Secara selogismenya ramai yang sudah mengetahui kelebihan bulan ini.Tidak perlu di utarakan lagi di dalam entri kali ini.Artikel pada kali ini, bukan untuk memberi satu, dua atau tiga fakta .Sedangkan itu bukan tujuan sebenar entri ini dinukilkan kerana untuk mencari ilmu, ianya memerlukan kepada pengkajian dan pembacaan yang lebih menyeluruh.Artikel ini hanyalah untuk menjentik rasa yang sudah tawar serta bangun dari tidur yang lena untuk bergerak dan meneruskan pencarian.
Pelbagai istilah seringkali kita dengari di corong telinga bahawa Rejab itu adalah bulan Allah.Benar atau pun sebaliknya,saya bukan ahlinya untuk memberi kepastian.Cumanya,menurut saya perlukah sehingga suatu bulan itu dinamakan bulan Allah lantas kamu bersungguh-sungguh mencari Pencipta mu? Jika bukan pada bulan tersebut , adakah kamu tidak mahu bersungguh? Oh tidak, jangan disalah tafsirkan penulisan ini kerana bukannya mahu menidakkan kelebihan bulan Rejab.Secungkil rasa sedikit kefahaman yang berlegar-legar di dahi minda ini,ya! bulan Rejab bulan mulia.Dimuliakan Allah ke atas bulan Rejab dengan peristiwa Isra' Mikraj,diangkat darjatnya dengan pembebasan Al-Quds.
Tetapi kamu mengabdi pada-Nya kerana bulan Rejab atau kerana Allah?Adakah kamu beribadat kepada Allah kerana kelebihan yang dinyatakan ? Jawapan itu dapat di ungkapkan disegenap hati kalian.
















