mempunyai peranan yang sangat besar untuk memastikan biah solehah yang telah direalisasikan bumi Anbiya' ini khususnya mampu diperkasakan dan dijaga dengan sebaiknya. Ini kerana sebagai mahasiswa dan mahasiswi yang menjadikan Islam sebagai cara hidup, maka Biah Solehah adalah satu amanah untuk kita semua.

Sabda rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Tiada keimanan bagi yang tidak beramanah, tiada solat bagi yang tidak bersuci, dan tiada agama bagi yang tidak bersolat".

Pada tahun ini, Unit Biah Solehah PMRAM akan terus memperkasakan lagi kempen biah solehah yang telah dijalankan sejak penubuhan unit ini pada tahun 2006 yang lalu iaitu pemerkasaan solat jemaah, cegah ikhtilat tidak syar'ie, cegah chatting tidak syar'ie, tautan ukhuwwah dan pembinaan syakhsiah.

Kata-kata Imam Abu Hanifah yang bemaksud: "Orang-orang Muslim itu terikat dengan syarat-syarat (peraturan hidup) mereka"

Apa yang diharapkan, semua pihak sama ada di BKAN dan DPM mampu untuk bekerjasama serta memberikan komitmen yang terbaik demi menjayakan lagi kempen Biah solehah yang telah dijalankan ini. Demi tujuan iitu, pihak biah solehah sendiri akan cuba memperkasakan lagi media elektronik dan media cetak seperti blog, buku risalah Biah solehah dan sebagainya sebagai medium penyampaian maklumat dan info insyaallah .

Saidina Ali k.w.j berkata: "Serendah-rendah ilmu itu apa yang lahir daripada lisan, dan setinggi-tinggi ilmu itu apa yang terzahir daripada tindakan dan anggota badan".

Akhirnya, semoga kita mampu sama-sama merealisasikannya dan kita sama-sama memohon doa agar Allah s.w.t. mengangkat setiap amalan kita sebagai amalan yang diterima oleh-Nya insyaallah.Amiin. Salam ukhuwwah dan salam juang!

Pengarah Biah solehah PMRAM,
Syeikh Muhd Mujahid bin Sikh Nawawi

No comments:

Post a Comment

 
Copyright 2011 @ Biah Solehah PMRAM!
Design by Wordpress Manual | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Blogger