SYAWAL BERTEMU RAMADHAN BERLALU

Aidilfitri merupakan hadiah daripada Allah SWT untuk umat Islam yang telah berjaya melalui tempoh pendidikan dalam universiti Ramadhan.Sesungguhnya beruntunglah mereka yang benar-benar menghayati maksud hadis baginda nabi , barangsiapa yang melaksanakan ibadah puasanya dengan penuh keimanan dan keinsafan diampunkan dosa-dosanya yang lalu.Justeru, bagi mereka yang berjuang bersungguh-sungguh ketika mengharungi cabaran Ramadhan akan merasa manisnya menyambut lebaran Syawal kali ini.

Ganjaran Puasa Setahun

Salah satu puasa yang dianjurkan setelah berpuasa di bulan Ramadhan adalah puasa enam hari di bulan Syawal. Puasa ini mempunyai keutamaan yang sangat istimewa. Dari Abu Ayyub Al Anshari, Rasulullah bersabda, “Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian berpuasa enam hari di bulan Syawal, maka dia seperti berpuasa setahun penuh.” (HR. Muslim). Dari Tsauban, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Barangsiapa berpuasa enam hari setelah hari raya Idul Fitri, maka seperti berpuasa setahun penuh. Barangsiapa berbuat satu kebaikan, maka baginya sepuluh kali ganda.” (HR. Ibnu Majah ). Imam Nawawi rahimahullah mengatakan dalam Syarh Shohih Muslim , “Dalam hadits ini terdapat dalil yang jelas bagi mazhab Syafie, Ahmad, Daud beserta ulama yang sependapat dengannya iaitu puasa enam hari di bulan Syawal adalah suatu hal yang dianjurkan.”

Dilakukan Setelah Idul Fitri

Puasa Syawal dilakukan setelah Idul Fitri, tidak boleh dilakukan di hari raya Idul Fitri. Hal ini berdasarkan larangan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam yang diriwayatkan dari Umar bin Khattab , beliau berkata, “Ini adalah dua hari raya yang Rasulullah melarang berpuasa di hari tersebut: Hari raya Idul Fitri setelah kalian berpuasa dan hari lainnya tatkala kalian
makan daging korban kalian (Idul Adha).” (Muttafaq ‘alaih)

Apakah Harus Berurutan ?

Imam Nawawi menjawab dalam Syarh Sahih Muslim : “Afdhalnya (lebih utama) adalah berpuasa enam hari berturut-turut secara langsung setelah Idul Fitri. Namun jika ada orang yang berpuasa Syawal dengan tidak berturut-turut atau berpuasa di akhir-akhir bulan, maka dia masih mendapatkan keutamaan puasa Syawal berdasarkan konteks hadts ini”. Inilah pendapat yang benar. Jadi, boleh berpuasa secara berturut-turut atau tidak, baik di awal, di tengah, mahupun di akhir bulan Syawal. Sekalipun yang lebih utama adalah bersegera melakukannya berdasarkan dalil-dalil yang berisi tentang anjuran bersegera dalam beramal soleh.

Akhirnya ,marilah sahabat-sahabat sekalian,kita rebut peluang yang hadir setahun sekali ini untuk dimanfaatkan sebaik mungkin agar ia menjadi asbab kebaikan untuk diri kita di hadapan Allah SWT di akhirat kelak.Mudahah-mudahan amalan yang sedikit tapi diikuti dengan keikhlasan diganjari dengan sebesar-besar nikmat iaitu syurga Allah yang maha tingi nilainya.

1 comment:

mai ali said...

مكافحة حشرات بالمدينة المنورة وهى من أفضل الشركات فى مجال مكافحة الحشرات وذلك لقدرتها العالية على التصدي للحشرات
مكافحة حشرات بالمدينة المنورة

والقضاء عليها تماما بكل سهولة،حيث تمتلك شركة مكافحة الحشرات بالمدينة المنورة فريق عمل متخصص خبير فى معرفة المشاكل المتسببة للإصابة بالحشرات ثم العمل على كيفية إستنتاج وإجاد أفضل الحلول المناسبة للبدء فى عملية المعالجة،
مكافحة الحشرات بالمدينة المنورة
وتتم تنفيذ المعالجة بإستخدام أفضل المبيدات الحشرية والمستخدمة عالميا فى عمليات الرش في الاماكن المصابة بإستخدام أحدث الأدوات والمعدات التكنولوجية والأمنه عند الإستخدام علي صحة الإنسان. وهذا ما تهدف إليه شركة مكافحة حشرات في تقديم خدمة مكافحة الحشرات وهي من أفضل الخدمات التي تقدمها مكافحة حشرات وتعد هذه أفضل خدمة مقدمة
شركة مكافحة الحشرات بالمدينة المنورة
من مكافحة الحشرات وذلك يعود إلي نظرة مكافحة الحشرات بالمدينة المنورة على وجود الكثير من الذين يعانون من مواجهة تلك الحشرات الضارة وذلك لعدم وجود الأساليب والطرق والأدوات التي تستخدم للقضاء علي الحشرات،ولذلك تقدم شركة مكافحة حشرات بالمدينة المنورة خدمة مكافحة جميع انواع الحشرات من النمل الأبيض والصراصير والبق
شركة مكافحة حشرات بالمدينة المنورة
وغيرها من الحشرات الأخري.



Post a Comment

 
Copyright 2011 @ Biah Solehah PMRAM!
Design by Wordpress Manual | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Blogger