Kalam Presiden PMRAM

Assalamualaikum wrt. wbt.

Lakaran sejarah silam menyaksikan warna-warni kehidupan para anbiya' dan solihin melatari kanvas kehidupan insan yang sentiasa dahagakan hidayah serta panduan. Insan-insan yang terdiri daripada multi rupa, warna dan budaya itu menuntut kepelbagaian pancaran nur-nur hidayah lantaran ketinggian sifat hidayah itu yang tidak terdaya dihurai oleh akal manusia biasa.

Justeru, fitrah insan sentiasa menuntut biah dan suasana yang baik bagi sebagai turut sama membantu lahiranya duat dan murabbi berketerampilan khususnya dalam yang melengkapi keperluan setiap populasi insan merentas ufuk geografi dan mazhab.

Tidak syak lagi, bahawa Unit Biah Solehah PMRAM ditubuhkan bagi memenuhi aspirasi ini. Kita sudah jemu dengan rintihan sendu masyarakat yang meratapi kedhaifan BIAH ISLAMIYYAH sehingga memalapkan nur hidayah yang asalnya terang. Masa hadapan ummah bergantung kepada usaha-usaha kita kini untuk melakukan perubahan.

Lalu, saya menyeru seluruh ahli PMRAM supaya sentiasa peka dengan usaha-usaha perubahan yang dicetuskan dan memenuhi gagasan tersebut dengan penuh kesedaran serta semangat perjuangan. Adalah terlalu malang seandainya penyesalan yang timbul berlaku pada saat tiada ruang lagi untuk mengubah.

Nah, inilah masanya untuk membuktikan kebenaran janji kalian kepada Allah. Ingatlah para sahabat, kita bekerja kini, adalah untuk generasi yang bukan generasi kita. Semoga perjuangan kita diterima Allah.

Presiden PMRAM
Abdul Mu’izz bin Muhammad

No comments:

Post a Comment

 
Copyright 2011 @ Biah Solehah PMRAM!
Design by Wordpress Manual | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Blogger