SYAWAL BERTEMU RAMADHAN BERLALU

0 comments
Aidilfitri merupakan hadiah daripada Allah SWT untuk umat Islam yang telah berjaya melalui tempoh pendidikan dalam universiti Ramadhan.Sesungguhnya beruntunglah mereka yang benar-benar menghayati maksud hadis baginda nabi , barangsiapa yang melaksanakan ibadah puasanya dengan penuh keimanan dan keinsafan diampunkan dosa-dosanya yang lalu.Justeru, bagi mereka yang berjuang bersungguh-sungguh ketika mengharungi cabaran Ramadhan akan merasa manisnya menyambut lebaran Syawal kali ini.

Ganjaran Puasa Setahun

Salah satu puasa yang dianjurkan setelah berpuasa di bulan Ramadhan adalah puasa enam hari di bulan Syawal. Puasa ini mempunyai keutamaan yang sangat istimewa. Dari Abu Ayyub Al Anshari, Rasulullah bersabda, “Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian berpuasa enam hari di bulan Syawal, maka dia seperti berpuasa setahun penuh.” (HR. Muslim). Dari Tsauban, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Barangsiapa berpuasa enam hari setelah hari raya Idul Fitri, maka seperti berpuasa setahun penuh. Barangsiapa berbuat satu kebaikan, maka baginya sepuluh kali ganda.” (HR. Ibnu Majah ). Imam Nawawi rahimahullah mengatakan dalam Syarh Shohih Muslim , “Dalam hadits ini terdapat dalil yang jelas bagi mazhab Syafie, Ahmad, Daud beserta ulama yang sependapat dengannya iaitu puasa enam hari di bulan Syawal adalah suatu hal yang dianjurkan.”

Dilakukan Setelah Idul Fitri

Puasa Syawal dilakukan setelah Idul Fitri, tidak boleh dilakukan di hari raya Idul Fitri. Hal ini berdasarkan larangan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam yang diriwayatkan dari Umar bin Khattab , beliau berkata, “Ini adalah dua hari raya yang Rasulullah melarang berpuasa di hari tersebut: Hari raya Idul Fitri setelah kalian berpuasa dan hari lainnya tatkala kalian
Read More..

RAMADHAN OH RAMADHAN

0 comments
Sidang pembaca yang budiman,

Ramadhan kembali dengan 1001 satu macam kelebihan di dalamnya.Para salafussaleh dan solehin menanti-nanti kedatangan bulan mulia ini dengan penuh kerinduan,serindu menantikan pertemuan dengan pencipta Ramadhan.Saat tibanya Ramadhan hati mula berbunga,wajah merona suka, tersenyum mengingat keagungan serta kebesarannya.

Lalu bagaimanakah Ramadhan di sisi kita?Jika salafussaleh dan solehin menangis ketika lambaian Ramadhan hampir tiba adakah kita melonjak gembira dengan pemergiannya.Aduh,alangkah malangnya jiwa-jiwa sedemikian rupa.Ketika hadir tidak di syukuri ketika hilang pun tidak terasa.

Ramadhan adalah universiti terbaik yang diciptakan Allah untuk menjadikan kita berjiwa hamba.Lapar membuatkan nafsu mengecil dan jiwa berasa halus apabila mengadapNya.Maka ketika itu ia mudah menerima tarbiyyah dari Yang Esa agar sama-sama merasai kesusahan orang yang susah dan kelaparan orang yang lapar.Demikian hebatnya pensyariatan Islam, menjadikan kita tidak saja mementingkan diri sendiri bahkan membentuk rantaian sosial yang baik seusai Ramadhan.Ramadhan tidak menjadikan kita lupa pada si miskin yang kelaparan dan si fakir yang kesejukan lantas diperintahkan menunaikan zakat fitrah guna memenuhi tuntutan golongan tersebut.

Beberapa peristiwa penting pernah berlaku dalam bulan mulia ini.Sejarah merakamkan bahawa al-Quran al-Karim diturunkan pada 17 Ramadhan di gua Hira ketika baginda nabi berkhalwat di sana.Tarikh yang sama berlaku peperangan Badar pada tahun kedua hijrah tidak lama selepas penghijrahan baginda ke Madinah al-Munawwarah.Tanpa menghiraukan kepanasan melampau padang pasir di bawah terik mentari para sahabat berjuang mencari syahid sehingga berjaya membawa kemenangan kepada pihak Islam.Ternyata puasa tidak menjadikan mereka lemah longlai tidak
Read More..

PERINGKAT MANUSIA DALAM MEMAHAMI AGAMA

0 comments
Dari Abi Musa, dari Rasulillah SAW, sabdanya:

"Perumpamaan hidayah dan ilmu yang aku bawa daripada Allah adalah bagaikan hujan yang lebat menimpa bumi; maka ada bahagiannya yang subur dan mudah menyerap air, lalu tumbuhlah pokok dan rumput yang banyak, dan ada pula bahagiannya yang keras hanya menakung air tetapi tidak menyerap, lalu manusia dapat mengambil manfaat daripadanya seperti minum, menyirami dan pengairi tanaman, dan ada pula bahagian yang lain iaitu bahagian tanah yang sama sekali tidak menerima air dan tidak pula tumbuh tanaman (diatasnya).

Yang demikian itu adalah perumpamaan (untuk) orang yang memahami agama Allah (tafaqquh fid din), dia dapat mengambil manfaat daripada apa yang diberikan oleh Allah kepadaku, lalu ia mengetahuinya dan mengajarkannya (kepada orang lain); dan perumpamaan (untuk) orang yang tidak mengangkat kepala dengan itu; dan (perumpamaan untuk orang) yang tidak menerima hidayah yang telah diturunkan oleh Allah SWT kepadaku".
(Hadis Sahih, Muttafaq 'Alaihi)

SYARAH AL HADIS:

Baginda Rasul SAW membuat perumpamaan diri beliau yang telah menerima hidayah dan ilmu dari Allah seperti hujan yang lebat, sedangkan sikap umat manusia pula seperti tiga jenis tanah yang berbeza-beza.

1. TANAH YANG SUBUR :

Baginda menyamakan sikap orang yang bersedia mengambil pengajaran yang beliau bawa dan bersungguh-sungguh berusaha memahami dan mendalami urusan agamanya (tafaqquh fiddin), lalu ilmu tersebut diamalkannya dan disebarkannya kepada orang lain, dan dengan demikian dirinya menjadi tenang dan tenteram dan orang lain juga mendapat manfaatnya. Mereka tidak ubahnya seperti bahagian tanah yang menerima air hujan. Tanah tersebut akan menjadi subur dan akan tumbuh diatasnya pohon-pohonan dan rumput yang subur dan berguna untuk makhluk lain.

2. TANAH KERAS YANG MENAKUNG AIR :

Baginda juga mengumpamakan orang yang mahu menerima pengajaran daripada beliau dan disebarkannya kepada orang lain tetapi sayangnya dia sendiri tidak tafaqquh fiddin (tidak berusaha untuk mendalami agamanya) dan tidak mengamalkan ajaran tersebut dalam kehidupannya sehari hari. Manusia jenis ini pula tidak ubahnya seperti bahagian tanah yang keras tetapi
Read More..

Kalam Presiden PMRAM

0 comments
Assalamualaikum wrt. wbt.

Lakaran sejarah silam menyaksikan warna-warni kehidupan para anbiya' dan solihin melatari kanvas kehidupan insan yang sentiasa dahagakan hidayah serta panduan. Insan-insan yang terdiri daripada multi rupa, warna dan budaya itu menuntut kepelbagaian pancaran nur-nur hidayah lantaran ketinggian sifat hidayah itu yang tidak terdaya dihurai oleh akal manusia biasa.

Justeru, fitrah insan sentiasa menuntut biah dan suasana yang baik bagi sebagai turut sama membantu lahiranya duat dan murabbi berketerampilan khususnya dalam yang melengkapi keperluan setiap populasi insan merentas ufuk geografi dan mazhab.

Tidak syak lagi, bahawa Unit Biah Solehah PMRAM ditubuhkan bagi memenuhi aspirasi ini. Kita sudah jemu dengan rintihan sendu masyarakat yang meratapi kedhaifan BIAH ISLAMIYYAH sehingga memalapkan nur hidayah yang asalnya terang. Masa hadapan ummah bergantung kepada usaha-usaha kita kini untuk melakukan perubahan.

Lalu, saya menyeru seluruh ahli PMRAM supaya sentiasa peka dengan usaha-usaha perubahan yang dicetuskan dan memenuhi gagasan tersebut dengan penuh kesedaran serta semangat perjuangan. Adalah terlalu malang seandainya penyesalan yang timbul berlaku pada saat tiada ruang lagi untuk mengubah.

Nah, inilah masanya untuk membuktikan kebenaran janji kalian kepada Allah. Ingatlah para sahabat, kita bekerja kini, adalah untuk generasi yang bukan generasi kita. Semoga perjuangan kita diterima Allah.

Presiden PMRAM
Abdul Mu’izz bin Muhammad
Read More..

Kalam Penasihat Biah Solehah 2009/2010

0 comments
Alhamdulillah, bersama kita memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa Taala di atas anugerah serta limpahan rahmat yang telah diberikan kepada kita selaku khalifah yang berada di muka bumi Allah ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad, penghulu segala Nabi yang terus merintih mengharapkan perjuangan Baginda disahut oleh umat sekalian alam.

Salam harmonis buat semua..

Ternyata bahawa umat Islam kini mengalami kegawatan akhlak dan nilai murni selaku seorang muslim yang amat genting yang sememangnya memerlukan tenaga-tenaga penyelamat untuk menangani masalah ini. Situasi kini yang penuh dengan tipu helah, sepak terajang dan taktik jahat musuh Islam memerlukan hanya golongan yang benar-benar berwibawa sahaja yang mampu melawan arus keruntuhan ini. Manakala mereka yang kurang persiapan mempunyai kemungkinan untuk sama-sama hanyut dan larut sebelum matlamat suci yang ingin diperjuangkan tercapai.

Menyedari hakikat inilah maka usaha-usaha yang gigih perlu diambil untuk memperlengkapkan diri kita mahasiswa sebagai bakal ulamak dai’e dan intelektuak dai’e yang menjadi tempat rujuk masyarakat dengan bekalan-bekalan yang perlu supaya kita dapat berperanan dengan lebih berkesan apabila terjun ke arena dakwah nanti.

Lantaran itu, saf kepimpinan PMRAM sesi 2009 amat mengalu-alukan keterlibatan semua ahli untuk bersama-sama kita berusaha mencapai BIAH SOLEHAH di segenap peringkat dan ruang dengan mengikuti garis panduan akhlak dan kehidupan yang dianjurkan oleh Islam sendiri. Tanpa keterlibatan dari semua ahli segala gerak kerja yang direncanakan pastinya sukar untuk dicapai.

Akhir kalam, dirikanlah daulah Islamiah didalam diri kita, agar terbina daulah Islamiah di dalam kehidupan dan negara kita.

Sekian…

Mohd Azrul bin Ismail
Penasihat Biah Solehah PMRAM
Read More..

Kalam Pengarah Biah Solehah 2009/2010

0 comments
الحمد لله رب العالمين , والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى أله وصصحبه وبارك وسلم , وبعد

Alhamdulillah, pertamanya syukur ke hadrat Allah s.w.t. di atas segala kerniaan-Nya yang tidak terhingga, selaut pujian dan selawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w. dan ahli keluarga baginda, seterusnya para sahabat nabi yang sentiasa bersama-sama di dalam perjuangan Islam, para tabiin dan tabi' tabi'in, dan umat Islam seluruhnya.

Sekalung penghargaan ana ucapkan kepada PMRAM sendiri sebagai penaung, seterusnya Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan serta Unit dan Dakwah Pembangunan Insan serta seluruh organisasi Biah Solehah bagi sesi ini kerana memberi ana peluang untuk mencoret sedikit kalam pada ruangan ini.

Unit Biah solehah yang ditubuhkan khas di bawah Lajnah Dakwah ini sememangnya mempunyai peranan yang sangat besar untuk memastikan biah solehah yang telah direalisasikan bumi Anbiya' ini khususnya mampu diperkasakan dan dijaga dengan sebaiknya. Ini kerana sebagai mahasiswa dan mahasiswi yang menjadikan Islam sebagai cara hidup, maka Biah Solehah adalah satu amanah untuk kita semua.

Sabda rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Tiada keimanan bagi yang tidak beramanah, tiada solat bagi yang tidak bersuci, dan tiada agama bagi yang tidak bersolat".

Pada tahun ini, Unit Biah Solehah PMRAM akan terus memperkasakan lagi kempen biah solehah yang telah dijalankan sejak penubuhan unit ini pada tahun 2006 yang lalu iaitu pemerkasaan solat jemaah, cegah ikhtilat tidak syar'ie, cegah chatting tidak syar'ie, tautan ukhuwwah dan pembinaan syakhsiah.

Kata-kata Imam Abu Hanifah yang bemaksud: "Orang-orang Muslim itu terikat dengan syarat-syarat (peraturan hidup) mereka"

Apa yang diharapkan, semua pihak sama ada di BKAN dan DPM mampu untuk bekerjasama serta memberikan komitmen yang terbaik demi menjayakan lagi kempen Biah solehah yang telah dijalankan ini. Demi tujuan iitu, pihak biah solehah sendiri akan cuba memperkasakan lagi media elektronik dan media cetak seperti blog, buku risalah Biah solehah dan sebagainya sebagai medium penyampaian maklumat dan info insyaallah .

Saidina Ali k.w.j berkata: "Serendah-rendah ilmu itu apa yang lahir daripada lisan, dan setinggi-tinggi ilmu itu apa yang terzahir daripada tindakan dan anggota badan".

Akhirnya, semoga kita mampu sama-sama merealisasikannya dan kita sama-sama memohon doa agar Allah s.w.t. mengangkat setiap amalan kita sebagai amalan yang diterima oleh-Nya insyaallah.Amiin. Salam ukhuwwah dan salam juang!

Pengarah Biah solehah PMRAM,
Syeikh Muhd Mujahid bin Sikh Nawawi
Read More..

OBJEKTIF BIAH SOLEHAH

0 comments
MUQADDIMAH:
Biah solehah merupakan satu komponen yang penting dalm kehidupan setiap individu bagi memastikan setiap amalan hambaNya mendapat keredhaan daripada ALLAH TAALA.Persekitaran yang mengamalkan ciri2 keislaman dan menurut perintah ilahi serta sunnah yang dijunjungi itulah yang dapat melahirkan peribadi syakhsiah seorang muslim yang sejati.Sejajar dengan itu,Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan PMRAM dan Unit Dakwah dan Pembangunan Insan HEWI PMRAM mengambil inisiatif untuk melancarkan program Biah Solehah sebagai suatu jalan bagi melancarkan lagi Biah Solehah di perlembahan Nil ini.Semoga anjakan paradigma ini menjadi satu agenda yang mendapat rahmat daripada ALLAH TAALA hingga ke akhirnya..amin..


OBJEKTIF:
1.solat berjemaah
2.cegah ikhtilat tidak syarie
3.cegah chatting tidak syarie
4.pembentukan syakhsiah
5.ukhuwah


SASARAN:
seluruh ahli Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir.
Read More..
 
Copyright 2011 @ Biah Solehah PMRAM!
Design by Wordpress Manual | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Blogger